Monday, June 18, 2012

SURAT PERIBADI YANG DIDEDAHKAN...KHAIRY BELASAH DR M BAIK PUNYA......


Tun Dr Mahathir Mohamad dibantai berhabis oleh Khairy Jamaluddin.

Khairy juga menjelaskan perkahwianannya bukan untuk mendapat lesen nikah sebagai tangga loncatan politik.

Anehnya perbuatan MEMBANTAI oleh Khairy yang dilakukan melalui sepucuk surat kepada Dr M disiarkan melalui Malaysiakini.

Hairannya, bagaimana surat yang tidak bertarikh ini boleh sampai kepada seseorang dan orang ini menggunakan ruang di Malaysiakini untuk menyiarkan secara penuh surat tersebut.

Persoalan:

1. Surat ini tanpa tarikh - benarkah ini surat Khairy kepada Dr Mahathir?

2. Jika benar, siapa yang mendedah atau menyebarkannya? Khairy atau Dr Mahathir?

3. Untuk apa didedahkan 'perbalahan antara kedua Perdana Menteri' ini?

 4. Perkara yang disebut dalam surat banyak berkisar antara keturunan 'ulama'dengan keturunan Keling, apakah perkara ini menjadi sesuatu yang penting dalam politik Malaysia?

5. Jika tidak benar, NAFIKAN segera! 


Saya perturunkan surat berkenaan:

Yang mulia Tun, Sebenarnya saya telah lama terfikir untuk menulis surat ini. Saya telah termenung dan berfikir berkali-kali tentang baik buruknya jika saya menulis surat ini kepada Tun.

Tangan saya telah berkali-kali ingin mengambil buluh dan dakwat untuk melakar surat ini. Malah telah dua kali saya mencabut bulu kepak itik angsa untuk saya jadikan kalam. Saya juga telah membancuh arang dengan air buah keduduk sebagai tinta. Sesekali tangan saya menggigil macam tangan Mat Pet apabila saya terfikir tentang apa yang ingin saya tulis.

Biarlah saya berterus terang menyatakan duduk perkara. Saya ingin memperjelaskan sejelas mungkin kenapa saya menulis surat ini.

Dua hari dahulu ketika saya sampai ke rumah sesudah selesai menguruskan Kelab My Tim, saya terperanjat besar apabila isteri saya teresak-esak menangis di tepi pintu. Isteri tercinta saya tiba-tiba meraung dan memeluk badan saya. Saya terperanjat besar dengan sambutan sebegini.

Saya menjangkakan tangisan ini pastilah kerana isteri saya ini telah mendapat satu lagi panggilan fitnah tentang saya dengan seorang artis. Saya tahu memang banyak fitnah dan tohmah yang telah ditaburkan kepada saya. Alhamdulillah, isteri saya ini masih lagi setia. Kami bahagia sebagai suami isteri walau pun ramai yang menuduh saya berkahwin hanya untuk mendapat lesen nikah sebagai tangga loncatan politik saya.

Yang mulia Tun, Justeru ingin saya nyatakan di sini bahawa saya menulis surat ini sebagai tanda bukti. Surat ini membuktikan kesetiaan saya yang tidak berbelah bagi terhadap isteri kesayangan saya.

Biarlah saya terangkan di sini bahawa isteri saya menangis bukan kerana artis itu. Isteri saya meraung bukan kerana cemburu melihat gadis-gadis yang 'selim melim' yang selalu berdampingan dengan saya. Isteri saya menangis teresak-esak kerana Tun sendiri. Tunlah yang menjadi sebab musabab mengapa isteri saya meraung tidak habis-habis.

Mungkin Tun kurang sedar. Mungkin Tun tidak menyelami hati isteri saya. Mungkin Tun tidak memahami hati seorang anak. Mungkin betul segala berita yang mengatakan bahawa Tun sendiri tidak memiliki tata susila budaya Melayu yang tulen. Maka Tun telah mengguris hati isteri tersayang saya.

Dari awal lagi saya telah merasakan bahawa Tun berniat tidak jujur terhadap ayah kepada isteri saya. Telah saya perhatikan segala tindak tanduk Tun terhadap bapa mentua saya. Saya amat yakin bahawa Tun memiliki dendam kesumat.

Marilahlah kita sesama kembali melihat salasilah sejarah. Pada hemat saya adalah amat penting untuk kita semua mengetahui dari mana asal usul kita. Jika kita tahu asal usul kita maka senang kita berbudi bicara.

