Memang benar apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng mengenai kenapa orang Melayu Pulau Pinang terpinggir.
Saya menyokong kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa apa yang berlaku bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku.
Pemimpin Melayu Pulau Pinang kalau dalam seminar atau Perhimpunan Agung UMNO berdegar-degar mahukan perub ahan tetapi apa tindakan susulan?
“Kita baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan kita tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN," tegas beliau.
Walaupun kenyataan Guan Eng bahawa ia tidak melakukan kezaliman tetapi masalah orang Melayu diperkatakan sekian lama.
Saya sendiri pernah menulis artikel mengenai perkara ini pada 1976 di Berita Harian dan ketika itu UMNO bukan tidak kuat.
Bukan saya sahaja, Yahya Ismail dan Mansor Mat Saman turut menulis buku mengenai kemunduran orang Melayu Pulau Pinang.
Tidak apalah pada 1970-an dan 1980-an. Bagaimana ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang dan sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pulau Pinang?
Adakah beliau membantu memajukan Melayu Pulau Pinang?
Dan apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, apakah ada rancangan konkrit membantu Melayu Pulau Pinang?
Sama saja. Balik-balik ‘dok tang tu je”! Sekarang nak salahkan Guan Eng?
Malulah sikit UMNO. Mana muka Anwar dan Pak Lah mahu diletakkan? Mana muka menteri-menteri Melayu dari Pulau Pinang nak letakkan muka kalau bercakap mengenai kemunduran orang Melayu?
Guan Eng benar apabila mengatakan penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi tetapi menekan dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam UMNO menikmati kemewahan manakala orang bawahan dibiarkan menderita kehilangan kampung halaman.
Pendapat ini benar 100 peratus dan janganlah meludah ke langit wahai pemimpin UMNO Pulau Pinang.
Janganlah sekarang baru mahu memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.
Saya sokong Guan Eng apabila mengatakan: “Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu. Orang ramai akan bertanya apa yang mereka laksanakan demi kebaikan masyarakat Melayu sepanjang 50 tahun memimpin bersama komponen dalam BN,”
Malas ulas lanjut. Bacalah petikan berikut yang saya petik daripada harakahdailky:
Rencana BH kena batang hidung pemimpin Umno
Mohd Sabri Said
GEORGETOWN, 4 Mac: Apa yang ditulis dalam Berita Harian (BH) semalam kononnya 'Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir' ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut kesal terhadap penyiaran berita bermotif memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.
"Apa yang berlaku bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku.
“Kita baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan kita tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN," tegas beliau dalam sidang media di pejabatnya, semalam.
Katanya, penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi tetapi menekan dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam Umno menikmati kemewahan manakala orang bawahan dibiarkan menderita kehilangan kampung halaman.
“Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu. Orang ramai akan bertanya apa yang mereka laksanakan demi kebaikan masyarakat Melayu sepanjang 50 tahun memimpin bersama komponen dalam BN,” katanya.
Umno yang mempunyai 11 kerusi dan empat orang Exco Kerajaan BN termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dahulunya tidak berjaya membawa Melayu keluar dari kepompong cuba sekadar mengheret tangan-tangan yang rapat dengan kroni sahaja.
"Umno hanya berjaya meningkatkan tahap sosial ekonomi Melayu Umno sahaja bukan rata-rata bangsa Melayu yang berada di bawah, " katanya.
Bercakap tentang tiga projek besar di Pulau Pinang kononnya kerajaan sekarang sengaja menghakis kedudukan Melayu, beliau berkata, tidak pernah Kerajaan Pakatan Rakyat berbuat demikian kerana semua projek seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Penang Global City Centre (PGCC) merupakan projek Kerajaan Pusat dan dilaksanakan pada era pemerintahan BN.
Semasa Pakatan Rakyat memerintah, sambungnya, langkah pertama ialah membatalkan projek PGCC yang bukan sahaja menguntungkan koporat tertentu bahkan merugikan kerajaan.
Begitu juga dengan NCER yang sampai kini sunyi bersesuaian dengan pengasasnya yang kini tidak berbisa lagi iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau turut menjelaskan projek Tanjung Pinang di Tanjung Tokong juga dikaitkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menghalau orang Melayu dari situ secara halus.
"Sebenarnya projek besar dibuat oleh Kerajaan BN dan menyerahkan kepada Syarikat Uda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat cuma masuk campur mendesak Uda membina 'Kampung Warisan' seperti mana yang diinginkan oleh penduduk asal Tanjung Tokong," ujarnya.
Apa yang diperkatakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim, semua bermatlamat fitnah untuk mengais simpati terhadap perjuangan menegakkan benang yang basah.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat langsung tidak pernah menghalau penduduk Melayu dengan tujuan menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal orang Cina serta menaikkan taraf dan mempromosi pulau yang terkenal dengan panggilan Pulau Mutiara untuk didiami oleh penduduk yang kaya sahaja.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man ketika ditemui membidas kenyataan Jais Karim dengan menggelarkan golongan terbabit sebagai 'hero tua' kerana apa yang mereka perkatakan telah lama diperjuangkan oleh PAS ketika menjadi pembangkang di Dun Pulau Pinang.
