Pertelingkahan
PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH )
tidak akan menguntungkan kedua-dua parti.
Malah,
mungkin perang mulut secara terbuka yang berterusan antara pemimpin PAS dan AMANAH akan menyebabkan parti
serpihan PASitu menerima akibat lebih buruk di Terengganu dan Kelantan, berbanding PAS.
Selepas melabelkan pemimpin AMANAH sebagai ;pengkhianat’ kini PAS menganggap
AMANAH memecah-belahkan umat Islam, undi
Melayu.
Paling
membimbangkan, PAN didakwa memberi talian
hayat kepada UMNO.
Benarkah
AMANAH membantu UMNO?
Jika
menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, AMANAH mahu masuk pertandingan pilihan raya BUKAN untuk
lawan UMNO kerana mereka sibuk masuk kerusi PAS yang menjadi tradisi
pertandingan UMNO-PAS sejak puluhan tahun?”
Abdul
Hadi mendakwa AMANAH membuat keputusan itu adalah hasil ijtihad yang salah
daripada campur tangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat
sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tetapi sekarang laksana
melukut di tepi gantang sahaja.
Jawapan kepada apa yang
ditimbulkan oleh Abdul Hadi, ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Hanipa Maidin
berpendapat, semuanya ini ekoran pendirian parti diterajui Abdul Hadi– PAS -
sudah berubah.
“Kami (AMANAH) sibuk di
situ sebab parti Pak Aji (Abdul Hadi) dah tak sibuk nak lawan parti sarkas lagi
kat situ.
“Hingga ada rakyat yang
dah tak nampak lagi beza parti suci dan parti sarkas,” sindirnya dengan
menggelar PAS sebagai ‘parti suci’.
Menurut Pengerusi Biro
Undang-undang PAN (Kanun) itu: “Lihat
saja wawancara Pak Aji. Mana ada cuit parti sarkas macam mana Pak Aji cuit
AMANAH (PAN) dan DAP.
Persoalannya,
apakah PAS dan AMANAH masing-masing akan berterusan mempersoalkan peranan
antara satu sama lain menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14)?
Sedangkan
musuh sebenar mereka adalah Barisan Nasional (BN) dan UMNO?
Melihat
kepada pertelingkahan kedua-duanya, memang mereka akan membantu BN/UMNO atau
dengan kata lain ‘PAS + AMANAH Untungkan
BN/UMNO’.
BN/UMNO
memang mengharapkan pertandingan tiga penjuru di mana-mana kerusi yang mereka
sertai.
Jika
ada PAS dan AMANAH turut bertanding – Parlimen dan Dewan Undangan Negeri –
pastinya pemimpin BN/UMNO akan merasa lega kerana berlakunya perpecahan undi.
Malah, umpamanya di Terengganu, dikatakan AMANAH akan menghadapi kesulitan untuk
menang di kerusi seperti DUN Rhu Rendang, Wakaf Mempelam, Batu Buruk, Jerteh, Paka,
Jabi serta beberapa kerusi lain jika tiga penjuru – PAS, AMANAH dan BN/UMNO.
Jadi,
berapa sahaja kerusi yang tinggal untuk AMANAH berpeluang menang jika enam
kerusi dilihat sukar untuk dimenangi oleh AMANAH dan memberikan peluang kepada
BN/UMNO menang?
Begitu juga dengan PAS - jika terus bertelagah, apakah mereka mampu bertahan di DUN Rantau Abang, Teluk Pasu, Manir, Ladang, Bukit Payong dan yang lain?
Akhirnya
kedua-dua parti akan rugi.
Walaupun
PAS bertanding di semua kerusi DUN (32 DUN) di Terengganu), PAS juga dilihat tidak
mampu untuk kekalkan 14 kerusi seperti yang dimenangi pada pilihan raya umum
lalu.
Beberapa kajian menunjukkan BN/UMNO akan mendapat untung daripada pertelagahan PAS dan AMANAH.
Sewajarnya
pembangkang – apa lagi parti Melayu-Islam tidak bercakaran dan cuba merangka
kemenangan bukan melonjakkan ‘ego’ masing-masing.
PAS - walaupun sudah lali dengan perpecahan dan AMANAH sebagai serpihan tidak perlu
lantang di persada umum kerana rakyat memerhatikan gelagat mereka.
PAS
yang semakin tepu dan AMANAH yang belum pasti diterima oleh rakyat perlu
berhati-hati dengan jangan cuba memperlekehkan antara satu sama lain.
Mungkin
ada kebenaran pada pendapat Hanifa mengenai pendapat Abdul Hadi bahawa, “Parti sarkas dan MO1 (Malaysian
Official 1) tak tercuit. Kalau cuit sikit-sikit tu sajalah nak ‘berlakon’,
konon kami juga lawan parti sarkas.”
Juga,
jika benar PAS bertanding untuk membuat perubahan dasar dan sistem kepada
penyelesaian Islam, tegurlah dengan bijaksana dan terbuka, bukan cuba ‘bermain selamat’
kerana pendirian pemimpin atasan dan bawahan perlu selari.
Pemimpin
PAS seperti Abdul Hadi perlu jelas dan berterus-terang dalam menentang BN/UMNO
agar rakyat tidak terkeliru.
Jangan ada perbezaan pendapat jelas antara Presiden PAS dan pemimpin lain, termasuk Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
PAS
– jika benar – mahu menjadi kerajaan yang berhasrat menjadikan Malaysia negara
yang sejahtera dengan mengubah dasar negara, dan urus tadbir yang sesuai dengan
penuh berhikmah dan matang jangan ‘berklu-klek’.
Tidak
ada lagi watak ‘orang tengah’, ‘berkecuali’ atau ‘king maker’ untuk politik dan
pentadbiran Malaysia. Jangan berangan-angan untuk menang 40 kerusi Parlimen
atau negeri tertentu jika peranan PAS dilihat untuk menengangkan BN/UMNO.
Yang
dilihat rakyat ialah politik berterus terang dan straight forward iaitu
menumbangkan rejim Najib Razak atau mengekalkan pemerintahan ‘kleptokrasi’
sedia untuk lima tahun lagi sehingga 2022.
No comments:
Post a Comment