Friday, January 16, 2009

PERLUKAH DIBAHAS ISU ROYALTI MINYAK?

Soal pertama ialah siapa yang mencadangkan supaya perbahasan diadakan?

Jawapannya ialah, Majlis Permuafakatan Rakyat Tereng¬ganu (Mampat). Siapa Mampat? Apakah ia NGO bebas atau berpihak? Kalau berpihak, tidak payahlah menjadi penganjur.

Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, rasional debat royalti itu diadakan bagi memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada bakal Ahli Parlimen menjelaskan pendirian dan komitmen masing-masing terhadap isu tersebut.

"Kita mahu isu royalti terus dibela kerana ia (royalti) adalah hak rakyat dan kedua-dua pihak boleh berhujah untuk menjelaskan kekeliruan kepada rakyat," ujarnya.

Siapa Mampat untuk memaksa calon untuk berdebat?

Apakah dengan tidak berdebat, hak rakyat tidak boleh ditunaikan dan rakyat terus keliru. Siapa sebenarnya yang mengelirukan rakyat?

Dalam konteks ini Mampat juga bertanggungjawab menjadikan rakyat keliru kerana jelas Mampat ada agenda.

Apa agendanya? Dan dengan mengatakan agenda 'Debat Perdana' kini telah menjadi pentas baru bagi negara-negara maju menampilkan calon kepimpinan yang bakal bertanding, apakah jika tiada debat, pilihan raya dan negara di Malaysia tidak ‘maju’?

Apakah calon yang bijak dalam debat boleh menjadi pemimpin terbaik dan yang tidak ‘keras keng’ tidak boleh menjadi pemimpin baik?

Juga Mampat bertanggungjawab menggambarkan PAS sebagai parti yang mempunyai sebahagian pemimpinnya yang ‘keras keng’ dan mencari pengaruh melalui debat.

Apakah hanya melalui debat sahaja akan menon jolkan pemimpin yang baik? Apakah kerana Datuk Husam Musa berdebat, pemimpin seperti Nik Amar Nik Abdullah atau juga Datuk Mustafa Ali bukan pemimpin baik?

Di Malaysia ini, berapa ramai yang bijak berhujah dan ‘tersohor dengan keras keng’ mampu menjadi pemimpin yang baik dan membela rakyat?

Jawapan ada di depan anda. Yang ‘keras keng’ di Parlimen itu apakah benar-benar berbakti kepada rakyat? Kebanyakannya hanya pandai menimbul dan mempermainkan idu tetapi turut mempermainkan rakyat dengan janji yang tidak tertunai.

Tahniahlah kerana Mampat berjaya mendapat dua pengesahan daripada calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan Dekan di Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar sebagai moderator untuk menyertai debat perdana berhubung wang royalti minyak.

“Hanya daripada calon BN sahaja kita belum dapat sebarang maklum balas dan kami amat berharap supaya beliau memberi maklum balas positif kerana mereka inilah yang akan perjuangkan hak rakyat di Parlimen.

“Sebagai badan bukan kerajaan (NGO), Mampat tidak berpihak kepada mana-mana pihak, debat ini peluang terbaik kedua-dua calon membahaskannya. Kita harap masing-masing boleh tunjuk kekuatan sebagai Ahli Parlimen.”

Bagi saya, bukan semua bersetuju dengan debat dan melihat debat sebagai cara terbaik memilih pemimpin dan menghuraikan kekusutan.

Soal kedua, calon Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyatakan beliau bersetuju. Dengan kenyataan Mohamad Fauzi bahawa hanya daripada calon BN sahaja pihaknya belum dapat sebarang maklum balas dan dengan berharap Wan Farid akan memberi maklum balas positif kerana mereka inilah yang akan perjuangkan hak rakyat di Parlimen, ia membawa gambaran negative kepada calon BN itu.

Perangkap NGO seperti ini tidak perlu dilayan dan tidak wajar ada pihak ketiga seperti Mampat menangguk di air keruh dalam isu royalti ini.

Memanglah calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut bersetuju membahaskan isu wang royalti minyak pada bila-bila masa sahaja terutama sebelum hari pembuangan undi, 17 Januari ini kerana melihat ia akan memberikan kebaikan kepadanya.

