Saturday, January 10, 2009

PAS SANGGUP ‘CIUM MOLOT’ DENGAN DAP

Wah erat betul DAP dan PAS sekarang sehinggakan sanggup untuk berkongsi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Pada ketika kedua-duanya masih belum dapat ‘bersepakat’ mengenai perkara asas perjuangan PAS, iaitu ‘pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia’, pemimpin kedua-dua parti yang berlainan haluan untuk cuba menunjukkan kononnya wujud kesepakaatan bagi memenangi pengundi Kuala Terengganu, khasnya pengundi Melayu.

Presiden PAS dan pemimpin DAP boleh ‘Cium Molot’. Hebat sungguh kepimpinan PAS masa kini. Ia bukan dilakukan oleh orang biasa tetapi orang paling penting PAS.

Keakraban PAS dan DAP walaupun bukan baru - sejak PAS memerintah Terengganu lagi pada 1999 - pernyataan bahawa DAP sanggup berkongsi kuasa dengan PAS adalah perkembangan baru yang menarik untuk diteliti.

Hadi sanggup berpeluk dengan Lim Kit Siang tetapi pada masa yang sama menganggap orang Islam yang menyokong UMNO sebagai musuh.

Malah, bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau melihat Pengerusi DAP, Lim Kit Siang lebih mulia daripada pemimpin UMNO yang juga menegakkan Islam dan menjamin Islam tetap subur di negara ini.

Yang anehnya, Hadi boleh begitu mesra dengan Kit Siang yang mana parti itu tetap mempersoalkan Hudud dan usaha menegakkan negara Islam di Malaysia. Hadi bagaikan boleh melupakan begitu sahaja bagaimana pemimpin utama DAP, Karpal Singh sering mempersoalkan usaha menyemarakkan Islam di negara ini.

Malah Pengerusi DAP, Karpal Singh bertegas supaya melangkah mayatnya jika ada pihak, termasuk Pas yang cuba mendirikan negara Islam di Malaysia!

Lebih aneh ialah apabila PAS berkata parti ini tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana anggota Parlimen Jelutong itu telah faham mengenainya.

Hadi berkata soal pelaksanaan hukum tersebut telah pun dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk pemimpin DAP.

“Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham.” Katanya.

Sebaliknya Hadi menyalahkan UMNO dengan berkata “sekarang ini persoalannya kenapa UMNO menolak untuk dilaksanakan hudud?

Saya bersedia untuk berbincang dan memberikan penjelasan kepada Umno mengenai hudud,” katanya di kediamannya di Rusila, Marang.

Jawapan Hadi ini sebenarnya tidak tepat kerana Karpal Singh beberapa kali meminta PAS menjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud itu.

Ini kerana kelmarin, Karpal Singh turut mempersoalkan kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara, adalah mengelirukan.

Karpal dilaporkan meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS hanya terpakai kepada orang Islam atau juga melibatkan mereka yang bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam.

Kerana itu MCA mempersoalkan pendirian DAP berkempen untuk PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu sedangkan parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata kenyataan Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum hudud, bercanggah dengan tindakan parti itu sendiri yang membantu PAS berkempen pada pilihanraya kecil kali ini, lapor Bernama.

"Kalau DAP anggap dirinya mempunyai kredibiliti, DAP perlu memaklumkankepada rakyat apa pendirian sebenar mereka. Apa yang dibuat di Kuala Terengganu bercanggah dengan kenyataan pengerusi DAP.

"Rakyat berhak tahu apa sebenar yang terjadi," katanya. Jelas PAS sebenarnya takut hendak menjelaskan sama ada pelaksanaan hukum hudud hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam dan hanya menggunakan parti pembangkang lain seperti DAP and PKR untuk membuat penjelasan yang tidak mencerminkan hasrat sebenar PAS dalam perkara itu.

Ini terbukti, menurut Ong, apabila PAS memerintah Terengganu pada 1999 sehingga 2004, meluluskan Rang Undang-Undang mengenai pelaksanaan hukum hudud walaupun menyedari hakikatnya ia tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan Parlimen.

"Mereka sedia maklum, ini hanya dapat dilaksanakan di peringkat Parlimen, bukan Dewan Undangan Negeri. Walaupun faham hakikat ini, dia buat juga. Jadi bila tak dapat dilaksanakan, rakyat Terengganu berhak nak tahu apa sudah jadi, ‘ kata Ong.

Walaupun banyak perkara yang menjadi tanda Tanya, Kit Siang tetap menjangkakan berlaku pertukaran kerusi daripada BN kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang.

Keyakinan oleh DAP itu menjadikan PAS kini semakin yakin akan dapat merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN) hanya dengan suatu andaian – kononnya dalam tempoh 10 bulan ini BN gagal mendengar mesej daripada rakyat.

"Saya percaya akan berlaku pertukaran kerusi ibarat 'sky change' kerana dalam tempoh 10 bulan ini, BN telah gagal untuk mendengar mesej daripada rakyat dan tsunami politik pada Mac tahun lalu," ujar Kit Siang selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri kelmarin.

