Friday, June 15, 2012

SULTAN JOHOR MURKA - NIZAR JAHIL DAN CETEK AKAL?

 
Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. “Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati..."
 - Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan sebarang pemimpin.

Dia ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Sebagai pemimpin parti ‘Islam’ Nizar sewajarnya berkelakuan dan bertindak seperti orang Islam.

Sikap dan gelagat Nizar ini mencerminkan apa bentuk parti yang dikatakan Islam. Dia bukan sahaja tidak menghormati sama rakyat tetapi berani 'menghina' Sultan Melayu yang disokong rakyat!

Nizar  meroyan tidak habis-habis sejak jatuh dari jawatannya sebagai Menteri Besar Peraki bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Kata-kata Nizar adalah satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor.

Ini ditegaskan sediri oleh Sultan Ibrahim semalam.

Malah tindakannya yang enggan menohon maaf kepada rakyat Johor dan sebaliknya mahu memohon maaf terus kepada Sultan Ibrahim menggambarkan sikapnya yang memang angkuh dan tidak terbuka walaupun mulai sedar melakukan kesalahan.

Inikah sikap pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam di negara ini? PAS nampaknya terus berdiam diri dan tidak mahu campur isu Nizar ini.

Semalam, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap Nizar kerana mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah, tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor.

“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor.

Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. “Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja. "

Baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya. Titah Baginda: “Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. “Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal kelima sidang Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar.

Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.

"Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini,” titahnya.

Sultan Johor bertitah, baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim  mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

"Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi.

Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" ini," titahnya.

No comments:

Post a Comment