Saturday, May 19, 2012

MUZAKARAH UMNO – PAS…SYARAT GILA BABI NIK AZIZ

 
Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.,” 
- Nik Aziz Nik Mat.


Lupakanlah muzakarah dengan PAS!

UMNO sebagai parti terulung di Malaysia jangan nak jadi 'gila talak'!

Selagi Nik Aziz ada dan selagi Nik Aziz tidak berubah, PAS dan UMNO tidak akan duduk semeja, apa lagi bergabung.

Jauh panggang dari api. Bukan kerana UMNO itu tidak Islam dan bukan kerana PAS itu tidak Islam. Tetapi mereka akan terus terpisah kerana Nik Aziz tidak mahu berbincang dengan UMNO SEADANYA dan menyifatkan UMNO sebagai parti bukan Islam. Bukan parti Islam seperti PAS!

Tak guna bermuzakarah dengan PAS kerana pemimpin parti itu sudah tidak meletakkan UMNO sebagai setara dengan PAS.

Awal-awal lagi PAS tidak melihat UMNO sebaris atau SETARA dengannya.

Muzakarah ini tak akan jadi punya! Belum apa-apa dah ada syarat.

Dalam isu muzakarah ini jelas MusyridulAm PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan meletakkan Islam di depan tetapi parti atau politik lebih utama.

Lihat apa kata Nik Aziz:

1. Diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Mudah sahaja syarat ini. PAS mahu mengambil milage. Jika gagal atau ada kecacatan kepada muzakarah ini UMNO akan dipersalahkan. UMNO jangan terperangkap dengan strategi licik Nik Aziz. Sikap haribulan isu muzakarah ini akan MENCEMARKAN lagi UMNO.

2. Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas;

UMNO perlu patuhi perkara yang ditentukan PAS. Bagaimana pula dengan PAS…apakah akan bersetuju atau akan mematuhi syarat PAS.


 3. Tukar dasar kebangsaan dengan Islam.

Nik Aziz mahu keputusan dibuat bukan  secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. Tukar kebangsaan (asabiyah?).

Apakah UMNO parti asobiya?

Ini pun Nik Aziz sudah keliru dan cuba melabelkan UMNO sebagai parti bukan-Islam.

4. Ini syarat paling gila. Peringkat GILA BABI namanya. Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). 

Nik Aziz meletakkan syarat supaya UMNO perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS. UMNO wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan PAS bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. UMNO kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya Kuala Terengganu hari ini.

Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Tetapi melihat syarat Nik Aziz ini mana keikhlasannya? Mana ada ikhlas kalau meletakkan kedudukan UMNO seperti itu.

Yang pasti kalau PAS tetap dengan keputusan Nik Aziz, kedua-dua parti tidak akan ke mana-mana.

Hanya ada dua sahaja kemungkinan. Pertama PAS pujuk atau paksa Nik Aziz jangan meletakkan syarat - rasanya amat sukar.

Kedua tunggu Nik Aziz mati dan pemimpin lain tidak meletakkan syarat seperti Nik Aziz barulah UMNO - PAS duduk semeja!!!

2 comments:

  1. trick lama recycle semula...dah banyak Anwar jolok...sampai kempen untuk anwar diterima Umno dalam BN...tektik recycle...tu... Saperti seorang bekas Ulama cakap dia nie tak tau displin berhujah...cakap bodoh aja tak berilmiah..main pakai ilham saja..(syok sendiri) Yg heran Ulama yg hebat asas dari dia jadi bengong dibuatnya..sedangkan mereka ada SPM sedangkan dia ni non...
    Tanda jelas kemusnahan yg diterangkan dalam kalam yg jelas... Orang pandai ikut orang kurang pandai....
    Ayat Allah dan sunnah rasul diganti Ilham yg tak tentu hala... Suara kecil diikuti dari suara ramai .... Ulama jahat berkembang dgn pesat..apatak nya artis pun dah boih dapat diploma ulama dari PAS...
    Tak cerita lagi bersubahat dgn pemimpin pemimpin yg nafsu serakhah....
    Nik Aziz ni ...peel dia yg tak lurus takpayaklah dilayan.... biarlah dia menemuai Allah dengan perkara yg bersangkutan....masa tu tak bolih berdaleh dan loyar buruk lagi...
    Kita biarkan lah silucai yg terjun dgn labunya...biarkan biarkan biarkan....

    ReplyDelete
  2. nabi saw bersabda dlm khutbah di arafah....aku tinggalkan kepada mu dua perkara jika kamu berpegang teguh (beramal) dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu quran dan sunnahku .
    umno kalau nak menang menyatukan melayu ambil nasihat nabi saw bukan ambil nasihat british atau selain dari nabi saw ...mudah je Jangan dolak dalih . rakyat banyak dah celik mata hati.

    ReplyDelete