Bagi DAP dan PAS berusaha membawa mesej - pilihan raya kecil Kuala Terengganu - sebagai mesej kepada pengundi Kuala Terengganu bahawa proses pemilihan ahli parlimen ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Selain berpesan kepada pengundi Kuala Terengganu yang majoritinya Melayu, Kit Siang turut mengingatkan pengundi bukan Melayu agar menganggap pilihan raya kecil ini adalah suatu peluang dan akan menjadi sejarah bahawa akan berlaku tsunami politik yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Apakah makna di sebalik kata-kata akan berlaku tsunami politik lebih besar?

Apakah Kit Siang memberitahu bahawa kuasa Melayu akan semakin lenyap dan Melayu dalam PAS tidak kisah lagi soal bangsanya kerana bagi mereka yang penting kuasa.

Begitu besar harapan PAS dan DAP untuk memenangi pilihan raya ini kerana ia pembakar semangat apalagi kawasan Kuala Terengganu adalah majoriti pengundi Melayu.

Dengan bersandarkan pengundi Cina, DAP dan PAS bernafsu besar untuk menyatakan kepada rakyat Malaysia bahawa kuasa dan dominasi Melayu semakin berkurangan.

Dengan PAS, DAP berharap akan melenyapkan dominasi ini, biarpun di kawasan majoritinya Melayu.

Ahli Parlimen Ipoh Timur tersebut optimis bahawa PAS akan berjaya memenangi pilihan raya kecil ini dengan sokongan dan dokongan yang ditunjukkan oleh pakatan Rakyat serta masyarakat setempat khususnya pengundi bukan Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut.

"Kepada pengundi bukan Melayu, anggaplah ini adalah satu peluang untuk mencipta sejarah kerana akan berlaku tsunami politik yang lebih besar menjelang pilihan raya umum akan datang," tegasnya.

Saya tertanya-tanya apakah mesej Kit Siang ini ditujukan kepada MCA dan Gerakan yang cuba dipancing undi penyokong mereka kepada DAP.

Apakah Kit Siang mahu menunjukkan bahawa adalah penting bagi pengundi Cina di P036 sebanyak 11 peratus daripada keseluruhan pengundi di Terengganu ‘bertukar haluan’ menyokong kerajasama DAP-PAS ini?

Sekali lagi, sokongan itu untuk apa?

Untuk menjadikan PAS dan DAP sebagai pengganti kepada UMNO? Atau untuk mendapatkan keyakinan orang Melayu kepada DAP dan akhirnya apabila orang Melayu keliru, mudah untuk
DAP mendapatkan sokongan.

DAP memancing kerana “Melayu Mudah Lupa”!

5 comments:

  1. Sebaliknya Hadi menyalahkan UMNO dengan berkata “sekarang ini persoalannya kenapa UMNO menolak untuk dilaksanakan hudud? apakah salah hadi kata gtu??betul la kata hadi tu..tidak nampak pun hasrat, cadngan, atau kata2 dari umno yang minat pada hudud.. yang umno tau, nak buat dap & pas bercakaran dengan membesarkan2 isu hudud.. hudud ni bkn hudud dari pas, tp quran.. sepatut nye umno bersepakat dng pas dlm hal hukum ni.. menegak kan bangsa x kemana pun.. yang penting tegakkan agama yang mana secara otomatik bangsa terbela.. pasal karpal, kit siang x faham, memang la sbb mereka bkn islam.. tu pun nak kene cakap ke.. yg jadi masalah UMNO sekarang ni...........

    ReplyDelete
  2. Cik Pitt..
    Kalau kita buat penyelidikan sedikit, kita akan ketahui bahawa UMNO tak pernah menghalang perlaksanaan hukum Hudud. Apa yang disarankan ialah hukum Hudud tersebut tidak menganiayai mana-mana pihak, baik mangsa atau pelakunya. Para pemimpin Pas pun berkata Hudud hanya 1% sahaja dan bukan keutamaan Pas (Rujuk MB Kedah Azizan, Nik Aziz dan Husam Musa) Lagi satu, kenapa cakap lain depan Islam dan lain depan Bukan Islam (Rujuk Husam dan Hadi Awang)

    ReplyDelete
  3. aku faham sangat kenapa UMNO sangat takut kpd perlaksanaan hukum hudud...kerana yang merompak
    harta benda rakyat sejak 50tahun yg lalu adalah pemimpin UMNO dan gerombolan mereka.

    mana ada penjenayah menyokong undang2 yang akan mengekang kegiatan jenayah mereka.

    ReplyDelete
  4. Masa PAS merentoh tganung mase 2004 lagu mane, yang jkk dok hambat budok ngaji tabika kemas tu, habis la puok-puok ni kena hukung hudud dulu... dok gitu... awang....orang umno pun kene jugok le dok, haji adi pun kena jugok mulut udoh die tu, dok ngate orang jah kije die,lebong sungguh die ni dok padang nga paka serbang beso atah pale,, guane pulok gu....

    ReplyDelete
  5. Langkah pertama UMNO ialah memberikan kefahaman sedalam-dalamnya kepada orang-orang islam sendiri selain mereka yang kuffar. Kedua mengujudkan tenaga pakar yang betul-betul mahir dalam segala hukum islam. Dan serba serbi lagi. Untuk melaksanakan undang-undang Allah kena sebaiknya. Jangan kelam kabut spt PAS. Kelam-kabut itu sendiri ada makne tu. Apa lagi kate PAS, jika tiba-tiba UMNO laksanakan tahun depan?

    ReplyDelete