Thursday, January 21, 2010

APA HUKUMAN JIKA MENGHALANG TUGAS RAJA? T

Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugasnya.

Manakala adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.

Persoalannya apakah tindakan juga sama boleh dikenakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dalam melaksanakan tugasnya ? Atau lebih berat ?

Manakala persoalan seterusnya adakah satu kesalahan yang sama dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al- Sultan ? Atau lebih berat ?

ISU 1, MENGHALANG TUGAS DYMM SULTAN TERENGGANU

DYMM Sultan telah menjalankan tugas baginda apabila pejabat Sultan Terengganu telah mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar baru walaupun 22 Adun Barisan Nasional (BN) di negeri ini sebulat suara mahukan Datuk Seri Idris Jusoh dilantik semula.
Berikutan itu, semua 22 Adun yang mengadakan mesyuarat khas di sini semalam, berikrar memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad, sebagai Menteri Besar yang dijadualkan di Istana Tamu, pagi ini. Malah, mereka turut menegaskan akan meletak jawatan jika Idris tidak dilantik semula untuk jawatan itu.

Kenyataan pejabat Sultan Terengganu kepada Bernama telah menyebut;:

"Mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2)(a) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2), Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja. Dengan ini telah memilih untuk melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu."

Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu berlarutan selama 14 hari selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mengikut Dato’ Seri Utama DR. Rais Yatim dalam Berita Minggu 8 Mac 2009 bahawa Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional. Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.

Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang Menteri Besar dari kalangan yang baginda dapati sesuai dan untuk melantik seseorang Menteri Besar di bawah Klausa 4 itu, baginda boleh mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri jika pada pendapat baginda ini sesuai dan berpatutan.

Kenyataan diatas dapat dirujuK kepada Perlembagaan Negeri Terengganu (Undang-Undang Diri Negeri Terengganu 1911 & 1948) sebagaimana dibawah;

PERUNTUKAN DIBAWAH UNDANG-UNDANG DIRI NEGERI TERENGGANU 1911 FASAL 29(kuasa lama sebagaimana penerangan Dato' Seri Utama di atas)MEMILIH DAN MENJADIKAN MENTERI BESAR DAN NAIBNYA ADALAH SEMATA-MATA HAK BAGI SULTAN

PADA UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU TAMBAHAN 1948 DIBAWAH FASAL 14(4) (Pindaan 1948 segaimana penerangan Dato' Seri Utama di atas) TAKALA MELANTIK SEORANG MB MAKA BOLEHLAH DYMM MENGIKUT TIMBANGAN BAGINDA SENDIRI, MENINGGALKAN MANA-MANA SYARAT DALAM FASAL 10 YANG MENGHADKAN PILIHAN BAGINDA AKAN MB ITU JIKA SEKIRANYA PADA FIKIRAN BAGINDA MUSTAHAK MENINGGALKANYA KERANA HENDAK MENUNAIKAN KEHENDAK-KEHENDAK FASAL 10 INI.

ISU 2, MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP DYMM SULTAN TERENGGANU


Apakah hukuman yang setimpal ?????

www.teganukini.blogspot.com (18 Jan 2010)

4 comments:

  1. Tuan
    Tuan memilih untuk merujuk ke belakang apabila menulis artikal ini. Itu tak salah. Kalau ditoleh kebelakang kita kena bersikap adil kenapa pekara ini berlaku.
    Rakyat telah secara majoritinya memilih BN untuk memerintah Terengganu dan BN pula telah menamakan Idris Jusoh sebagai MB . Ini adalah pilihan rakyat melalui proses pilihanraya. Tetapi disebabkan adanya campurtangan luar maka proses yang sepatutnya senang jadi melalut sehingga kini. Jika Idris Jusuh menjadi MB seperti mana dicadangkan dulu,saya percaya kekalutan hari ini tidak berlaku.
    Apa yang berlaku di Perak boleh dijadikan rujukan kerana raja tidak menolak apabila Nizar dicadangkan sebagai MB kerana telah dicadangkan oleh parti yang menang dalam pilihanraya , begitu juga di Kedah.
    Apa yang berlaku di Terengganu hari ini patut dijadikan iktibar kerana sebelum ini juga telah berlaku di negeri Pahang apabila ada campurtangan dalam perlantikan MB ini.