Ingin saya memberi tahu bahawa ayah kepada ayah bapa mentua saya adalah seorang alim ulama yang disegani. Beliau bukan hanya dihormati di Kepala Batas malah di seluruh Tanah Melayu. Sila masuki kedai-kedai Cina di Kepala Batas, Sungai Petani atau ke Gurun pasti Tun akan terperanjat melihat gambar ayah kepada ayah mentua saya terpampang bersama gambar ayahanda kepada ayahanda Sultan Kedah hari ini. Inilah tanda penghormatan kepada ayah kepada ayah mentua saya.

Tetapi orang ramai di Tanah Melayu tidak mengetahui asal usul Tun. Ada yang mengatakan Tun ini berasal dari Bangla dan ada pula yang mengatakan dari Kerala. Malah hingga ke hari ini tidak diketahui salasilah siapa sebenarnya Muhamad di belakang nama Tun itu. Malah umum telah diberitahu bahawa Tun telah melupuskan nama Kutti dari nama Muhamad sendiri. Ini persoalan yang wajib dijawab sebelum kurun ini berakhir.

Saya mungkin masih muda tetapi tidak semestinya saya tidak mengetahui siapa sebenarnya Tun ini. Seluruh rakyat Tanah Melayu tahu bagaimana al-marhum Tunku - Bapa Kemerdekaan - telah menibai Tun pada tahun 1969 dahulu. Perdana menteri pertama kita ini telah membocorkan kepada umum bahawa Tun ini bukan Melayu tetapi berasal usul dari Benua Keling.

Sebenarnya dalam surat ini bukan tujuan saya untuk mencungkil tongkang yang mana telah menumpang untuk sampai ke Pulau Pinang. Tujuan saya ini ialah untuk mempertahankan salasilah baka ayah mentua saya yang sering menjadi sasaran dan cemuhan dari sosok yang tidak diketahui asal usul salasilah bakanya. 

Kalau salasilah baka Tun ini bersih maka berkemungkinan juga saya dan keluarga saya menerima cemuhan tersebut. Tetapi satu Tanah Melayu ini masih ternanti-nanti hingga ke tahun 2012 untuk melihat gambar keluarga dari sebelah ayah Tun. Bayangkan pada 2012 ini, tahun akhir kalendar Maya anak semua bangsa di Malaysia ini masih tertunggu-tunggu. Apakah muka mereka legam. Apakah muka mereka putih melepak. Apakah mereka memakai sari dan dhotti. Semua ini tergantung dan tidak berjawab.

Bukan menjadi satu kesalahan memakai sari dan dhotti. Pakaian ini cukup cantik, menarik dan segak. Juga, bukan satu jenayah jika kita berasal dari Benua Keling. Hitam dan legam kulit kita bukan satu kesalahan yang boleh didakwa d imahkamah. Apa yang saya timbulkan di sini ialah sikap Tun yang telah menyorokkan asal usul bakanya. Tun berniat jahat kerana menyamar diri sebagai Orang Melayu.

Semenjak ayah mentua saya meletakkan jawatan secara terhormat, saya mendapati serangan demi serangan telah ditujukan kepada beliau. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada ayah kepada isteri saya.

Ayah mertua dan isteri saya amat sedar bagaimana Tun selalu memperkecil saya sendiri. Tun menggunakan istilah ‘tingkat empat' untuk memperlekehkan diri saya. Tun menuduh bahawa saya dan kawan-kawan saya yang bekerja di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri adalah peneraju dan pemandu kerajaan ayah isteri saya.

Ketika tohmahan dan fitnah sedemikian rupa dilemparkan kepada saya dan sahabat-sahabat - kami telah mengambil keputusan untuk tidak bersuara. Kami mendiamkan diri bukan kerana tuduhan itu benar. Kami berdiam diri kerana kami tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Tun mempersalahkan saya sebagai orang yang bertanggungjawab memilih calon-calon untuk pilihan raya yang lalu. Tuduhan ini bertujuan untuk membuktikan bahawa pada ketika itu ada orang yang lebih berkuasa dari perdana menteri. Tun sengaja membuat tuduhan sedemikian untuk merendah-rendah ketrampilan dan kewibawaan bapa mentua saya.

Di sini saya ingin mempertahan apa yang Tun panggil ‘budak-budak tingkat empat'. Sehingga ke hari ini Tun hanya membuat tuduhan rambang tanpa apa-apa bukti.

