Thursday, May 7, 2009

SMS UGUT BUNUH - WUJUD KONSPIRASI?

Saya percaya semua pihak menunggu laporan siasatan polis mengenai sms ugutan bunuh yang menjadi perbincangan bukan sahaja di Terengganu tetapi seluruh negara.

Lagi cepat siasatan selesai lagi banyak. Ia akan ‘membunuh’ segala perbincangan dan kata-kata kononnya ada ‘permainan tertentu’ antara pihak-pihak tertentu.

Yang dituduh – orang kanan Menteri Besar – sukar untuk menghapuskan imej berkenaan dan kalaupun penghantar sebenar sms didakwa, damage has been done dan orang yang difitnah itu akan merasai kesannya pada tempoh yang lama.

Selepas hampir dua minggu, kita menunggu dengan sabar hasil siasatan polis dan katanya polis masih mencari seseorang.

Orang yang dicari ini khabarnya sudah ‘menghilang’ dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh penting di Terengganu.

Khabarnya kes ugutan sms ini bukan lagi menjadi kes polis di Kuala Terengganu tetapi sudah sampai ke Bukit Aman.

Namun pertanyaan ialah apa hasil siasatan?

Bagaimanapun, dalam kita menunggu hasil siasatan, melalui sebuah blog, ada tulisan berbunyi:
“...saya hairan kenapa orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan...Apakah ini satu konspirasi.

Ada mencemarkan imej kami dengan mengatakan bahawa kami dayus dan berpakat atau merancang sms tersebut. Kenapa tinggal dan berlegar dihotel tidak takut tetapi hadir ke sidang dewan tidak berani? Jawabannya kerana suspek utama kes ini masih berlegar di dewan.”

Saya tidak dapat membaca isi hati pemillik blog berkenaan apabila beliau menimbulkan soal konspirasi ini namun, elok juga kalau dirujuk kepada tiga kenyataan atau bukti melalui tiga laporan akhbar daripada tiga akhbar berlainan seperti berikut:

1. Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

2. Laporan Sinar Harian (23 April 2009): Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

3 . Laporan Utusan Malaysia (23 April 2009): ): Ketua Polis Neger, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa lelaki berusia 31 tahun itu tiada kaitan dengan Pejabat Menteri Besar seperti yang didakwa sebelum ini; dan

4. Laporan Berita Harian Online (24 April 2009) bertajuk “Ramai lagi ditahan” melaporkan “Sumber memberitahu, kerani berkenaan ada kaitan dengan 10 ADUN yang memulaukan hari kedua siding Dewan Undangan Negeri pada 14 April lalu.”

Apapun, mengikut prinsip perundangan, fitnah tetap fitnah (saya maksudkan kata-kata dan tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang yang ternyata tidak melakukan sesuatu perbuatan yang dikaitkan),sekiranya apa yang dilaporkan atau dikatakan pemfitnah itu terbukti fitnah.
Sekirabnya pemfitnash menggunakan alasan tidak tahu, ia tetap fitnah, cumanya ia adalah berbentuk defence semata-mata, yang mungkin boleh mengurangkann hukuman.

Tidak apalah kalau benar jawapan kononnya ‘sebab atau punca 10 ADUN tinggal atau berlegar di hotel – memulaukan sidang DUN – kerana suspek utama kes ini masih berlegar di dewan.’
Lantas timbul pertanyaan. Siapa suspek utama kes ini kepada kumpulan 10 ADUN berkenaan. Siapa pula suspek utama bagi pihak polis?

Apakah suspek utama bagi 10 ADUN ialah ‘penghantar’ sms berkenaan ialah orang yang bernombor telefon 019-9158369 atau lebih tepat Wan Ahamad Wan Muda?

Persoalannya, kenapa pula Wan Ahamad tidak ‘ditahan polis’ dan seorang kerani syarikat swasta yang dicekup polis untuk siasatan dan kini dibebaskan?

Persoalan juga, kenapa polis mencari suspek lain dan suspek berkenaan kini ‘menghilangkan diri?”

Lebih menghairankan kenapa blog berkenaan menimbulkan pertanyaan: “..saya hairan kenapa orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan...Apakah ini satu konspirasi.”

Apa yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan?”

Pertanyaan selanjutnya ialah:
1. Siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungjawab’ tetapi masih bebas?

2. Apakah pihak polis ‘tidak cekap’ atau tidak pandai dalam menjalankan tugasnya sehinggakan ‘orang yang bertanggung jawab’ masih bebas?

3. Apakah pemilik blog berkenaan tidak percaya atau ragu-ragu dengan tugas dan penyiasatan polis?

4. Atau lebih jauh – pemilik blog berkenaan mempersoalkan polis sebagai pihak yang cuba melindungi ‘suspek’?

Lalu, selepas memperkatakan empat persoalan di atas, bolehlah kita beralih kepada perkara ‘konspirasi’. Siapa berkonspirasi?

Saya tidak mahu ulas lanjut tetapi sekadar mengemukakan beberapa persoalan:
1. Siapa berkonspirasi siapa? Apakah melalui sms ugut bunuh itu, pegawai sekeliling Menteri Besar berkonspirasi mahu ‘mengenakan’ penentang Datuk Ahmad Said?

2. Apakah melalui sms ugut bunuh itu, pegawai Menteri Besar mampu mencipta isu untuk mengukuhkan kedudukan Datuk Ahmad Said?

3. Apakah pegawai Menteri Besar berkonspirasi dengan polis untuk ‘mengenakan’ 10 ADUN yang sebelumnya dikatakan akan membawa undi tidak percaya pada persidangan DUN?

4. Apakah pemilik blog berkenaan mempersoal atau menganggap ada ‘permainan’ antara pegawai Menteri Besar dengan polis?

Apapun, rasanya elok kalau kita serahkan semua perkara ini kepada polis. Jawapan atau buktinya akan terserlah juga akhirnya apabila polis menamatkan siasatannya.

Kecuali kalau kita terus mempersoalkan kredibiliti polis, kita akan kemukakan pula teori lain dan kata-kata bahawa memang wujud konspirasi - tiada siapa boleh menghentikannya.

Hanya hasil siasatan polis dan minda dan mulut orang yang menganggapnya satu konspirasi terpaksa menutupnya sendiri selepas mengetahui bahawa yang melakukan perbuatan menghantar sms itu rupa-rupanya mungkin dari ‘kandang sendiri’.

3 comments:

  1. Ini macam nak menghina Polis DIRAJA Malaysia je ni. Buat hal dengan Raja lagi.
    Nak Derhaka ke Raja ke ape?

    Tak habis2 diaorang ni.
    Cukup2 la tu. fikir la untuk kemajuan rakyat dan negeri pula. beri la peluang ke YAB Dato MB menjalankan agenda beliau untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kenapa puak penentang seperti takot je dengan isu sms?
    puak ditentang ok je. tak takot pun.
    aku tengok puak penentang ni takot gile. ke ada ape2 ni?
    dia kata kita takot dgn bayang2. tapi aku tengok dia takot lagi dengan bayang2 sendiri.
    dulu kata nak buat sesi penerangan bersiri tentang isu ni. tapi dok jadi katanya sebab arahan orang atas. aku dok nampak ni arahan orang atas. arahan orang atas ke atau takot tembelang yang sudah pecah?

    bak kata pepatah. Berani kerana benar. TAKOT kerana SALAH. untuk puak penentang.. lu pikir la sendiri

    ReplyDelete