Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

JIKA MUKA AHMAD SAID DILANYAK DI PADANG MAHSYAR, MUKA NIK AZIZ BAGAIMANA?


Saya menyusun jari 10 memohon kemaafan sekiranya tersalah dalam kata-kata berikut. Mohon diampunkan Allah!

Kecaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa Datuk Seri Ahmad Said bertegas tidak mahu melaksanakan pembangunan terutamanya tidak mahu mendirikan rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang BN kalah dalam pilihanraya umum kali ke-13 lalu, lebih berupa hukuman.

Kenyataan melampau tanpa selidik berasaskan ‘kecaman’ semata-mata!

Mursyidul Am PAS berkata, Ahmad Said selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Terengganu, berdosa kerana tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

Nik Aziz memberi ingatan kepada semua umat Islam, orang-orang yang melakukan dosa akan diazab oleh Allah SWT diakhirat kelak. Katanya, "akhirat kelak segala orang jahat akan dilanyak muka dia di padang Mahsyar tak kira dia tu datuk mahupun tuan guru...

Saya tak sentuh soal peribadi Ahmad Said, (se)siapa (sahaja) yang buat jahat dia akan berdosa."

Beliau menyifatkan kenyataan Menteri Besar Terengganu sebagai tidak demokratik dan jauh sekali dari ajaran agama Islam.

Mengecam kenyataan Ahmad Said, Nik Aziz berkata: "Demokrasi pun tidak........... Islam pun tidak...........akhirat kelak dia (Ahmad Said) bertanggungjawab.”

Beliau menyatakannya ditemui wartawan Buletinonline, Syed Hussain Solahuddin, selepas menunaikan solat Jumat di masjid al-Fathul Mubin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Mei lalu.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu memberikan misalan, seseorang pemimpin itu sepatutnya tidak dipengaruhi oleh dunia kerana Allah melantik Nabi SAW dari golongan yang tidak mempunyai harta supaya orang-orang yang mengikutnya, mempercayai kebenaran yang dibawa, bukan kerana beliau seorang yang kaya.

"Nabi Muhamad (SAW) sengaja dilantik oleh Allah Taala dari orang miskin supaya pengikutnya itu tidak terpengaruh dengan harta, kerana dia orang miskin........ tapi ikut lah nabi kerana dia membawa kebenaran (bukan kerana harta benda),"katanya.

Untuk berlaku adil kepada Ahmad Said, diperturunkan fakta berikut:

Antara perumahan rakyat yang dibina oleh Kerajaan BN Terengganu.
1. Kerajaan negeri akan meneruskan Aku Janji atau Manifesto Barisan Nasional (BN) bersandarkan agenda `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ selepas diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu. Apa yang dijanjikan tetap dilaksanakan walaupun terpaksa menerima hakikat banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kalah. Bermakna ada cara tertentu yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membela rakyat.

2. Peruntukan RM1 bilion sudah dibelanjakan walaupun Kerajaan BN Terengganu tidak masukkan keperluan dan janji itu dalam Manifesto BN 2008. Yang dimaksudkan ialah menyiapkan 9,542 unit Rumah Mampu Milik atau Rumah Kos Rendah. Ini tidak termasuk yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat. Malah sesen pun Kerajaan Negeri tidak berhutang dengan Kerajaan Pusat. Ia menggambarkan kerajaan negeri cakna kepada rakyat di mana seboleh-bolehnya mahu meilhat rakyat Terengganu memiliki kediaman atau lot tanah.



3. Bagi mencapai hasrat itu, pihak kami sudah meluluskan 20,00 lot tapak rumah dan tapak pertanian kepada rakyat dalam tempoh lima tahun. Bilangan itu, termasuk lebih 12,000 lot tapak pertanian dan 8,000 lot pula untuk tapak rumah.

4. Kerajaan negeri akan meneruskan agenda memperbanyakkan perumahan untuk rakyat, dengan membina 10,000 unit perumahan lagi kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

5. Kerajaan Negeri turut berusaha menyelesaikan masalah tanah haram dengan menambahkan tempoh pajakan daripada 30 tahun ke 60 tahun, dan

6. Kerajaan negeri juga menyediakan pinjaman berlandaskan Islam untuk membina rumah di tapak tanah sendiri sehingga RM50,000 untuk semua rakyat.

Sebaliknya, sepanjang memerintah sejak tahun 1990 hingga 2013, apakah yang Nik Aziz lakukan untuk pembinaan rumah rakyat di Kelantan?

Batu nesan Jambatan Palekbang
Kenapa rakyat Kelantan tunjuk perasaan mengenai masalah air dan tanah yang dirampas kerana Ladang Rakyat?

Rakyat Kelantan tahu Nik Aziz tidak melakukan apa-apa dan hanya menyatakan hasrat perumahan kos sederhana untuk rakyat selepas PAS memerintah selama 23 tahun.

Kerajaan negeri dikatakan akan membuat perumahan untuk rakyat dengan kos RM160,000 seunit yang dijual pada harga RM70,000 dengan subsidi RM90,000.

Kenapa (kerajaan negeri) baru sekarang nak buat (rumah rakyat)? Adakah mereka baru jadi kerajaan, berapa lama dah jadi kerajaan?

"Kalau betul-betul ini kerajaan yang prihatin untuk kesejahteraan rakyat, sepatutnya di awal pemerintahan lagi mereka sudah membangunkan perumahan untuk rakyat," demikian soalan yang ditimbulkan calon Parlimen BN-Kota Baru, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh baru-baru ini.

Tidak berdosa dan tidak rasa berdosakah Nik Aziz dalam perkara ini?

Mohd Fatmi yang menjadikan contoh BN yang mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan pada 1978 berkata, satu perumahan pangsa di negeri itu sudah pun disiapkan selepas tiga tahun pada 1981.

Rakyat Kelantan membantah pelbagai isu yang gagal diselesaikan oleh Nik Aziz.
Sebaliknya PAS mengambil tampuk pemerintahan pada 1990, yang baru sekarang mahu merancang untuk membina perumahan dan bukannya siap untuk diduduki oleh rakyat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mac lalu mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat di Kota Bharu sehaja. Ia melibatkan kos RM160,000 seunit, yang akan dijual pada harga hanya RM35,000 dengan subsidi RM125,000.

Namun rakyat Kelantan menolak tawaran itu apabila BN ditewaskan di Parlimen Kota Bharu.

Tiada lagi billboard Kelantan Koridor Depu. ia hanya untuk Pilihanraua Umum 2008.

Selain itu, apakah Nik Aziz tidak berdosa apabila beberapa projek meganya seperti Lembah Sireh, Ladang Kambing Jamnapari, Pelabuhan Darat di Kuala Krai, Bandar Tunjung, Jambatan Palekbang, Koridor Depu serta beberapa yang lain gagal dilaksanakan?

Bagaimana dengan tanah orang Islam jatuh ke tangan orang lain di kawasan bandar Kota Bharu dan rakyat membantah kerana tidak ada kebajikan yang dilaksanakan kerajaan Kelantan ketika era pemerintahan Nik Aziz?

