Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

TINDAKAN TEGAS TERHADAP COMANGO - APAKAH KERAJAAN BERANI PATUHI SARANAN MAJLIS FATWA?


"Kerajaan jangan bertolak ansur dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini...(Tuntutan COMANGO itu) akan mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan negara serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di Malaysia."
- Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin

Kerajaan dicadangkan mengambil tindakan tegas terhadap Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) yang dilihat satu gerakan yang cuba menghancurkan kedaulatan Islam di negara ini. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam semalam memberi amaran, jika Comango dibenarkan bergerak, ia akan mencetuskan huru-hara.

Jawatankuasa berkenaan menegaskan tuntutan yang dibuat Comango bertentangan dengan syariat Islam dan bakal menghancurkan negara.

Justeru, Pengerusi jawatankuasa fatwa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin menggesa kerajaan tidak bertolak ansur dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Jawatankuasa berkenaan menentang tuntutan COMANGO  kerana selain bercanggah dengan syariat Islam, ia juga bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara serta norma-norma antarabangsa."

"(Tuntutan itu) akan mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan negara serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di Malaysia", katanya.


COMANGO sebelum ini mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva

Kajian laporan hak asasi manusia ini dilakukan setiap empat tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Mereka akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara anggota PBB termasuk Malaysia.

Proses ini disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

Gabungan ini mendakwa ia disertai oleh 54 NGO Malaysia sedangkan menurut kenyataan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), hanya 12 daripadanya sahaja berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Hal ini disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia bahawa COMANGO  adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

COMANGO sebelum ini menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Tuntutan COMANGO  menimbulkan kontroversi dan antaranya ntara tuntutan termasuk:

Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama).

Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination(ICERD).

Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).


Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis..

Selain menyentuh isu hak asasi manusia, COMANGO turut menuntut hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama serta mempersoal kes penggunaan kalimah Allah dan ajaran Syiah.

Tuntutan COMANGO ini ditentang oleh NGO-NGO Islam terutamanya Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro).

Mereka mengatakan bahawa perbuatan ini tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia. Antara NGO lain yang turut menentang hebat ini adalah ISMA.

Tuntutan tersebut telah menimbulkan bangkangan di Parlimen Malaysia oleh DPPM, antaranya adalah:- COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB. COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.

Abdul Shukor turut mengingatkan umat Islam di negara ini untuk bersatu padu dalam menangani isu berkenaan tanpa memikirkan fahaman politik masing-masing demi mempertahankan kesucian agama Islam dan meminta umat Islam yang terlibat dalam pertubuhan itu untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Thursday, May 24, 2012

RETI TAKUT JUGA SI AMBIGA NIH...DAH KENA SAMAN KERAJAAN PUN!!!



"Kalau mereka nak minta tuntutan bawalah saya ke mahkamah, jangan mengganggu ketenteraman dan jiran saya," kata Datuk S. Ambiga pada sidang media di hadapan rumahnya pagi semalam.

Malah Ambiga dan ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya meminta POLIS ( saya ulangi POLIS) yang mereka KUTUK dan CACI supaya menyiasat kononnya pihak tertentu membuat kekecohan di hadapan rumah Ambiga.

Ahli-ahli Parlimen berkenaan membuat kenyataan media menyelar tindakan protes yang diadakan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di hadapan rumahnya sejak kebelakangan ini.

Antara hadir ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar.


Semalam, kerajaan telah memfailkan saman terhadap Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga dan sembilan yang lain terhadap kerugian RM122,000 yang dikatakan ditanggung semasa Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

Saman tersebut mendakwa Penganjur Bersih Bersih 3.0 telah gagal untuk mengawal orang ramai dengan berkesan dan gagal untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan secara aman. 

Saman itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 Jun sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Prasad Sandosham Abraham. Saman itu telah difailkan pada 15 Mei tetapi writ saman disampaikan kepada Ambiga, semalam.

Ambiga semalam meluahkan rasa lega kerana ada pihak yang tampil memberi sokongan bagi menghalang perbuatan tidak bermoral segelintir peniaga yang mahu mengadakan protes di pekarangan rumahnya di sini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan perjuangan yang membantu dari segi mental dan fizikal dalam membantah protes yang dijalankan oleh peniaga di hadapan rumah ini.

"Saya rasa pihak berwajib Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tugas dengan baik.

"Kawalan oleh penguat kuasa DBKL dan tindakan segera yang diambil ke atas jalan yang diconteng adalah satu tugas yang baik," tambah Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam.

Tahu juga dia betapa tidak selesanya jika ada gangguan terhadap urusan peribadi di rumahnya.

Tapi bagaimana jika Ambiga menganjurkan protes Bersih 3.0 yang menyebabkan peniaga hilang mata pencarian? Tidakkah mereka ini lebih resah dan tertekan daripada apa yang dirasai Ambiga?

Kelmarin, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur menyediakan 60 tapak pasar malam dengan menggunakan cat kuning di sepanjang lorong menghala ke rumah Ambiga - sebahagian daripada tindakan mengadakan 'Bersih 4.0' - membantah perhimpunan Bersih 3.0.

Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur bertegas mahu mengadakan pasar malam di hadapan rumah Ambiga hari ini dan esok dengan disertai 60 peniaga yang mendakwa menanggung kerugian ekoran Bersih 3.0.

Sebelum ini, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) turut menuntut kerugian Bersih 2.0 kepada Ambiga dengan mendirikan gerai burger di hadapan rumahnya.

Bekas angkatan tentera Malaysia juga telah membuat tunjuk perasaan dengan membuat senaman gelek punggung.

Malah, laporan Sinar Harian menyebut, sekumpulan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta polis menyiasat dakwaan usaha pihak tertentu yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Ambiga.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada pihak yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Ambiga hari ini.

"Kita minta polis siasat perkara itu. Pada maklumat kita, selain daripada peniaga-peniaga yang akan membuka pasar malam di sini, ada pihak lain yang akan turut serta untuk membuat kacau,” katanya kepada pemberita selepas hadir untuk menyatakan sokongan moral kepada Ambiga di rumahnya di Bukit Damansara pagi semalam.

Ketika ditanya daripada mana maklumat itu diperolehi dan siapakah pihak yang akan terlibat, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR memberitahu sumber itu daripada penduduk setempat yang bimbang akan keselamatan mereka.

 "Kita minta pihak polis siasat perkara ini dan berharap polis hadir dan mengawal keadaan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Aiii? Kutuk Polis berkilo-kilometer...tetapi akhirnya POLIS JUGAK!!!!!

Wednesday, September 14, 2011

CAJ 6 PERATUS PRABAYAR - TANGGUH BUKAN BATAL, TAK ADA MAKNANYA...

http://teganuku.blogspot.com/

Menangguhkan, bukan membatalkan hasrat mengenakan caj 6 peratus?

