Friday, April 16, 2010

PEMBANGKANG BIMBANG KALAH DI HULU SELANGOR?

Pembangkang angkuh dengan mengatakan dengan hanya letak kasut (sebagai calon) pun menang di Hulu Selangor.

Jangan perlekeh pengundi Hulu Selangor. Apakah mereka sanggup butakan mata dan tulikan telinga dengan menyokong sesiapa pun.

Apakah mereka begitu yakin kerana pilihan raya kali ini akan diadakan dengan adil dan telus!
Sebelum ini pakatan pembangkang mendakwa ia akan hanya mampu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor seandainya dilaksanakan dengan adil dan telus.

Persoalannnya belum apa-apa dah syak Barisan Nasional (BN) nak main kotor. Kalau dah hati dan perut busuk, begitulah jadinya.

Begitulah sikap pembangkang, kalau menang semuanya baik. Tetapi kalau rasa nak kalah ada saja alasannya. Tidak boleh menerima hakikat.

Setiausaha Pemuda Dap Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata kalmarin, apa yang membimbangkan ialah adanya campur tangan dari pihak-pihak tertentu secara tidak jujur dan ikhlas bagi memenangkan BN.

"Kita sedia maklum BN akan menggunakan pelbagai saluran dan agensi kerajaan yang ada bagi mendapatkan kembali kuasa yang sudah hilang di tangan mereka sejak kekalahan mereka dalam pilihan raya umum Mac 2008 yang lalu.

“Saya tidak hairan sekiranya undi pos dan pengundi hantu menjadi satu harapan besar mereka untuk mendapat kemenangan,” katanya.

Aneh apabila tiba-tiba DAP mahu gunakan isu pengundi hantu dan undi pos.

Sementara bosnya, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula mempersoalkan kredibiliti SPR dalam proses pembersihan daftar pemilih.

Benar sekali seperti dikatakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa isu pengundi hantu yang sering dimainkan pada setiap pilihan raya kecil adalah taktik kotor pembangkang dalam meraih undi.

Selain untuk meraih undi, dakwaan itu juga bertujuan bagi memburukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mata pengundi yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada calon BN.

"Ini adalah satu daripada langkah pembangkang sebelum penamaan calon dengan memburukkan perkara-perkara yang sebenarnya kita lihat tidak berlaku.

Saya harap rakyat jangan mendengar (dakyah pembangkang)...ini (isu pengundi hantu) adalah taktik kotor pembangkang dari dulu. Pembangkang ini hanya tau memburuk-burukan SPR dan UMNO sahaja. Kalau dia (pembangkang) menang tak bangkitlah lagi isu pengundi hantu," katanya di bangunan Parlimen, semalam.

Ng juga mengatakan bagaimana BN mula menabur janji-janji pilihan raya menjelang pilihan raya kecil itu.

“Kenapa mereka tidak taburkan sebelum ini. Kenapa baru sekarang mereka mahu turun padang dan menemui rakyat kawasan tersebut. Ini sudah jelas dapat kita lihat BN terdesak untuk merampas kembali kerusi tersebut setelah mereka lihat sokongan terhadap mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak menggalakkan," katanya.

“Saya yakin kesepakatan yang ada dalam PR antara PKR, PAS dan DAP inilah yang akan menjadi kekuatan kita bagi mempertahankan kerusi yang telah kita menangi sebelum ini.

“Kekuatan yang ada pada PR inilah yang amat digeruni oleh BN sehingga mereka sanggup bertindak diluar batasan dengan membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas," ujarnya.

Tan mungkin lupa bahawa selain mngumumkan peruntukan kawasan itu oleh kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota Exconya membuka bilik operasi di Pejabat Daerah Hulu Selangor untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman, berkata beliau difahamkan Khalid membuka bilik operasinya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di situ kira-kira seminggu lalu dan tindakan itu boleh menimbulkan persekitaran tidak adil dan serba salah di kalangan kakitangan kerajaan terutama Pegawai Daerah.

Wanita Umno mendesak Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan, digugurkan jawatan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (PPPR) kerana khuatir pelantikannya boleh menjejaskan keadilan dan kelancaran perjalanan pilihan raya berkenaan.

"Saya khuatir satu keadaan yang mungkin tidak adil akan berlaku bila Menteri Besar berada di pejabat pegawai daerah yang dilantik sebagai PPPR. Ia kerana beliau (pegawai daerah) mungkin akan terpengaruh (dengan Menteri Besar) dan kita kini mula mempersoalkan integritinya sebagai bebas dan neutral dalam menjalankan tugasan pilihan raya," katanya.

Kes hampir sama pernah berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu awal tahun lalu, PAS membantah pelantikan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim, sebagai PPPR selepas didakwa berkempen untuk parti tertentu pada satu majlis perjumpaan dengan kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Berikutan bantahan itu, Mat Razali Kassim menarik diri terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan jawatannya digantikan Setiausaha MBKT yang juga Penolong PPPR, Wan Mustafa Wan Hassan.
Selain seperti sengaja menganggu SPR dan taktik menimbulkan isu pengundi hantu usaha pembangkang mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor bakal berdepan tugas sukar apabila pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon yang akan menggalas cabaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditentang oleh ahli parti itu sendiri.

Wakil rakyat PKR yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Zaid tidak mungkin dapat memahami kehendak pengundi Hulu Selangor kerana beliau bukan pemimpin tempatan dan ditambah pula dengan gaya hidup elit serta liberal yang diamalkannya.

Bagi Wee jika menang sekali pun, pembaharuan yang mungkin dibawa oleh Zaid di Hulu Selangor ialah lebih banyak pusat hiburan bakal diwujudkan dan bukannya kemajuan seperti yang dikehendaki rakyat.

3 comments:

  1. Aku setuju dengan pandanga Wee tu Zaid adalah melayu Librel, yang mengamalkan hidup secara elit dan suka mempersoalkan hukum-hakam Islam dan lebih cendrung dengan hukum Undang-undang dunia.

    Zaid merupakan Melayu yang harus diperangi dan direjam sampai mati. Selama ini beliau tidak pernah menunjukkan amalan yang mulia, lebih banyak dengan kontroversi dan memperkecilan Orang melayu.

    Zaid adalah anak melayu yang lupa diri dan lupa asal keturunannya.

    ReplyDelete
  2. Bro, apa tak bimbangnya, inilah gambaran PRU13 di Selangor..... rakyat sudah namapak segala kemungkaran PKR-PAS-DAP.........

    ReplyDelete
  3. salam, kita undilah melayu islam yang boleh diharap,undi lah islam yang baik jgn diberi undi pada yg bukan islam dan yang tak tau berterima KASIH kepada orang Melayu, PERLU DIINGAT!!!!!!!

    ReplyDelete