Kalau muka Ahmad Said (disifatkan orang jahat) akan dilanyak mukanya di padang Mahsyar, apakah muka Nik Aziz yang gagal membawa pembangunan dan menyusahkan rakyat dalam konteks perumahan, pemilikan tanah dan bekalan air bersih tidak akan dilanyak?

Apakah Allah akan membebaskan yang bersarban dan bergelar Tok Guru dan orang biasa seperti Ahamd Said sahaja akan menerima hukuman Allah?

Nik Aziz sendiri mengatakan: “…tak kira dia tu datuk mahupun tuan guru............ (se)siapa (sahaja) yang buat jahat dia akan berdosa."

Apakah Nik Aziz seorang yang maksum dan bebas daripada dosa ketika menjadi Menteri Besar selama 23 tahun?

Monday, November 19, 2012

SELEPAS KAFIR, UMNO KINI MURTAD - NIK AZIZ


Jangan marah! Jangan melenting!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melabelkan UMNO sebagai parti murtad.

Label ini diberikan selepas sebelum ini UMNO dikatakan sebagai ‘kafir’. Ini  kerana UMNO dikatakan oleh Nik Aziz sebagai ‘tidak memperjuangkan Islam’.

Bagi Nik Aziz, UMNO tidak cukup dengan hanya mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu atau Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia semata-mata tetapi UMNO perlu perjuangkan Islam seperti PAS.

Peringatan: Nik Aziz tidak kata penyokong UMNO murtad, tapi parti yang didokong oleh orang Islam iaitu murtad. Nik Aziz mendakwa parti UMNO menolak Islam daripada dasar perjuangannya menyebabkan ia murtad.

Bagi Nik Aziz, bukan sahaja UMNO, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

"Timbul masalah murtad, katanya sebab paderi Kristian, tapi saya kata tidak (kerana) orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam. "UMNO tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah...macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila UMNO buang (Islam), agama apa UMNO tu?


"Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad.

Agama apa UMNO pakai? Bila UMNO tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) UMNO sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?" katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Bharu.

Namun, jika dikaji secara halus iaitu dengan berjuang, menegakkan perjuangan parti serta mengundi calon UMNO melalui Barisan Nasional – semua penyokong UMNO turut murtad.

Bagaimana pula dengan mereka yang menyokong UMNO bukan sebagai ahli dan bersimpati dengan perjuangannya? Bagaimana dengan Raja-Raja Melayu, alim ulama, mufti, guru agama dan tokoh-tokoh Islam yang bersimpati dengan UMNO?

Mengikut analogi Nik Aziz, mereka yang bersekutu dengan parti murtad akan menerima padahnya.

Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada UMNO selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Abdul Aziz berkata: "Tak kira siapa pun...tak kira kalau tok guru (agama) sekalipun, kalau murtad...murtad lah. "Usahkan UMNO, tok guru berserban atau berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara hati (niat bahawa) Islam tak guna... (maka) dia murtad walaupun tak ada mufti beritahu. Kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna...dia murad."

Amat jelas daripada apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz ini, dengan menyifatkan UMNO telah memperlekehkan Islam ia layak dilabel sebagai murtad.

Dengan tegas, Menteri Besar Kelantan itu berkata: "Tak lekeh apa dia buang Islam."

Benarkah UMNO buang Islam? Kita mahu lihat polimik mendalam mengenai tuduhan NIk Aziz bahawa UMNO Murtad selepas BUKAN Islam.

Bijak pandai dan ilmuan tidak kira sama ada dalam UMNO atau di luar perlu membahaskan pandangan ini kerana NIk Aziz sudah menyatakan pendapatnya yang dibimbangi berubah menjadi 'fatwa' selepas ini selepas Fatwa Hadi belum ditarik balik!



Thursday, August 30, 2012

NIK AZIZ BONGKAK, LEBIH MULIA DARIPADA NABI?

"Saya menghantar surat hanya mengikut prosedur yang dilakukan oleh orang biasa kepada pembesar sebagai tanda menghormati dan bukan menerjah secara semberono untuk menemui Tok Guru (Nik Aziz) tanpa mengambil kira waktu kelapangannya...Dengan menghantar surat seperti yang dilakukan orang biasa untuk menemui pemimpinnya, saya hanya mengikut prosedur tambahan pula prosedur ini telah digunakan pada zaman nabi dahulu di mana untuk bermuzakarah dengan pembesar-pembesar perlu menghantar surat rasmi terlebih dahulu," - Fathul Bari

Orang tua selalu berpesan kita jangan kurang ajar dengan orang tua, guru atau mereka yang berilmu.

Tetapi bagaimana pula dengan orang tua yang berikap ‘kurang ajar’ dengan orang muda?

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut, “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya?” boleh dinilai dalam konteks sikap Nik Aziz.

Apakah beliau angkuh, sombong, tidak menghormati orang lain atau nyanyuk apabila membuat ulasan sedemikian?

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Nik Aziz menegaskan kelmarin, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, kelmarin.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Cara Fathul Bari itu betul dari segi prosedur untuk bertemu Menteri Besar Kelantan dan Musyridul Am PAS itu.

Malah sikap hormat sebegini sepatutnya diterima oleh Nik Aziz dengan tangan terbuka.

Bagi Fathul Baru surat dihantar membincangkan isu hudud adalah sebagai tanda menghormatinya sebagai seorang daripada ulama dan ilmuwan tersohor di negara ini.

"Saya menghantar surat hanya mengikut prosedur yang dilakukan oleh orang biasa kepada pembesar sebagai tanda menghormati dan bukan menerjah secara semberono untuk menemui Tok Guru (Nik Aziz) tanpa mengambil kira waktu kelapangannya.

Dengan menghantar surat seperti yang dilakukan orang biasa untuk menemui pemimpinnya, saya hanya mengikut prosedur tambahan pula prosedur ini telah digunakan pada zaman nabi dahulu di mana untuk bermuzakarah dengan pembesar-pembesar perlu menghantar surat rasmi terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ilmu menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Nilailah sendiri sikap Nik Aziz terhadap orang muda yang juga berilmu seperti Fathul Bari ini!

Persoalan lain, apakah Nik Aziz ini statusnya lebih besar dan mulia daripada Nabi?

Sunday, July 15, 2012

APA HUKUMNYA PEMIMPIN 'SUPER ISLAM' SEPERTI NIK AZIZ BIARKAN HARTA RAKYAT DIROMPAK?


  
Bukankah tidak menegur perkara pencerobohan seperti ini menggalakan ia terus berlaku? Apa hukumnya menggalakkan orang melakukan kerja haram dan pencerobohan seperti ini? Bukankah emas dalam tanah itu harta negeri dan rakyat? Nik Aziz lalai  menjaga amanah yang diberikan kepadanya dan biarkan harta rakyat dirompak!

Saya sudah lama sedar perkara ini, memang kita tahu dan saya ke hutan tersebut sebanyak dua kali. Sejak setahun lalu saya jumpa ada orang mengayak emas dengan tangan, dan akhir-akhir ini lebih berani menggunakan jentera.

