Friday, January 30, 2009

NAJIB, ZAHID KEMUDI PERAK

Bagus mengaku daripada menafi.

Saya tidak faham kenapa Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali petang semalam menafikan beliau meletak jawatan.

Berita Harian kelmarin melaporkan tindakan Tajol Rosli menyerahkan surat meletak jawatan kepada Najib sebagai bertanggungjawab atas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Apa pun, selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam, Tajol Rosli mengakui beliau melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak kerana berasa "tidak cukup kuat" untuk membantu Barisan Nasional (BN) merampas kembali Perak pada pilihan raya umum akan datang.

"Demi kekuatan BN dan Umno di Perak, ini keputusan yang terbaik yang saya buat untuk negeri Perak.

"Saya rasa tidak terpikul tanggungjawab untuk memenangkan semula Umno Perak jika saya jadi pengerusi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di sini, malam tadi.

Namun ‘klu-klek’ Tajol Rosli tetap terpancar.

Lupakan isu beliau menafikan perletakan jawatannya tetapi kejadian di hadapan pintu masuk Menara Dato Onn pagi semalam mengejutkan.

Apabila diserbu wartawan untuk kali pertama, beliau mengatakan tidak mahu membuat ulasan dan meminta wartawan bertanyakan Timbalan Presiden UMNO, datuk Seri Mojhd Najib Razak.

Di kepala saya bermain fikiran, apakah beliau sudah dipecat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak?

Ini kerana kalau beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang didakwanya petang semalam tetapi melalui MT semalam, beliau digantikan dengan orang lain, bermakna beliau sudah dipecat atau dipaksa melucutkan jawatan.

Mungkin kerana itu beliau enggan mengulas.

Wartawan yang mulanya ingatkan Tajol Rosli yang enggan mengulas benar-benar menyerahkan kepada Najib untuk memperkatakan mengenai kedudukan dirinya, kemudian tergamam.

Tetapi tidak sampai lima minit kemudian, beliau muncul kembali menemui kumpulan wartawan berkenaan.

Menjawab soalan wartawan berkenaan baru Tajol Rosli mengakui beliau memaklumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu.

"Bila BN kalah pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, saya dah umum letak jawatan tapi diminta timbang semula," katanya.

Jadi jelas Berita Harian yang betul dan yang klu-kleknya Tajol Rosli!
Apa pun kini jelas Tajol Rosli sudah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.
Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan Datuk Seri Najib Razak menggantikan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika mengumumkan perkara itu, berkata MT Umno juga bersetuju memilih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan jawatan itu.

"Kedua-dua jawatan berkenaan akan disandang sehingga selesai pemilihan Umno Mac ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno selama hampir empat jam pagi ini.

Dalam pada itu, Tajol Rosli berkata, beliau tidak memanggil Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak bagi memaklumkan hasrat untuk meletakkan jawatan kerana tidak mahu ada pihak memujuknya supaya tidak berbuat demikian.

''Selepas pilihan raya umum lalu saya juga pernah mengumumkan untuk meletakkan jawatan berkenaan dan telah diminta timbang balik. Jadi kali ini saya tidak panggil mesyuarat kerana tidak mahu ia berulang," ujarnya.

Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Kampar, Perak, Tajol Rosli berkata, beliau akan meletakkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik pada 29 Mac dan memutuskan tidak bertanding mempertahankan jawatan MT.

''Pada akhir Mac ini, saya bukan lagi ahli MT dan pada 29 Mac pula saya akan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan bila habis MT gugurlah semua jawatan yang dilantik,'' jelasnya.

2 comments:

  1. Saya orang Perak, saya orang Umno tapi hati saya terasa tersiat-siat.
    Umno Perak main wayang terutama Datuk Tajol Rosli dan samalah dengan suratkhabar pro-Umno, Berita Harian dan New Straits Times.
    Apabila Datuk Seri Najib dan Datuk Zahid menerajui sementara Umno Perak sehingga Mac nanti, maka Umno kesluruhannya seolah-olah terus main wayang.

    Ingatlah Umno tidak terkubur kerana Umno tapi dek pemimpin-pemimpinnya yang suka sangat bermain wayang sambil menggunakan wadah seperti suratkhabar BH dan NST serta Utusan.

    mior adil

    ReplyDelete
  2. Tahniah Datuk Tajol.

    Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Kampar, Perak, Tajol Rosli berkata, beliau akan meletakkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik pada 29 Mac dan memutuskan tidak bertanding mempertahankan jawatan MT.

    ''Pada akhir Mac ini, saya bukan lagi ahli MT dan pada 29 Mac pula saya akan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan bila habis MT gugurlah semua jawatan yang dilantik,'' jelasnya.

    Jangan merajuk Datuk, Datuk tetap seorang yang berjasa kepada UMNO, Negeri dan Negara. Datuk seorang negarawan. Selamat Bersara Datuk!

    ReplyDelete