Tuesday, May 10, 2011

ISLAM SEBENARNYA BUKAN AGAMA RASMI…

Agama apa yang menjadi agama rasmi Malaysia dan sebelum ini Persekutuan Tanah Melayu?

Islam atau Kristian?

Jangan terkejut selepas Perlembagaan 1948, Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Malaysia 1963, agama Islam sebenarnya 'bukan agama Rasmi' Persekutuan.

Semalam Peguam Syahredzan Johan menegaskan, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara.

Lebih jauh beliau menyeru masyarakat Malaysia supaya ‘bangkit’ memperbetulkan fahaman bahawa Islam agama rasmi Malaysia.

Menurutnya isu ini jika dipermainkan sangat bahaya sedangkan kedudukan agama Islam tidak diperuntukkan oleh Perlembagaan sebagai ‘Agama Rasmi’.


“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.
Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan Johan mengulas perkara ini ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Kita menunggu pakar Perlembagaan kita, termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan , Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk memperjelaskan perkara ini.

Selain itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga mampu memberitahu rakyat apa kedudukan sebenar agama Islam di Malaysia.

Selain itu, apakah benar apa yang dikatakan oleh Syahredzan bahawa seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

Menurut beliau: “Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Lebih jauh beliau mengatakan Menteri pun tidak tahu mengenai perkara ini.

Setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

Jawablah wahai Pak Menteri dan pemimpin UMNO. Anda kini sedang dicabar dan lebih jauh mengatakan Islam Bukan Agama Rasmi Malaysia.

14 comments:

  1. Bukankah Agama Persekutuan itu samalah dengan Agama Negara.

    Dan apabila Islam Agama Negara, bukankah itu maksudnya Islam itu Agma Resmi.

    Aku rakyat kampung, di pedalaman.
    Bukan lawyer atau pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro...you nie lahir tahun brape... Aku sekolah 80an dah baca sejarah nie ..Islam agama perseketuan aje bukan agama rasmi Negara...tu le sebab dek menteri pelajaran skrg ajar buku sejarah tentang sejarah 90 an tapi tak tentang penubuhan Malaysia,hang tuah dan tentang perlembagaan malaysia.. tu le banyak pemuda yang lahir 80an jahil tentang sejarah penubuhan Malaysia....

      Delete
    2. Mr Jepony.. You ni lahir tahun berapa. Aku pun sekolah tahun 80an dah baca sejarah ni.. Dan sejarah sebelum ni.

      Bila dah baca tolong fahamkan.. Jangan baca untuk cari bahan perselisihan.

      Sebab tu ramai bangsa pandai yang jahil sebab terlalu memandai mandai..

      Delete
  2. Apakah maksud Agama Persekutuan ?

    'Father' tak sama ke dengan 'dad', 'papa' ?

    'Mother', tak sama ke dengan 'mama', 'mummy' ?

    Salah satu punca sesat ialah mempermainkan bahasa, seperti yang dilakukan oleh orang kristian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu le Mae1000 masi jahiliah... Tu gelaran aje ..sama le ngan ustaz ke imam ke amende ke dalam Islam..tapi Kami respect walaupun diorang nie sampai ade dua tiga bini sedangkan tuhan tu mencipta makluk tu hanya sepasang aje ... Kamu tak setuju father sister Kami tak bole kahwin , kamu tak bole terima nabi Kami lahir dari kuasa mukjizat Allah.. sedangkan Nabi Muhammad SAW tak ajar pun penganutnya untuk tidak mempercayai dan menghormati agama Kristian... Dulu Kat Tv2 sebelumn lahir Tv3 nie ada satu rancangan tajuk Bimbingan Agama .. program Al Quran ..ustaz sendiri cakap orang Islam tak percaya tentang kelahiran Nabi Isa ..dia bukan Islam... Tu le aku respect Islam sebab dalam keluarga besar saya Kiri kanan ada beragama Islam..Takde masalah...

      Delete
    2. Mr JEPONEY..
      dari komen kamu diatas pasal islam.. Menunjukkan kejahilannkamu tentang apa ygvkamu cakap.

      Imam dan ustaz memang jauh berbeza.

      Islam wajib menerima isa sebagai nabi.. Malah isa termasuk dalam senarai 25 rasul yg wajib di imani.. Tapi.. Isa itu adalah isa seperti yg diriwayatkan dalam alquran.. Bukan isa yang seperti yg dibuat2 ceritanya menurut bible.

      Kami percaya isa dan agama yg dibawa juga adalah dari allah.. Tapi bukan yg seperti terkandung dlm bible. And bezanya dgn kamu.. Muslim wajib beriman dengan latest version of agama dari allah after Isa.. Iaitu islam yang dibawa oleh Muhammad. Injil ada menyebutnya. All story about isa terkandung dalam alquran.. Tidak ada yang memburukkan isa.. Seperti aaa ygvterkandung dalam bible..