Katanya, PAS waktu itu diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman telah beberapa kali membangkitkan ke mana arah orang Melayu di Tanjung Tokong jika projek mewah dilaksanakan di situ.
Tetapi, isu berkenaan tidak mendapat reaksi daripada Umno malahan acap kali mempersendakan ucapan beliau yang menggangap ucapan itu melalut ekoran PAS tiada sokongan di Pulau Pinang.
"Apa yang diperjuangkan oleh GPMS semuanya ada dalam kocek PAS kerana selama ini kami bersuara pada BN tetapi malangnya tidak diberi perhatian," tambahnya yang juga Adun Permatang Pasir.
Soalnya, kenapa tiba-tiba Jais menjadi hero dalam soal itu.
“Dulu ke mana beliau menghilang seolah-olah tiada dalam negara ketika projek tersebut mendapat bantahan penduduk,” ujarnya.
Saya nak sokong tuan pun malu tapi itulah hakikatnya. Anak jati Jelutong.
ReplyDeletebuat demo pun sebab tak dapat tender...
ReplyDeletebangsat betul bangsa ni...
nak harap kontrak kerajaan jer
Melayu Pulau Pinang dipinggirkan atau meminggirkan diri dari arus pembangunan? Betulkah UMNO tidak melakukan apa yang perlu utnuk memajukan Melayu Pulau Pinang? Apakah Melayu Pulau Pinang lebih terkebelakang jika dibandingkan dengan Melayu, umpamanya di Terengganu? Dan persoalan pokok, Melayu Pulau Pinang ini terbahagi kepada dua; Melayu Pulau dan Melayu Seberang. Siapa di antara mereka terpinggir?
ReplyDeleteKedudukan Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik jika di bandingkan dengan Melayu di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu yang dikuasai oleh kuasa politik Melayu. UMNO tidak pernah diam dalam memperjuangkan nasib Melayu di Pulau Pinang samada semasa Bn menerajui negeri malah sekarang lebih lagi bila mana kerajaan negeri dikuasai DAP.
Diakui tempoh dua tahun dibawah DAP belum memberi apa-apa perubahan kepada Melayu di Pulau Pinang. Penulis artikel asal mempersoalkan hal perumahan. Tanah di sebelah pulau lebih mahal berbanding dengan tanah di Seberang Perai atau pun di negeri jiran Kedah. Perumahan mampu milik di pulau hanya boleh dibina secara high rise atau flat kerana keluasan tanah terhad dan nilai tanah yang tinggi, maximizing land area and value. land property hanya boleh dibina di kawasan seberang perai. Orang Melayu Pulau, Pulau Pinang adalah kelompok yang 'proud to the extent of arrogant'. Mereka tak mahu tinggal di flat. Jadi berlakulah migrasi ke seberang perai dan kedah yang menawarkan rumah-rumah teres.
Projek Tanjung Pinang yang dimajukan oleh UDA umpamanya. Ia melibatkan perpindahan keluarga-keluarga nelayan pesisir pantai yang pendapatannya tidak seberapa. Mereka telah ditawarkan rumah-rumah ganti pada harga diskaun namun mereka menolak. Mereka mahukan landed property sedangakn status mereka sebelum itu pun setinggan di tanah reserve pantai. Pelbagai alasan mereka berikan kerana tidak mahu berpindah seperti di mana nak 'tambat bot' mereka. Pendapat nelayan pantai di Pulau Pinang cukup kecil. Kerajaan telah menawarkan perubahan pekerjaan untuk mereka menikmati kehidupan yang lebih baik namun di tolak. Ini semua dilakukan oleh kerajaan BN terdahulu termasuk perancangan Kampung Warisan yang disebut Lim Guan Eng. Kampung Warisan terdapat dalam masterplan pembangunan Tanjung Pinang sebelum Guan Eng jadi KM pada 2008.
UMNO perlu malu bukan shaja kerana Melayu di Pulau Pinang tetapi juga UMNO perlu dengan keadaan Melayu di selutuh negara. Di Terengganu, negeri yang diperintah sekian lama oleh UMNO yang juga mendapat berbillion ringgit royalti minyak sejak 1975 pun kehidupan ramai Melayu di sana di bawah tahap kemiskinan. Kesusahan orang Melayu boleh dilihat sepanjang perjalanan dari Kuala Besut hinggalah ke sempadan Pahang. Kalau Petronas tidak majukan Paka dan Kerteh tiada kawasan yang boleh dibanggakan kecuali Kuala Terengganu. Tiada PM dan TPM dari Terengganu, tapi pendapatan Terengganu lebih banyak dari Pulau Pinang dibandingkan dengan jumlah penduduk kedua negeri.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini baru dapat dilihat pembangunan infrastruktur di seluruh Terengganu.Rumah-rumah yang hampir roboh dipinggiran jalan di Pulau Kerengga umpamanya memperlihatkan keunduran dan kedaifan Melayu terengganu yang diperintah oleh Melayu samada UMNO mahupun PAS.
Diakui peratusan kecil Melayu yang telah maju dan berjaya menikmati taraf hidup yang lebih baik, namun sebahagian besar Melayu samada diluar bandar mahupun di bandar masih terkebelakang. UMNO seharusnya malu bukan sahaja dengan keadaan Melayu di Pulau Pinang malah UMNO sewajibnya malu dengan keadaan Melayu seluruh negara.