Apa maknanya itu?

Rakyat sudah faham dengan perkatan itu. Malah pemimpin juga bercakap mengenai isu ini.

Seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu semalam berkata tidak wajar syarikat-syarikat telekomunikasi bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmat
an enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar.

Ini kerana penangguhan itu bawa banyak makna.

Pertama tangguh dulu laksana kemudian.

Kedua, tangguh dan tidak laksana serta merta tetapi mungkin selepas pilihan raya. Dengan kata lain, ia tetap jadi isu
pilihan raya.

Menurutnya sebagai pemimpin orang muda, isu cukai prabayar enam peratus ini amat sensitive.

Benar caj berkenaan yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini tidak berlaku tetapi ia ‘amat menakutkan’ golongan muda yang rata-rata menggunakan sekrang-kurangnya RM100 sebulan untuk kad prabayar telefon bimbit mereka.

Benar syarikat telekomunikasi yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini.

Tetapi apakah mereka tidak membuat keuntungan lumayan? Apakah kerana menyerapkan cukai itu mereka wajar untuk menyarankan agar kerajaan memberikan penghargaan atas sumbangan tersebut?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ‘dengan bangga’ mengatakan persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

Ia dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri semalamn.

Kata Rais: "Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini. Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.

Yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile Dr Kaizad Heerjee.

Sebelum ini ramai bimbang isu ini akan member kesan kepada undi pilihan raya Barisan Nasional kerana rakyat akan berganggapan kerajaan meluluskannya.

Kita mahu bertanya kepada CEO berkenaan, apakah pertimbangan mereka mengumumkan hasrat itu pada masa sekarang?

Tangguh atau apa pun yang akan membawa makna akan dilaksana selepas ini sudah menjadi seuatu yang mendatangkan parah kepada kerajaan.

“Damage has been done,” itulahhakikatnya sekarang.

Kenyataan atau pengumuman tidak boleh ditarik balik, melainkan dibatalkann terus.

Menurut kerajaan, penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.

Rais mungkin rasa lega tetapi hakikatnya rakyat masih tidak pasti.

Rais janji kementeriannya akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik bagi pengenaan cukai perkhidmatan dilaksanakan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya.

Rais janji akan membawa ke mesyuarat Kabinet. Kita nak tunggu hasilnya apakah kerajaan akan desak ia dibatalkan atau tidak.

Rais dan pemimpin kerajaan tidak boleh mengatakan isu cukai perkhidmatan itu tidak wajar dibangkitkan lagi kerana hanya syarikat telekomunikasi berkenaan sudah menangguhkan pelaksanaan caj itu.

Selaga ia tidak dihapuskan atau ada mekanisme lain mengatasinya, kita percaya rakyat akan memperkatakannya.

Yang pasti, pembangkang akan menggunakan isu caj 6 peratus ini sebagai modal menghentam kerajaan
.

Apa jawapan Rais dan kerajaan selepas ini?

Wednesday, June 1, 2011

KERAJAAN MALAYSIA SAMA DENGAN REJIM JUNTA MYANMAR?

Jika batalkan pendaftaran Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerajaan Malaysia boleh diibaratkan sama seperti junta tentera Myanmar.

Benarkah kerajaan Malaysia sengaja mahu batalkan pendaftaran PKR?

“Adakah Barisan Nasional telah terdesak untuk memenagi PRU? Ini adalahperkara yang sangat serius," demikian tegas perguam yang mewakili PKR dalam kes halang Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) batalkan PKR semalam.

Kenapa peguam berpendapat sedemikian? Apa kena mengena Barisan Nasional serta kerajaan dengan ROS?

Kenapa pula bila UMNO diharamkan, pemimpin mahupun peguamnya tidak pun menyatakan seperti yang dibuat peguam N. Surendran?

Semalam pada sidang media, peguam berkenaan berpendapat, adalah tidak munasabah untuk ROS membatalkan parti tersebut hanya kerana pemecatan seorang ahli sedangkan, PKR mempunyai 404,558 anggota, termasuk 26 ahli parlimen.

Berdasarkan alasan permohonan, pemohon mendakwa notis ROS bertarikh 9 Mei lalu agar PKR memberi sebab mengapa pendaftaran parti tidak boleh dibatalkan kerana didakwa memecat seorang ahli secara salah adalahtidak sah kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Pemohon juga mendakwa, tiada anggota bernama A. Rajagopal telah dipecat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 1 April atau 27April 2009, selain tiada mesyuarat (MPT) diadakan pada tarikh tersebut.

Sebaliknya, pemohon mendakwa, ahli yang dipecat sebenarnya bernama A. Jayagopal dengan nombor keahlian K060000280 010 yang dipecat menerusi keputusan mesyuarat MPT yang diadakan pada 26 April 2009.

Pemecatan tersebut dilakukan atas alasan Jayagopal telah melanggar pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 11 Mac 2009 apabila bertanding selaku calon bebas menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Selambau.

Jayagopal memperoleh 36 undi pada PRK tersebut dan berdasarkan pekeliling parti, ahli yang mendaftarkan diri sebagai calon pada mana-mana PKR akan dipecat serta-merta tanpa merujuk kepada ahli berkenaan.

Justeru itu, pemohon mendakwa keputusan ROS adalah satu perkiraan yang tidak wajar dan satu salah guna kuasa kerana ia jelas merupakan satu keputusan yang tidak mempunyai asas yang mencukupi.

Pemohon juga mendakwa, keputusan ROS dibuat berdasarkan niat jahat dan bertujuan untuk menghalang PKR daripada mengambil bahagian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang akan datang.

Selain itu, pemohon juga mendakwa, keputusan ROS adalah satu perkiraan yang tidak wajar kerana keputusan itu adalah bersifat menindas dan merupakan pencabulan hak sesebuah parti politik.

Menurut N. Surendran, tindakan ROS itu sebagai yang mempunyai motif tersembunyi dan cubaan untukmembantutkan perjalanan demokrasi pada PRU tidak lama lagi.

Beliau juga menambah, tindakan membatalkan pendaftaran parti adalah taktik yang digunakan oleh rejim seperti JUNTA tentera Myanmar yang mengharam Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang dipimpin oleh AungSan Suu Kyi.

"Amat menyedihkan perkara ini berlaku di negara kita," katanya dan menambah pihaknya akan mendapatkan tarikh awal pendengaran permohonan.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengapa ROS mengambil masa yanglama untuk menghantar notis berkenaan sedangkan pemecatan tersebutseperti yang didakwa responden berlaku pada tahun 2009.

Surendran juga mempersoalkan mengapa ROS tidak menghantar notis yang sama kepada UMNO pada tahun 1998 kerana memecat Saifuddin dan beberapa ahli lain yang dilihat berada di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim yangsemasa itu baru dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Mengapa ROS tidak menghantar notis kepada UMNO yang mengancam untukmembatalkan pendaftaran parti itu? Bagaimanapun, bila ia melibatkanPKR, ROS terus menghantar notis," tambahnya.

