Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009 (hari ini) sebenarnya konspirasi siapa?
Banyak juga pendapat mengatakan ia diadakan untuk MELAGAKAN orang Melayu dan Islam

Saya tidak pasti tetapi terfikir juga. Apapaun ada dua persoalan:
1. Pertama konspirasi melaga-lagakan Melayu; dan
2. Kedua, kerajaan tidak mengamalkan pencegahan.
Baca kenyataan ini: “Mula berhimpun di mana? Masjid Jamek atau Masjid Negara atau Sogo untuk berarak ke Masjid Negara. Untuk keterangan lanjut hubungi Nalini di 03 77843525”
Kenapa memulakan perhimpunan di Masjid Jamek atau Masjid Negara atau Sogo?
Kenapa jadikan masjid dan gedung jualan tempat mula perhimpunan? Ada pihak membantah masjid dijadikan tempat perhimpunan
Pertama – Konspirasi melaga-lagakan sesama Melayu dan Islam
Pada satu posting baru-baru ini saya mengatakan Melayu atau Bumiputera lain kini digelar BABIPUTRA.
Pada 1 Ogos 2009 (hari ini), Melayu (BABIPUTRA?) akan berlaga sesama sendiri.

Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan: a. Bebaskan semua tahanan ISA; b. Mansuhkan ISA dan c. Tutup Kem Kamunting - Kem ’Guantanamo’ Malaysia.
Persoalannya, yang mencetuskannya siapa? BABIPUTRA sendiri atau orang lain yang mahu melihat BABIPUTRA bergaduh?
Siapa yang beria-ia dan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri? Namanya, Gerakan Anti ISA atau GMI iaitu badan yang bergerak di bawah Suaram. Berikutan itu, kumpulan penyokong ISA termasuk Pewaris memberikan respon untuk turut berarak.
Siapa Suaram? Suaram ialah pertubuhan NGO dan dikatakan dibiayai melalui derma dan geran daripada sumber awam dan swasta.

Kenyataan Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH,Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada 22 Jun 2009 jelas menganggap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai zalim.
Menurut kenyataan akhbar pada 22 Jun 2009, dikatakan bahawa Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO akan menyertai perhimpunan.
GMI telah menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan dikenali sebagai Perhimpunan 100,000 rakyat di beberapa lokasi antaranya Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mendesak supaya ISA dihapuskan.
Jika ditakdirkan ada perhimpunan hari ini, kita lihat siapa ketua NGO yang datang atau ketua-ketua politik pembangkang. Sesiapa pun merakamnya hari ini.
Dalam konteks sesama Islam pula – Melayu yang datang rasanya 100 peratus Islam dan pendokong – sama ada GMI yang disokong PAS dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama PERKASA, yang mahu ISA dikekalkan rasanya juga Islam.
Kedua, kerajaan tidak mengamalkan pencegahan
Akta ISA itu sendiri adalah pencegahan. Namun, dalam usaha mencegah berlakunya pertembungan kedua-dua pihak jelas kerajaan hanya member amaran demi amaran.

Beliau hanya meminta penganjur membatalkan hasrat mereka dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu.
Ini kerana terdapat agenda berbeza antara Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama PERKASA, yang mahu ISA dikekalkan.
Katanya, walaupun pihak-pihak penganjur menyatakan perhimpunan dan perarakan ini akan diadakan secara aman tetapi kesannya boleh menggugat ketenteraman awam. Beliau turut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam turut memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah akta itu.
Beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan hari ini di ibu negara.
Semua orang tahu ISA ini satu senjata kepada pemerintah menghalang pengaruh komunis, gerakan subversif dan juga pemimpin-pemimpin yang merbahaya kepada keselamatan negara yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan cara hidup di Malaysia.
Pengalaman mengajar kita betapa perhimpunan seperti reformasi 1998/1999 yang menyusahkan banyak pihak memerlukan pihak berkuasa bertindak bijak.

Apakah setelah Melayu dan orang Islam bergaduh sesame sendiri ( minta dijauhkan) baru mahu bertindak?
Juara-juara dan individu yang sudah diketahui umum di belakang GMI atau Pewaris atau sesiapa juga perlu diberikan amaran keras.
Kita semua tahu juara yang mahukan ISA dihapuskan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi perlu diberitahu jangan ‘main api”.
Ramai yang mahukan supaya ISA dikaji semula dan tidak dihapuskan. Perbuatan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak jangan dibiarkan.
Kerana itu banyak pendapat, termasuk daripada blog bertanyakan “kenapa Menteri Dalam Negeri tidak berani bertindak seperti Operasi Lalang” yang banyak berlandaskan kepentingan pencegahan.
Apa akan jadi kalau orang Melayu dan bukan-Melayu bertempur jika tidak kerana langkah drastik itu. Biasalah, yang menyebabkan kekusutan akan menerima padahnya.
Jangan salahkan sesiapa. Rakyat yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan perpaduan akan dibela tetapi yang menyebabkan huruhara, menjadi juara tidak bertempat dan berniat serong akan merasai padahnya.
Rasanya belum terlambat untuk pihak berkuasa, khususnya polis bertindak tegas mencegah dua kumpulan yang menyokong dan menentang ISA bertembung.
Jangan jadikan Malaysia tajuk berita di luar negara – perpecahan, pertempuran sesama rakyat akibat ‘tunggu dan lihat’ pihak berkuasa.
ISA sebagai mekanisme pencegahan perlu dibuktikan keupayaan dan kepentingannya hari ini!
No comments:
Post a Comment