Sunday, March 18, 2012

PERKENALKAN HUKUMAN BERAT KEPADA PEMANDU LANGGAR LARI...


Kejadian yang menimpa pelumba pelapis basikal negara, Rafizi Hamdan yang terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang, pagi ini memilu dan menimbulkan rasa geram terhadap orang yang melanggarnya.

Yang dilanggar bukan seekor ayam, biawak atau kucing yang melintas jalan. Dia adalah seorang insan bernama bapa dan ahli sukan yang mengibar bendera negara.

Jika kita  seorang pemandu prihatin, walau melanggar seekor binatang pun akan terasa kesal dan sedih dihati kita. Tetapi ini tidak..langgar dan kemudian lari...

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Abang ipar Rafizi, Akmal Abu Hanif berkata, keluarganya terkejut setelah menerima berita kemalangan yang dimaklumkan oleh salah seorang rakan arwah.

Amat jelas pemandu kita masih tidak ‘mesra’ pengguna lain dan cuba menjadi ‘hero’ dan selepas itu tidak bertanggungjawab.

Pihak berkuasa perlu mengambil iktibar ini kerana pengguna jalan raya bukan sahaja di kalangan pemandu sama ada kenderaan berat atau ringan tetapi juga pejalan kaki, penunggang basikal dan sebagainya.

Kejadian yang menimpa Rafizi ini begitu menyayat hati kerana dia ahli sukan dan mengharumkan nama negara. Rafizi yang berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun dan baru menerima cahaya mata kedua adalah penaja kelab basikal Le Tua yang popular dalam penyertaan kejohanan Le Tour de Langkawi sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian setelah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga yang kemudian melarikan diri.

"Pemandu itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran milik kereta dia tertanggal di lokasi, kami berjaya mengenal pasti kenderaan itu…kejadian berlaku di hadapan stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke Taman Melawati, polis akan melakukan siasatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu…” kata Amiruddin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Sewajarnya penamdu yang langgar lari menyebabkan kematian dikenakan hukuman berat. Kenapa tidak membuat laporan polis selepas melanggar seseorang?

Soalnya, bilakah boleh kita yakin bahawa jalan raya di negara ini selamat untuk semua pengguna khususnya di kalangan ahli sukan.

Lagipun, ini bukan kali pertama keajadian sebegini berlaku….

2 comments:

  1. daripda ko meroyan emosi pasal politik malaysia ni, baik ko pegi israel, ko bunuh dorang2 sume kat sana...ko ni jenis gila isim la..saper tok guru ko??? dah abes belajar agama ker? eh islam x ajar la der...memalukan kaum melayu daa...kalau adik aku ni dah lama aku lempang2 manje...

    ReplyDelete