Tuesday, May 12, 2009

POLIS – DR RAMZI TERLIBAT

(Mutakhir) Sah, Dr Ramzi terlibat. Itu kata polis menurut laporan Utusan Online dan Bernama hari ini.Kenyataan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil.Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu, Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Menurut Bernama, polis turut merampas dua unit komputer riba dan sebuah modem di rumah bekas pegawai kanan menteri besar itu di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu kira-kira 3 petang semalam.Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.Hamzah berkata, dengan penahanan Dr Ramzi, yang juga calon BN bagi parlimen Marang, polis yakin siasatan terhadap kes itu sudah 95 peratus selesai.

Beliau berkata ahli politik itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk siasatan lanjut dan akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah jika siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.

"Sebaik siasatan lengkap, polis akan merujuk kertas siasatan kes ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," Hamzah dipetik berkata.
Itu pendapat polis. Bagi saya sehingga orang yang dituduh dibuktikan bersalah, barulah boleh mengatakan seseorang itu bersalah.Orang yang sedang disoalsiasat tidak semestinya beliau bersalah atau boleh disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, persoalan bermain di kepala, kenapa beliau tidak mahu memberikan kerjasama lebih awal dan sedia disiasat sehingga menyebabkan polis mengeluarkan waran tangkap?
Jawapan ada pada Dr Ramzi sendiri.Bukan setakat tidak mahu bekerja sama dengan polis lebih seminggu tetapi tempoh tiga hari yang diberikan kata dua oleh polis pun, ‘dilanggar’ Dr Ramzi.

Akhirnya, dia tertangkap juga. Apa ‘kekebalan’ yang ada pada orang kuat Idris ini sehingga beliau sanggup ‘engkar’ arahan polis?Persoalannya, apakah Dr Ramzi seorang sahaja terbabit atau beliau hanya menjadi wayang kulit. Kalau begitu tok dalangnya siapa?

Tengah hari tadi, Dr Ramzi dibawa ke satu destinasi tidak diketahui selepas disoalsiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira tiga jam.Ironinya juga pelbagai laporan akhbar berbeza-beza apabila The Star Online dalam laporannya pada 12.05 tengah hari tadi mengatakan Dr Ramzi secara sukarela hadir (turns himself) di Ibu Pejabat Polis Terengganu untuk membantu siasatan.

Utusan Malaysia Online pada jam 12.01 tehgah hari pada laporan awal melaporkan Dr Ramzi Zubir hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bersama beberapa orang rakannya.Namun yang sah, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil mengesahkan penangkapan itu berkata, polis mempunyai bukti bahawa Dr Ramzi terlibat dalam penghantaran SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu.

Utusan Online pada 1.48 petang ini melaporkan Polis Terengganu menahan Dr. Ramzi bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada pertengahan April lalu.
Dr Ramzi ditahan pada pukul 8.30 pagi ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
Menurut Berita Harian Online Dr Ramzi yang baru sampai ke Terengganu pagi tadi dari Kuala Lumpur, terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, setelah polis semalam mendapatkan perintah waran tangkap terhadapnya apabila gagal hadir ke balai polis selepas tempoh tiga hari yang diberi kepadanya untuk berbuat demikian tamat jam 3 petang semalam.

Dr Ramzi yang dipercayai digari kemudian dibawa ke dua buah kereta dan kelihatan sugul.
Menurut beberapa wartawan, mereka dimaklumkan, Dr Ramzi dibawa ke destinasi yang tidak diketahui.

2 comments:

  1. dulu nampak galok sangat tunjuk sms ke reporters.
    doh tangan guana cover tu?

    ReplyDelete
  2. Sumber: http://ibrahimbaba.wordpress.com/2009/05/12/ramzi-dicari-kerana-mengugut-rosol/

    Ramzi Diburu Kerana Mengugut Rosol? May 12, 2009
    Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, Melayu, Terengganu, UMNO, politik.
    Tags: Ahmad Said, Kuala Terengganu, DUN Terengganu, Menteri Besar, Idris Jusoh, DUN, Ramzi, buruan polis, SMS, boikot DUN, SMS ugutan, peteh keting, Haji Hadi, Ibrahim Fikri
    trackback

    Maka Dr. Ramzi kini menjadi buruan polis bagi siasatan kes ugutan SMS kepada 3 orang ahli DUN Terengganu. Dari seorang setiausaha politik, kemudian kalah pilihanraya, akhirnya Datuk ini diburu polis. Apa hal ni?

    Rakyat Terengganu umumnya menjadi tertanya-tanya:

    * Ramzi bekas SetPol Idris Jusoh semasa menjawat MB dulu
    * Ramzi kini diburu polis untuk siasatan kes SMS ugutan
    * Ramzi dipilih oleh bosnya bertanding lawan Haji Hadi – mengenepikan Man Bakar (giant-killer yang pernah kalahkan Haji Hadi)
    * Kes ugutan ialah pasal undi tidak percaya terhadap MB Ahmad Said
    * 3 ahli DUN yang terima SMS ugutan adalah dikatakan penyokong Idris Jusoh
    * 3 ahli DUN ini bersama beberapa lagi yang lain boikot sidang DUN kerana takut keselamatan mereka
    * Dulu dikatakan SMS tersebut dikirim dari pejabat MB Ahmad Said – kini polis dah buktikan tidak benar

    Tetapi bagi mereka yang sudah boleh baca mainan politik ini – sudah tersenyum akan pergerakan mereka …

    Jadi siapa sebenarnya ugut siapa? Apakah benar ini perancangan yang lebih besar hasil permainan Idris? Semakin kita teliti semakin aneh pergolakan politik UMNO di Terengganu.

    “Oghang barat duk berlawang dengan oghang timur oghang kite jugok merana” kata seorang pakcik ketika berceritakan pertelingkahan antara mereka yang meyokong kem Besut dan kem Kemaman. Yang mana secara kebetulan Terengganu sudah sekian lama di perintah dari antara tokoh-tokoh dari Besut dan Kemaman – yang mana pertelingkahan antara mereka subur sepanjang masa – dengan strategi “peteh keting” dan slogan “padang muka“. Yang merana akhirnya mereka di Kuala Terengganu. Apakah UMNO ketandusan ketokohan seperti Ibrahim Fikri?

    Sedih melihat suasana begini. Apakah anak seorangbekas mufti terlibat dengan politik kotor sebegini?

    Sekian, IB

    ReplyDelete