Semalam, PKR memfailkan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk menghalang tindakan ROS daripada membatalkanpendaftaran parti tersebut.

Permohonan itu difailkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di Kuala Lumpur semalam.

Turut difailkan ialah perintah larangan untuk menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan sehingga kes tersebut selesai.

Pemohon diwakili oleh peguam N. Surendran disamping Fadiah Nadwa Fikri, Latheefa Koya dan R. Sivarasa yang menamakan ROS selaku responden.

Monday, March 15, 2010

PELAKSANAAN GST – RAKYAT DIDAHULUKAN

Baguslah kalau kerajaan bersedia menangguhikan pembentangan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) bagi bacaan kedua di Parlimen hari ini.

Ia bukan kerana kemungkinan ada perhimpunan memprotes GST yang dirancangkan npembangkang tetapi kerajaann nampaknya peka dan bersedia menerima input dan sikap serta penerimaaan rakyat rakyat terhadapnya.

Sistem GST ialah cukai sebanyak empat peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan antara lima dan 10 peratus ketika ini yang dicadang dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan akan meningkatkan keberkesanan kutipan hasil negara.

Banyak pihak mengatakan kalaupun kerajaan kekurangan pendapatan, janganlah golongan bawahan ‘diserapkan dengan beban kerajaan’ kerana mereka sudah cukup menderita dengan kenaikan harga barangan dan tekanan hidup yang lain.

Yang jelas, sehingga kini kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan masih kekurangan input daripada rakyat yang dianggap penting sebelum satu-satu dasar itu dilaksanakan kerajaan.

Dalam konteks GST ini, jelas kerajaan begitu prihatin dan bersikap mendahulukan rakyat sesuai dengan semangat 1Malaysian – Rakyat Didahulukan.

Pada ketika kerajaan sedang dan akan mengadakan perbincangan dengan sektor swasta dan walaupun secara menyeluruh sektor itu memahami dan memberi sokongan kecuali, namun pandangan beberapa badan tertentu yang memberi pandangan secara kritikal perlu diambil kira.

Kerajaan jangan terlalu taksub dan menilai kepentingan atau keuntungan kerajaan semata-mata dalam kontek pelaksanaan GST ini.

Biarlah apa pembangkang mahu kata, khususnya oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang bijak mengenai ekonomi itu.

Mahfuz menyifatjkan keputusan kerajaan menangguhkan serta-merta bacaan rang undang-undang GST di Dewan Rakyat hari ini sebagai suatu kejayaan bersama rakyat, PAS dan Pakatan Rakyat.

Baginya, penangguhan ini sebagai kejayaan bersama PAS serta Pakatan Rakyat kerana berpadu menjelaskan kepada rakyat tentang akibat perlaksanaan GST ini kepada rakyat.

Kerana itu menurutnya perhargaan perlu dirakamkan juga kepada Lajnah Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat kerana lajnah tersebut menganjurkan suatu sidang bulat di peringkat dalaman parti sehingga PAS membuat ketetapan yang begitu jelas berhubung sistem cukai tersebut.

“Disebabkan suatu sidang meja bulat (oleh) Lajnah Pengguna di peringkat parti inilah, kita berpendirian GST ini perlu ditolak kerana urus tadbir kewangan oleh Umno/BN pincang, bukan disebabkan sistem GST itu sendiri,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menganggap pengumuman yang dibuat Husni membuktikan bahawa usaha-usaha bersama PAS dan Pakatan Rakyat banyak memberi impak kesedaran kepada rakyat.

Mungkin ada sedikit sebanyak kebenaran pandangan PAS mengenai isu ini tetapi ia tidak segala-galanya.

Bagi kerajaan masih banyak pihak perlu memberikan pandangan bahawa GST dijangka akan menyusahkan rakyat berpendapatan rendah dan sesetengahnya tidak mendapat keuntungan apa-apa daripada pelaksanaan ini.

Apabila keadaan ini berlaku, apakah kerajaan akan mendapat untung daripadanya.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui semalam: “Apa yang kita kurang terima adalah input daripada orang awam."

Ketika ditanya tempoh masa yang ditetapkan bagi mendapat input daripada masyarakat awam, beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh tertentu sebaliknya lebih masa dan ruang diperlukan bagi mengadakan pertemuan dengan sektor itu.

Ahmad Husni berkata perlaksanaan GST dibuat adalah bermatlamatkan untuk rakyat dan ia perlu mendapat pandangan dan maklum balas sektor itu sebelum dilaksanakan sebagai satu dasar negara.

"Apa yang dilakukan kerajaan bermatlamatkan untuk rakyat, contohnya apabila Model Ekonomi Baru disediakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara, ia tidak terus dijadikan sebagai model ekonomi yang boleh terus digunakan sebaliknya input daripada semua sektor iaitu kerajaan, swasta dan awam adalah diperlukan," katanya.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember lepas.

Saturday, March 6, 2010

SIAPA BENAR –HARUSSANI ATAU AHMAD AWANG?

Bolehkah kita katakan bahawa Ustaz Ahmad Awang sebenarnya the culprit yang menyebabkan gagalnya pembentukan kerajaan pakatan PAS-Barisan Nasional (UMNO) di Perak selepas pilihan raya umum 2008 lalu?

Juga bolehkah kita katakan Ahmad bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia dan bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu lebih memilih kerjasama dengan bukan –Islam daripada Melayu-Islam?

Juga boleh kita katakan Ahmad lebih berkuasa daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Musyridul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memutuskan untuk menolak kerjasama tersebut?

Juga boleh kita katakan Ahmad antara mereka yang terlalu bencikan UMNO dan rela bekerjasama dengan DAP dalam menentukan hala tuju sebuah pemerintahan di negeri yang majoritinya orang Islam?

Entahlah…tetapi hakikatnya kegagagalan kerajaan campuran PAS dan BN di Perak adalah kerana Ahmad menentangnnya, bukan PAS Pusat.

Persoalannya, apabila dia berminat bergabung dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apakah yang mahu dicapai oleh Ahmad?

Apakah dia mendapat kedudukan setimpal ‘pengorbannya’ daripada tidak bergabung dengan Barisan Nasional (BN) melalui UMNO?

Kenapa dia sanggup menyanggah pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Haron Din mahupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Juga kenapakah beliau sanggap menolak perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai perkara ini? Tidak menderhakakah namanya ini?

Jawapannya bagi Ahmad - dia tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim dan lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam, melalui perbualan telefon kira-kira 10 minit dengan Ahmad mengenai pembentukan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum 2008 lalu: "Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.”

Baginya, keangkuhan PAS Perak yang ditunjukkan oleh Ahmad menjadikan PAS Perak menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP). "Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu. "Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," kata Harussani.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi semalam yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.