Abdul Wahid berkata, pihaknya telah memberi maklum balas kepada pihak penganjur, Mampat kelmarin berhubung kesudian menyertai debat perdana itu.

Beliau juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu berkata, debat dan perbahasan dilihat langkah terbaik bagi memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar wang royalti minyak.

“Saya bila-bila masa (sedia), beritahu mana-mana tempat. Royalti daripada dulu (belum selesai). Ini pengkhianatan UMNO,” katanya kelmarin.

Ketika ditanya mengenai calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid yang mengatakan perkara itu telah selesai dan tidak perlu debat, Mohd Abdul Wahid menegaskan beliau tidak akan mengikut pihak lain.

“Saya tidak tahu hal dia (Wan Ahmad Farid), saya bersedia bila-bila masa, isu royalti sampai sekarang tidak selesai. Janji bayar September, tidak bayar. Memang saya bahaskan dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Senarai panjang mengenai duit yang dibahaskan termasuk RM800 juta buat jalan raya dalam hutan, RM700 juta syarikat perumahan negara guna, RM800 juta negeri lain dapat. Manfaat itu bukan hak orang lain, hak kita,” katanya.

Hakikatnya, jangan cuba membuat andaian melampau dan memperkecilkan Wan Farid dalam isu royalti ini.

Harakahdaily yang membawa tajuk “Wan Farid 'takut': Debat royalti minyak batal” ia bukan sahaja jahat tetapi juga tersasar jauh.

Apakah Mampat mengatakan demikian? Apakah Mampat berpendapat Wan Farid takut?
Menurut Harakahdaily semalam, Mampat hanya melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan calon Barisan Nasional yang tidak (bukan gagal) memberi sebarang respon terhadap undangan menyertai 'debat royalti'.

Mengikut perancangan asal Mampat akan menganjurkan Debat Perdana bertajuk 'Royalti: Antara Hak dan Maruah Rakyat Terengganu' yang akan diadakan malam semalam. Jelas dalam konteks ini, perancangan semuanya datang daripada Mampat, tanpa rundingan awal dengan calon BN sedikit pun.

Bagaimanakah kita mahu menganjurkan majlis membabitkan seseorang tanpa persetujuan orang berkenaan pun.

Apakah wajar Mampat memaksa Wan Farid? Melihat kepada apa yang cuba dianjurkan itu tidak member faedah kepada UMNO, Barisan Nasional dan orang Melayu, sudah pasti wajar bagi Wan Farid tidak mengambil endah mengenainya.

Mohamad Fauzi mengakui surat jemputan undangan sebagai salah seorang ahli panel debat tersebut telah dihantar kepada Pejabat Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 12 Januari 2009.

"Kami rasa dukacita dan kesal kerana langsung tidak mendapat 'respon' dari pihak Umno terutama calon BN.

"Saya sendiri yang hantar ke Pejabat Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu," katanya.

Kenapa UMNO tidak respon?

UMNO mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk mendedahkan perkara ini kerana ada sebab-sebab tersendiri dan umum tahu bagaimana pendapatan Petronas dibelanjakan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

PAS jangan terpengaruh dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu wang royalti ini. Memang PAS Terengganu yang pernah menerajui kerajaan negeri antara tahun 1999 hingga 2004 pernah menghadapi saat getir apabila hak mendapat royalti disekat serta oleh kerajaan pusat. Ada sebab-sebab kukuh yang Wan Farid juga tahu kepada tindakan itu dilakukan.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS ketika itu bertindak menyaman pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana didakwa melanggar perjanjian serta Akta Petroleum 1974.

PAS Terengganu tidak sepatutnya tersinggung kerana wang royalti itu sudah dikembalikan dan
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sudah menyerahkan sejumlah wang RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said pada akhir Disember 2008 lalu.

Lagipun, Ahmad Said sudah berikrar, wang royalti akan dibelanjakan untuk rakyat melalui dasar kerajaan yang merakyatkan pembangunan dan pentadbiran.

Tunggu dan pantau. Kalau Ahmad Said tidak melaksanakan janjinya, belasahlah dia. Jangan samakan

1 comment:

  1. Tajuk lain secara umum lebih baik. Pembangunan Terengganu: Masa pemerintahan BN dan PAS. Mungkin tajuk ini lebih relevan dan sesuai dri membincngkan tajuk yang agak khusus seperti royalti minyak.

    ReplyDelete