Demikian nada pengakuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam. Ini mengukuhkan lagi kenyataan bahawa Musyridul Am PAS itu lama menyedari wujudnya kegiatan menceroboh lombong emas di negeri Kelantan seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan minggu lalu.

Hakikatnya beliau juga ialah Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli dan perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan berpuluh-puluh tapak lombong emas haram dikesan melibatkan beberapa kawasan termasuk Gua Musang dan Tanah Merah.

Namun, Nik Aziz yang sentiasa cuba meloloskan diri daripada bertanggungjawab, walaupun menyatakan beliau sedar lebih setahun tetapi TIDAK BERBUAT APA-APA dan dibiarkan pencerobohan itu berjalan terus.

Bukankah tidak menegur perkara pencerobohan seperti ini menggalakan ia berlaku? Apa hukumnya menggalakkan orang melakukan kerja haram dan pencerobohan seperti ini?

Bukankah emas dalam tanah itu harta negeri dan rakyat? Nik Aziz lalai  menjaga amanah yang diberikan kepadanya dan biarkan harta rakyat dirompak!


Apakah hukumnya seorang pemimpin yang dilihat SUPER ISLAM seperti Nik Aziz membiarkan pencerobohan dan kegiatan haram terus berlaku?

Balik-balik minta semua ikhlas agar pencerobohan dihentikan. Selepas itu menyalahkan pihak lain khususnya yang menceroboh dan jabatan kerajaan.

Tindakan seterusnya diserahkan kepada PTG dan mereka mesti bertindak. Saya meminta semua sekali mesti ikhlas…tidak berbaloi dapat emas yang banyak, akhirnya di akhirat nanti masuk neraka, tiada gunanya dan ikhlas kerana ALLAH SWT perlu ditanam di dalam hati,” katanya.

Nik Aziz juga menjelaskan wujudnya dakwaan terhadap Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebagaimana diamanahkan, dan baginya pihak tidak bertanggungjawab itu akan menanggung dosa mereka.

Tidak tahulah apakah kenyataan seperti ini boleh dianggap sebagai larangan, arahan atau sengaja ‘melepaskan diri’ daripada tanggungjawab pentadbiran negeri.

Selain itu apa yang mengejutkan, akibat Kerajaan Kelantan tidak campur tangan dalam kegiatan pencerobohan ini, tiga hari lepas berlaku kejadian 70 samseng menyerang pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bertugas di Perasu, Gua Musang, Kelantan.


Kumpulan 70 penyangak itu bersenjatakan parang dan kayu bertindak menyerang pegawai dan anggota SPRM yang sedang bertugas dalam kejadian pada pukul 9 malam.

Kira-kira 15 pegawai dan anggota SPRM berada dalam keadaan cemas apabila cuba dicederakan dan dikepung lebih empat jam ketika SPRM melakukan kerja-kerja membawa keluar aset yang disita dari sebuah lombong emas yang dipercayai beroperasi secara haram di sungai Emas, berhampiran Felda Perasu.

Apakah Kelantan tidak ada mempunyai undang-undang sehingga kejadian sedemikian berlaku?

Mengulas mengenai perkara ini semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang kecewa dengan kejadian itu, berkata tindakan undang-undang perlu diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Dah la buat perkara haram dan benda tak betul. Serang pula lagi pihak berkuasa. Ini menampakan seolah-olah tidak ada undang-undang di sana (Kelantan)," kata Nazri.

Monday, May 28, 2012

FATHUL BARI, KAMU MENDERHAKA & TIDAK LAYAK MASUK SYURGA!!!!


"Adakah PAS itu sempurna sehingga melayakkan parti politik tersebut menjanjikan syurga kepada para ahli dan pengundinya?Adakah kuasa politik boleh menjanjikan sesuatu yang setaraf dengan Allah SWT?" - Fathul Bari Mat Jahaya

Kamu siapa Fathul Bari Mat Jahaya?

Masih mentah dan tidak layak untuk mencabar pandangan atau ‘fatwa Nik Aziz’.

Kamu tidak mampu menyaingi ilmu dan pengalaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Musyridul Am PAS yang sudah mengeluarkan banyak ‘fatwa’ sebelum ini.

Kalau kail kamu panjang sejengkal, jangan lautan mahu diduga.

Janganlah nak memandai meminta PAS menarik balik 'fatwa' mengatakan individu yang mengundi parti itu akan mendapat balasan syurga.

Memang benar apa yang kamu katakan bahawa hanya Allah SWT yang berhak menawarkan ganjaran syurga dan bukannya PAS. Tetapi kedudukan kamu lebih rendah daripada Musyridul Am PAS yang dianggap ‘nabi’ oleh penyokong PAS.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), kamu Fathul Bari tidak boleh mengatakan bukan-bukan kepada Nik Aziz.

Tidak wajar kamu mengatakan perbuatan menawarkan syurga itu ‘terkeluar daripada ajaran Islam’ kerana Nik Aziz sudah mengajar Islam bertahun-tahun.

Malah setiap pagi Jumaat di sekitar bangunan PAS Kelantan dipenuhi manusia mendengar ajaran ‘Tok Guru’ yang sudah berdekad lamanya.

Kamu juga tidak wajar mengatakan “PAS  yang lahir daripada sistem demokrasi Barat hanyalah sebuah parti politik dianggotai oleh manusia biasa serta tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan” kerana ‘Tok Guru PAS” semuanya maksum.

Kamu tidak layak mencabar mereka apa lagi mempersoalkan PAS dengan pertanyaan seperti : “Adakah Pas itu sempurna sehingga melayakkan parti politik tersebut menjanjikan syurga kepada para ahli dan pengundinya?”

Fathul Bari, kamu berdosa besar dan menderhaka kepada 'Tok Guru' kerana  ‘menghukum PAS’ apabila mengatakan demi kekuasaan, Pas sanggup menjanjikan syurga.

Lebih-lebih lagi mempersoalkan PAS dengan mengatakan “ Adakah kuasa politik boleh menjanjikan sesuatu yang setaraf dengan Allah SWT?”

Tindakan kamu meminta PAS menarik tarik balik kenyataan “undi PAS boleh masuk syurga” juga sebagai perbuatan terkutuk dan boleh terkeluar dari Islam!

Mungkin pendapat kamu sama dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (kanan) yang menegaskan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu sebagai fatwa propaganda.

Malah, lebih jauh Dr Sulaiman mengatakan fatwa propaganda itu suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Berdosa besar Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu.

Dr Sulaiman seperti juga kamu wahail Fathul Bari tidak sepatutnya mengkritik Nik Aziz yang disifatkan sebagai “tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.”

Bagi Nik Aziz oleh kerana ‘syurga itu milik PAS’ dia lupa bahawa syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi.

Sementara UMNO yang dianggap Nik Aziz sebagai wajar menerima neraka dan azab Allah kerana ahli dan penyokongnya ‘ sesat, kufur atau syirik.’

Jadi kepada Fathul Bari, cepat-cepatlah insaf dan kembali kepada jalan yang benar iaitu menyokong PAS kerana laluan ke syurga itu lebih mudah berbanding UMNO yang dianggap parti sesat.

