Saya sudah mulai mual dengan kejadian di Perak. Saya tidak tahu apakah rakyat Perak juga muak dan mual.
Gimik politik pembangkang semakin menyimpang. Baguslah, teruskan jika mahu jadikan rakyat muak dan tidak lagi memilih mereka.
Kenapa tidak boleh tunggu sampai pilihan raya akan datang?
Jika gimik begini berterusan, apakah sumbangan sebenar ADUN pakatan pembangkang di Perak?
Jelas gimik mereka hanya menunjukkan sikap tamak, mengelirukan rakyat dan menggugat ketenteraman awam. Resolusi atau keputusan sidang DUN haram seperti itu tidak ke mana-mana.
Ia juga bukan bahan sejarah untuk dirujuk tetapi lebih bersifat anti-demokrasi dan antipemerintah.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bangga berkata, tindakan Speaker Pakatan Rakyat, V. Sivakumar memanggil "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" semalam adalah sah.
Sivakumar yang juga ADUN Tronoh mengadakan "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak di sebuah hotel di negeri itu semalam selepas dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan DUN.
Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua jam mulai 11.45 pagi, dihadiri kesemua 24 ADUN pakatan pembangkang kecuali tiga orang Adun yang ditahan polis pagi tadi dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, yang sedang mengerjakan ibadah umrah.
Persidangan itu turut menyediakan susunan tempat duduk Adun Barisan Nasional di sebelah kiri "Speaker" manakala ADUN DAP, Pas dan PKR duduk di "pihak kerajaan yang memerintah" di kanan "Speaker".
Selain memanggil sidang DUN, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memfailkan perintah injuksi di Mahkamah Tinggi Ipoh kelmarin bagi menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim daripada menghalang ADUN Pakatan memasuki bangunan SUK.
Namun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan berkenaan.
Persoalannya, berbalik kita kepada kuasa siapa yang wajar memanggil Sidang DUN.
Apakah benar yang dikatakan oleh Anwar? Jika tidak benar, Anwar sedang mencabar siapa? Datuk Seri Dr Zamry, Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN), Datuk R Ganesan atau secara tidak langsung Sultan Perak?
Amat malang apabila Anwar mengatakan “Bagi kita Speaker yang sah adalah Speaker yang dilantik oleh DUN secara sah bukan speaker yang dilantik secara haram dari lantai.”
Apakah Genesan tidak dilantik melalui sidang DUN selepas BN mengambil alih kerajaan?
Anwar silap besar jika menganggap demikian kerana kerajaan Perak yang ada hari ini sudah diperkenan dan diiktiraf oleh Sultan Perak.
Malah lantikan Exco dan Speaker DUN semuanya mendapat perkenan Sultan Perak.
Yang dilakukan oleh pakatan pembangkang itu hanyalah ‘menegakkan benang basah’ dan menunjukkan ego serta tidak dapat menerima kekalahan.
Apakah dengan mengatakan demikian Anwar ‘pukul anak sindir menantu’ iaitu menyindir Baginda Sultan Perak?
Yang pasti seperti kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, tindakan ADUN pakatan pembangkang mengadakan “Sidang DUN” itu hanyalah bertujuan mengelirukan dan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat.
“Mereka membuat undang-undang sendiri dan menjalankannya sendiri...mereka ini sebenarnya syok sendiri, langsung tidak menghormati sistem demokrasi yang menjadi teras negara ini.
“Apa yang mereka buat adalah memprovokasi pihak polis...mereka minta ditahan dan kalau boleh digari supaya boleh ditunjukkan di dalam akhbar.
Masa itu mereka akan mengatakan telah dizalimi,” katanya mengulas kekecohan antara kumpulan ADUN berkenaan dengan polis berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan.
asyik topik politikus sahaja
ReplyDeleteisu semasa yang harus ditekan kan
keperluan asas yang semakin naik harganya.
minyak naik harga takda yang bising ke
bentangkan isu yang membantu rakyat