Thursday, September 3, 2009

POLITIK UGUT-MENGUGUT PULA DI TERENGGANU

Politik Terengganu nampaknya panas semula.

Walaupun dikatakan reda oleh beberapa pihak minggu lalu, ia sebenarnya bagaikan api dalam sekam.

Kalau sebelum ini wujud pulau memulau, kali ini wujud pula strategi mengugut. Ugutan ini bukan setakat kepada UMNO Terengganu tetapi UMNO Malaysia amnya.

Amat jelas ADUN UMNO yang menentang kepimpinan Datuk Ahmad Said kini tidak melihat kepentingan lain tetapi memenuhi tuntutan mereka semata-mata.

Wakil rakyat Umno kini berpecah dua susulan pelantikan mengejut Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008.

Hari ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berada di Kuala Berang.

Malah, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga akan berada pada Program Memperkasa Umno Semula di Kuala Berang.

Program yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa lapan bahagian di Terengganu itu disusun bagi merapatkan semula hubungan antara penyokong Ahmad dengan penyokong Idris.

Selain Muhyiddin, Hishammuddin juga akan menyertai program bertemu rakyat di Setiu, malam ini dan esok.

Apapun, bak kata ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad: “Kena ada kesungguhan dari kedua-dua pihak (pro-Ahmad dan pro-Idris).

"Perkembangan isu ini setakat ini sangat tidak baik kepada BN. Orang boleh nampak tiada kekuatan dalam parti. Kalau datang pilihan raya sekarang, kita pasti kalah," tambahnya.
Namun, di sebalik itu, ada dua perkara yang akan disuarakan kepada Muhyiddin hari ini.

Pertama, wakil rakyat perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan;

Kedua, mereka mempunyai kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurut kumpulan yang menentang kepimpinan Datuk Ahmad Said, kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu.

Malah, banyak pihak melihat program berkenaan boleh membuahkan hasil, sekiranya pucuk pimpinan mengambil kira tuntutan yang dikemukakan.

Kalau tidak?

Ini yang menariknya.

Sembilan wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.

Persoalannya, bersediakah melakukan sedemikian?

Apakah dengan melompat kepada PKR, isu dan tuntutan mereka akan berhasil?

Apakah UMNO Pusat atau Putrajaya akan ‘membenarikan’ mereka berbuat demikian?

Yang pasti, menurut Malaysiakini, Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan bersama sembilan ADUN Umno Terengganu tetapi tidak pasti ia melibatkan usaha menggulingkan kerajaan negeri.

ADUN Hulu Besut semalam mengakui bahawa pertemuan antara Anwar dan sembilan orang wakil rakyat itu – yang diura-urakan menyertai PKR sebelum bergabung dengan lapan ADUN PAS – memang telah diadakan.

Nawi bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai maklumat lengkap kandungan perbincangan kedua-dua pihak berkenaan.

"Saya tidak tahulah apa yang dibincangkan dan ia juga tiada kena-mengena dengan saya," katanya, sambil menegaskan beliau sendiri tidak tersenarai dalam sembilan ADUN yang akan meninggalkan parti.

"Yang sembilan orang itu tidak termasuk saya. Kalau sepuluh orang pun tidak termasuk lagi," katanya.

Tambahnya, beliau tidak termasuk daripada 10 ADUN Umno yang bertindak memboikot persidangan DUN Terengganu, April lalu.

Apapun menurut Nawi, spekulasi hangat mengenai usaha lompat parti wakil-wakil rakyat BN itu "sudah semakin reda" sekarang dan cakap-cakap mengenai isu itu semakin jarang kedengaran.

"Kalau wakil rakyat ini masuk PKR, tidak akan dapat untung apa-apa, cuma dapat kepuasan secara peribadi," katanya.

4 comments:

  1. apa salahnya beri ruang kepada MB baru. Masalahnya MB baru lembab.

    Agaknya Ganu akan ditadbir oleh PAS lagi kot...

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semua orang sibuk dengan isu politik

    macam mana dengan harga minyak naik RM 0.25 tiada arang yang bising ke mana perginya persatuan pengguna

    kerajaan telah mempermainkan kita dengan harga minyak ron 95 yang berharga 1.75 menjadi 1.80 pada
    1 sept 09

    ReplyDelete
  3. tak habi-habih dengan masalah UMNO.Asyik berbalah je.nasib rakyat macam mana?kalau berbalah kerana rakyat munasabah gak.kalau tak nak PR ambil alih,UMNO kena berhenti balah dan tadbir negeri dengan baik.

    ReplyDelete
  4. elok la tu perang x habis2 negeri kaya pong bley jd misking wukakakaka....

    ReplyDelete