Ahmad yang kini Ahli Majlis Syura Ulama PAS, semalam mendakwa Harussani banyak menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selePAS pilihan raya umum 2008.


Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama UMNO membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan UMNO satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Sebaliknya ketika mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selePAS pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

"Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah PASti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya.
Ahmad pula berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad sebaliknya mempertahankan Ngeh yang juga pengerusi DAP Perak, sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian. "(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," tegas Ahmad.

Ahmad turut menafikan bahawa dalam perbualan tersebut, Harussani menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu. Sebaliknyatawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan UMNO Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selePAS Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Dalam perbualan telefon itu, Ahmad turut membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian. "Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun. Jadi kita tak boleh harap dengan UMNO. Macam mana nak berpakat?" katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Tidak apalah, kita tunggu apa komen Hadi, Nik Aziz, Haron Din atau juga pihak lain mengenai tajuk ini.

Saya yakin akan nada kenyataan-kenyataan menarik dan punca sebenar kenapa PAS Perak enggan bekerjasama dengan BN (UMNO).

Wednesday, March 3, 2010

LIGA BALAI POLIS – BUKAN SEKADAR BENDUNG JENAYAH

Sewajarnya 'Liga Balai Polis' yang mahu diperkenalkan kerajaan disokong semua pihak.
Saya melihat langkah ini penting bagi tujuan mendekatkan masyarakat dengan polis.

Walaupun Rakan Cop diperkenalkan sekian lama namun ia masih bersifat satu haluan, iaitu orang ramai menghubungi polis.

Yang penting ialah polis turun padang dan mendekati masyarakat supaya polis benar-benar menjadi rakan - bukan sekadar untuk banteras jenayah tetapi juga dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Liga ini pastinya menuntut prestasi dan pemperkasaan perkhidmatan di 754 buah balai polis seluruh negara.

Dan, dalam memberikan perkhidmatan, anggota polis jangan pula menyalahkan hubungan mereka dengan masyarakat dengan perkara-perkara yang boleh menyebabkan anggota masyarakat merasa wasangka, apalagi jika ada salah laku dan sebagainya.

Soal penting seperti saya tekankan, usaha ini mampu meningkat dan memperbaiki lagi tahap kerjasama antara anggota polis dan masyarakat setempat.

Saya percaya 'Liga Balai Polis' bukan sekadar untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan terhadap prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan oleh balai-balai polis.
Ia bukan sekadar mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara.

Lebih daripada itu, liga akan menjadikan semua peringkat kakitangan balai mendekati masyarakat sekeliling.

Seperti diharapkan oleh kerajaan, anggota polis perlu turun padang bertemu dengan masyarakat dan dengan adanya liga ini juga masyarakat boleh memberi maklum balas terhadap perkhidmatan yang disalurkan atau ditunjukkan oleh sesebuah balai (polis) itu.

Juga penting melalui 'Liga Balai Polis' ini, jika terdapat kelemahan daripada pihak polis dalam memberi perkhidmatan, masyarakat boleh membuat aduan terus kepada kita (Kementerian Dalam Negeri (KDN)).

Sudah pasti ketua-ketua balai atau ketua polis daerah perlu menjawab kepada pihak lebih tinggi termasuk Menteri dan mengatasi sebarang kelemahan yang berlaku.

Jika ini dapat dilakukan, pastinya penghormatan terhadap polis akan meningkat dan imej polis di mata masyarakat akan bertambah baik sesuai dengan motonya:

Saya bersetuju dengan kata-kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa liga itu boleh dijadikan sebagai kayu ukur bagi memperlihatkan komitmen pegawai dan anggota-anggota polis setiap balai dalam menjalankan tugas, khususnya bagi mengekang kegiatan jenayah di kawasan masing-masing.

Memanglah usaha ini sebahagian langkah dalam menjayakan agenda mengurangkan kadar jenayah yang digariskan dalam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

KDN serta PDRM sudah berikrar akan berusaha menangai isu jenayah ini secara bersungguh-sungguh. Malah telah diterjemahkan kesungguhan tersebut dengan penurunan indeks jenayah sebanyak 3.7 peratus pada suku keempat 2009 dan penurunan jenayah jalanan sebanyak 7.6 peraus dalam tempoh yang sama.

Namun, untuk mengekang jenayah secara lebih berkesan, memerlukan kerjasama masyarakat sekeliling.

Kerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rukun Tetangga atau juga persatuan penduduk hendaklah dipertingkatkan.

Jenayah boleh dicegah dan diatasi. Untuk mencegahnya perlu maklumat dan pendidikan.

Sementara untuk mengatasinya memerlukan kelengkapan, kecekapan dan taktik. Ini kerja polis tetapi kerja masyarakat ialah menyalurkan maklumat, mengawas serta juga melapor.

Bagi saya, apabila kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan "Liga Balai Polis”, tugas kerajaan bukan sekadar mengiktiraf peranan anggota polis.

Lebih penting, dengan sendirinya usaha ini akan mempertingkatkan standard balai-balai polis agar kebajikan dan perkhidmatan balai-balai ini sentiasa dipantau dan dijaga.

Hishammuddin berkata pengumuman mengenai liga itu akan dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka dilancarkan dua minggu lagi.

Beliau berkata: "Mungkin akan ada ganjaran berupa wang tunai jika balai-balai ini terpilih menjadi 10 balai terbaik dan kita akan paparkan keputusan prestasi balai-balai ini mengikut tempoh tertentu...bagaimanapun saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenainya kerana ia akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri nanti."

Monday, January 25, 2010

MUBIN PERSOAL LAGI PERKENAN SULTAN MIZAN


Apakah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin terhadap pertukaran pegawai tadbir negeri Terengganu tidak mendapat restu Mohd Mubin Ismail?

Jika sebelum ini beliau banyak mempertikaikan mengenai perlantikan dan keputusan Menteri Besar Terengganu, kali ini dia mempertikaikan pula pertukaran berkenaan yang sudahpun diperkenankan oleh Tuanku Mizan.

Siapa Mohd Mubin Ismail? Kenapakah dia berani bersuara sedemikian? Siapakah yang
‘memberikan lampu hijau’ untuknya berbuat demikian? Berapa upah menulis bahan seperti itu daripada mereka yang tidak puas hati?

Kebal sungguh Mubin ini. Kalau tiada seorang penjawat awam kerajaan, adalah beliau ada ‘kekebalan’ tersendiri sehingga terlepas daripada tindakan. Dan kalau beliau seorang blogger, apakah tulisannya tidak berunsur fitnah dan cercaan terhadap pihak-pihak tertentu yang boleh diambil tindakan?

Jika dia seorang guru, apakah tindakan Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran terhadapnya?

