Wednesday, June 1, 2011

TARIF ELEKTRIK NAIK - RAKYAT TIDAK TERBEBAN

Hakikatnya bukan Malaysia sahaja terpaksa meningkatkan tarif elektrik.

China turut meningkatkan tarif elektrik berikutan kos yang lebih tinggi akibat kenaikan harga gas asli, arang batu dan minyak mentah, sama seperti cabaran yang dihadapi Malaysia, kata seorang pakar ekonomi semalam.

Menurutnya, pihak berkuasa China mengambil langkah pencegahan, dengan meningkatkan tarif elektrik, untuk menghalang pembekal tenaga daripada menyekat pengeluaran untuk mengurangkan kerugian.

Pakar ekonomi Affin Investment Bank, Alan Tan Chew Leong, menjelaskan, ini juga untuk mencegah situasi yang serupa, seperti pada 2004, di mana beberapa industri China berhadapan dengan kekurangan tenaga dan gangguan kepada rantaian bekalan.

Beliau berkata penyesuaian tarif oleh pihak berkuasa China bertujuan mengekang peningkatan kos yang dihadapi oleh pengeluar tenaga China, terutamanya pada harga gas asli, arang batu dan minyak.

Kebimbangan yang disuarakan oleh peserta pasaran adalah peningkatan harga mungkin menyebabkan gangguan tenaga atau elektrik di China, apabila margin pengeluar tenaga domestik ditekan oleh peningkatan kos input.

Didorong peningkatan harga gas asli dan arang batu, yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik, Malaysia juga meningkatkan tarif elektrik dan harga gas tetapi ia hanya akan memberi kesan kepada 25 peratus pengguna domestik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memastikan kenaikan elektrik yang akan datang turut tidak akan membebankan rakyat.

Sebagai rakyat, terimalah jaminan itu secara proaktif dan jangan asyik persoalkan niat baik kerajaan.

Jaminan Najib itu berdasarkan keputusan kelmarin apabila kenaikan yang diumumkan kerajaan pada masa ini yang tidak melibatkan 75 peratus daripada isi rumah.

Kenaikan itu perlu kerana penggunaan sumber tenaga, terutama gas di negara ini yang semakin meningkat dan pengimportan adalah mengikut harga pasaran dunia yang membebankan syarikat-syarikat gas dan tenaga.

Selain itu, negara juga tidak akan mampu membangunkan bidang tenaga alternatif jika terus mengenakan tarif elektrik yang rendah.

Seperti kata Perdana Menteri, pembangunan bidang tenaga alternatif ini memerlukan kos yang tinggi dan dengan tarif yang rendah, ia tidak mampu memberi pulangan yang baik kepada pelabur pada bidang ini.

Malah, katanya, kita perlu menggalakkan pelaburan dalam bentuk carigali gas dan minyak dan kalau harga tempatan terlalu rendah, syarikat-syarikat minyak termasuk Petronas tidak ada insentif untuk mencari punca minyak dan gas yang baharu

Perdana Menteri berkata kajian dari semasa ke semasa mengenai harga bahan api akan dilaksana agar sebarang kenaikan adalah setimpal dengan bebanan rakyat.

Sebagai sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan, kerajaan kelmarin mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa hari ini (1 Jun 2011).

Lebih kurang 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik kurang daripada 300 kWj sebulan dijangka tidak akan terjejas dengan kenaikan tersebut.

"Kali ini, kita tentukan 75 peratus isi rumah tidak menghadapi kenaikan bil elektrik. Kita akan kaji dari semasa ke semasa supaya apa yang dilakukan setimpal dari segi beban kepada rakyat," itu jaminan Perdana Menteri ketika ditanya mengenai kenaikan tarif elektrik, susulan dari pelan perasionalan subsidi kerajaan yang diumumkan kelmarin (30 Mei 2011).

Seorang penganalisis, yang tidak mahu dikenali, berkata perasionalan harga gas asli di Malaysia kepada RM13.70 daripada RM10.70 adalah lebih murah daripada di negara-negara jiran walaupun selepas peningkatan semalam.

Beliau berkata langkah untuk meningkatkan harga-harga gas asli adalah positif untuk Malaysia pada jangka panjang kerana ia akan menyebabkan penggunaan berkesan sumber terhad itu terutamanya rizab gas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, semalam disebut sebagai berkata harga di Malaysia adalah lebih rendah daripada Thailand (RM18.23), Indonesia (RM21.04), Singapura (RM43.32) dan Vietnam (RM18.70).

Tan berkata dengan pengembangan pada pemasangan kapasiti tenaga elektrik di China, serta peningkatan terkini pada tarif elektrik, risiko gangguan tenaga pada industri perkilangan dijangka boleh ditangani.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam menyatakan kenaikan tarif elektrik tidak dijangka memberi kesan terhadap pembesaran syarikat di negara ini.

Ini kerana kerajaan telah menerima banyak minat dari syarikat-syarikat yang merancang membesarkan perniagaan masing-masing seperti di dalam sektor pengilangan, logistik dan penjagaan kesihatan, katanya kepada pemberita selepas sesi meja bulat dengan 20 syarikat terpilih di sini.

"Syarikat-syarikat yang saya jumpa hari ini kebanyakan perniagaan mereka berjalan dengan baik dan sesetengahnya mempunyai perancangan untuk pembesaran perniagaan yang agak menggalakkan," katanya.

Bagi tempoh Jan-Mac, pelaburan di dalam sektor pengilangan berjumlah RM12.2 bilion, manakala pelaburan di dalam sektor perkhidmatan pada 2010 dicatatkan RM36.7 bilion.

"Secara umumnya, perniagaan di Malaysia menikmati keadaan yang baik pada 2011 dan tinjauan untuk tahun hadapan juga bagus dan ini adalah maklum balas yang bagus untuk kita," katanya.

Mustapa berkata kenaikan itu diperlukan bagi meletakkan kerajaan pada kedudukan yang selesa, tetapi menekankan bahawa kenaikan itu akan dilakukan perlahan-lahan.

"Kenaikan ini perlu. Jika kita tidak buat sekarang, penyesuaian pada masa akan datang akan lebih teruk.

No comments:

Post a Comment