Rasanya tidak salah lagi kerana dalam blognya, Dr Asri menulis: “Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkan DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama.
Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.”
Berkaitan dengan nasihat Dr Asri ini, Zulkifli turut meminta Anwar supaya menerima nasihat daripada Dr. Asri dengan hati terbuka dan berlapang dada.
Kata Zulkifli, “Mungkin sudah taqdir ALLAH jawatan Perdana Menteri bukan milik Anwar. Dan menjadi Perdana Menteri bukanlah segala-galanya dimuka bumi ini. Fikirkan dan renungkanlah nasihat beliau itu.”
Menurut Zulkifli, beliau sendiri sudah beberapa kali menasihatkan Anwar supaya bermuhasabah diri dan menyelesaikan masalah peribadi yang sedang dia hadapi.
“Setelah melihat sendiri bagaimana Anwar sanggup menggadai agama dengan mengheret saya kehadapan Lembaga Disiplin kafir untuk membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH, dan melihat depan mata saya bagaimana Anwar sanggup mengenepikan persahabatan dia dengan Dato' Seri Zahrain selama 30 tahun hanya untuk membodek Kit Siang dan anak lelakinya, saya melihat Anwar bukan lagi Anwar yang kita kenal. Atau apakah ALLAH sekadar mahu umat Islam melihat warna sebenar Anwar, wallahua'lam, saya pun tak tahu, " katanya.
Zulkifli berharap kepimpinan PAS khususnya dapat melihat bahawa mereka sedang mempercaturkan nasib umat Islam dan agamanya bila berterusan bersekongkol dengan Anwar.
“Takkan mereka tidak dapat melihat lagi sandiwara Anwar? Kalau Konspirasi 16 Sept pun Anwar boleh bohong mereka bulat-bulat, apa lagi bukti yang mereka mahu? Kalau sudah dibuktikan PAS hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Anwar, pun masih lagi terkial-kial nak menari ikut rentak Anwar, saya tidak tahu apa lagi yang kepimpinan PAS mahu buktikan?” tanya Zulkifli.
Kata Zulkifli, di Pulau Pinang dimana Anwar langsung tidak menghormati PAS. “Satu-satunya ADUN PAS, YB Ustadz Salleh Man pun tidak diberi muka, hanya kerana mahu menjaga Kit Siang & anak lelakinya.
Beliau mendakwa ramai yang tahu Anwar cukup tidak selesa dengan Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang kerana keterampilan "talibannya" ‘Tok Guru’ berkenaan.
Nasihat Zulkifli kepada PAS : “Tepuk dada tanyalah iman. PAS sebuah parti yang besar, keahlian ramai, jentera mantap dan petugas yang sangat komited. PAS boleh berdiri sendiri tanpa Anwar apatah lagi Kit Siang & anak lelakinya!”
Percayalah, selagi kita memenuhi syarat mendapat nasrullah, pasti ALLAH akan membantu kita, Zulkifli menutup bicara dalam entri pada blognya.
Saya rasa ramai yang akan marah kepada Dr Asri seperti marahnya mereka kepada Zulkifli kerana menyuruh Anwar berundur pada ketika masing-masing bercita-cita untuk ke Putrajaya dengan menjadikan Anwar sebagai "kuda" yang akan mereka tunggangi.
Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa serta Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mereka pastinya akan memberitahu Anwar bahawa seruan Dr Asri dan Zulkifli ini sebagai 'suara anak kecil' sahaja.
Ini kerana bagi mereka, tanpa Anwar - biarpun Anwar tidak mampu melakukannya pada 16 September - usaha mereka untuk ke Putrajaya akan terbantut!
No comments:
Post a Comment