Showing posts with label Mohd Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mohd Sabu. Show all posts

Monday, October 22, 2012

MAHKAMAH SAHKAN MOHD SABU 'SESAT', 'PENYOKONG' KOMUNIS

 

Terjawab sudah siapa Mohd Sabu sebenarnya. Mahkamah mengesah beliau bersalah dengan membuat tohmahan memburukkan nama baik 25 anggota polis serta keluarga mereka.

Apa maknanya apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya yang membuat tohmahan itu?

Penolakan permohonan itu juga adalah kali kedua selepas Mahkamah yang sama menolak permohonan Mat Sabu, pada Februari lepas, Mat Sabu, 57, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Dalam ceramahnya di itu Timbalan Presiden PAS itu berkata Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah wira dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Mohd Sabu tidak wajar berdalih lagi seperti dilakukan dalam mahkamah apabila disoal dengan menjawab ‘tidak tahu’ dan ‘tidak ingat’.

Dia boleh berlakun dan mahkamah ‘membenarkan lakonannya’ itu tetapi dia tidak mendapat anugerah sebaliknya mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Mohd Sabu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lebih penting kenyataan Mohd Sabu itu menggambarkan dia ‘menyOkong komunis’ dan menganggap mereka pejuang kebangsaan. Amat nyata niat Mohd Sabu untuk menghapuskan sejarah bahawa perjuangan UMNO – orang Melayu dan Islam – serta bangsa lain melalui platform perpaduan melalui Perikatan tidak berjaya.

Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu menunjukkan walaupun Mohd Sabu mahu mencalar maruah Perikatan dan UMNO, perbuatnnya itu lansgung tidak berkesan – tidak berkudis pun!

 Mohd Sabu perlu insaf dan memaaf secara terbuka kepada keluarga anggota polis yang terkorban selain seluruh anggota polis dan kelarga mereka yang masih hidup – sama ada yang masih bertugas dan pencen – kerana tohmahannya itu.

Kegagalan berbuat demikian akan membuktikan bahawa Mohd Sabu adalah manusia yang bersimpati dengan perjuangan komunis dan rakyat perlu tolak pemimpin yang ‘sesat’seperti ini. 

Mohd Sabu turut menjadi sasaran serangan media arus perdana apabila Utusan Malaysia pada halaman utamanya, 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

Mereka bukan sahaja membidas Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta mahu beliau didakwa mengikut Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuknya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah yang membuat keputusan itu hari ini juga mengarahkan agar perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen terhadap Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, diteruskan.

Bagaimanapun, tarikh baru bagi menyambung perbicaraan kes itu masih belum ditetapkan lagi.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Suhaimi Ibrahim manakala Mat Sabu diwakili peguam Aminuddin Zulkifli dan Mohamed Hanipa Maidin.

Sunday, August 5, 2012

PAS BERTANDING 70 KERUSI PARLIMEN, HARAP JADI PENERAJU PEMBANGKANG!!!

PAS akan bertanding 70 kerusi Parlimen pada  pilihan raya akan datang berbanding 66 kerusi pada PRU k-12.

PAS mendakwa sudah selesai berbincang dengan sekutu Pakatan Rakyat (PR) mereka. maknanya sekutunya sudah bersetuju.

Pas berusaha untuk menambah kerusi Parlimen dimilikinya apabila hanya mempunyai 23, sedangkan DAP 28 dan PKR 27.

Ikuti apa kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengnai prkara ini:


'PAS BERTANDING 70 KERUSI PARLIMEN, SENARAI CALON HAMPIR SELESAI…'

Oleh Amin Iskandar

PAS akan bertanding 70 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan hampir selesai memilih calon dan parti tersebut akan ketengahkan lebih ramai muka baru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang kata timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Ahli politik veteran yang mesra dengan panggilan Mat Sabu (gambar) berkata, parti tersebut sudah 90 peratus selesai berbincang dengan sekutu Pakatan Rakyat (PR) mereka dalam urusan pembahagian kerusi menjelang PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.

Dalam pilihan raya 2008, PAS bertanding 66 daripada 222 kerusi parlimen. “Calon baru ada ramai terutamanya di negeri-negeri disebelah selatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. “Di Selangor juga ada sedikit,” kata timbalan presiden PAS itu dalam sebuah wawancara bersama The Malaysian Insider.

