Sunday, March 18, 2012

HANYA 10.7 % SYARIKAT BUMIPUTERA DISENARAIKAN DI BURSA MALAYSIA

 
Bangganya jadi rakyat Bumiputera di negara ini. Apanya tidak?

Walaupun saya tidak memiliki sebarang syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ada 101 syarikat senaraian awam (PLC) Bumiputera yang disenarai di Bursa Malaysia sehingga 31 Disember lalu.

Lepas itu daripada 101 syarikat itu, hanya 75 yang membuat keuntungan. Yang 26 lagi tu apa?

Ingat tidak banyak ke tu? Sebab itu ada pihak membantah penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, takut ia menguntungkan peneroka dan jika demikian, sukarlah pembangkang mahu melebarkan pengaruh.

Lagipun, jika usaha menyenaraikan FGVH itu berjaya, ia mungkin menjadi tawaran awam permulaan (IPO) terbesar untuk tahun ini.

Yang dibelakang PKR dan PAS pastinya menghasut anak peneroka jangan sokong kerana kalau jadi penyenaraian ini, akan lebih ramai Bumiputera yang akan mendapat untung. Ini pastinya akan merugikan bukan Bumiputera.

Bagi mereka yang menentangnya iaitu puak yang tidak prihatin terhadap kedudukan Bumiputera, mereka peduli apa?

Mereka lebih enak dibuai kata-kata dan cakap-cakap bukan Bumiputera yang tidak mahu melihat Bumiputera lebih ‘berada’.

Hakikatnya kalau bukan UMNO atau Barisan Nasional memerintah, jumlah 101 itu mungkin tidak dapat dicapai kerana jika ‘orang lain’ memerintah, dasar Bumiputera tidak akan pernah wujud di bumi Malaysia ini!

Ahmad Mazlan - Masih Tidak Boleh Bangga...
Sejak ada Dasar Ekonomi Baru (1990) dan dasar-dasar selepasnya, Bumiputera sebenarnya tidak boleh berbangga apabila hanya 101 atau 10.7 peratus daripada 941 syarikat senaraian awam (PLC) yang disenarai di Bursa Malaysia sehingga 31 Disember lalu milik Bumiputera.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata semalam,  daripada 101 syarikat berkenaan, hanya 75 syarikat yang mencatatkan keuntungan. "Kita harap lebih ramai kaum Bumiputera dapat mengetahui tentang pasaran modal, pasaran saham dan segala yang berkaitan dengan sekuriti kerana ia sebenarnya menguntungkan," katanya selepas mesyuarat agung Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi) ke-17 dan pelancaran buku "Icon Bumiputera PLC 2011" di Kuala Lumpur, semalam.

Ahmad berkata, syarikat Bumiputera seharusnya memanfaatkan pelbagai peluang dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan termasuk "Skim Jejak Jaya Bumiputera", iaitu skim yang menjejak kejayaan Bumiputera untuk menambah bilangan syarikat yang boleh disenarai di Bursa Malaysia.

Selain itu usahawan Bumiputera tidak seharusnya hanya bergantung kepada bantuan kerajaan, sebaliknya perlu mempunyai kesungguhan sendiri. "Untuk disenarai di Bursa Malaysia, usaha individu juga perlu kerana akhirnya nanti mereka boleh menjadi Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Pegawai Operasi kepada PLC," katanya.

Kerana itu kerajaan BN yang diterajui UMNO perlu melihat masalah pemilikan kaum Bumiputera yang rendah ini sebagai salah satu agenda penting yang harus diperjuangkan.

Bukan sahaja orang Melayu tetapi Bumiputera lain di Sarawak dan Sabah pasti akan menyokong kerajaan BN jika perjuangkannya.


PKR dan DAP yang agak kaya serta dan PAS yang kebanyakannya ‘buta ekonomi’ tidak akan mempedulikan soal ini kerana bagi mereka slogan ‘demokrasi’ hak asasi’, ‘kebebasan’ lebih bermakna daripada pemilikan yang sememangnya begitu kecil oleh Bumiputera ketika ini.

No comments:

Post a Comment