Wartawan sebuah laman yang berslogankan ‘Media Informasi Terkini’ jangan buat laporan ikut ‘sedap mulut’.
Check fakta betul-betul dan jangan main kait-kait nama orang tertentu dengan isu rasuah atau salahguna kuasa dalam isu bumbung stadium runtuh.
Mereka yang sengaja disebut-sebut sebagai yang patut disiasat oleh SPRM boleh saman laman ini, jika mendapati ia membuat berita palsu atau berunsur fitnah.
Nantikan tidak mampu bayar saman oleh mereka!
Hari ini, laman berkenaan menyiarkan sebuah bahan bertajuk “Tragedi Bumbung Stadium Runtuh: SPRM akan memanggil bekas Exco kerajaan Negeri’.
Dua daripada yang disebut dalam posting itu sudahpun menjelaskan di akhbar bahawa mereka tidak terbabit dan tidak ada sebab untuk dikaitkan keruntuhan Sultan Mizan itu dengan mereka.
Apapun, sila baca dengan teliti dan buat penilaian sendiri apakah wajar bekas Exco Kerajaan Terengganu dikaitkan dengan siasatan oleh SPRM.
TRAGEDI BUMBUNG STADIUM RUNTUH; SPRM AKAN MEMANGGIL BEKAS EXCO KERAJAAN NEGERI
Written by Wartawan Buletin
Saturday, 13 June 2009 02:23
KUALA TERENGGANU – Sekurang-kurang tiga orang bekas Exco kerajaan negeri dan beberapa pegawai senior dari Jabatan Kerja Raya negeri akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal.
Satu sumber menyatakan bekas Exco kerajaan negeri mempunyai maklumat penting dalam membantu merungkai kejadian yang memalukan 2 Jun lalu.
Sumber tersebut turut menyebut dokumen melibatkan pemilihan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemasangan atap Stadium bernilai RM300 juta itu akan diperolehi dari pihak berkenaan.
“Kami telah mengenalpasti nama beberapa individu penting bagi membantu penyiasatan,”kata sumber tersebut yang tidak mahu menyebut nama bekas Exco terbabit dan individu yang akan dipanggil.
Tiga orang yang bertanggungjawab memastikan Stadium tersebut siap menjelang SUKMA 2008 adalah Dato’ Wan Hisham Wan Salleh (Kemudahana Awam dan Infrastruktur), Dato’ Din Adam (Belia dan Sukan) dan Dato’ Rasol Wahid (Islam Hadhari dan Kebajikan)
Din dan Rasol masih berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, sebelumnya menjadi Exco kerajaan dibawah bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.
Saudara Hambali, Lama kawe cari demo. Balik Terengganu baru ni pun kawe cari. Nok jupe kawe lamo. Alih2 jumpa dalam blog. Kawe Nordin Sulaiman, kerja sebagai Penyunting Berita TV RTM dulu. Blog Kawe http://nordinsulaiman.blogspot.com
ReplyDeletesetahu anakmuda, bumbung stadium ni memang dah masalah lama dah sjak SUKMA lagi. kontraktor dari luar.... sepatutnya JKR kenala cepat bertindak dengan laporan2 macamni... sekarang dah jadi isu pembangkang...ish2..
ReplyDeletehttp/ohpolitik.blogspot.com