Kenapakah dia berani benar melemparkan tuduhan dan membuat andaian yang boleh mengeruhkan suasana? Apakah dia memakai lesen sebagai bekas pegawai kepada Datuk Din Adam yang kini bekerja dengan Datuk Seri Hishamuddin Hussein?

Sampai masa Datuk Mokhtar Nong terpaksa mengundurkan diri, biarlah dia berundur diri, walapun dalam tangisan.

Satu daripada perkara yang dipertikaikan oleh beliau kini ialah kononnya ada dua Setiausaha Kerajaan Terengganu ketika ini.

Blog www.teganukini.blogspot.com hari ini ada memperkatakan isu “BENARKAH DUA SUK TADBIR TERENGGANU?”

Ia adalah jawapan kepada entri Mubin dalam blognya.

Blog berkenaan bertanya: “Benarkah dua orang SUK mentadbir Terengganu sekarang ini ?” Menurut blog berkenaan sensasi terbaru ini sengaja dibuat setelah kecewa dengan Ahmad terus menerajui Terengganu dengan disayangi rakyat.!!!!

Hakikatnya seperti kata blog berkenaan, menguruskan pertukaran pegawai tadbir negeri Terengganu (TCS) merupakan tugas pertama Datuk Mazlan Ngah yang baru dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan secara pemangkuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, setelah mendapat perkenan daripada Tuanku Mizan.

Datuk Mokthar Nong, penyandang Setiausaha Kerajaan sebelum ini telah telah diluluskan permohonan bercuti sebelum bersara mulai 15 Januari 2010.

Arahan Perkhidmatan memperuntukkan seseorang pegawai yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua cuti rehat yang dilayaki sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu tamat pada hari akhir perkhidmatannya.

Arahan Perkhidmatan seterusnya memperuntukan cuti rehat yang boleh diambil oleh seseorang pegawai itu hendaklah jangan melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkannya bagi tempoh perkhidmatan selama masa 36 bulan sebelum tarikh persaraannya, dikira kebelakangan dari hari akhir perkhidmatannya itu.

Setelah diluluskan permohonan cuti sebelum bersara, pegawai akan terus meninggalkan tugas dan pejabat terus menerus sehingga ke hari persaraan sebenar. Maka tiada lagilah bertanggungjawab dengan tugas harian.

Mengikut Peraturan Pegawai Awam Kelakuan Dan Tatatertib, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional samasekali tidak dibenar bergiat aktif dalam politik. Tetapi kelonggaran diberi apabila mereka diluluskan cuti sebelum bersara, pegawai boleh bergiat aktif dalam aktiviti politik semasa menghabiskan cuti terkumpul sebelum bersara wajib jika mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Dengan kelulusan cuti sebelum bersara mulai 15 Januari 2010 yang telah diluluskan kepada Mokhtar ini bermakna beliau akan terus meninggalkan pejabat berterusan sehingga ke tarikh persaraannya.

Mazlan telah memulakan tugas SetiusahaKerajaan menggantikan Mokthar mulai tarikh cuti sebelum bersara yang telah diluluskan kepadanya.

Perlantikan Mazlan dibuat secara pemangkuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu selaku Pihakberkuasa Melantik mengikut Undang-Undang Tubuh Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu 1911 pindaan 1948 setelah mendapat ampuni perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang juga Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Mengikut peruntukan Arahan Perkhidmatan, memangku ialah sesuatu keadaan di mana anggota perkhidmatan awam diarah menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab sepenuh masa sesuatu jawatan lain yang lebih tinggi dalam Skim Perkhidmatan yang sama atau berlainan, dengan meninggalkan jawatan hakikinya.

Peruntukan di aras membawa maksud dan menyebabkan Mazlan telah meninggalkan jawatan sebelum ini ia itu Pegawai Kewangan Negeri. Selaras dengan ini, pada 17 Januari 2010 dengan rasminya Mokthar menyerah tugas Setiausaha Kerajaan kepada Mazlan disaksikan oleh hampir semua Pegawai Tadbir Negeri Terengganu.

Mulai tarikh yang sama Mazlan telah mengosongkan bilik di pejabat lamanya di Pejabat Kewangan berpindah Pejabat Setiausaha Kerajaan mengambil bilik yang telah disongkan oleh Mokthar akibat cuti sebelum bersara.

Status pegawai yang cuti sebelum bersara akan menjadi pegawai jawatan kumpulan atau Tambahsentara dibawah pentadbiran negeri sehingga ke tarikh persaraan hakiki beliau dan tidak bertanggungjawab lagi untuk menjalankan tugas.

Pada majlis penyerahan tugas Setiausaha Kerajaan kepadanya, Mazlan dalam ucapannya telah menekankan kreteria utama bagi penempatan dan kenaikan pangkat pegawai tadbir negeri dibawah kepimpinan beliau ialah intergriti , acceptability, meritokrasi dan senioriti.

Tugas utama Mazlan selaku Setiausaha Kerajaan adalah menyusun semula kedudukan pegawai Tadbir akibat daripada persaraan awal Mokthar berasaskan kepada kreteria intergriti dan acceptability barulah diikuti dengan meritokrasi dan seniority.

Hasil percaturan beliau telah diangkat serta mendapat persetujuan dan perkenan pihak atasan. Menurut sumber, Mazlan mengendali sepenuhnya senarai pertukaran ini. Semasa perbincangan dengan Menteri Besar berkait cadangan senarai, tiada seorang pegawai pun dibenarkan masuk.

Semasa majlis penyerahan tugas, Mokthar dalam ucapannya bertanya Mazlan kenapa arahan pertukaran pegawai belum keluar sedangkan telah diangkat ke Istana. Mazlan member jawapan bahawa terdapat pindaan kepada senarai berkenaan.

Situasi di atas jelas menunjukkan Mazlan memikul tanggungjawab penuh terhadap rombakan pentadbiran negeri, tanpa campurtangan pegawai-pegawai lain. Ini lah kehebatan Mazalan memikul tanggungjawab yang diberikan.

Tepat lah kata-kata e-mail yang diterima berkait arahan pertukaran TCS yang akan berkuatkuasa pada 1 Febuari 2010 berbunyi “Pertukaran jawatan tcs trg adalah yg terbaik dlm sejarah sejak zaman wan mukhtar...tanpa dendam...tanpa zalim...hatta zaman pas x gining...alhamdulilaah...dato mat said adalah betul2 menteri besar yang Allah hantar ke trg darul iman....untuk bantu rakyat..menteri besar yg betul2 jadi juara rakyat...bukan hanya cakp2”.

Jelaslah kini hanya ada seorang sahaja Setiausaha Kerajaan yang mentadbir negeri Terengganu Darul Iman.

Lebih penting lagi beliau seorang yang kenal dan setia kepada bosnya.

Mubin mestilah faham bahawa berubahnya pentadbiran, berubahlah pegawainya.