PAS, salah satu daripada tiga pemain utama dalam pakatan pembangkang telah menunjukkan kesungguhan untuk bersaing dengan musuh tradisinya, Umno di kubu kuat parti Melayu tersebut dimana pertarungan tersebut akan diketuai oleh salah seorang panglima PAS, Salahuddin Ayub.

Langkah untuk menambahkan kerusi bagi PAS adalah memadai kerana parti tersebut kini mempunyai kerusi parlimen terkecil berbanding rakan PR yang lain iaitu sebanyak 23 kerusi di peringkat pusat. PKR sebagai kunci utama yang diketuai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 27 kerusi dan DAP parti yang dikuasai oleh kaum Cina mempunyai 28 kerusi parlimen. Majoriti kerusi parlimen PR masih lagi ‘status quo’ akan tetapi akan berlaku serba sedikit perubahan, kata Mohamad. “Kerusi di Sarawak dan Sabah masih dalam perundingan, katanya lagi.

Perkembangan terbaru dua pemimpin BN Sabah, ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing menyatakan sokongan terbuka kepada PR berkemungkinan menyebabkan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak berfikir semula tentang tarikh pilihan raya. The Malaysian Insider difahamkan, Najib sebelum ini sudah hampir pasti untuk mengadakan pilihan raya September ini selepas sambutan Aidilfitri selepas sebulan umat Islam berpuasa. Akan tetapi beliau kini mungkin akan menangguhkan pilihan raya ke penghujung tahun.

Langkah untuk meletakkan Salahuddin yang merupakan naib presiden PAS dan ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama dua penggal di Johor dilihat sebagai komitmen tertinggi parti pembangkang tersebut untuk mengambil alih pemerintahan pusat. Hari ini PAS menjadi rakan penting PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencabar hegemoni Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah kalah pilihan raya semenjak pertama kali diperkenalkan oleh bapa PM, Tun Abdul Razak Hussein selepas dijenamakan semula dari Perikatan.

Sementara itu, Mat Sabu diberitakan akan bertanding di kerusi parlimen Pendang, kubu kuat PAS — pernah disandang oleh guru agama yang dihormati dan juga bekas presiden parti tersebut, Datuk Fadzil Noor, yang memimpin parti pembangkang untuk melawan BN dalam pakatan yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA). Usia BA singkat ditubuhkan sebelum PRU 10 pada tahun 1998 akan tetapi dibubarkan sebelum pilihan raya 2004.

Peyandang kerusi parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman bakal diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai langkah PAS untuk meletakkan tokoh profesional itu untuk mmbantu pentadbiran negeri jika PAS kekal memimpin Kedah selepas PRU 13.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan tentang terdapat usaha untuk menyekat Mat Sabu untuk bertanding di Pendang. Akan tetapi, beberapa pemimpin PAS termasuk Datuk Mahfuz Omar telah menafikan laporan tersebut. Mohamad juga berkata taktik lama BN memecah belahkan rakyat mengikut kaum tidak akan berjaya oleh kerana masyarakat Cina kini tidak lagi takut kepada hukum Hudud atau undang-undang Islam walupun isu ini seringkali dimainkan oleh MCA dan Gerakan.

“Selagi PAS memilih jalan demokrasi sebagai wadah perjuangannya, rakyat terutamanya masyarakat bukan Islam tak perlu risau. “Jika PAS mahu melaksakan hudud, PAS perlu lakukan public consultation (perundingan awam) bagi mendapatkan sokongan semua ahli parlimen Islam dan bukan Islam bagi meminda perlembagaan untuk melaksanakan hudud.

“Bukan saja hudud, apa sahaja yang ingin dilakukan melibatkan pindaan perlembagaan memerlukan sokongan daripada majoriti ahli-ahli parlimen.” kata Mat Sabu lagi.
  
The Malaysian Insider , 5 Ogos 2012.

Thursday, March 1, 2012

SUKAR UNTUK MOHD SABU ATASI KEMELUT PAS KEDAH


PAS memperlekeh dan sengaja mahu menutup malunya dalam kemelut kepimpinan di Kedah dengan menganggapnya sebagai isu kecil yang tidak perlu diheboh-hebohkan.

Namun kemelut yang berlaku di antara ‘dua pemberontak’ dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggambarkan segala-galanya. Malah ia merebak kepada PAS Kuala Kedah dan kepimpinan kawasan itu turut bergolak.

