Saturday, March 6, 2010

SIAPA BENAR –HARUSSANI ATAU AHMAD AWANG?

Bolehkah kita katakan bahawa Ustaz Ahmad Awang sebenarnya the culprit yang menyebabkan gagalnya pembentukan kerajaan pakatan PAS-Barisan Nasional (UMNO) di Perak selepas pilihan raya umum 2008 lalu?

Juga bolehkah kita katakan Ahmad bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia dan bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu lebih memilih kerjasama dengan bukan –Islam daripada Melayu-Islam?

Juga boleh kita katakan Ahmad lebih berkuasa daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Musyridul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memutuskan untuk menolak kerjasama tersebut?

Juga boleh kita katakan Ahmad antara mereka yang terlalu bencikan UMNO dan rela bekerjasama dengan DAP dalam menentukan hala tuju sebuah pemerintahan di negeri yang majoritinya orang Islam?

Entahlah…tetapi hakikatnya kegagagalan kerajaan campuran PAS dan BN di Perak adalah kerana Ahmad menentangnnya, bukan PAS Pusat.

Persoalannya, apabila dia berminat bergabung dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apakah yang mahu dicapai oleh Ahmad?

Apakah dia mendapat kedudukan setimpal ‘pengorbannya’ daripada tidak bergabung dengan Barisan Nasional (BN) melalui UMNO?

Kenapa dia sanggup menyanggah pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Haron Din mahupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Juga kenapakah beliau sanggap menolak perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai perkara ini? Tidak menderhakakah namanya ini?

Jawapannya bagi Ahmad - dia tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim dan lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam, melalui perbualan telefon kira-kira 10 minit dengan Ahmad mengenai pembentukan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum 2008 lalu: "Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.”

Baginya, keangkuhan PAS Perak yang ditunjukkan oleh Ahmad menjadikan PAS Perak menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP). "Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu. "Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," kata Harussani.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi semalam yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.

Ahmad yang kini Ahli Majlis Syura Ulama PAS, semalam mendakwa Harussani banyak menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selePAS pilihan raya umum 2008.


Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama UMNO membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan UMNO satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Sebaliknya ketika mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selePAS pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

"Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah PASti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya.
Ahmad pula berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad sebaliknya mempertahankan Ngeh yang juga pengerusi DAP Perak, sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian. "(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," tegas Ahmad.

Ahmad turut menafikan bahawa dalam perbualan tersebut, Harussani menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu. Sebaliknyatawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan UMNO Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selePAS Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Dalam perbualan telefon itu, Ahmad turut membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian. "Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun. Jadi kita tak boleh harap dengan UMNO. Macam mana nak berpakat?" katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Tidak apalah, kita tunggu apa komen Hadi, Nik Aziz, Haron Din atau juga pihak lain mengenai tajuk ini.

Saya yakin akan nada kenyataan-kenyataan menarik dan punca sebenar kenapa PAS Perak enggan bekerjasama dengan BN (UMNO).

4 comments:

  1. Inilah yg dikatakan ego apabila hati Cenderung kepada kafir...wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Ust Awang cenderung mempertahankan perjanjian yang telah dibuat dalam Pakatan. Jika dia bersetuju, PAS akan dilihat Parti Islam yang tidak berpegang pada janjinya. Jika dia bersetuju bergabung dengan UMNO membina kerajaan Perak, maknanya dia telah mengkhianati amanah pengundi yang mahukan pembaharuan dalam kerajaan Perak. Kalau berkawan dengan kafir boleh menjadi kafir, UMNO lebih dahulu lama kafirnya kerana PAS dan DAP baru menjalinkan persahabatan. UMNO dilihat begitu mahukan kuasa sehingga sanggup mengetepikan 1 wakil rakyat Cinanya dengan Mufti berkata 100% kerajaan Islam. Jika sahabat hampir 60 tahunnya boleh diketepikan dalam masa beberapa hari, inikan pula PAS yang menjadi musuhnya puluhan tahun.

    Yang menjadi persoalan, bolehkah Mufti masuk campur secara efektif dalam politik?

    ReplyDelete
  3. Mufti tidak berkepentingan dalam politik
    tapi Ustaz ahmad awang tetap orang politik
    mempunyai kepentingan dan agenda politik

    mufti hanya inginkan perpaduan..
    bukan perpecahan..
    adakah kebih syarie berkawan dengan DAP dari UMNO?
    dan seluruh orang islam amat yakin mengenali siapakan DAP...

    ReplyDelete
  4. Salam . Yang mengeluarkan arahan menyerang kg. orang-orang melayu di memali siapa ya? yang membunuh ustaz ibrahim siapa ya? Yang menyibuk minta duit royalti di Terengganu dan kelantan kini bangsa dari parti mana ya? Yang mengharu birukan undang-undang dan perlembagaan siapa ya?Bila UMNO sukakan perpaduan?

    ReplyDelete