Datuk Ahmad Said tidak melakukan pertukaran tergesa-gesa menukarkan Mokhtar seperti dilakukan oleh Menteri Besar sebelum ini.

Mubin juga kena faham jika bahtera mempunyai dua nakhoda lambat laun kalau ia tidak tenggelam, mungkin melanggar batu karam.

Mungkin Mubin lebih suka bahtera karam daripada melihat pentadbiran Terengganu bertukar tangan bagi menjamin kejayaan merakyatkan pembangunan!

Monday, December 14, 2009

SULTAN TEGUR PIMPINAN KERAJAAN SELANGOR?

Sebelum menjadi kerajaan negeri, semua boleh janji. Bulan dan bintang pun boleh janji dijanjikan untuk rakyat.

Namun, selepas menjadi kerajaan ternyata pembangkang yang tiada pengalaman menghadapi masalah paling banyak berbanding negeri lain, walaupun hakikatnya Selangor sebuah negeri kaya.

Dalam konteks peruntukan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri, Selangor adalah antara negeri penerima paling besar.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek yang memberitahu Dewan Rakyat beberapa hari lalu, peruntukan pembangunan bagi 2009 untuk Selangor ialah RM4.09 bilion, iaitu yang kedua selepas Wilayah Persekutuan yang menjadi penerima peruntukan tertinggi iaitu RM4.67 bilion.

Johor dan Terengganu yang menjadi antara kubu UMNO, masing-masing hanya menerima RM3.21 bilion dan RM1.39 bilion.

Jadi, apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam terpaksa menegur kerajaan negeri dengan melahirkan kebimbangan baginda dengan keadaan semasa di negeri ini yang meletakkan agenda politik mengatasi pembangunan negeri, jelas menggambarkan betapa Tuanku tidak boleh menyimpan keresahannya.

Malah, teguran keras diberikan oleh Sultan Selangor apabila mengatakan “Beta berharap supaya apa yang beta titahkan ini mendapat perhatian dan tidak dipandang mudah. Janganlah titah ucapan beta ini menjadi seperti peribahasa mencurahkan air di daun keladi iaitu tidak mendatangkan kesan apa juga pun.”

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negeri, kerajaan Selangor yang diterajui PKR sering mengalami krisis demi krisis kerana kepentingan politik diambil kira melebihi kepentingan rakyat.

Isu-isu yang melanda Selangor dengan kes-kes seperti isu perkauman, agama, rasuah, pertelingkahan sesama pembangkang, pembunuhan dan sebagainya menggambarkan Selangor negeri yang paling banyak menghadapi masalah.

Selain itu, dalam konteks pembangunan - kerajaan negeri jelas menyambung sahaja perancangan dan pembangunan kerajaan lalu sambil menokok tambah pembangunan yang menimbulkan pelbagai kekecohan dan kritikan rakyat.

Sedangkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor, isu yang diperkatakan lebih tertumpu kepada kritikan pembangkang dalam isu-isu pembangunan yang ternyata kini menjadi antara tumpuan kerajaan sekarang.

Berdasarkan realiti semasa, Sultan Sharafuddin bertitah, masa untuk mencari kesalahan dan kelemahan sudah berlalu dan kini waktunya untuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat melaksanakan segala perancangan dan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008.

Ia tidak lain dan tidak bukan untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
Kerana itu, Baginda mahu Menteri Besar Selangor dan barisan Exconya melaksanakan tugas mentadbir dan pembangunan negeri dengan penuh dedikasi serta sentiasa mempercayai dan bekerjasama dengan penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu.

"Kerjasama dan kepercayaan antara eksekutif dengan penjawat awam penting bagi memastikan pembangunan di negeri ini berjalan lancar. Beta berkenan supaya pegawai kerajaan menjalankan tugas dengan telus dan berdedikasi, jangan mengambil kesempatan menyalahguna tanggungjawab demi kepentingan peribadi yang akan merosakkan pentadbiran dan menyusahkan rakyat," titahnya.

Ternyata baginda juga tidak senang dengan suasana yang berlaku di negeri itu apabila perkara kecil berlaku di Selangor kadangkala dihebah dan diperbesarkan sehingga melampaui batasan dan menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Kerana itu baginda mahu kepemimpinan tertinggi negeri itu agar jangan banyak bercakap saja, sebaliknya melaksanakan perkara berfaedah untuk rakyat.

"Beta percaya rakyat lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah mengenai soal politik. Beta mengingatkan bahawa kerajaan Selangor pada masa ini bertanggungjawab membina dan membuat landasan bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat pada masa depan," titahnya pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Keputeraan Baginda ke-64 di Istana Alam Shah.

Benar sekali pandangan baginda apabila mengatakan perbezaan fahaman politik bukan alasan untuk tidak saling menghormati antara satu sama lain dan hidup bersatu padu demi kemajuan dan kesejahteraan bersama.

Baginda mahu melihat rakyat di Selangor bebas bergerak dan tidak berasa takut atau khuatir terhadap keselamatan diri, harta benda dan keluarga.

Justeru, baginda mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalankan tugas mereka dengan penuh azam dan komitmen bagi menghapuskan jenayah di Selangor.

Baginda juga bertitah, rakyat Selangor yang mahu menyalurkan pendapat atau rintihan bagi mencari jalan penyelesaian perlu menggunakan saluran yang disediakan mengikut undang-undang.

Selain itu, Baginda juga mahu hubungan baik kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan kerajaan Pusat dapat diteruskan supaya agenda pembangunan dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat.

Namun, apakah ini amalan kerajaan negeri sekarang?

Sikap berkonfrontasi dengan kerajaan Pusat jelas cuba digambarkan oleh pimpinan kerajaan negeri dengan sengaja menimbulkan isu-isu dan kritikan pedas sedangkan kerajaan Pusat tetap bermurah hati dengan menyalurkan pelbagai bantuan kepada kerajaan Selangor.

Itu belum lagi pelbagai bantuan lain kepada rakyat Selangor yang jelas kurang senang dengan tindak tanduk kerajaan negeri.

Pengumuman perlantikan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi adalah bukti kerajaan Selangor sengaja mahu menunjukkan sikapnya yang ‘keras kepala’ walaupun sedar Anwar akan berdepan dengan kes liwatnya di mahkamah.

Kenapa tidak tangguh dahulu perlantikan itu dalam kedudukan Anwar yang sedemikian?

Thursday, September 10, 2009

PENSABOTAJ KERAJAAN – WAJARKAH DIBAYAR HABUAN?

Ada kalangan kakitangan kerajaan yang bersikap membenci kerajaan dan ada yang sanggup menyertai perarakan anjuran pembangkang.

Setengahnya juga ada yang membantah secara diam dengan mengundi pembangkang. Namun, apabila kerajaan membayar bonus atau sebarang sagu hati mereka tidak menolaknya.

