Wednesday, October 27, 2010

SMS Ugut Bunuh - NAMA IDRIS JUSOH MULA TERSERLAH!

Selepas siri keruntuhan yang menunjukkan Ahmad Said tidak ada kena mengena dengannya, perbicaraan kes SMS Ugut Bunuh ini juga tiada kaitan dengan Ahmad Said...selepas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh – Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd.Zubir disoalsiasat dan hasilnya menjurus ke arah beliau ‘turut terlibat’ dengan penghantaran SMS itu, mahkamah dikejutkan pula dengan nama baru ‘ Idris Jusoh’ di sebut dalam mahkamah, seolah-olah ‘terlibat sama’.

Ketika siri runtuhan bangunan di Terengganu berlaku, sukar untuk rakyat menuding jari –salah siapa. Bekas Menteri Besarkah? Kontraktorkah? Jabatan Kerja Rayakah? Siapa dan siapa?

Yang pasti ia kuasa Allah dan Allah mahu menunjukkan bahawa jika kerja dijalankan mungkin niatnya baik tetapi pelaksanaannya tidak baik maka hasilnya pun tidak baik.

Namun banyak tangan yang menuding kepada Ahmad Said kerananya kerana lambat membaiki dan macam-macam lagi seolah-olah keruntuhan itu diakibatkan oleh Ahmad Said.

Lainnya kes di mahkamah yang membicarakan “SMS Ugut Bunuh’ yang kini berlangsung mulai semalam hingga esok (26 hingga 28 Oktober 2010).

Salah seorang saksi utama, Datuk Wan Ahamad Wan Muda tidak perlu hadir pun di mahkamah kini kerana perbicaraan memasuki fasa pertanyaan untuk kumpulan yang bertanggungjawab menghantar SMS berkenaan.

Semalam ketika perbicaraan disambung, Wan Ahamad berada di London dan dijangka pulang hari ini. Dia mengikuti lawatan kerja yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah.

Lagipun amat terserlah kini, Wan Ahamad tiada kena mengena dengan SMS dan penghantaran SMS berkenaan.

Dengan ini amat benar dan tempat sekali komen Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib pada 15 April 2009 dan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan bahawa Wan Ahamad ketika itu Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar tidak melakukan kerja ‘gila’ itu.

Berita Harian Online (15 April 2009) melaporkan komen Najib berikut: – "Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

Sinar Harian (23 April 2009) pula melaporkan: "Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini."

Apa yang mahu diperkatakan di sini ialah selepas siri keruntuhan yang menunjukkan Ahmad Said tidak ada kena mengena dengannya, perbicaraan kes SMS Ugut Bunuh ini juga tiada kaitan dengan Ahmad Said.

Yang menarik, selepas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh – Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir disoalsiasat dan hasilnya menjurus ke arah beliau ‘turut terlibat’ dengan penghantaran SMS itu, mahkamah dikejutkan pula dengan nama baru ‘ Idris Jusoh’ di sebut dalam mahkamah, seolah-olah ‘terlibat sama’.

Pendedahan di mahkamah mengenai penggunaan sms blast menunjukkan Idris bijak menggunakan teknologi mutakhir – blast sms – untuk kempennya.

Namun menyedihkan sedikit jika kemudahan itu jika terserlah digunakan untuk ‘menyerang Ahmad Said’ melalui SMS Ugut Bunuh.

Saya tidak mengatakan Idris melakukannya tetapi penjenguk dan pengunjung boleh menilai sendiri daripada perbicaraan semalam bagaimana “Idris’ mungkin (saya katakana mungkin) terpalit dalam isu SMS Ugut Bunuh ini.

Baca apa yang dimuatkan dalam entri Unit Komunikasi Kerajaan Negeri Terengganu mengenai prosiding di mahkamah semalam:

Perbicaraan kes ugutan bunuh menerusi SMS

Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

Dalam pembicaraan “Ugutan bunuh melalui SMS’ yang bersambung pada hari ini (26 Oktober), mahkamah diberitahu bahawa penggunaan aplikasi SMS atas nama Mohd.Irwan Zainal Abidin (seorang pegawai kerani di Pejabat Umno pada 2009) adalah digunakan untuk tujuan kempen calon pertandingan Majlis Tertinggi bagi pihak calon bernama Dato’ Seri Haji Idris Jusoh.

Mohd Irwan yang tinggal di Seri Kembangan ketika disoal pihak pendakwa pada sesi perbicaraan pagi ini memberitahu pada masa itu beliau adalah setiausaha kerja kepada sekretariat Pemulihan UMNO.

Dinyatakan kepada mahkamah, tugas beliau adalah menyediakan minit mesyuarat, tempahan bilik mesyuarat, makluman kepada ahli mesyuarat dan persiapan mesyuarat berkaitan sekretariat pemulihan UMNO itu.

Ditanya pihak pendakwa, Mohd.Irwan memberitahu beliau bertanggungjawab kepada tiga orang pegawai atasan iaitu Setiausaha Kerja UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Husaini Hashim, Pengerusi Sekretariat Pemulihan UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir selaku Pegawai Khas Dato’ Seri Idris.

