Friday, May 18, 2012
AJAK JER PAPAGOMO PERGI MAKAN KAT BISTRO TU...BIAR BARA BERAPI
Ini bukan mahu masuk campur hal orang muda. Saya Blogger OTAI…orang tak pandang pun. Hit pun bukan banyak.
Namun seperti orang muda, kalau tak menulis rasa serta merta nak demam.
Dapat je posting, tak makan panadol macam Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dah kebah!
Tapi yang tak sedapnya ada je yang tak kena antara kumpulan UBN dengan kumpulan Brotherhood ini.
Nasihat OTAI...dulu pada 1999, OTAI pun kena belasah juga oleh kumpulan propembangkang khususnya laman mahazalim/mahafiraun. Ingat nama tu betul-betul. MAHAZALIM/MAHAFIRAUN (orang PKRlah tu)
Mereka mengatakan OTAI akan dapat stesen tv yang akan diberikan oleh Tun Daim Zainuddin kerana kerja di Ibu Pejabat UMNO melawan Reformasi. Maknanya mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad lah tu.
Kesian Dr M ketika itu. Digelar MAHAZALIM, MAHAFIRAUN dan sebagainya!!!!
Selepas 'dibuang' oleh ntv7 pada 1998, nasib OTAI baik diterima kerja di Ibu Pejabat UMNO dengan kumpulan 'belakang tabir' (bukan bantai bini orang tau).
Jadi buat kerja yang sepatutnya, termasuk menjadi Ketua Pengarang akhbar WAWASAN MERDEKA akhbar rasmi UMNO Malaysia). Tak apalah lupakan...itu cerita dah lebih 12 tahun!
Semalam Papagomo 'merintih' kerana ada masalah dengan kumpulan UBN. Biasalah tu....
Tapi puncanya di mana?
Ketua UBN? Tak kanlah orang seperti beliau yang dihormati mahu menganggu-gugat parti UMNO sendiri!
Atau ada orang yang jadi ambil kesempatan duit UMNO?
Atau ada musuh dalam selimut. Jaga-jaga jangan sampai UMNO kena gerudi dri dalam sudahlah.
Baik Papagomo atau sesiapa sahaja, termasuk HAJI RBF atau Parpukari jenguk-jenguk rakan dalam UBN yang boleh dibuat kira bicara.
Kita tidak mahu ada musuh dalam selimut. Kita semua tahu siapa yang ambil kesempatan. Seperti juga dalam kumpulan Brotherhood sendiri, ada juga yang tidak ikhlas. Kalau tidak tak kan ada seseorang yang mukanya dipaparkan dalam blog macam orang WANTED.
Sebenarnya klu daripada Parpukari mudah dibaca atau diterka untuk mengetahui siapa Papagomo tengah HANGIN. Bunyi-bunyi dekat REFORMASI jugak, tapi pendek sikit.
OTAI pun mungkin kenal orang ini. Tidak silap pernah ada pemimpin UMNO yang dekat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak termakan dengan pujukan orang ini.
Apa dia dapat tak tahulah. Ini cerita empat lima tahun lalu.
Hairannya orang ini dapat pula tepat di hati sesetengah pemimpin kita. Buta, desperate atau bodoh sangatkah pemimpin kita?
Kepada Papagomo bersabarlah. Tolonglah rakan-rakan seperti Rbf dan Parpukari pujuk dia…kalau tak dengar juga seret je dia pergi makan kat BISTRO yang Parpukari poskan dalam blognya itu.
Ajak dia minum teh tarik bila lega sikit… Rasanya jika Rbf dan Parpukari seret Papagomo tak terlawan dia. Badan hangpa berdua...fuyooo!!!
Kalau Papagomo berkeras juga, jom kita candat sotong di Terengganu untuk hilangkan seketika ‘marah gila’ tu!
Jangan marah yang Papagomo nanti kalau marah, Tak Boleh Naik Kapal Selam lagi….
Untuk Rbf dan Parpukari..ingat pesan orang tua...tarik rambut dalam tepung!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Entahlah Bro, dah nak ujung2, tentera2 lak berperang sesama sendiri. Rakyat lebih jadi keliru. Sepatutnya kita buat tentera musuh yang berpecah.
ReplyDeleteUMA berpendapat Kump Brotherhood jauh lebih awal bergerak dari UBN. UBN yang lebih muda pula menganggap dia suara parti dari itu semua orang hendaklah bersuara dibawah pengaruh mereka. Kumpulan lain hendaklah dilumpuhkan supaya dia lebih hebat. Tapi UBN ni pun beragak-agaklah nak berperang. Walau dia ada pengaruh dikalangan pemimpin parti dan bermodal tetapi yang jelas kumpulan Brotherhood mempunyai pengaruh terbesar di kalangan pembaca.
Apa-apa pun tak kiralah kumpulan UBN atau Brotherhood, kedua-dua kumpulan ini yang pernah membantai tuan, hehe.... Betul jugalah kata orang tua, apabila ada dua orang pendekar, mereka bukan tolong menolong tetapi suka bergaduh. UMA berharap ada orang yang sanggup mendamaikan mereka. Jangan letak lain-lain syarat kecuali bersatu menghancurkan pembangkang.
Salam dari UMA untuk tuan.
Saya tak kisah dibantai...tapi ada juga yang menolong ketika kita 'down'. Unspinners, Papagomo, Sahabat Gunung, Panglima Perang Cyber dan ramai lagi ada bantu. Kita minta sorok-sorokkan 'peperangan dingin' ini jangan sampai musuh tahu. Apapun mereka ini dah 'besar belaka', tau-taulah menjaga diri. Terima kasih UMA!!!
Deletehehehe hebat games korang ye...musuh dah mula ingat korang bergaduh. Tak pe lekakan mereka. Bro's projek besau Teman akan menampakkan hasilnya minggu depan...kasi sentak sama fuckatan!
ReplyDeleteTerbaik Bro hambali, akan saya ingat pesan bro tu!
ReplyDeleteTerima kasih House PK. Kami orang-orang tua ingin melihat kelangsungan perjuangan tuan-tuan. Tak calar mana usik mengusik kawan-kawan.
Delete