Saya petik tulisan ini dari blog malaysia-hariini.com untuk anda baca dan nilai sendiri.
Kumpulan 10/18 Terengganu - Jangan jadi kacang lupakan kulit !
Monday, 01 June 2009

Tindakan yang dikatakan diketuai oleh bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, YB Dato Rasol Wahid bukan sahaja mencetuskan rasa tidak senang rakyat Terengganu secara keseluruhannya tetapi tindakan beliau bersama kumpulannya yang menyokong bekas Menteri Besar sebelum ini, Idris Jusuh disifatkan juga menghina institusi Kesultanan Terengganu, bagaikan melempar najis ke muka Tuanku Mizan yang berkenan melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar menggantikan Idris Jusuh.
Mereka langsung hilang rasa hormat kepada Tuanku Mizan. Kumpulan 18 ini bukan lagi pemimpin berjiwa rakyat. Bukan lagi seorang pejuang tulen yang meletakkan UMNO itu sebagai roh ataupun jiwa yang perlu mereka pertahankan. Mereka hanya mahu menjadikan UMNO itu sebagai alat semata-mata dalam usaha mereka mengejar pangkat, harta dan kedudukan.
Mereka sudah tidak malu alah bukan sahaja kepada diri mereka sendiri tetapi mereka langsung mengenepikan peranan Sultan Terengganu dalam perlantikan seseorang Menteri Besar. Kerenah kesemua mereka ini tidak jauh bezanya dengan pemimpin pembangkang yang dulunya UMNO tetapi hari ini berada di luar UMNO, apabila mereka gagal mendapat keuntungan peribadi, pangkat dan jawatan terutamanya Perdana Menteri, mereka menyerang dan memburukkan parti mereka sendiri yang selama ini telah menukar mereka daripada seorang yang tidak mempunyai apa-apa kepada yang mempunyai segala-galanya.
Mereka ini adalah tergolong dari kalangan pemimpin yang tidak mengenang budi, pemimpin yang tidak mengenang jasa UMNO, pemimpin yang telunjuknya lurus tetapi kelingking berkait dan lebih malang lagi pemimpin ini bukan sahaja memburukkan UMNO malah mereka boleh mengeji lebih dari itu walaupun budi mereka kepada UMNO dan BN tidak sebesar mana. Dan mereka memilih untuk membalas budi UMNO dan BN dengan sanggup menjadi penderhaka kepada Sultan mereka sendiri, Perdana Menteri dan seluruh kepimpinan UMNO di semua peringkat.
Mereka diberikan gelaran Wakil Rakyat, dianugerahkan berbagai-bagai pingat dan UMNO menobatkan mereka dengan segala penghargaan-penghargaan lain tetapi akhirnya mereka ini memilih untuk menikam UMNO dari belakang apabila Ahmad Said meletakkan kepentingan rakyat lebih utama daripada kepentingan peribadi pemimpin yang terbabit.
Semua orang tahu kenapa mereka ini mahu Idris Jusuh dikembalikan sebagai Menteri Besar dan semua orang tahu kenapa mereka ini begitu sekali mengugut supaya Ahmad Said digantikan dengan pemimpin lain. Mereka yang tahu boleh tepuk dada, tanya selera.

UMNO hanya layak diletakkan dalam galeri sejarah sahaja. Liku-liku hayatnya dijadikan pedoman dan sempadan. Agar Melayu tidak sesat lagi. Parti-parti dalam BN dan juga dalam PR sudah ketinggalan zaman. Mereka sudah hilang punca dan erti perjuangan. Asyik bertelagah tanpa batasan. Menghabis wang Negara dengan berbagai kerenah konfrontasi politik antara mereka.
ReplyDeleteApa yang hendak diharapkan dari BN? Parti sekecil PPP tidak habis-habis dengan isu 2 sidang yang menghasilkan 2 Presiden. Gerakan dengan usul untuk membawa balik Komunis Chin Peng. MIC sudah lama mewujudkan system ‘diktator’. MCA dengan pergeseran dan persengketaan Presiden dan Timbalannya bagaikan puak-puak ‘Ghee Hin dan Hai San’. Mahukah kita berada dalam bahtera yang kucar-kacir? Orang yang ada sijil gila pun rasanya tidak sanggup, apatah lagi kita yang waras ini.