Wednesday, June 1, 2011

SKIM LATIHAN UNTUK SISWAZAH MENGGANGUR DIPERKENALKAN KEMBALI...

Datuk Seri Najib Razak mendengar wakil ketua pelajar membentangkan kertas kerja pada Forum Tindakan Belia di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam.

Bukan perkara baru. Pendekatan ini pernah diperkenalkan kerajaan pada tahun 1980an.
Setidak-tidaknya skim Latihan 1Malaysia Untuk Siswazah Menganggur yang dilancar hari ini, akan membawa harapan baru untuk kumpulan ini.

Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun, dan selepas itu, dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancar oleh beliau esok akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.

Berdasarkan program itu, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kumpulan pertama 3,000 siswazah akan diambil secara beransur-ansur, dan ini bagi menentukan bahawa kita mempunyai bilangan siswazah menganggur yang paling minimum," kata Najib.

Skim Latihan 1Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Beliau menyatakan perkara ini pada jamuan tengah hari sempena Forum Tindakan Belia di Petaling Jaya semalam.

Najib juga berkata Sidang Kemuncak Belia Negara dan Forum Tindakan Belia merupakan satu wadah berguna dan berkesan bagi golongan muda menyatakan pendapat dan pandangan serta bagi kerajaan dan sektor korporat mendengar cadangan mereka.

"Ia membolehkan remaja di Malaysia memberikan impak kepada masyarakat.
"Anda mahu satu platform menyuarakan pendapat kepada pembuat dasar tertinggi (Perdana Menteri)...tuan-tuan dan puan-puan, anda berjaya mendapatnya," kata beliau sambil diberi tepukan gemuruh oleh lebih 350 pemimpin belia yang hadir.

Najib berkata sidang kemuncak dan forum berkenaan adalah kaedah baru bagi mewujudkan peluang bagi menarik penyertaan lebih banyak belia.

Pada acara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, melancarkan Dana Makro myHarapan, yang menyediakan geran kepada belia ke arah membolehkan mereka dipertimbangkan menerima Dana Belia 1Malaysia bagi golongan muda menggunakan bakat dan tenaga mereka untuk kemajuan beliia selain menyelesaikan isu-isu sosial.

myHarapan adalah sebuah yayasan amanah yang menyokong belia dan projek-projek belia yang menyumbang kepada kemajuan sosio ekonomi negara.

Mengenai Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya hujung minggu lepas, Perdana Menteri berkata beliau telah melawat beberapa ruang pameran dan menyertai pelbagai aktiviti bersama belia.

"Malah, lutut saya terseliuh tetapi yang memberi saya semangat ialah melihat anak-anak muda kita begitu bertenaga dan dinamik," katanya

No comments:

Post a Comment