Kerana itu pemimpin PAS marah sangat dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said apabila mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat sedangkan pengundi PAS dijanjikan syurga oleh Nik Aziz.

Friday, May 25, 2012

SAH DAH PAS PARTI BENGONG, PEMIMPINNYA PULA NYANYUK...

1. Semalam - “Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno).
2. Hari ini - "Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam." 

Semalam nok, hari ini ‘tok se”. Gila meroyan ke apa pemimpin PAS ini.

Muzakarah ini suatu perkara amat penting buat umat Islam di Malaysia, bukannya dicadang bergabung dengan UMNO. Sebaliknya ia mencari penyelesaian kepada masalah perpaduan umat Islam di Malaysia yang kebetulan berada di bawah dua kelompok besar, iaitu UMNO dan PAS. 

Kalau dah bengong tu, Allah tunjukkan pendirian sebenar PAS, khususnya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri mengenai betapa kotor dan bercelarunya pemikiran mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan sesama Islam itu penting bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya.

Dua hari sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat kecuali dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Kesian, sampai kepada Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Harun Taib pula tidak tahu mahu buat pendirian. Beliau menyerahkan kepada parti. Harun pasti tahu ‘gelagat gila’ pemimpin PAS sendiri dalam isu ini.

Ia gara-gara pemimpin seperti Nik Aziz yang sekali mahu sekali tidak mahu muzakarah. Kalau ‘hati dah busuk kat UMNO’, sendiri jadi gelabah dan tidak tahu mahu buat pendirian.

Semalam elok-elok bertegas mahu muzakarah dengan UMNIO walapun Presiden PAS, kata tidak mahu.

Hari ini cakap akur dengan pendirian PAS Pusat kononnya memutuskan tidak akan bermuzakarah dengan Umno.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau menarik balik hasrat untuk bermuzakarah kerana wujud terlalu banyak pandangan yang bercanggah.

"Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam," kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa bersikap pintu terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.

Malah katanya, beliau bersetuju jika ia muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelbagai isu, namun bergantung kepada parti berkenaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno),” katanya.

Dua hari lalu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Saturday, May 19, 2012

MUZAKARAH UMNO – PAS…SYARAT GILA BABI NIK AZIZ

 
Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.,” 
- Nik Aziz Nik Mat.


Lupakanlah muzakarah dengan PAS!

UMNO sebagai parti terulung di Malaysia jangan nak jadi 'gila talak'!

Selagi Nik Aziz ada dan selagi Nik Aziz tidak berubah, PAS dan UMNO tidak akan duduk semeja, apa lagi bergabung.

Jauh panggang dari api. Bukan kerana UMNO itu tidak Islam dan bukan kerana PAS itu tidak Islam. Tetapi mereka akan terus terpisah kerana Nik Aziz tidak mahu berbincang dengan UMNO SEADANYA dan menyifatkan UMNO sebagai parti bukan Islam. Bukan parti Islam seperti PAS!

Tak guna bermuzakarah dengan PAS kerana pemimpin parti itu sudah tidak meletakkan UMNO sebagai setara dengan PAS.

Awal-awal lagi PAS tidak melihat UMNO sebaris atau SETARA dengannya.

Muzakarah ini tak akan jadi punya! Belum apa-apa dah ada syarat.

Dalam isu muzakarah ini jelas MusyridulAm PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan meletakkan Islam di depan tetapi parti atau politik lebih utama.

Lihat apa kata Nik Aziz:

1. Diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Mudah sahaja syarat ini. PAS mahu mengambil milage. Jika gagal atau ada kecacatan kepada muzakarah ini UMNO akan dipersalahkan. UMNO jangan terperangkap dengan strategi licik Nik Aziz. Sikap haribulan isu muzakarah ini akan MENCEMARKAN lagi UMNO.

2. Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas;

UMNO perlu patuhi perkara yang ditentukan PAS. Bagaimana pula dengan PAS…apakah akan bersetuju atau akan mematuhi syarat PAS.


 3. Tukar dasar kebangsaan dengan Islam.

Nik Aziz mahu keputusan dibuat bukan  secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. Tukar kebangsaan (asabiyah?).

Apakah UMNO parti asobiya?

Ini pun Nik Aziz sudah keliru dan cuba melabelkan UMNO sebagai parti bukan-Islam.

4. Ini syarat paling gila. Peringkat GILA BABI namanya. Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). 

Nik Aziz meletakkan syarat supaya UMNO perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS. UMNO wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan PAS bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. UMNO kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya Kuala Terengganu hari ini.

Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Tetapi melihat syarat Nik Aziz ini mana keikhlasannya? Mana ada ikhlas kalau meletakkan kedudukan UMNO seperti itu.

Yang pasti kalau PAS tetap dengan keputusan Nik Aziz, kedua-dua parti tidak akan ke mana-mana.

Hanya ada dua sahaja kemungkinan. Pertama PAS pujuk atau paksa Nik Aziz jangan meletakkan syarat - rasanya amat sukar.

Kedua tunggu Nik Aziz mati dan pemimpin lain tidak meletakkan syarat seperti Nik Aziz barulah UMNO - PAS duduk semeja!!!

Tuesday, May 8, 2012

MAJLIS FATWA MACAM JIN TONCET YANG HANYA ADA SATU MATA?

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak…Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini." - Nik Aziz

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ini macam Jin Toncet Sebelah Mata atau memang buta sebelah mata.

Kerana itu jawatankuasa berkenaan membuat keputusan menggunakan ‘sebelah mata’.

Bukan saya kata sebaliknya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan keputusan muzakarah mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang mencetuskan huru-hara hanya menggunakan ‘sebelah mata’.

Pada ketika keputusan Muzakarah Jawatankuasa itu perlu dihormati dan dipatuhi semua pihak, Nik Aziz memperlekehkan jawatankuasa itu walaupun pada asasnya BERSETUJU bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

Namun persoalannya: "Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak… "Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz yang menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata di Kuala Terengganu hari ini, jawatankuasa itu dianggotai oleh mereka yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan setiap keputusan dibuat tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

"Majlis fatwa sudah putuskan (haram menyertai demonstrasi yang mencetuskan huru-hara). Jadi, kita serahkan kepada Majlis fatwa kerana ia (jawatankuasa) dilantik oleh raja-raja," katanya.

Nik Aziz tidak peduli itu semua. Biarpun jawatankuasa itu dilantik oleh Raja-Raja Melayu.

Siapa lebih tinggi?

Bagi Nik Aziz dia lebih tinggi daripada Raja-Raja kerana dia Musyridul Am PAS, kalau tidak tak kan dia berani memperlekeh dan mempersendakan keputusan berkenaan!

Bagi Nik Aziz, apabila apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?

Jamil Khir menyifatkan tindakan pemimpin PAS mempertikaikan keputusan jawatankuasa berkenaan sebagai perkara biasa dalam politik.