Tun yang mulia, Tun telah menuduh bahawa ‘budak-budak tingkat empat' lebih berkuasa dari perdana menteri. Inilah yang telah melemahkan parti United Malaya National Organisation. Ayah mertua saya Tun adalah penyebab utama yang membawa kekalahan teruk kepada Barisan di pilihan raya yang lalu. Apakah semua tahi kering ini benar?

Tun telah telah membebel di Kedah dan di Johor. Tanpa segan dan silu Tun telah menjual tahi kering ke hulu ke hilir. Apakah Tun tidak pernah melihat cermin muka untuk menilai wajah Tun sendiri. Apakah di rumah Tun tidak ada cermin muka?

Tidakkah Tun ini sedar bahawa rakyat Malaysia terutama Orang Melayu telah membenci United Malays National Organisation bukan kerana bapa mentua saya. Parti ini dibenci kerana parti ini telah terlibat dalam banyak kes rasuah. Tidakkah Tun ini sedar bahawa semenjak tahun 1998 dahulu orang Melayu amat amat benci dengan Tun ini. Apakah Tun ini tidak sedar bagaimana Terengganu jatuh pada tahun 1999 dahulu bukan kerana kekuatan parti PAS tetapi kerana kebencian orang Melayu terhadap Tun.

Tun yang mulia, Saya tidak hendak membuka hal peribadi di sini tetapi saya tidak ada pilihan. Telah berkali-kali bapa mentua saya dihina dan ditibai. Selama ini kami sekeluarga berdiam diri memendam rasa. Tetapi tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan kepada bapa mentua saya memerlukan jawapan.

Ayah mentua saya dan saya sendiri cukup sedar bahawa Tun ini adalah sosok yang bertanggungjawab menendang ayah mentua saya. Perbuatan ini adalah perangai yang sama yang telah dilakukan oleh Tun terhadap al-marhum Tunku. Tun telah menggunakan pemimpin kanan untuk menekan dan memaksa agar bapa mentua saya berundur.

Saya juga sedar bahawa Tun ini memiliki dendam kesumat bukan saja kepada bapa mentua saya tetapi juga kepada saya. Tun ini amat marah kepada saya kerana saya telah memenangi kerusi ketua Pemuda. Anak Tun sendiri telah kalah.

Tun yang mulia, Kekalahan calon kesayangan Tun dan kemenangan saya telah menambahkan lagi dendam kesumat Tun terhadap saya dan keluarga saya. Dalam surat ini saya ingin mengingatkan Tun bahawa kemenangan Tun menewaskan Tengku Li pada tahun 1988 dahulu adalah dengan cara tipu. Sejarah telah ditulis bagaimana lampu di tempat persidangan telah dipadamkan. Dalam gelap gelita 48 undi telah ditambah untuk memenangkan Tun.

Justeru, tuduhan Tun yang saya merasuah untuk membeli undi ini samalah seperti Mat Kerala menuduh buntut Mat Bangal hitam legam.

Baru-baru ini saya terbaca bahawa Tun telah menuduh Pakatan Rakyat akan melakukan demonstrasi ganas jika mereka kalah dalam PRU13. Saya bukan penyokong Pakatan Rakyat tetapi saya tahu ini juga adalah tahi kering yang keluar dari mulut Tun.

Saya juga telah dimaklumkan oleh bapa mentua saya dan juga oleh Tun Musa bahawa Tun ini telah membawa kerosakan yang amat sangat kepada masyarakat Melayu. Porak peranda di Tanah Melayu hari ini jika dikaji maka akan ditemui puncanya dari sosok yang tidak diketahui salasilah bakanya.

Tun yang mulia, Justeru, saya akhir dengan harapan satu tribunal akan ditubuhkan untuk melihat jenayah yang telah dilakukan oleh Tun kepada Malaysia. Saya cadangkan tribunal ini dipanggil Tribunal Jenayah Tun Madey Terhadap Rakyat Malaysia. Ini samalah seperti tribunal yang telah diwujudkan untuk menyiasat jenayah perang George Bush. 

Pada hemat saya hanya dengan tribunal ini barulah negara Malaysia sekali lagi dapat diletakkan di landasan yang betul. Wassalam.

Sunday, June 17, 2012

HAJI ATAU PILIHAN RAYA - BERPOLIMIKLAH DEMI KEBAIKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA...

"...sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam."
 - Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Walaupun tarikh pilihan raya tidak diketahui bila namun ada pihak teramat bimbang jika Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) diadakan pada musim haji.

