Wednesday, April 22, 2009

ANTARA UBI GADUNG & AIR NIRA(1)

Ada pemimpin UMNO negeri Terengganu dah tak lalu makan tengah hari.

Malam nanti tidak tahulah, sama ada boleh telan air atau tidak. Tekak semakin kering.
Kalau ada air nira pun mungkin dah tak manis. Mungkin dah jadi masam dan benar-benar jadi tuak.

Khabarnya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang basah seluar dalam. Terkencing sendiri sebab ‘yang dituduh bukan orangnya yang melakukan sms berkenaan”.

Ada yang dah mabuk-mabuk macam makan ubi gadung. Sebab itu Datuk Ahmad Said kata, kita kena buat penyelidikan mengenai ubi gadung. Jangan hentam makan begitu sahaja.

Tidak sia-sialah peruntukkan lebih RM2 juta kepada Universiti Darul Iman menjalankan penyelidikan. Tahun ini sahaja RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.

Sekurang-kurangnya Menteri Besar yang disebut sebagai ‘Cap Ayam’ oleh ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah, tetap ada juga kesedaran untuk memajukan tanaman dan kemungkinan mewujudkan industri kecil di Terengganu.

Apabila polis hari ini menahan seorang lelaki berusia 31 tahun di Kuala Lumpur kelmarin berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu, ia membuktikan siasatan akan membuka jalan kepada individu lebih terkenal.

Lelaki berkenaan di katakan bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta (betulkah syarikat swasta?).

Perkara mengenai penahanan ini diumumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, pada sidang media di Balai Polis Wakaf Tapai, sebentar tadi.
Ini permulaan. ‘Game polis” tidak akan terhenti setakat ini sahaja.

Banyak lagi kejadian akan menyusul.

Jelas tuduhan terhadap pegawai kanan Menteri Besar, Wan Ahamad Wan Muda.
Mungkin ketika ini Wan Ahmad sudah boleh memikir-mikir untuk saman orang yang buat tuduhan, termasuk blog-blog yang menyebarkan fitnah dengan nilai mencecah RM100 juta?

Lepas ini bila ADUN dan pemimpin UMNO tertentu dah terkencing-kencing, Wan Ahmad akan will have the laugh laugh!

4 comments:

  1. Bukan sahaja tulisan dan komen dalam blog yang membuat tuduhan dan komen macam-macam pada Hj Wan Ahmad (SUSKMB), tetapi tidak kurang juga pimpinan Umno sendiri di bahagian-bahagian. Bahkan ada pemimpin UMNO yang bertaraf Ustaz melempar tuduhan itu sehingga lupa pesanan Allah dalam al-Quran surah al-Hujurat supaya setiap berita/maklumat yang diterima hendaklah siasat dulu sebelum buat tuduhan. Sekarang zaman ICT macam-macam boleh buat. Saya tabik kepada YB Dato' Nasir, Ketua UMNO Bahagian saya, bila orang bawahnya lantang menghentam Hj Wan Ahmad, minta MB Ahmad Said pecat beliau dsb....Dato' Nasir jawab kita jangan menghukum orang sebelum didapati bersalah, biarlah polis buat siasatan dulu...jangan mendahulu pihak yang membuat siasatan...syabas Dato' Nasir!

    ReplyDelete
  2. Agak-agaknya, bila kes nie nak selesai. Nak gak tengok perkara-perkara magik yang bakal berlaku.

    ReplyDelete
  3. Aku nak ucapkan terima kasih buat PDRM kerana dengan cekap menahan seorang suspek berhubung kes sms mengandungi ugutan bunuh ke atas ADUN2 BN Terengganu baru-baru ini.

    Ini penting, masalah yang melibatkan kes bunuh ADUN ini perlu diberi keutamaan sebab aku dah malas nak Pilihan Raya Kecil lagi. Bayangkan kalau benar ada unsur atau ugutan yang mahu bunuh ADUN2 ini... siapa yang susah.... PDRM juga yang akan duduk pantau situasi pilihan raya kecil sebagaimana yang berlaku sebelum-sebelum ini.

    Oleh itu, aku yakin kebijaksanaan dan kemampuan PDRM untuk menyelesaikan dengan kadar segera isu sms ugutan bunuh terhadap ADUN2 ini.

    Aku yakin dengan penahanan suspek pertama ini akan membongkar seterusnya dalang dalam penyebaran dan permainan politik kotor di Terengganu ini. Buat YB Rosol dan mereka-mereka yang menerima sms ugutan tersebut, di harapkan banyak bersabar dan berdoa kepada Allah semoga kes ini diselesaikan segera.

    Buat masa ini, duduklah diam-diam kat rumah, jangan sampai mendedahkan diri kepada bahaya. Insya-Allah, dan yakinlah dengan kemampuan pihak PDRM kita.

    Buat MB, Datuk Ahmad Said juga banyakkan bersabar. Ini semua dugaan dari Allah, jika kita berada di pihak yang benar..... jangan takut dengan dugaan-dugaan tersebut.

    Kau menang bukan beerti kau benar, kau kalah bukan beerti kau salah. Menang dan kalah bukan sempadan untuk benar dan salah. Yang benar tetap benar walau dipertikai, yang salah tetap salah walaupun diselindungkan....

    ReplyDelete
  4. UMNO menuju kehancuran lah tuu....

    ReplyDelete