Yang jelas oleh kerana sudah menyokong dan memberikan pula duit kepada peserta Bersih 3.0 itu, Nik Aziz terpaksa mempertahankan pendirian walaupun terpaksa melawan arus dengan memperlekeh dan mempersenda keputusan jawatankuasa berkenaan.

Tuesday, February 14, 2012

IKTIRAF NEGARA YAHUDI - NIK AZIZ CABAR ANWAR SAMAN WSJ

"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis...Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.” - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kini bukan bekas ‘anak buah’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang cabar beliau supaya menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam turut mencabar berbuat demikian jika laporan WSJ itu tidak benar.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan ‘haram’ mengiktiraf negara Israel.

Kini rakyat Islam dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dunia di negara ini perlu sedar dan menolak Anwar yang ternyata menyokong perjuangan Yahudi yang menindas dan ‘menutup masa depan rakyat Palestin’.

Mahu kata apa lagi Anwar dan konco-konconya kerana jika pemimpin UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas Anwar mengenai perkara ini, ada pihak mengatakan ia bersifat politik.

Tetapi apabila Mursyidul Am Pas sendiri mencabar Anwar, ini juga tindakan politik?

Hakikatnya, Nik Aziz dan Abdul Hadi memang bertelagah pendapat dengan Anwar yang membayangkan bahawa PAS kini semakin ‘sedar’ bahawa Anwar sebenarnya bukan pemimpin untuk orang Islam di negara ini.

Jika kelmarin PAS bertelagah dengan DAP mengenai Hari Kekasih, semalam PAS bertelagah dengan Ketua Ketua Umum Pakatan Rakyat mengenai isu Palestin pula.

Bagaimana boleh dua penyokong tegar Anwar yang berjuang ke Putrajaya boleh mengkritik Anwar mengenai kenyataannya berkaitan dengan Israel yang disiarkan dalam akhbar WSJ bulan lalu?

Abdul Hadi beralas dan berlapit mengkritik Anwar tetapi Nik Aziz semalam lebih keras apabila menggesa pemimpin PKR itu agar menarik balik kenyataannya.

Sabtu lalu, Presiden Pas, itu menegaskan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Sehubungan itu kata Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Kedua-dua pemimpin Pas ini melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Anwar mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama WSJ baru-baru ini, menjadi isu kontroversi.

Nik Aziz pula petang semalam menegaskan :"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.”

Dalam satu kenyataannya, Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Dalam kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Kata beliau, negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.

Oleh itu katanya, wajib bagi umat Islam, bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.

"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

"Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, pihak berkenaan perlu menyedari bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja.

Jadi faham-fahamlah orang PAS sendiri kenapa Anwar perlu ditolak dan tidak layak langsung menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya disokong juga bermakna orang PAS menolak pendirian Nik Aziz dan Abdul Hadi yang memang jelas menolak Anwar dalam isu yang membabitkan kepentingan umat Islam di negara ini.

Thursday, December 29, 2011

NIK AZIZ TOKOK TAMBAH & SENSASIKAN KEDATANGAN DR HASSAN KE JKR 10?

(Susulan) Nik Aziz kata Dr Hasan minta maaf....Dr Hasan kata dia datang ke Kelantan bukan untuk minta maaf tetapi hadir majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

Selepas dikritik oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Harakahdaily petang ini mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuan itu.

Harakahdaily menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa. Ia menyiarkan transkrip penuh sidang media Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.



Kata Tuan Guru Nik Aziz: “Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.”

Nik Aziz kata beliau terima permohonan maaf yang dibuat di lokasi JKR 10 itu.

Persoalannya sekarang, apakah Nik Aziz BOHONG yang menyebabkan Harakahdaily turut BOHONG?

Nik Aziz menyebut perkataan ‘tarik balik’ sebanyak 5 kali dan ‘minta maaf’ sebanyak 2 kali.

Persoalannya apakah Dr Hasan tidak tarik balik serangannya bahawa PAS tergelicir landasan dari negara Islam kepada negara kebajikan dan tetap dengan pendiriannya dan Nik Aziz memandai-mandai menokok tambah dan mensesasikan kedatangan Dr Hassan ke Kelantan?

Semalam ramai pemimpin PAS dan blogger yang menyokong PAS menyatakan perasaan lega mereka dan menganggap kes ini sudah selesai.

Tetapi kini mereka kembali kelam kabut. Sama-sama pening dan pastinya akan meneruskan pertelingkahan sesama sendiri.

Nik Aziz minta penyokong PAS jangan guna media bukan-PAS tetapi kalau media sendiri pun bercelaru dan haru, bagaimana?

Kalau sebelum ini Dr Hasan diherdik dan diminta ‘angkat kaki’ apakah ‘hukuman’ terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu kali ini?


Apakah Ahli Dewan Undangan Gombak Setia itu akan dicaci, dimakihamun dan dihukum seperti yang dijatuhi terhadap pemimpin dan penyokong UMNO yang seagama dengan mereka?

Kita tunggu perkembangan selanjutnya...

Thursday, December 1, 2011

AIDS DI KELANTAN, NIK AZIZ PERLU AMBIL TANGGUNGJAWAB - PUTERI UMNO

UMNO Malaysia Wajar Hasilkan Lebih Ramai Ketua Puteri Seperti Bachok.

Tahniah Ketua Puteri UMNO Bachok dan Ketua Bahagian UMNO Bachok, Datuk Dr Awang Adek

Kita memerlukan Puteri UMNO yang berani seperti Che Hanuni Che Ali yang berani ‘membelasah Nik Aziz’ bukan jenis pemimpin UMNO yang hanya mengampu pemimpin UMNO sendiri dan tidak tahu menganalisis isu.

Kita memerlukan Ketua Bahagian yang mampu melahirkan pemimpin Bahagian UMNO yang tegas, berani menyuarakan pandangan dan yang penting ketika ini menyerang pembangkang khususnya pemimpin mereka yang asyik menyalahkan orang lain seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ketua Puteri UMNO Bachok semalam membidas Nik Aziz kerana enggan bertanggungjawab dengan kedudukan negeri itu yang mencatatkan negeri paling ramai dijangkiti HIV dan AIDS pada tahun lalu.

“Pemularan gejala sosial penyebab HIV dan AIDS begitu mengaibkan memandangkan negeri itu digelar sebagai Serambi Mekah di bawah pimpinan Kerajaan Pas yang kononnya terdiri daripada golongan ulama,” kata Che Hanuni.

Mmembahaskan usul sosial di Perhimpunan Agung pergerakan itu di Kuala Lumpur, semalam, beliau berkata berkata, Kelantan bukan sahaja menjadi ‘juara HIV’ untuk tahun 2010, tetapi turut dinobatkan sebagai juara pada tahun 2008 dan 2009 serta menambah, kerajaan Pas dengan mudah meletakkan kesalahan itu kepada Umno atau Barisan Nasional.

“Nik Aziz kata punca HIV tinggi kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993 kerana halangan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sekiranya akhbar melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan penghidap HIV paling rendah, mereka akan mengatakan inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaan Islam di Kelantan.