      Delete
  3. AKU BUKAN NAK KAVER AGAMA LAIN, AKU ORANG ISLAM DAN AKU TINGGAL DI SABAH... SELAMA HIDUP DAN HAYAT AKU DI SABAH, KAMI TIADA MASALAH DENGAN AGAMA YANG BERBILANG....KAMI HIDUP AMAN..SELEPAS UMNO MASUK KE SABAH, SEMUA BERTUKAR, ISU DARI TEMPURUNG MALAYA MASUK KE SABAH...INI LA TAK BOLEH, ITU LA TAK BOLEH...WAHAI ORANG-ORANG MALAYA, MOHON MUKALAH MATA KAMU TU SIKIT...BUKAN MELAYU SAHAJA HIDUP DI DUNIA..ADA BAJAU..ADA DUSUN..ADA DAYAK, ADA IBAN, DAN LAIN-LAIN LAGI....SO HORMAT SIKIT OK...ISU AGAMA HANYA PADA UMNO DAN PERKASA SERTA SEKUTU UTUSANNYA...
    KAMU TELAH DITIPU PEMIMPIN KAMU SENDIRI DARI MALAYA...WELCOME TO KETUANAN MELAYU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju bro.... Dalam family aku..family members ada Islam ..Takde le masalah yang di timbulkan oleh Ibrahim Ali nie...

      Delete
  4. Apa gunanya agama jika kamu masih berfikiran buruk kpd org lain?..baiki diri dulu sblum kata org salah..sokong Tunduyutung!! sabah porak peranda hal agama bila umno masuk!gila kuasa dan nama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju.. kita minum dulu...bijak bijak...

      Delete
  5. Tiada bantahan terhadap Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia tetapi Sarawak sepatutnya tidak mempunyai agama rasmi. Segala bidang kuasa Malaya yang berkaitan dengan Islam tidak patut dikuatkuasakan di Sarawak.
    Kerajaan negeri Sarawak meneruskan program “peng-Islamkan” tanpa memperdulikan perasaan sensitif penganut Kristian dan agama lain.

    Pendekatan “peng-Islaman” menyebabkan ramai beranggapan bahawa Islam adalah agama rasmi Sarawak. Ini menarik perhatian Bumiputra Bukan Muslim yang mendapati pendekatan yang lebih terhadap peranan Islam walaupun ia bukan agama kebangsaan negeri. Kita mendapati yang polisi Islam dibawa masuk ke dalam beberapa aktiviti dan perancangan di dalam negeri dalam

    menegakkan Islam sebagai agama kebangsaan negeri seperti pembacaan doa Islam di dalam majlis rasmi negeri. Oleh sebab Islam bukan agama kebangsaan negeri, mengapa pula mereka yang memerintah mahukan Tuan Yang Terutama mesti di kalangan Muslim. Itu tidak seharusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu le pemimpin Sarawak gile kuasa...tak nak lepas kan gabungan ngan BN takut jadi seperti sabah...Cuba pemimpin dia kluar ramai ramai dari BN ..tengok BN ade kuasa tak... Baru le Takde masalah nie... Sebab Sarawak le bagi BN kedudukan skrg dan konco BN le tahan Bible versi iban...

      Delete
  6. Sejarah menyatakan pada mulanya Manusia bersama dengan Tuhan.Hidup bahagia..tak payah ada agama..sbb Tuhan sentiasa dengan umatnya itu..sayang sekali manusia tergoda dan berbuat silap...mata rohani manusia sangat jauh dari Tuhan..maka sekarang kerna semua manusia di belengu dosa,mereka tercari cari tuhan dan mendirikan agama agama.Tetapi Tuhan kenal orang miliknya..siapa memiliki Tuhan maka dia ada harapan tinggal bersama dia di Dunia selepas mati.

    ReplyDelete
  7. Saya bukan le seorang yang pandai sangat tapi saya amat meminati Mata pelajaran Sejarah dari sejarah Tanah Melayu hingga la sejarah Malaysia ,sejarah Asia tenggara, Sejarah Islam...dan kalau tak silap saya buku tu masi ada... Betul le kata kata syahredzan tentang agama Islam adalah agama rasmi persekutuan tapi BUKAN agama rasmi Malaysia... Harus kita ingat perlembagaan dgn jelasnya menyatakan agama lain bebas dianuti...ini saranan alayarham Tungku Abdul Rahman sebenarnya dalam perlembagaan tu sendiri... Tu le Sabah Sarawak setuju untuk join ngan semenanjung jadi Malaysia yang ade skrg nie...yang lain lain tu dah jadi sejarah... Tu le sebab lee Kwan yu tak nak Singapore join pasal dia tahu masa depan akan jadi masalah nie... tu le sebab kementerian pelajaran tak ajar sejarah seperti dahulu punya...sebab takut kebenaran akan diketahui oleh generasi muda akan datang...walau bagaimana pun kita jangan le menambah keadaan bertambah buruk lagi....bagi semua penganut kristian di Malaysia kita harus berdoa dan memaaf kan Jais kerana itu le ajaran Jesus untuk memaafkan orang lain walau bagaimana jahat pun seseorang itu...bagi orang orang yang membakar efigi Fr Lawrence Andrew tu... Berdoa le agar rumah kamu tak di timpa musibah kerana Allah itu maha pengasih dan menghukum orang orang yang mendahuluinya menghakimi antara sesama manusia...

    ReplyDelete