Malah, saya yakin ada kalangan mereka yang turut mendesak untuk mendapatkan bonus atau saguhati lain.

Apakah bagi mereka ‘halal’ mengambil bantuan itu sedangkan mereka menentang dan mensabotaj pelbagai usaha kerajaan bagi memajukan rakyat?

Apakah mereka menyumbang kepada kerajaan apabila menjadi penentang dan berusaha menggagalkan sebarang usaha kerajaan?

Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan akan mendapat bantuan khas kewangan membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang.

Kerajaan mengumumkan semalam, pembayaran bantuan khas kewangan itu sebanyak RM500.
Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.

Saya mempersoalkan perkara ini kerana dalam sistem pembayaran bonus atau sagu hati, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mempersoalkan sama ada seseorang itu menentang atau menyokong kerajaan.

Sedangkan dalam syarikat swasta, pembayaran bonus dan ex-gratia dibayar mengikut pencapaian seseorang, kecuali bonus yang ditetapkan melalui perjanjian bersama. Yang kurang menyumbang kepada syarikat pastilah mendapat pembayaran kurang.

Tetapi tidak dengan kerajaan. Yang malas, ponteng, berniaga di luar, sakit berpanjangan dan yang menentang kerajaan pun mendapat habuan yang sama.

Tahun lepas, 2 juta kakitangan awam negara ini menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 dalam pembentangan Bajet 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur semalam menegaskan implikasi kewangan kepada 860,000 kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta.

Keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persediaan persekolahan hujung tahun ini.

Melihat kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, wajarkah kerajaan dilihat zalim dan tidak adil?

Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menimbangkan ‘duit raya’ atau bonus kepada penjawat awam dalam pengumuman Bajet, Oktober ini.

Menurut presidennya, Omar Osman, pihaknya bersetuju jika Elaun Sara Hidup (COLA) tidak dapat dinaikkan memandangkan keadaan ekonomi yang lembap ketika ini.

“Tetapi tetapi kita harap biarlah dalam musim perayaan nanti kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini menikmati ’duit raya’,” katanya.

Malah, Omar dilaporkan memberitahu, perbincangan mengenai bonus itu telah diadakan menerusi dalam mesyuarat tertinggi kongres tersebut dan dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jadi kepada penjawat kerajaan khususnya kepala penentang kerajaan, wajar mereka berfikir sejenak, apakah adil mereka menerima bantuan berkenaan?

Memanglah tidak akan nada perkataan terima kasih daripada mereka. Seperti biasa mereka akan mengatakan itu tugas kerajaan untuk menjaga kepentingan kakitangannya.

Juga apakah ‘rezeki mereka halal’ apabila mengambil habuan berkenaan?

Sedangkan hakikatnya mereka tidak menyumbang secara maksimum malah ada yang mensabotaj pula kepada usaha kerajaan memaju dan menstabilkan negara.

Tetapi bagaimana dengan kerajaan negeri yang diperintah pembangkang, apakah mereka juga akan memberikan habuan seperti ini?

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang – apakah mereka akan melakukan sama?

Wednesday, September 2, 2009

KERAJAAN MAMPU BAYAR BONUS?

Ini Cuepacs kata. Kalau bayar pun tidak sampai RM500 juta.

Cuepacs mengulangi permintaan awal supaya kerajaan membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini.

Mengikut perkiraan Cuepacs, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan "ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian".

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata hari ini, Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan sebulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Keyakinan itu berdasarkan kepada kenyataan bahawa kerajaan mampu memberikan bonus itu berdasarkan penjimatan dari subsidi petrol, beras dan gula.

Walaupun jumlah itu tidak termasuk di dalam bajet tahun lalu, ia masih lagi boleh memberi pendahuluan dan memasukkannya di dalam bajet yang akan datang bulan depan.

"Kami sebagai penjawat awam sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah dan melaksanakan segala dasarnya dengan berkesan.

"Kami berharap kerajaan sebagai majikan contoh tidak akan mengecewakan 1.2 juta penjawat awam yang sentiasa menunggu bonus untuk membantu dalam perbelanjaan akhir tahun keluarga mereka.

Katanya, penjawat awam patut menerima bayaran itu kerana mereka sudah bekerja keras bagi meningkatkan sistem penyampaian dan mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan.

Persoalannya benarkah sistem penyampaian dan mencapai sasaran KPI sudah terlaksana?

Tuesday, July 21, 2009

APABILA PEGAWAI KERJAAN MENJATUHKAN MARUAH NEGARA

Jika ada negara Barat menuduh kita dalam sesuatu perkara, pemimpin kita khususnya Menteri cuba menidakkannya.

Tujuannya tidak lebih daripada menjamin maruah negara tidak tercemar.

Contohnya, Jun lalu, Amerika Syarikat (AS) memasukkan semula Malaysia dalam senarai hitam negara yang menyeludup manusia, selain Afrika iaitu Chad, Eritrea, Niger, Mauritania, Swaziland dan Zimbabwe.

Menurut laporan itu, Malaysia didapati tidak mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk menghapuskan penyeludupan manusia bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba sahaja ada berita semalam mengatakan sembilan kakitangan Jabatan Imigresen Johor termasuk lima pegawai kanan ditahan setelah didapati terlibat dalam sindiket antarabangsa penyeludupan manusia di negara ini.
Mereka bukan sahaja mengambil bahagian dalam penyeludupan tetapi juga peras ugut pelarian Myanmar.

Kesemua mereka yang berusia antara 25 dan 40 tahun itu bersekongkol dengan sindiket terbabit dengan menggunakan laluan tikus di sempadan utara negara.

Kakitangan kerajaan sepatutnya menjaga maruah dan menaikkan nama kerajaan dan negara.
Tetapi mereka ternyata menyulitkan negara bukan sekadar diri dan keluarganya semata-mata.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di Johor Bahru, Jumaat lalu.

Memalukan dan di mana mahu diletakkan muka Menteri berkenaan dan maruh kerjaan seluruhnya?

Yang pasti siasatan mendapati, lima pegawai kanan itu menjadi orang tengah untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dari utara tanah air.

Menjadi orang tengah – apa tujuan? Mendapat habuan?

Kata Mohd Bakri: ''Mereka akan membawa masuk PATI ini yang kebanyakannya adalah warga Myanmar dengan menggunakan laluan tikus.

''Setiap mereka (PATI) akan dikenakan bayaran antara RM300 dengan RM600 seorang,". Duit atas angin melalui ‘darah manusia’.

Yang empat lagi rakan mereka pula bertindak menjadi barua dan kuli penghantar warga asing terbabit ke lokasi ditetapkan.

''Sebaik tiba, warga asing itu akan diserahkan kepada sindiket yang sedia menerima mereka. Setiap warga asing perlu membayar RM2,000 seorang kepada sindiket terbabit," katanya.