“Mereka nak yang baik-baik dan yang buruk semuanya milik orang lain,” tambahnya

Mengambil contoh Kota Bharu, Che Hanuni berkata masyarakat amat ‘renyah’ dengan pelakuan remaja yang berpeleseran dengan pakaian yang menjolok mata, berambut merah, berdua-dua, bersekedudukan, berzina, membuang bayi dan sebagainya.

Bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak remaja, Che Hanuni menyarankan agar ibu bapa memerhatikan setiap pergerakkan anak-anak mereka dan menjadi contoh kepada anak serta menghabiskan banyak masa bersama anak.

Beliau juga menyarankan agar institusi masjid dan surau dijadikan tempat menyelesaikan segala permasalahan keruntuhan akhlah remaja, selagi ia menuruti kehendak Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.

“Semua pihak bertanggungjawab untuk menangani penyakit masyarakat ini, dari pemimpin negeri ke rakyat jelata, dari pegawai atasan sehingga ke pekerja biasa.

“Tiada siapa yang patut menunding jari ke pihak yang lain kerana setiap daripada kita adalah ahli masyarakat.

Karenah birokrasi dan perbezaan fahaman politik dan puak haruslah dielakkan dalam melancarkan pelan tindakan bersepadu ini,” katanya.

Tuesday, September 27, 2011

DAP, MCA, GERAKAN TAKUT HANTU, UMNO JANGAN TURUT MENGGIGIL...


(Bahagian Pertama)
Kalau Sudah ‘Hati Cina’, Ia Tetap ‘Hati Cina’...

Gara-gara kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Kelantan akan melaksanakan hukum Hudud, ramai kini ‘takut hantu’.

DAP, MCA, Gerakan dan sebahagian pemimpin UMNO boleh diibaratkan sebagai ‘budak kecil takut hantu’.

Kenapakah MCA dan Gerakan mahu mengikut rentak PAS yang cuba menarik perhatian pengundi khususnya di Kelantan selepas ia malu besar akibat ‘perbuatan Mat Sabu’?

PAS memainkan hukum Hudud kerana ia tersepit dengan slogan Negara Kebajikan yang kini tidak mendapat sokongan ramai pemimpin PAS yang masih mahukan Negara Islam.

Hukum Hudud yang dimainkan oleh PAS hanya semata-mata gimik pilihan raya kerana PAS tahu ia banyak halangan. Selepas pilihan raya PAS akan cari auta baru untuk menyalahkan Kerajaan Pusat seperti sebelum ini apabila gagal dilaksanakan.

Baik juga isu Hudud ini ditimbulkan kerana semakin jelas pemimpin Cina dalam Barisan Nasional yang dikatakan sekutu UMNO itu sebenarnya memainkan ‘politik ugut’ selePAS mereka ‘takut hantu’.

Jika sebelum ini kita hanya syak tetapi terserlah sudah ‘warna sebenar’ MCA dan Gerakan. Kalau dah ‘hati Cina’, ia tetap ‘hati Cina’ walau dalam apa juga parti yang dianuti!

Belum apa-apa MCA mengatakan ia sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, UMNO, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek yang terkenal dengan video panasnya mengatakan jika UMNO mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Begitu juga dengan Gerakan, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn apabila turut mengugut dengan mengatakan kerjasama politik Gerakan dengan UMNO tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir. jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.

Benar kata Tun Dr Mahathir Mohamad Santu lalu bahawa kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ia tidak menguntungkan BN.

Sepatutnya, MCA dan Gerakan kena faham bahawa kalaupun dilaksanakan, ia sebahagian daripada perkara yang menjadi janji PAS dan UMNO sendiri menyetujuinya untuk dilaksanakan di Kelantan.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum Hudud di negara ini.

Kini kita akan dapat menyaksikan sejauh mana pemimpin DAP akan bermain wayang kerana hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.

Kerana itu, MCA, Gerakan atau juga DAP tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Wajar sekali jika Nik Aziz menyifatkan DAP seperti "budak-budak kecil takutkan hantu" sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) PASal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," tanya beliau di kediaman Menteri Besar di Kota Bharu semalam.

Ikut Sambungan Bahagian Kedua

Thursday, September 22, 2011

MINTALAH DENGAN NAJIB UNTUK LAKSANAKAN HUDUD...

Sedap serta jelas membaca kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memulangkan buah keras kepada PAS ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan biarpun ditentang oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Pertama - "Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud.”

Kedua - "Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul. Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya."

DR. MAHATHIR Mohamad ketika menyampaikan syarahan Perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata baru-baru ini kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.

Menteri Besar Kelantan , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

Nik Abdul Aziz turut menyifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan hudud merupakan mereka yang jahil serta tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri.

"Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku pentadbir alam ini. Justeru, saya mengharapkan tabiat menolak hudud dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.”

Kelmarin (20 September 2011), Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan sekarang bukan masa yang sesuai untuk negara ini melaksanakan hukum hudud kerana hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Perkara paling penting sekarang ialah mempromosikan hudud dengan cara yang positif bagi mengelakkan salah anggap kerana hudud mempunyai maksud yang luas dan bukan hanya melibatkan hukuman terhadap pesalah semata-mata.

"Pada saya Malaysia tidak kondusif lagi untuk melaksanakan hudud tetapi tidak boleh kata tidak, kita kena usaha wujudkan suasana kondusif, kita mudahkan yang halal dan sukarkan yang haram, maka ketika itu baru hudud boleh dilaksanakan. Saya melihat ada beberapa pihak yang bercakap mengenai hudud, satu ikhlas untuk melaksanakannya tetapi kurang faham tentang latar belakang hudud, mereka hanya terfikir potong tangan orang mencuri selesai tanggungjawab sedangkan tanggungjawab bermula sebelum daripada itu, “ katanya.

Semalam, Nik Aziz menolak pandangan Dr. Mohd. Asri dengan mengatakan kerajaan PAS Kelantan sudah menyiapkan asas kukuh untuk pelaksanaan hukum hudud berlandaskan konsep ubudiyah (kepatuhan), itqan (tekun) dan masuliyah (bertanggungjawab) dalam pentadbirannya.

Sebaliknya ketika merasmikan kempen ‘Jom Sertai PAS’ di Dataran Shah Alam pada 28 Disember 2008, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

Malah, beliau juga mengakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan negara dan rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah.
Kata Abdul Hadi, situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hudud daripada dilaksanakan.

Mana satu yang betul ni?

Di Kelantan, perkara yang paling membingungkan umat Islam ialah selePAS Sultan sudah menandatangani Enakmen Jenayah, PAS baru hendak pergi mengkaji ke Iran dan negara Arab lain mengenai perkara ini. Nampak sangat PAS yang sengaja melambat-lambatkan pelaksanaan Hudud dan menyalahkan kerajaan Pusat agar dijadikan modal pilihan raya sebelum ini (kini dah tukar slogan Negara Kebajikan);

Di Terengganu pula, Hadi sendiri bagaikan memperkecil-kecilkan hukum Hudud dengan mengatakan Hudud hanya 0.0001 % daripada hukum Islam. Kalaulah pemimpin Barisan Nasional mengatakan demikian, sudah tentu PAS akan mengkafirkan dan ‘melontarkan orang itu ke neraka’.

