"Pada masa hadapan, jika ada pertandingan atau ada yang mencabar Timbalan Presiden, jangan pula tiba-tiba perubahan tradisi ini diubah semula bagi membolehkan dia berucap di hadapan mesyuarat tiga sayap UMNO berkenaan."
Amalan
Timbalan Presiden UMNO merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap UMNO -
Wanita, Pemuda dan Puteri – tidak akan berlaku lagi pada Perhimpunan Agung
UMNO (PAU) bulan hadapan.
Dengan
kata lain, PAU ke 69 akan menyaksikan tradisi dihapuskan apabila mesyuarat itu
tidak akan dirasmikan timbalan presiden parti.
Apakah
perubahan seperti ini tetap dilakukan sekiranya bukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan
Presiden UMNO?
Apakah
keputusan dibuat semalam (24 November 2015) dalam keadaan dan sebab-sebab tertentu untuk mengelakkan pemimpin yang dilihat ‘tidak
sebulu dengan Presiden parti’ tidak berucap di hadapan tiga sayap parti?
Ada
pemimpin veteran UMNO mengatakan perubahan ini dilakukan oleh presiden parti
mengikut kehendak ramai.
Katanya, keputusan yang ditetapkan semalam sebenarnya membuka peluang kepada ketua perwakilan sayap Wanita, Puteri dan
Pemuda kerana golongan muda ini yang akan memimpin parti pada kemudian hari.
"Dengan ini (perubahan), pengikut setiap sayap akan dapat melihat kemampuan ketua mereka dalam membawa agenda-agenda parti kerana kini UMNO itu dipimpin oleh pucuk kepimpinan yang berpandangan jauh," kata pemimpin berkenaan.

sebelum ini pada setiap mesyuarat tiga sayap itu ketrampilan Ketua Pemuda, Ketua
Wanita dan Ketua Puteri tidak terserlah keupayaan dan kebolehan mereka?
Persoalan
asas ialah apakah tidak ada sekelumit niat atau sebab pun dalam membuat
perubahan ini disebabkan gara-gara pertentangan pendirian Timbalan Presiden dengan
Presiden serta ahli MT UMNO yang lain dalam satu-satunya sebab - isu 1MDB?
Jika perubahan ini sesuatu
yang dianggap perlu, baharu dan tidak ada kena mengena dengan sebab-sebab ‘onar
Timbalan Presiden’, tidak apalah atau ‘wajar’ dilakukan.
Mungkin ia cadangan daripada kajian mendalam yang sudah lama dibuat di atas sebab-sebab pembaharuan yang perlu diperkenalkan.
Namun jika
kerana mahu menjamin Timbalan Presiden tidak berucap kepada pemuda, wanita dan
puteri, keputusan itu tetap boleh dipersoal keikhlasannya.
Beberapa pemimpin
veteran UMNO mengatakan ia bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan sehingga
boleh menjejaskan parti.
Lagipun perubahan sesuatu amalan dalam parti boleh
berlaku sekiranya telah mendapat persetujuan termasuk daripada MT UMNO.
Ini bermakna, apa sahaja amalan yang dipraktikkan selama ini tetapi kemudiannya mendapat persetujuan untuk merombak amalan itu, perkara itu bukan satu yang di luar kelaziman.
Ini bermakna, apa sahaja amalan yang dipraktikkan selama ini tetapi kemudiannya mendapat persetujuan untuk merombak amalan itu, perkara itu bukan satu yang di luar kelaziman.
Keputusan
baharu yang dibuat itu boleh mengatasi apa-apa sahaja ketetapan atau amalan
selagi mana perkara itu tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.
Selain
itu, soal perasmian berkenaan dianggap perkara kecil dan individu (yang
merasmikan mesyuarat itu – selama ini Timbalan Presiden UMNO tidak penting...
kerana individu akan datang dan pergi.
Majlis
Tertinggi (MT) UMNO semalam memutuskan
bahawa ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan
masing-masing.
Perdana Menteri Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.
Perdana Menteri Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.
Ini
bermakna ia adalah keputusan sebulat suara oleh anggota MT dan pendokong UMNO
di bawah tidak boleh mempersoalkan keputusan itu, apa lagi apabila veteran UMNO
sendiri mengatakan ia bukan perkara besar.
Beberapa
veteran UMNO berpendapat polemik berterusan yang ditimbulkan sebelum ini hanya
akan melemahkan parti terbesar orang Melayu itu terutama di peringkat akar
umbi.
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat, apa yang lebih utama adalah pucuk pimpinan di semua peringkat akar umbi perlu melaksanakan tanggungjawab sepenuh hati dan lebih serius dalam memperjuangkan matlamat parti.
Rafidah berkata yang menjadi keutamaan sekarang adalah perjuangan anggota UMNO untuk kepentingan parti, bukan untuk individu tertentu.
Beliau menegaskan, UMNO perlu diperkukuhkan sekiranya mahu terus relevan dan meneraju negara.
Sementara itu, bekas Anggota MT Tan Sri Syed Hamid Albar pula berkata keputusan itu bukan sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan parti meskipun hakikatnya ia menjadi amalan parti itu sebelum ini.
"Mungkin isu ini akan menjadi persoalan dan teka-teki dalam kalangan para pemerhati politik, tapi saya nampak persoalan itu pun telah dijawab oleh Presiden UMNO," katanya.
Sementara itu, Datuk Abu Bakar Lajim berkata mana-mana individu tidak harus beremosi dengan keputusan yang diambil oleh MT UMNO itu.

Emosi atau
tidak emosi seseorang pemimpin bukan dapat dilihat ketika PAU kerana di dalam
dewan di PWTC memang setiap tahun ‘berdegar-degar’, namun selepas itu apabila tiba
pilihan raya, ramai yang tersungkur bak pepatah, “Ayam berkokok berderai-derai, ekor
bergelumang tahi”.
Hakikatnya, sekat menyekat bukan
amalan yang baik untuk UMNO.
Ini kerana akan ada mereka yang
bersimpati dan juga akan ada semakin ramai yang akan ‘membenci’ dengan
tindakan-tindakan yang dilihat ‘kebudak-budakan’ hanya kerana bimbang tidak
tentu pasal kepada pengaruh seseorang.
Pemimpin yang kuat tidak bimbang
kepada saingan atau ancaman yang mendatang.
Sebaliknya, hanya yang pengecut sahaja melihat empat
penjurunya sedang dikepung sedangkan realitinya
mereka takut kepada bayang-bayang sendiri.
Kita berharap perubahan yang
dilakukan semalam tidak akan diubah kembali apabila pada masa hadapan selepas Timbalan
Presiden baru dipilih.
Juga, pada masa hadapan, jika ada pertandingan atau ada yang mencabar
Timbalan Presiden, jangan pula tiba-tiba perubahan tradisi ini diubah semula bagi dibolehkan dia berucap di hadapan mesyuarat tiga sayap UMNO berkenaan.
Semua dalam UMNO maklum betapa pentingnya ucapan seperti ini pada sesuatu pemilihan UMNO yang dilihat sebagai 'kempen terakhir'.
Juga kepada Ketua Pemuda, Ketua
Wanita dan Ketua Puteri, serlahkan kemampuan anda bukan sahaja pada perasmian
mesyuarat ketiga-tiga sayap tetapi menjadi pendokong agenda UMNO bagi menjamin
terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.