Kita bersetuju dengan saranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.

Polimik mengenai mana penting - menunaikan ibadah haji atau menangguhkannya demi membuang undi pada pilihan raya umum - rasanya adalah kali pertama di negara kita.

Pendirian PAS seperti dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Awang adalah seperti berikut: “Kepada PAS, pilihan raya adalah amalan politik yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, walaupun pilihanraya itu dikatakan asalnya dari Barat. PASport dan visa haji juga berasal daripada Barat, kedua-duanya tidak termasuk dalam syarat dan rukun haji. Para ulama usul Fiqh menetapkan kaedah bahawa perkara yang menjadi halangan menunaikan yang wajib kalau tidak melakukannya menjadi wajib juga. 

Begitulah pilihanraya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak kecuali mazhab yang sesat. Al-Quran menyebut ayat-ayat yang banyak dalam beberapa surah menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang akan dihisab pada hari qiamat nanti. Amaran ini berulang kali lebih banyak daripada ayat haji dan umrah.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said Khamis lalu menyifatkan sikap pemimpin PAS yang bercelaru dan terkeliru kerana sanggup meletakkan kepentingan parti politik melebihi menunaikan rukun Islam kelima, iaitu menunaikan haji.

Katanya, hanya kerana ingin memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) sanggup minta tangguh untuk menunaikan Rukun Islam Kelima merupakan satu perkara sangat mengelirukan. “Apakah kita sanggup tanggung dosa orang, kerana halang mereka pergi ke Makah untuk tunai haji semata-mata kerana nak mengundi,” tanya beliau.

Ahmad Said menyatakan demikian diminta mengulas laporan beberapa akhbar dan media elektronik sebelum ini yang menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi PRU Ke 13.

“Pemimpin PAS ini sama ada terkeliru atau apa, meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya. Orang Umno pun ada juga yang pergi menunaikan haji, (malah) saya rasa orang Umno lagi ramai. Takkan kita nak tahan orang yang nak menunaikan haji pula…”

“Lagipun yang pergi menunaikan haji itu bukan semua orang PAS, malah orang UMNO lebih ramai saya rasa,” katanya kepada pemberita di majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pesatuan Guru Kafa Terengganu (Perkat) di Wisma Darul Iman Khamis lalu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semalam menegaskan, ibadat haji yang merupakan Rukun Islam kelima wajib dilaksanakan bagi mereka yang mencukupi syarat dan ia tidak boleh ditangguhkan hanya kerana pilihan raya.

Pilihan raya bukanlah syarat ibadat haji perlu ditangguhkan kerana syarat menetapkan dalam menunaikan ibadat haji boleh ditangguhkan dan dikecualikan antaranya disebabkan sakit dan keadaan tidak aman.

Mufti Perak itu menegaskan ibadah haji wajib bagi umat Islam kerana sekiranya ditangguhkan, ditakdirkan bakal haji meninggal dunia pada waktu tersebut, kematian itu dalam keadaan seorang Yahudi atau Nasara.

 Harussani berkata, perkara itu disebutkan dalam salah satu hadis Nabi Muhammad SAW. “Ia disebutkan dalam hadis dan menunjukkan kematian dalam keadaan sedemikian cukup berat. Jika kita meninggal dunia dalam keadaan mati seorang Yahudi atau Nasara, maka kematian tersebut dalam keadaan dosa besar,” katanya.

Harussani berkata, kita tidak boleh menyatakan hukum pergi haji tidak perlu terburu- buru dan boleh ditangguhkan kerana sesiapa yang cukup syarat, maka wajib mereka menunaikan ibadat haji.

Sebaliknya Hadi berpendapat sebaliknya apabila memetik Imam Al Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf juga menegaskan, "agama adalah asas, kuasa pemerintahan(politik) adalah pengawas. Kalau tidak ada asas runtuh, kalau tidak ada pengawas, hilang tercicir".

Malah kata Hadi, Almarhum Syed Alawi Al Haddad, Mufti Kerajaan Johor ditahun 50-an menyatakan dalam fatwanya yang diterbitkan berkenaan kewajipan pilihanraya dan parti mana yang wajib dipilih.

“Kepada imam-iman yang masih kuat menyokong Umno di Johor, sila cari buku fatwa ini,” katanya sinis.

Menurut Hadi, PAS yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.

 “Rasulullah SAW menegaskan bahawa menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya,”tegasnya.