Ada yang tertanya-tanya kenapa pemimpin PAS yang dulunya sering membaca ayat surah Al-Maidah:ayat 44 yang menghukum kafir ke atas mereka yang tidak melaksanakan hukum Islam.

Tetapi kini mereka sendiri jarang-jarang mengeluarkan ayat tersebut kerana takut rakyat Terengganu khususnya mengkafirkan mereka pula disebabkan perlembagaan yang mereka kata Taghut, Jahiliyyah sebelum ini sedang diamalkan di Terengganu dan Kelantan.


Nik Aziz semalam mendakwa pelaksanaan program kebajikan oleh kerajaan negeri (Kelantan) setakat ini sudah mencukupi untuk menghalang niat sesetengah pihak melakukan perkara yang menjadi kesalahan dalam peruntukan hudud akibat desakan kewangan.

"Kami buat bermacam-macam projek, Al-It'am (kupon beras percuma), Az-Ziwaj (bantuan perkahwinan), Ladang Rakyat, bantuan armalah (ibu tunggal) dan sebagainya. Ini semua persiapan untuk membolehkan rakyat berasa tidak perlu lagi mencuri, menipu dan merompak. Kalau merompak juga, itu jahat maknanya. Jadi asas yang kondusif ini sudah cukup kemas di Kelantan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan PAS Kelantan di Kota Bharu semalam.

Dalam konteks Hudud ini, kita bersetuju dengan sikap dan pandangan UMNO Kelantan bahawa PAS hanya mahu mempertahankan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang di negeri Kelantan dengan mengulangi ‘gula-gula’ untuk melaksanakan hukum hudud.

Ini kerana slogan Negara Kebajikan mereka dan perkembangan mutakhir dalam PAS merugikan mereka malah seperti kata Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, hukum tersebut jelas tidak akan dilaksanakan kerana ia ditolak sepenuhnya oleh rakan-rakannya dalam pembangkang, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Yang pasti PAS akan mengetepikan Islam dan semua kepentingan rakyat semata-mata untuk mencapai tujuan utamanya iaitu kemenangan dalam pilihan raya.

Dahulu ada hudud, sekarang sudah tukar kepada kebajikan, dia (PAS) tidak sebut lagi pasal hudud sekarang ini sehingga semalam berbunyi semula. Ini disebabkan rakan dalam pembangkang telah menolak hudud dan mereka (PAS, DAP dan PKR) tidak lagi menitikberatkan kebajikan rakyat kerana mereka lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Mustapa mengenai sikap dan pendirian PAS sekarang.

Semua sudah jelas dan jika masih berlum pasti, ikutlah pesanan Dr Mahathir: “Pergilah tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kalau dia nak bagi... Ini dia (Nik Aziz) asyik salahkan saya kononnya kerana saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud.

Monday, September 12, 2011

FATWA NIK AZIZ SEMAKIN JELAK & MENGELIRUKAN...

"Kita berjuang untuk agama bangsa dan negara. Jangan jadi angkuh kerana ingat kita seorang saja yang berjuang untuk Islam. Kita kena terima hakikat bahawa setiap orang menyumbang kepada Islam dan negara melalui cara masing-masing. Cuma, tidak semua perjuangan itu ada sama kaedahnya," - Mustapa Mohamed


http://kijang-jantan.blogspot.com/

Kalau ia pun ‘berfatwa ala PAS’, biarlah berpada-pada.

Nanti bukan orang Islam yang rasa pelik dan jelak tetapi orang bukan Islam turut tergelak.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat lalu menyifatkan usaha UMNO Kelantan untuk menawan negeri ini daripada PAS tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat.

Sebabnya? Kata Nik Aziz, ini kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.

Nik Aziz yang nampak bimbang dengan perkembangan UMNO di Kelantan berkata UMNO boleh meletakkan apa sahaja sasaran kerusi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi usaha mereka itu tidak berfaedah di mata agama.

Malah beliau yang juga Mursyidul Am PAS secara sinis berkata, jika UMNO yakin boleh menang 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mendapat kerusi majoriti di Kelantan, maka PAS pula akan menang 60 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang di peringkat pusat.

“Kita hendak menang Parlimen 60 kerusi, (segala usaha) langsung tidak ada faedah untuk akhirat melainkan dengan Islam, UMNO kena faham duduk atas dunia ini bukan manusia buat, tapi Allah Taala buat.

“Allah Taala menetapkan bahawa hujung dunia ini ada pembalasan di akhirat, syurga dan neraka, yang kena dengan kehendak al-Quran dapat syurga, yang tidak kena neraka, orang Arab pun kalau tidak kena dengan al-Quran akan masuk neraka, inikan pula orang Melayu,” kata Nik Aziz.

Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam mengingatkan PAS jangan mudah memperkecilkan sumbangan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara sejak 54 tahun negara merdeka.

Beliau berkata, banyak perubahan sudah dialami negara hasil sumbangan UMNO bersama Barisan Nasional (BN) dalam memartabatkan Islam serta rakyatnya di mata dunia.

UMNO ingin memenangi Kelantan demi menguruskan negeri itu ke arah yang lebih baik dan menyerahkan kepada rakyat Kelantan yang menilai prestasi UMNO dan menentukannya dalam pilihan raya umum nanti.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menasihati Nik Aziz agar tidak mudah menjadi angkuh dengan memperlekehkan sumbangan dan perjuangan UMNO terhadap Islam.

"Kita berjuang untuk agama bangsa dan negara. Jangan jadi angkuh kerana ingat kita seorang saja yang berjuang untuk Islam. Kita kena terima hakikat bahawa setiap orang menyumbang kepada Islam dan negara melalui cara masing-masing. Cuma, tidak semua perjuangan itu ada sama kaedahnya," katanya di Kota Bharu, semalam.

Adalah lebih wajar PAS melihat sumbangan UMNO daripada aspek memartabatkan Islam melalui pembangunan dan kemajuan pengetahuan rakyat di negara ini.

"Kalau dulu sebelum merdeka orang Melayu terkenal dengan sifat malunya. Tetapi setelah 54 tahun merdeka, Melayu sudah berubah dengan membawa pelbagai perubahan dan kemajuan. Semua ini terima kasih atas sumbangan pemimpin Umno terdahulu dalam menubuhkan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Majlis Amanah Rakyat serta universiti untuk kemajuan rakyat khususnya umat Islam," katanya.

Kelmarin, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa secara sinis mempersoal sejak bila Nik Aziz 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am PAS itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am PAS itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.

“Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam," katanya.

Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan 'fatwa' karut Mursyidul Am PAS itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh PAS, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.

JIka Barisan Nasional menang, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan PAS Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.

Bagi Ibrahim, pemimpin PAS Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling asas.

Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang PAS buat selePAS 21 tahun?

Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja!

Monday, May 16, 2011

NIK AZIZ PENING DENGAN ONAR ANWAR...

