Thursday, March 1, 2012

SUKAR UNTUK MOHD SABU ATASI KEMELUT PAS KEDAH


PAS memperlekeh dan sengaja mahu menutup malunya dalam kemelut kepimpinan di Kedah dengan menganggapnya sebagai isu kecil yang tidak perlu diheboh-hebohkan.

Namun kemelut yang berlaku di antara ‘dua pemberontak’ dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggambarkan segala-galanya. Malah ia merebak kepada PAS Kuala Kedah dan kepimpinan kawasan itu turut bergolak.

Kalau ia bukan krisis besar, kenapa PAS terpaksa menghantar Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengadakan pertemuan dengan Azizan dan salah seorang Exco Kerajaan Negeri yang terbabit dengan ‘kes pemberontakan’ ini. Dan malam ini satu mesyuarat khas diadakan di Ibu Pejabat perti itu membincangkan kemelut ini?

 Nampak gayanya, PAS Pusat bagaikan tidak yakin dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu yang juga dari Kedah untuk mengatasi masalah itu.

Apakah kerana masalah di Kedah akibat mainan ‘lontar batu sembunyi tangan’ Mohd Sabu yang diketahui umum penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibarhim dan berpura-pura tidak ambil peduli mengenai krisis ini sebelum ini?

Malam ini dilaporkan, Jawatankuasa kerja PAS Pusat sedang mengadakan mesyuarat khas bagi mencari penyelesaian ke atas 'krisis' kepimpinan Kedah itu.

Menurut laporan, mesyuarat khas yang dipengerusikan Mohd Sabu itu kini sedang berlangsung di ibu pejabat parti di ibu negara.

Kemelut ini semakin membimbangkan PAS dan menjadi ketara selepas dua Exco Kerajaan Negeri -Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi (gambar kiri) dan Dr Ismail Salleh- enggan  dilantik semula.secara rasmi menolak tawaran untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan PAS Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

Lebih mengejutkan PAS kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (gambar kanan) yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu kerana menerima tawaran Azizan menjadi Exco.

Yang Dipertuanya, Phahrolrazi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari

Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama PAS Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada PAS Kuala Kedah,” katanya.

Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan PAS kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.


Antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah PAS Kuala Kedah sebulat suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah hadir.

Semalam, Salahuddin berkata, beliau ada beberapa formula untuk dibentangkan pada mesyuarat malam ini.

"Ya, saya ada formula, ya, boleh dikatakan sebagai formula, satu dua formula hasil kunjungan saya ke Kedah selama dua hari," kata Salahuddin.

Katanya, mesyuarat ini diadakan khusus bagi membincangkan kemelut yang melanda kepimpinan PAS Kedah.

Salahuddin juga dikatakan menyifatkan pertemuan beliau dengan dua pemimpin PAS Kedah kelmarin membuahkan hasil positif dan dijangka boleh membantu menyelesaikan kemelut pelantikan semula sebagai Exco.

Salahuddin berkata, beliau sudah bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Azizan dan Phahrolrazi di rumah masing-masing.

Beliau berharap isu itu dapat segera diselesaikan dengan baik bagi melancarkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Kehadiran Salahuddin di Kedah bertujuan menjadi perantara bagi menyelesaikan kemelut itu setelah PAS Pusat memutuskan untuk campur tangan agar tidak berlarutan.

Lapan daripada 10 Exco semasa menerima tawaran dikekalkan jawatan. Majlis angkat sumpah berlangsung kelmarin. Di sebalik semua usaha PAS Pusat menyelesaikan masalah itu.

Azizan yang mengatakan mendapat simpati banyak pihak dalam PAS mengakui tidak mengetahui syarat yang ditetapkan oleh Phahrolrazi untuk membolehkannya kembali menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri. Azizan berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Phahrolrazi atau dibincang dengannya sebelum ini.

Saya tidak tahu menahu mengenai syarat yang dia tetapkan. Itu kena dialah sebab saya tidak mengetahui apa-apa mengenainya. Jadi, macam mana nak bincang kalau tak tahu apa-apa," katanya menjawab pertanyaan media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar semalam.

Menurutnya, ada syarat yang sah dan ada yang batal, dan "kalau syarat itu mengikut undang-undang, ia boleh diterima. Kalau syarat itu 'void', orang tak pakai," katanya.

Jelas, Azizan bertahan dengan pendiriannya dan jika PAS Pusat membuat keputusan yang tidak dapat diterima kedua-dua pihak, ada pihak yang akan terkorban.

Apakah Azizan atau ‘dua pemberantak’ akan dimangsakan oleh PAS Pusat?

Kita tunggu. Tetapi campur tangan kumpulan Anuarisme di Kedah pastinya memburukkan keadaan.

Mampukah Mohd Sabu yang mempengerusikan mesyuarat malam ini menyediakan formula yang boleh diterima pihak yang bertelagah di Kedah?

Rasanya sukar.

Ini kerana beliau mempunyai ‘kepentingan tertentu’ di Kedah dan akan hanya mengeruhkan lagi kemelut kepemimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.

No comments:

Post a Comment