    ReplyDelete
  2. Mulanya saya setuju dengan komen andakmaun mengapa Hambali merujuk kebelakang? Ungkit apa perkara yang dah selesai? Rakyat melalui BN memilih Idris Jusoh? Apa yang berlaku di Perak tidak sama ? Campur tangan Istana perkara ini jadi kalut ? Sedangkan perkara ini telah selesai yang mana 10 budak hitam telah dibubarkan dan majoritinya telah kembali menyokong Ahmad Said.

    Saya mula terfikir takakan seorang bloger profesional macam Hambali jadi pak turut tanpa asas ? Saya mula menyelusuri www.teganukini.blogspot.com yang dirujuk pengarang, barulah saya faham kedudukannya.

    Rupanya punca masalah bukan Raja, tapi wakil rakyat UMNO Terengganu sendiri yang tidak menghormati keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Mac 2008 yang sepenuhnya menyokong Ahmad Said MB calon lantikan Istana.

    Membaca posting dalam blog berkenaan bengan merujuk blog Sabahdaily dan butetinonline tahulah saya duduk perkara.

    3 budak hitam menggunakan teknik lama yang berjaya menjatuhkan Ahmad dari Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

    Bila mereka tinggal 3 orang, mereka berjaya mempengaruhi hisham dan najib untuk terus memberi tekanan kepada Ahmad. Hinggakan sumber dari Puteraja dan semasa najib merasmikan monson cup telah mengesahkan cerita najib dah setuju pecat Ahmad Said.

    Apabila saya download ceramah ketua 10 budak hitam dalam blog jaranganakmelayu1 lagi fahamlah yang Hambali memandang kehadapan bagi menyelamatkan semua pihak dari dendam 3 budak hitam !

    Rakyat tidak pernah memilih Idris Jusoh sebagai MB, lebih-lebih lagi tidak pernah merestui Rosol dan Alias sebagai MB.

    Salah ke Raja bertindak menggunakan saki baki kuasa yang diberi, setelah menyerahkan milikan mutlak kuasa monarki kepada Perjanjian Persekutuan 1948 ?

    Raja ketua Agama, payong rakyat. Pasti Raja meneliti apa yang Idris dah buat sepanjang sepenggal memerintah Terengganu. Tuanku Mizan yang terkenal dengan kealimannya bertindak untuk menyelamatkan Terengganu dan rakyatnya, pasti setelah solat istikarah dan pelbagai nasihat yang diterima.

    Cuba kita kembali merenung prestasi pentadbiran Idris Jusoh, penuh dengan retorik Agama. Mencipta Islam Hadhari yang mendahului kerajaan Pusat. Mencipta rukun dan nilai Islam hadhari yang sentiasa berubah-ubah. Sedangkan Agama dibawah Raja. Perkara ini patut dirujuk kepada Raja terlebih dulu selaku ketua Agama, tapi main langgar saja. Sekarang mana pergi Islam Hadhari?

    Walaupun 3 budak hitam, mereka ini merasa diri kuat, sorang dapat backup dari Hishamuddin, hairan walaupun tidak sekolah tinggi tapi dipakai oleh Hisham.

    Mereka sanggup bom dewan, semata-mata nak tunjukan mereka kuat dan nak malukan Ahmad Said dalam usaha dendam kepada Ahmad.

    Syabas Hambali, harap usaha murni tuan mencelikan 3 budak hitam supaya kenal yang mereka tu rakyat Sultan Terengganu.

    Pokoknya semua pihak perlu kembali kepada asas pemerintahan negara. Perlu hormati kuasa Raja. Jangan bila ada kepentingan macam di Perak dan Terengganu dalam tahun 60an barulah nak guna kuasa Raja. Salam Ayub.

    ReplyDelete
  3. semoga negeri terengganu tidak akan jadi pupus atas hasil mahsul yg semakin menghilang

    ReplyDelete
  4. jangan terlalu taksub kpd pemimpin dan mana institusi berkenaan jika ia akan hanya menyebabkan generasi akan datang menangis

    ReplyDelete