Kesian kat Datuk Nik Aziz Nik Mat. Hari ini beliau terpaksa fikir apa pula jawapan kepada kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Macam mana Musyridul Am PAS itu akan ‘spin’ untuk menepis kenyataan Hakim Mohamad Zabidin bahawa pihak Mahkamah Tinggi mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Yang menariknya Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan ialah:

1. Seorang saksi yang boleh dipercayai ;

2. Keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar;

3. Terdapat penetrasi zakar ;dan

4. Mangsa (Saiful) berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Ini lagi pening Nik Aziz. Perkataan-perkataan seperti ‘boleh dipercayai’; ‘keterangan selaras’; ‘penetrasi zakar’ dan ‘berada di kondominium’.

Mungkin Nik Aziz paling tak tahan ialah perkataan ‘penetrasi zakar’ yang bermakna ‘memang yang dituduh melakukannya’.

Pagi ini Mahkamah Tinggi memerintahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hakim Mohamad Zabidin menegaskan dalam keputusannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Mahkamah mendapati Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.

Ini kenyataan mahkamah, bukan dikeluarkan di tepi Masjid Negara, Masjid Wilayah atau Majid Jamik. Juga bukan di Kedutaan Turki.

Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu pagi ini selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lepas.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Ini merupakan tuduhan liwat kedua Anwar hadapi. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar.

Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Tuesday, March 15, 2011

HARAM JUDI - TUNDUKKAH NIK AZIZ KEPADA DESAKAN PKR, DAP?

Kerajaan Kelantan kini benar-benar terdesak dan kerjasama antara PAS dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini teruji dengan kes pengharaman judi di negeri itu.

Malah, kita mahu melihat bagaimana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdepan dengan desakan PKR dan DAP dalam isu ini.

Nik Aziz dikatakan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sekutunya dalam konteks mengharamkan semua judi di Kelantan.

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula.

Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.

Persoalannya, apakah beliau akan ‘menarik balik’ atau bertegas sebagai sifatnya sebagai Musyridul Am PAS dan selama ini menganggap hanya Kelantan negeri Islam.

Sudah pasti rakyat Malaysia – Islam dan bukan Islam – akan memerhatikan dengan mendalam dan mengambil perhatian berat sebarang keputusan Nik Aziz.

Yang nyata, hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan itu berhubung pendirian Musyridul Am PAS berkenaan yang mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu.

Nampaknya Nik Aziz sehingga ini tidak berganjak walaupun didesak sekutunya DAP dam PKR supaya menarik balik pengharaman berkenaan.

Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.

"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam.

Peliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir dan bersetuju dengan kenyataan Anwar. Turut berada di situ ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Amat jelas, kini PAS Pusat dan PAS Kelantan mempunyai pandangan berbeza mengenai pengharamkan judi ini.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya lusa (Khamis).

“Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Amat jelas PKR dan DAP sedang mendesak PAS Kelantan, khususnya NIk Aziz sendiri dengan menetapkan selewat-lewatnya Khamis ini.’

Kenapa Anwar dan Kita Siang begitu terdesak mengenai isu ini hingga bagaimana memberikan kata dua kepada ‘Tok Guru’.

Kita mahu melihat reaksi PAS Kelantan dalam isu ini.

Jika Nik Aziz ‘berlembut dan membenarkan judi’ seperti loteri kebajikan, ia akan menggambarkan sikap sebenar PAS yang boleh ‘pejam mata sebelah’ dalam isu seperti ini hanya kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Tetapi apakah rakyat Islam Kelantan boleh membiarkan keadaan itu berlaku dan sanggupkah mereka berlembut?

Atau mungkin juga mereka akan mula menilai sikap sebenar Nik Aziz dan PAS Kelantan yang selama ini mendakwa mereka Islam tetapi sebenarnya hanya untuk kepentingan dan kemenangan politik semata-mata.

Wednesday, December 29, 2010

SIAPA PULA YANG FITNAHKAN NIK AZIZ MATI!

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu marah betul. Siapa pula yang menyebarkan berita kononnya beliau meninggal dunia?

Berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Segala-galanya mungkin bermula daripada berita Utusan Malaysia bertajuk “Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya”.

Menurut berita itu, “seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, semalam. Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.”

Lihat laporan Utusan Online di bawah:

Beberapa blog ada mengulas mengenai ‘Nik Aziz mati” tetapi tidak pula mengatakan atau mengesahkan Musyridul Am PAS itu mati.

Pisau. Net menyebut: “Menurut sumber, berita ini sudah tersebardan ramai penyokong PAS berguling dan menghantuk kepala meratapi kematian Nik Aziz Nik Mat,namun setelah menyedari yang mati adalah orang lain,mereka kembali bersemangat untuk memaki hamun kepada yang menyampaikan berita ini. Pisau sendiri terkejut ,kerana pada mula nya menyangkakan Mursyid maksum PAS ini sudah meninggal,tetapi Allah masih panjangkan umurnya agar beliau lebih banyak berkesempatan bertaubat dan bermuhasabah tentang dirinya yang terlalu banyak membuat kesilapan.

Blog The Sense, Credibility and Accountability pula mengulas: “Memang patutlah Pok Nik menuntut perMOHONan MAAF daripada pihak yang diDAKWAnya memFITNAH kononnya dia telah meninggal dunia.. HAIRAN jugaklah - tak keluar pun dalam berita BERNAMA, RTM, TV3, Utusan, Metro, Berita Harian, HARAKAH atau Malaysiakini, TIBA-TIBA aje Pok Nik mengatakan ada pihak yang menyebarkan BERITA fitnah sedemikian RUPA terhadapnya.. Siapalah punya KERJA agaknya ye? Gembira sangat ke PIHAK tersebut kalau Pok Nik sudah TIADA? Sedangkan semua TAHU yang HIDUP pasti akan MATI, yang PATAH, pasti akan TUMBUH dan yang HILANG, pasti akan berGANTI.. Itu sudah LUMRAH.. Kalau diTAKDIRkan Pok Nik sudah TIADA pun, pasti akan ada pengGANTInya yang mungkin 2X5 sepertinya? Itukan semuanya ketentuan Ilahi?”

Blog hhalem pula berkata: “Sebenarnya orang yang meninggal kemalangan jalanraya serupa namanya dengan Tok Guru yang pertama kali dilaporkan oleh bloger yang memetik dari Bernama...” Saya berdoa Tok Guru PANJANG UMUR dan mudahan MELAYU BERSATU SEMULA

The Flying Kick pula berkata “Sememangnya berita kematian NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT bukannya berita baru. Ini berita tahun 2009 atau lebih tepat lagi pada 26 Ogos 2009. NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut bersama-sama kakak dan anak saudaranya selepas kereta yang mereka naiki, bertembung dengan sebuah lori penghantaran cepat.”

Amat jelas, tiada siapa pun yang mengatakan Nik Aziz mati hanya Menteri Besar Kelantan itu sahaja yang terasa entah apa-apa.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu semalam, beliau mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

Nik Aziz minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata, beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Ada juga blog mengatakan Nik Aziz ini jenis takut mati kerana itu marah apabila ada orang mengatakan dia sudah mati.

Wallahualam - entah, siapa yang benar!