Siapakah gerangan yang tidak bernasib baik di kalangan anggota UMNO yang bertanding untuk jawatan penting parti itu?
Benarkah akan ada pemimpin kanan UMNO dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti berhubung kesalahan politik wang?
Segala-galanya dikatakan akan ditentukan pada pukul 4 petang ini.
Utusan Malaysia berkata semalam, desas-desus mengaitkan beberapa calon jawatan tertinggi UMNO diarah berbuat demikian mula tersebar luas sejak seminggu lalu.
Hari ini, akhbar itu dengan berani menyebut bahawa Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka akan digantung.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pula ketika diminta mengesahkan tentang adanya calon jawatan tertinggi dipanggil memberi keterangan hanya berkata:
‘‘Kalau saya tahu pun, saya tak akan beritahu awak.’’
Yang dibimbangi ialah akan ada ‘kambing hitam’ apabila Lembaga Disiplin UMNO membuat keputusan kerana cakap-cakap mengatakan ramai lagi yang disyaki bermain politik wang.
Apakah Mohd Ali akan menerima nasib seperti Tan Sri Mohd Isa Samad?
Persoalannya, siapa ‘lepas’ dan ‘siapa sangkut’.
Apapun, semalam saya menerima sms daripada seseorang dari Bahagian Tanah Merah, Kelantan mengatakan antara mereka yang akan dipanggil termasuk Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Seri Mohd Khir Toyo serta ramai lagi.’
Beliau berkata, pemimpin bahagian Tanah Merah turut dipanggil kerana disyaki mengamalkan politik wang.
Malaysiakini yang memetik akhbar berbahasa Cina telah menghantar 'SMS alert' hari ini yang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.
Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun.
Tiga orang calon bagi jawatan tersebut ialah Naib Presiden Umno - Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam - dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Muhyiddin merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, manakala Muhd Taib adalah menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Mohd Ali adalah ketua menteri Melaka.
Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.
Yang pasti Mohd Ali enggan mengulas khabar angin yang mengatakan ada calon timbalan presiden Umno sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno.
Mohd Ali juga enggan mengulas sama ada dipanggil mengadap atau menerima sebarang surat dari jawatankuasa itu.
Utusan Malaysia dengan beraninya mengatakan Mohd. Ali disebut-sebut antara pemimpin kanan UMNO yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, hari ini.
Difahamkan Lembaga Disiplin mungkin akan mencadangkan agar Mohd. Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO digantung keahlian setahun atau tiga tahun.
Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar pukul 4 petang esok di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur, selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun Mohd. Ali yang ditemui pemberita pada majlis pertemuan calon Majlis Tertinggi (MT) dan perwakilan di Hotel Bluewave, Shah Alam malam ini, tetap enggan mengulas perkara tersebut.
“Tanyalah Lembaga Disiplin,” katanya sambil menjelaskan pertemuannya dengan ketua-ketua UMNO bahagian di Melaka esok tiada kaitan dengan desas-desus tindakan Lembaga Disiplin itu.
Menurut beliau, pertemuan itu bagi membincangkan persiapan ke Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini.
Ditanya pula jika salah seorang calon Timbalan Presiden yang bakal dikenakan tindakan itu adalah dirinya, Mohd. Ali berkata: “Tak ada... tak ada, kerana itu saya datang (ke majlis bertemu perwakilan malam ini).”
Muhd Taib yang ditemui selepas majlis tersebut, menjawab ringkas: "Tak tahu...belum diumum secara rasmi."
Bagaimanapun, beliau mencadangkan Lembaga Disiplin Umno supaya mengumumkan nama calon yang dikaitkan dengan politik wang sebelum bermulanya pemilihan Umno hujung bulan ini.
"Saya fikir elok diumumkan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Muhyiddin pula enggan mengulas mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, di Shah Alam, calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tidak mengiya atau menidakkan desas-desus beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin.
Beliau enggan mengulas perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk mengumumkannya.
“Saya tidak cakap pasal ini, kita tunggu pengumuman Lembaga Disiplin esok,” katanya.
Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kegagalan mengumumkan hasil siasatan sebelum berlangsungnya pemilihan parti akan menyebabkan keadaan kelam kabut yang boleh merosakkan parti.
Beliau yang juga calon Naib Presiden berkata, cara terbaik ialah pengumuman dibuat sebelum pertandingan bagi memastikan keputusan lebih awal dapat diambil jika ada calon terbabit dengan gejala politik wang.
“Politik wang wujud dalam banyak parti politik, bezanya Umno dengan parti lain ialah tindakannya dilakukan secara terbuka lebih-lebih lagi dalam suasana perhimpunan agung.
“Siasatan dilakukan Lembaga Disiplin parti tidak seharusnya mendatangkan kemudaratan pada parti,” katanya.
Apa pun bagi kes-kes yang terlepas(tidak sangkut) Lembaga Disiplin juga harus memberi penjelasan dengan terperinci.Ini bagi membolehkan ahli-ahli UMNO mengambil tindakan menyaman pelapur atas 'tuduhan palsu'.
ReplyDeletePelapur-pelapur dengan 'tuduhan palsu' boleh dibawa ke Mahkamah kerana;
1.mengaibkan si kena tuduh.
2.mengelirukan ahli-ahli UMNO dari bahagian berkenaan
3.Ahli-ahli UMNO mempunyai 'locus standi'untuk membersihkan nama baik bahagian.
4.Menghindarkan daripada ahli-ahli UMNO membuat sesuatu tuduhan berdasarkan fitnah,hasad dengki dan seumpamanya berleluasa dimasa hadapan.
5.Pelapur-pelapur palsu ini harus dinyahkan daripada UMNO kerana telah membawa budaya yang boleh menghancurkan UMNO.
Tugas dan tanggungjawab para 'pelapur palsu'lah membuktikan kebenaran lapuran mereka di Mahkamah kelak.DAN sekirannya Para 'pelapur palsu ini dapat membuktikan dimahkamah bahawa lapuran mereka adalah benar dan mahkamah juga memutuskan ada kebenaran,maka Lembaga Disiplin harus bertanggungjawab kerana menjalankan tugas dengan cuai yang disengajakan.Lembaga siasatan disiplin UMNO harus dikenakan siasatan oleh SPRM.Itu tukul ahkhir.
Salam,
ReplyDelete1.Siasat hingga ke akar umbi.
2.Nak tahu siapa yang BERSIH bertanding Timbalan, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi.
3. Selepas 4.00 ptg nanti, benarkah mereka yang tidak sangkut itu benar-benar bersih.
4. Mari kita tengok, siapakah yang kenaaaaa...