Wednesday, December 30, 2009

NIK AZIZ – CELAKA BLOG ITU...


Blog manakah yang celaka itu? Blog sokong UMNO atau blog yang bersimpati dengan PAS?
Celaka, memang celaka mereka yang kata Husam Musa mahu meletakkan jawatan.


“Celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang. Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hmmm...kini perkataan celaka pun sudah keluar daripada mulut Musyridul Am PAS terhadap penulis blog.
Apa lagi agaknya selepas ini disebut oleh Nik Aziz kerana politik Kelantan akan terus berkocak.

Semalam Nik Aziz menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin

kesayangan beliau.

Nik Aziz mengulangi lagi bahawa Husam adalah orang yang beliau sayangi dan tidk mungkin disisihkan.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di Kota Bharu, petang semalam.

Desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri ditimbulkan oleh beberapa blog dan Nik Aziz melenting kerananya apabila berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan Husam yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Perkara itu dibangkatkan Nik Aziz ketika menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Menteri Besar itu berkata niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan. Ia dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini. Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Anual Bakhri mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1999 selepas Datuk Husam Musa mengosongkan jawatan berkenaan untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun berkenaan bagi mewakili Parlimen Kubang Kerian. Manakala Mohd Saiba pula mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 2003.

Menarik juga apabila pada ketika Nik Aziz memuji dan mempertahankannya, Husam sendiri melalui blognya secara tidak langsung ‘membidas’ Nik Aziz.

Melalui blognya Husam menggesa pemimpin sesebuah kerajaan, termasuk PAS, memisahkan daripada kepentingan kekeluargaan.

Husam menyeru agar wujud pemisahan jelas pengaruh keluarga daripada pentadbiran negeri dengan mengungkit semula betapa negatifnya isu tersebut pernah melanda Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi,

Katanya: "Politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar (BN) tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihan raya 2008," coret Husam di blognya Cetusan Hati semalam.

Exco itu juga mengingatkan betapa pada penghujung era kepemimpinan Datuk Asri Muda di Kelantan, menjelang kejatuhan negeri itu ke tangan BN, PAS mendapat jolokan negatif "parti Asri sekeluarga."

Pandangan Husam ini dilihat sangat berkait dengan kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Isu ini berkait dengan pengaruh keluarga menteri besar Kelantan itu apa lagi konflik jelas dilihat antara Husam dan beberapa ahli keluarga Nik Aziz.

Anak-anak Nik Aziz khususnya Nik Amalina begitu lantang membela suaminya Abdul Ariffahmi yang didesak meninggalkan PMBK, sambil menghala peluru kritikannya terhadap kepimpinan PAS Kelantan, khususnya Husam dan sekutunya.

4 comments:

  1. Celaka PAS sebab itulah banyak patung Buddha di Kelantan


    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam bro, celako....celako....celako yang pernah ditujukan kepada UMNO telah berbalik kepada puak-puak hamPAS....

    ReplyDelete
  3. Blog mana yang kena CELAKA tu? adoi, nampaknya Nik Amalina pun dah buat blog, aku tengok Nik Amalina hentam sorang Exco yang "terajang" laki dia ...

    Exco kesayangan Nik Aziz pun buat blog, aku tengok exco tu pun bidas Nik Aziz sebab bawak masuk keluarga dalam pentadbirannya ... depa ni ka kena CELAKA? hahaha ...

    Blog UMNO dah lama dah dok kena CELAKA dengan orang tua nyanyok nik aziz tu ... kali ni sapa pulak yang kena? ... :) Pikiaq amikkk ...

    YANG NI LAGI CELAKA (Nik Aziz patut sebut Kerajaan Negeri yang macam ni yang terlebih-lebih celakanya!) :

    (1) PUSAT HIBURAN : BLACK PUB dibuka pada 06/12/2009 - Pekan Simpang Kuala Alor Setar, keterangan lanjut boleh baca di sini : KLIK

    (2) PUSAT HIBURAN : STAR KARAOKE terkini baru dibuka pada 21/12/2009 - Atas Bangunan Kasut Bata Teluk Wanjah Alor Setar, keterangan lanjut boleh baca di sini : KLIK SINI


    Ikhlas:
    AloQStaQ
    30/Disember/2009
    2:50 Ptg

    ReplyDelete
  4. Celakalah orang yang solat tetapi lalai..

    Celakalah orang yang menipu dalam timbangan..

    Celakalah orang yang membuat fitnah..

    Celakalah orang munafik..

    Celakalah orang yang menghina perjuangan Islam..

    ReplyDelete