Prosiding pagi ini berlangsung di hadapan Hakim, M.Bakri Abd. Majid. Pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami manakala Dr.Ahmad Ramzi diwakili peguambela Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abdul Rahman.

Ditanya penglibatan beliau dalam kes ini, Mohd.Irwan berkata Dr.Ramzi meminta beliau membantu kempen pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 2008-2011 yang mana Dato’ Seri Idris Jusoh merupakan salah seorang calon bagi mengganggotai pemilihan itu.

“Dalam kaedah berkempen Dr.Ramzi telah berikan saya satu SMS, nama dan nombor handphone untuk saya hubungi yang mana kandungan kaedah kempen menggunakan `SMS blast’” beritahunya kepada mahkamah.

Pendakwa: Apa yang diarahkan oleh Dr.Ramzi

Mohd.Irwan: Minta saya hubungi penama tersebut kepada nombor-nombor telefon yang telah diberikan . Minta saya hubungi Encik Hazwan untuk mendapat keterangan lanjut mengenai kaedah SMS. Selepas faham saya hubungi semula Dr.Ramzi bagi perbincangan dan Dr.Ramzi setuju untuk membeli aplikasi tersebut.

Pendakwa: Apa lagi arahan Dr.Ramzi

Mohd.Irwan: Bagi tujuan pembelian aplikasi, Dr.Ramzi salurkan wang RM1,000 kepada akaun saya dan saya pindahkan ke akaun yang diberikan oleh Encik Hazwan (pemilik syarikat aplikasi SMS), akaun tersebut namnya seorang wanita. RM450 untuk bayaran pendaftaran dan RM550 untuk pembelian kredit.

Pendakwa: Apakah tujuan pembelian itu?

Mohd.Irwan
: Tujuan pembelian tersebut adalah bagi membantu kempen pemilihan MT bagi pihak Dato’ Seri Idris Jusoh.

Pendakwa: Akaun SMS blast itu didaftarkan atas nama siapa?

Mohd.Irwan
: Didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Bagaimana SMS blast digunakan?

Mohd.Irwan
: Bagi menggunakan SMS blast kita perlukan sebuah komputer, sambungan internet, ID dan password. Kita bolehlah menghantar SMS kepada seberapa ramai yang kita mahukan. Kita juga boleh mengubah kolum penghantar. Biasa `sender’ adalah nombor handphone kita sendiri, SMS blast ini boleh diubah nama sender kepada sesiapa sahaja.

Pendakwa: Kemudian selepas itu apa yang awak lakukan?

Mohd.Irwan
: Saya ada hantar SMS memo percubaan kepada handphone Dr.Ramzi dan handphone saya sendiri sebanyak dua kali. Kali pertama tidak berjaya kerana tidak dimasukkan kod antarabangsa bagi Malaysia iaitu nombor 6. Kali kedua berjaya setelah dimasukkan nombor 6 pada pangkal nombor telefon itu.

Pendakwa: Bila dihantar memo SMS percubaan itu?

Mohd.Irwan
: 6 Mac 2009.

Pendakwa: Apakah kandungan memo SMS itu?

Mohd.Irwan
: Memo itu berbunyi “percubaan, Dato’ Seri Idris Jusoh’. Selepas itu saya lupa password dan hubungi semula Encik Hawzan untuk bantuan password baru.

Pendakwa: Apa password baru?

Mohd.Irwan
: DSIJ 151155. DSIJ merujuk pada Dato’ Seri Idris Jusoh, 151155 adalah tarikh lahir beliau.

Pendakwa: Kenapa letak password sebegitu?

Mohd.Irwan
: Sebab saya risau jika terlupa lagi dan bagi memudahkan.

Pendakwa: Siapa yang arah bukan akaun itu dan tujuan apa?

Mohd.Irwan
: Akaun ini diminta dibuka oleh Dr.Ramzi bagi membantu kempen Dato’ Seri Idris sebagai calon MT.

Pendakwa: Adakah awak maklum pada sesiapa password itu (DSIJ 151155)?

Mohd.Irwan
: Tak maklum pada sesiapa kecuali Dr.Ramzi atas permintaan beliau sendiri.

Pendakwa: Bila diberitahu password itu kepada Dr.Ramzi?

Mohd.Irwan: Minggu pertama April 2009 selepas habis kempen MT. Hantar melalui SMS dan tidak maklumkan kepada orang lain selain Dr.Ramzi.

Pendakwa: Bagaimana awak dapat tahu mengenai isu ugutan melalui SMS ini?

Mohd.Irwan
: Saya dapat tahu melalui akhbar dan siaran berita TV. Seterusnya saya mengesyaki isu ini terbabit dengan akaun yang didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Tentang password DSIJ 151155 ada beritahu pada sesiapa dan tulis di mana-mana.

Mohd.Irwan: Tidak ada,kecuali kepada Dr.Ramzi.