Mohd. Bakri menambah, sekiranya warga asing terbabit tidak membayar wang itu, mereka akan dijual kepada pengusaha ikan di negara jiran sebagai buruh paksa sehingga hutang selesai.

Ini menggambarkan betapa kejamnya mereka ini turut terlibat dalam perdagangan dan perhambaan manusia.

''Segala kerja-kerja pengurusan membabitkan ahli-ahli sindiket itu dilakukan melalui perhubungan telefon bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu polis.

''Malah urusan pembayaran wang juga dilakukan melalui bank," ujar beliau.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat jumlah mereka yang pernah menjadi mangsa oleh sindiket tersebut.

Katanya, pihaknya turut menyiasat sama ada pegawai kanan itu turut terlibat dalam aktiviti pemalsuan dokumen.

''Berdasarkan siasatan awal, kita dapati sindiket itu aktif sejak setahun lalu. Dengan penahanan sembilan suspek ini, kita percaya memecahkan rangkaian mereka," ujarnya.

Jelasnya, kesemua mereka kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

''Kita akan memantau dan terus mengesan saki-baki kumpulan berkenaan yang dipercayai masih bebas," tegas beliau.

Sunday, June 21, 2009

NAJIB JANGAN HILANG FOKUS

(Sembang Ahad)
Bagi saya, baik lupakan sahaja konsep kerajaan perpaduan.

Jangan menjadi hipokrit – kerajaan perpaduan asal ialah kerjasama UMNO dan PAS tidak membabitkan parti lain sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Jika tidak masakan pemimpin MCA seperti Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek di Pasir Putih, Kelantan kelmarin bernai mengatakan: "Demi kepentingan rakyat, maka MCA juga boleh duduk bincang dengan DAP."

Apa maknanya ini? Bukankah ia juga konsep kerajaan perpaduan tetapi antara Cina dengan Cina.

Oleh itu, Soi Lek percaya UMNO tidak mungkin membentuk satu kerajaan bersama PAS dan membiarkan parti kaum Cina menjadi pembangkang.

Yang jelas, kerana mahu menjaga hati pakatan pembangkang, pemimpin PAS terutamanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sewaktu dengannya - konsep PAS mengenai kerajaan perpaduan asal sudah lari daripada matlamatnya.

Kalau konsep kerajaan perpaduan mahu dirojakkan, baik tidak usah adakan kerajaan perpaduan kerana konsep Barisan Nasional (BN) dan 1Malaysia sudahpun ada dan lengkap.
Ia lebih baik daripada ‘kawin campur’ melalui pakatan pembangkang.

Agak mengejutkan juga semalam apabila PAS tidak berminat sama sekali untuk mengadakan perbincangan dengan Umno termasuk berkaitan dengan idea pembentukan kerajaan perpaduan.
Ini disuarakan senditi oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Yang pasti, kenyataan terbaru ini dikeluarkan tiga hari selepas Mustafa mengumumkan bahawa PAS bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Umno-BN jika ia disertai bersama dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Sedangkan sebelum ini, apa yang difahamkan ialah perbincangan hanya membabitkan UMNO-PAS yang menjadikan banyak pihak dalam PAS, khususnya Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang serik dengan kerajaan campuran menentang bulat-bulat.

Malah, sebelum ini Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak begitu yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Justeru, Perdana Menteri tetap dengan pendiriannya untuk mengamalkan sikap terbuka dan pada masa sama, bersedia mendengar serta mempertimbangkan apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas.

Pada 16 Jun lalu, Najib berkata, pihaknya tidak pernah menolak segala bentuk kerjasama yang akhirnya boleh memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi kerana mengemukakan konsep itu, Najib berkata, beliau bagaimanapun belum mempunyai kefahaman yang jelas mengenainya.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai reaksi kepada kenyataan itu berkata PAS menerima dengan hati terbuka keyakinan Perdana Menteri mengenai keikhlasan parti itu berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Akibatnya, Nasharudddin diminta oleh Nik Aziz supaya tinggalkan PAS dan masuk UMNO selain kata-kata pedih lain.

Persoalannya apa konsep kerajaan perpaduan terbaru?

Apakah ia UMNO + BN + PAS+ pakatan pembangkang? Kalau begini, sampai kiamat pun sukar untuk dibentuk kerana sebab-sebab yang rakyat sendiri sudah tahu.

Malah, semalam Nik Aziz mendakwa konsep pakatan pembangkang jauh lebih baik daripada kerajaan pimpinan UMNO dan dan kerana itu PAS tidak perlu mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pendiriannya tetap menolak konsep kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) yang hangat diperkatakan kalangan pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu kebelakangan ini.

"Kerajaan pakatan jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan... nak buka lembaran baru kerana apa, yang lama tutup kenapa. Ya... tetap (menentang kerajaan perpaduan)... kami dah kenal Umno," katanya di Alor Setar.

Jelas dan nyata kini PAS semakin menjauhkan dirinya dari UMNO.

Tidak diketahui sejauh mana UMNO masih mahu mendekati PAS. Yang pasti, PAS lebih selesa dengan sekutunya DAP dan PKR.

Benar juga kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa cadangan rundingan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS bukan keputusan yang bijak kerana ia boleh memberi pelbagai kesan buruk kepada Barisan Nasional (BN).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sendiri tidak pasti sama ada ahli UMNO bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan.

Hendaknya Najib memberikan arahan supaya jangan membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan ahli UMNO dan rakyat seluruhnya.

Selain itu saya (siapalah saya) ingin mengingatkan Najib, teruskan dengan agenda 1Malaysia itu kerana ia perjuangan yang berpandangan jauh dan mula diterima rakyat. Rakyat Didahulukan, Pencapaian diUtamakan cukup memberangsangkan daripada pakatan pembangkang yang bercelaru.

BN sudah mempunyai rekod pencapaiannya tetapi kerajaan perpaduan pembangkang berkecamuk di mana sahaja – Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan sebelum ini di Perak.

Di Kelantan tanda-tanda menunjukkan ia juga akan berkecamuk sesama sendiri kerana ada puak yang tidak mahu Melayu dan Melayu bersatu selain membenci orang Islam sesama Islam berbaik-baik.

Bagi mereka asal jangan UMNO, yang lain tidak apa kerana UMNO itu kafir dan diharamkan masuk syurga.

Apakah UMNO atau BN yang begitu murni perjuangannya mahu mendekati orang yang bersikap seperti ini?

Adalah baik Najib meneruskan agenda BN dengan memperkukuhkan UMNO dan jika ada yang sudi dari PAS untuk berbaik-baik, terimalah mereka dengan apa cara sekali pun tetapi lupakan kerajaan perpaduan jika ia akan mendatang lebih banyak masalah daripada penyelesaian.

Fikirkanlah Datuk Seri Mohd Najib Razak!