 “Akhirnya percayalah bahawa diam lebih baik daripada bercakap kejahilan kerana bercakap dalam perkara yang tidak diketahui mendedahkan kebodohan diri sendiri. Beginilah jadinya apabila lesen memandu dijual, boleh membawa kemalangan…cahaya ilmu Islam PASti bersuluh dan dipelihara ALLAH. Sesiapa yang mengkhianati ilmu Islam PASti tersungkur akhirnya,” demikian kata Hadi.

Kita tunggu polimik mengenai isu ini seterusnya dan kita berharap Hadi tidak cepat melabelkan orang lain yang juga berpendidikan agama sebagai ‘jahil’.

Tajuk ini penting buat umat Islam dan kita mengharapkan satu pendirian khusus akan dicapai nanti hasil polimik yang terbuka dan ikhlas di antara pemimpin, bukan kerana kepentingan untuk menuju Putrajaya.

Friday, June 15, 2012

SULTAN JOHOR MURKA - NIZAR JAHIL DAN CETEK AKAL?

 
Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. “Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati..."
 - Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan sebarang pemimpin.

Dia ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Sebagai pemimpin parti ‘Islam’ Nizar sewajarnya berkelakuan dan bertindak seperti orang Islam.

Sikap dan gelagat Nizar ini mencerminkan apa bentuk parti yang dikatakan Islam. Dia bukan sahaja tidak menghormati sama rakyat tetapi berani 'menghina' Sultan Melayu yang disokong rakyat!

Nizar  meroyan tidak habis-habis sejak jatuh dari jawatannya sebagai Menteri Besar Peraki bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Kata-kata Nizar adalah satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor.

Ini ditegaskan sediri oleh Sultan Ibrahim semalam.

Malah tindakannya yang enggan menohon maaf kepada rakyat Johor dan sebaliknya mahu memohon maaf terus kepada Sultan Ibrahim menggambarkan sikapnya yang memang angkuh dan tidak terbuka walaupun mulai sedar melakukan kesalahan.

Inikah sikap pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam di negara ini? PAS nampaknya terus berdiam diri dan tidak mahu campur isu Nizar ini.

Semalam, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap Nizar kerana mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah, tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor.

“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor.

Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. “Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja. "

Baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya. Titah Baginda: “Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. “Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal kelima sidang Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar.

Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.

"Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini,” titahnya.

Sultan Johor bertitah, baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim  mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

"Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi.

Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" ini," titahnya.

Wednesday, June 13, 2012

DAHLAH NIZAR…DAH MELUAT DENGAN TELATAH DAN KATA-KATA ENGKAU!!!

WWW1 di kereta nasional..
Selepas hampir sebulan baru sedar kesilapan dan mahu memohon maaf?

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaannya di twitter berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga RM520,000.

Sultan Johor Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar melalui twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

Malah dalam dia mengatakan mahu meminta maaf semalam, Nizar enggan memohon maaf kepada rakyat walaupun dititahkan Sultan Johor sedemikian.

Apakah hanya selepas 30,000 rakyat Johor menyatakan tata setia mereka dan Sultan Johor menitiskan air mata kerana sokongan itu, baru Nizar sedar bahawa rakyat Johor amat sayangkan sultannya?


Jenis manusia apa Nizar ini?

Kalaupun dia tidak sayangkan sultan engkau sendiri, janganlah nak buat hal dengan sultan di negeri lain. Respectlah instituisi di raja yang penting dalam pentadbiran dan politik negara ini sejak sebelum merdeka lagi.

Atau Nizar sudah takut apabila Polis Johor akan mengemukakan kertas siasatan mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu, kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata semalam , siasatan terhadap kenyataan Nizar menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu hampir selesai.

Polis telah menerima 46 laporan daripada pelbagai pihak, kata Mohd Mokhtar kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran itu dengan bayaran RM520,000.

Dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah mengambil keterangan Nizar di Pejabat Pas Perak, di Ipoh pada 6 Jun lepas, dalam menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan.

Semalam Nizar menyatakan kesediaan untuk mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan no pendaftaran WWW 1.

Nizar berkata pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi mengadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.

 "Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur. Kata Nizar:

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.”

Nizar buat macam tidak faham bahawa Sultan Johor yang begitu rapat dengan rakyatnya mahukan Nizar memohon ampun dengan rakyat bukan dirinya.

Apakah kedegilan dan keangkuhan Nizar ini membuatkan beliau wajar dihukum oleh rakyat, kalaupun bukan di Johor tetapi oleh rakyat Perak sendiri?