Ada yang membenci dan ada yang seronok dengan manusia bernama Zaharin Mohd Yassin atau Sang Kelembai.
Malah, bukan calang-calang, rakyat biasa seperti Zaharin berani berperang dengan bekas Perdana Menteri selama hampir empat tahun.
Malah, sedikit sebanyak – walau sekelumit pun – Zaharin turut menyumbang atau penyebab bekas Perdana Menteri tidak dapat duduk senang dan akhirnya mengundurkan diri.
Sang Kelembai ialah nama samaran digunakan untuk kolum dalam Harian Watan antara 1994-1997. Ada dua tiga orang yang menyumbang untuk kolum itu, termasuk saya ketika menjadi Ketua Pengarang Watan antara 1996-1997. Sebelum itu Zahari Affandi menulis untuknya.
Kini Zaharin sudah diterima kembali menjadi ahli UMNO. Tarikhnya sama dengan penerimaan kembali Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Mokhzani Mahathir dan beberapa yang lain.
Bukan kecil tu. Seiring dengan nama bekas Perdana Menteri. Yang membezakan ialah Zaharin dipecat dan Tun serta keluarga isytihar keluar UMNO.
Tidak apalah, sekurang-kurangnya Zaharin mempunyai prinsipnya sendiri tidak akan bertolak ansur dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin dan Patrick Lim.
Bagi Zaharin, “UMNO ditubuhkan bukan berasal dari kaum peniaga atau saudagar, kerana seorang saudagar tentu akan memperlakukan kekuasaan saperti berjual beli barang. Urusan kekuasaan bukan untung dan rugi tetapi bagaimana mempertahankan kepercayaan.”
Satu perkara yang Zaharin tidak akan bertolak ansur ialah apabila kerosakan dilakukan terhadap UMNO walau oleh sesiapa jua.
Kata Zaharin kepada saya, “Sesiapa juga yang cuba menjahanamkan UMNO akan saya tentang...termasuk Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) kalau beliau rosakkan UMNO. Tetapi saya yakin Najib tidak akan melakukan perkara serupa seperti Presiden UMNO sebelum ini.”
Selamat berjuang kembali kepada Zaharin – sebagai blogger dan ahli UMNO!
semoga dengan adanya org2 yg berani sepeeti sdr zaharin ini akan terus memperkasa dan memantapkan kembali perjuangan umno yang kian tersisih kini.. diharap juga beliau dapat menggunakan pengalaman yg ada utk membantu menarik minat belia masa kini utk mendekati umno.. sedar atau tidak, belia masa kini adalah penentu pada PRU13 akan datang.. selamat berjuang..
ReplyDeleteorang UMNO asal seperti beliau harus diberikan sokongan dalam melontarkan idea2 atau pengalaman2 lalu untuk dijadikan pedoman kepada orang-orang muda sekarang.
ReplyDeletepada masa kini,umno,pas, pkr dan ntah apa lagi parti yag timbul telah menjadikan matlamat kuasa sebagai keutamaan mereka.
prinsip yang dipegang oleh orang asal umno adalah amat berbeza sekali dengan jiwa orang umno pada masa kini.