Pendakwa: Ada diterangkan kepada Dr.Ramzi cara penggunaan blast SMS .

Mohd.Irwan
: Ada. Bertempat di pejabat Dr.Ramzi pada awal April 2009.

Pendakwa: Selepas syak isu SMS itu ada hubungan dengan akaun atas nama awak apa awak buat?

Mohd.Irwan
: Saya hubungi Encik Hazwan untuk bertemu dan bincang masalah akaun tersebut. Dr.Ramzi pun ada hubungi saya bagi tujuan agar tutup akaun tersebut dan jika ada dipulangkan baki kredit dan kalau tak ada, tak mengapa.

Pendakwa: Di mana jumpa Encik Hazwan

Mohd.Irwan: Di Bangi Golf Resort pada malam saya ditahan polis pada 20 April 2009.

Pendakwa: Ada terima apa-apa arahan Dr.Ramzi?

Mohd.Irwan
: Dr.Ramzi pesan supaya lindungi beliau dan ‘big boss’

Pendakwa: Siapa ‘big boss’ ikut fahaman awak

Mohd.Irwan
: Kata-kata tersebut ikut fahaman saya merujuk kepada Dato’ Seri Idris Jusoh.

Perbicaraan seterusnya bersambung di sebelah petang.

Apabila prosiding bersambung di sebelah petang saksi (Mohd Irwa) memberitahu beliau mempunyai kelulusan Diploma Penilaian Harta Tanah lulusan Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur yang menjalankan bertugas sebagai Pegawai Kerani, Bahagian Teknologi Maklumat di Pejabat UMNO Malaysia.

Beliau menjalankan tugas membaik pulih komputer rosak dan mengenalpasti masalah komputer dengan merujuk kepada mereka yang lebih senior kerana dia hanya seorang pekerja separa mahir.

Saksi memberitahu dia bertugas secara sukarela membantu kempen MT kepada Idris dengan mendapatkan maklumat mengenai data-data keahlian UMNO dan turut bersetuju dengan pendakwa bahawa dia terlibat dalam politik UMNO.

Pendakwa kemudiannya meminta barang rampasan berkaitan kes seperti dua laptop, satu computer, satu set alatan permaian video, satu moderm digi, satu destop dan satu alat pembesar suara ditunjukkan kepada mahkamah.

Hakim Tuan M.Bakri Abd Majid kemudiannya menangguhkan perbicaraan kes semalam dan akan disambung hari ini ( 27 Oktober 2010) jam 10.00 pagi.

4 comments:

  1. Tahniah Sdr Hambali. Satu article yg cukup berani dan bagus bagi membersihkan imej "boss" saudara. Setiap yg salah akan tetap salah walaupun di sorok. Allah lebih berkuasa dari kita semua.

    Rakyat tak terperanjat dgn pendedahan nama IJ, malahan dari awal lagi rakyat Nganu telah mengesyaki perbuatan itu adalah angkara IJ. Tetapi kerana masih dalam penyiasatan dan tiada bukti, rakyat hanya sekadar mengesyaki saja.

    Kini perbicaraan baru bermula. Belum di jatuhkan hukuman lagi siapa yang terlibat dan siapa yg memberi arahan melakukan perbuatan tersebut. Sama2 kita tunggu akhir perbicaraan dan keputusan nya.

    Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Tahniah YB Dato' Seri MB kerana tenang
    menghadapi situasi ini di awal permulaan pemerintahan nya. Allah sentiasa bersama org yg benar dan berhati mulia.

    ReplyDelete
  2. tahniah anda telah mmbawa perbicaraan ini kealam siber..kah.kkahh

    ReplyDelete
  3. Salam.. Nama saksi tu nor irwan. Bukan mohd irwan

    ReplyDelete
  4. Idris Jusoh malas nak saman2 ni,dulu ramai peguam-peguam die nak offer untuk saman sapa2 yang buat fitnah pada dia...tapi beliau Kata "Buang masa naik turun mahkamah,baik kita majukan rakyat dan bangunkan negara"..bukan beliau takut,tapi beliau merasakan membuang masa.Tapi kalau beliau nak,boleh jer..

    Cara Ahmad Said ambik jawatan pun secara x terhormat juga.Rakyat dan PArti nak IJ,tapi sbb penglibatan Istana,terpaksa la.

    dulu waktu PAS pegang x de pembangunan langsung..duit2 semua g mana?Istana ke?or kroni2 mereka ke?Paling kurang,zaman IJ ada pembangunan utk Terengganu.walau ramai ckp rasuah tu rasuah ni..

    Isu runtuh2 macam2 org boleh ckp,maybe bumi terengganu pun x redha pemerintahan Ahmad Said..sama je kan..macam2 andaian boleh dibuat.

    Dan sampai skrg SU IJ x kena lagi hukuman,sbb semua ni mungkin fitnah shj.SU IJ bukan calang2,anak bekas Mufti Terengganu tu.

    ReplyDelete