Kalau ia bukan krisis besar, kenapa PAS terpaksa menghantar Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengadakan pertemuan dengan Azizan dan salah seorang Exco Kerajaan Negeri yang terbabit dengan ‘kes pemberontakan’ ini. Dan malam ini satu mesyuarat khas diadakan di Ibu Pejabat perti itu membincangkan kemelut ini?

 Nampak gayanya, PAS Pusat bagaikan tidak yakin dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu yang juga dari Kedah untuk mengatasi masalah itu.

Apakah kerana masalah di Kedah akibat mainan ‘lontar batu sembunyi tangan’ Mohd Sabu yang diketahui umum penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibarhim dan berpura-pura tidak ambil peduli mengenai krisis ini sebelum ini?

Malam ini dilaporkan, Jawatankuasa kerja PAS Pusat sedang mengadakan mesyuarat khas bagi mencari penyelesaian ke atas 'krisis' kepimpinan Kedah itu.

Menurut laporan, mesyuarat khas yang dipengerusikan Mohd Sabu itu kini sedang berlangsung di ibu pejabat parti di ibu negara.

Kemelut ini semakin membimbangkan PAS dan menjadi ketara selepas dua Exco Kerajaan Negeri -Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi (gambar kiri) dan Dr Ismail Salleh- enggan  dilantik semula.secara rasmi menolak tawaran untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan PAS Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

Lebih mengejutkan PAS kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (gambar kanan) yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu kerana menerima tawaran Azizan menjadi Exco.

Yang Dipertuanya, Phahrolrazi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari

Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama PAS Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada PAS Kuala Kedah,” katanya.

Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan PAS kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.


Antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah PAS Kuala Kedah sebulat suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah hadir.

Semalam, Salahuddin berkata, beliau ada beberapa formula untuk dibentangkan pada mesyuarat malam ini.

"Ya, saya ada formula, ya, boleh dikatakan sebagai formula, satu dua formula hasil kunjungan saya ke Kedah selama dua hari," kata Salahuddin.

Katanya, mesyuarat ini diadakan khusus bagi membincangkan kemelut yang melanda kepimpinan PAS Kedah.

Salahuddin juga dikatakan menyifatkan pertemuan beliau dengan dua pemimpin PAS Kedah kelmarin membuahkan hasil positif dan dijangka boleh membantu menyelesaikan kemelut pelantikan semula sebagai Exco.

Salahuddin berkata, beliau sudah bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Azizan dan Phahrolrazi di rumah masing-masing.

Beliau berharap isu itu dapat segera diselesaikan dengan baik bagi melancarkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Kehadiran Salahuddin di Kedah bertujuan menjadi perantara bagi menyelesaikan kemelut itu setelah PAS Pusat memutuskan untuk campur tangan agar tidak berlarutan.

Lapan daripada 10 Exco semasa menerima tawaran dikekalkan jawatan. Majlis angkat sumpah berlangsung kelmarin. Di sebalik semua usaha PAS Pusat menyelesaikan masalah itu.

Azizan yang mengatakan mendapat simpati banyak pihak dalam PAS mengakui tidak mengetahui syarat yang ditetapkan oleh Phahrolrazi untuk membolehkannya kembali menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri. Azizan berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Phahrolrazi atau dibincang dengannya sebelum ini.

Saya tidak tahu menahu mengenai syarat yang dia tetapkan. Itu kena dialah sebab saya tidak mengetahui apa-apa mengenainya. Jadi, macam mana nak bincang kalau tak tahu apa-apa," katanya menjawab pertanyaan media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar semalam.

Menurutnya, ada syarat yang sah dan ada yang batal, dan "kalau syarat itu mengikut undang-undang, ia boleh diterima. Kalau syarat itu 'void', orang tak pakai," katanya.

Jelas, Azizan bertahan dengan pendiriannya dan jika PAS Pusat membuat keputusan yang tidak dapat diterima kedua-dua pihak, ada pihak yang akan terkorban.

Apakah Azizan atau ‘dua pemberantak’ akan dimangsakan oleh PAS Pusat?

Kita tunggu. Tetapi campur tangan kumpulan Anuarisme di Kedah pastinya memburukkan keadaan.

Mampukah Mohd Sabu yang mempengerusikan mesyuarat malam ini menyediakan formula yang boleh diterima pihak yang bertelagah di Kedah?

Rasanya sukar.

Ini kerana beliau mempunyai ‘kepentingan tertentu’ di Kedah dan akan hanya mengeruhkan lagi kemelut kepemimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.