Tuesday, February 28, 2012

BADROLAMIN BOHONG, 'SASAU' GUNA NAMA TENGKU MAHKOTA PAHANG



"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya. Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," - Badrolamin Bahron

Bohong dan perbuatan Badrolamin Bahron boleh menjatuhkan air muka Tengku Mahkota Pahang.

Mengaku rapat dengan  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Badrolamin Bahron kantoi lagi!

Dah dalam keadaan sedemikian masih nak menggunakan nama orang lain untuk simpati.

Yang memalukan konon rapat dengan Tengku Abdullah. Malah beliau sanggup mengatakan dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya. 

Cakap pula bukan caka-cakap tetapi pada satu ceramah sulungnya di pentas Seremban selepas didakwa berkhalwat. Semalam Badrolamin diiringi isterinya.

 Bercakap di hadapan kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat, beliau juga mendakwa pembantunya di Kuala Lumpur mendapat ugutan supaya bersedia menjadi saksi bagi memburukkannya.


Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron itu berkata kes khalwatnya dengan isteri orang mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya. Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin semalam.

Dalam keadaan yang sudah memalukan diri sendiri itu Badrolamin terus menerus menuduh UMNO kononnya ‘menyerang beliau’.

Siapa serang siapa sebenarnya. Bukankah Badrolamin ‘menyerang isteri orang’?

Hakikatnya, Tengku Abdullah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat. Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Februari lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota. Amat jelas, dakwaan yang mengatakan Tengku Mahkota telah mengarahkan orang kanannya bertemu Dr Badrolamin adalah tidak benar sama sekali.

Memalukan dan benar-benar mengaibkan nama Tengku Mahkota.

Takkanlah Tengku Mahkota mahu campur tangan, Lagipun institusi raja di negara ini adalah pelindung kepada agama Islam. Apakah logik Tengku Mahkota mahu campurtangan dalam tindakan oleh Jabatan Agama Islam Pahanng?

Badrolamin bukan sahaja kantoi tetapi Badrolamin kini semakin sasau. Bagus juga Tan Sri Khalid Ibrahim berikan beliau bercuti.

Elok juga kalau wanita yang ditangkap bersamanya mendapat cerai selepas menuntutnya di mahkamah, dikahwinkan dengan Badrolamin.

Mungkin selepas itu dia tidak meracau lagi dan selesailah tugasnya ‘memperbetulkan masalah rumah tangga’ Zatiwani.

Tengku Abdullah dijangka berangkat pulang pada 6 Mac ini dan kita lihat apa perkembangan mengenai Badrolamin mengaitkan nama Tengku Mahkota dalam kes khalwatnya itu.

JUMPA BADROLAMIN UNTUK 'LARI DARI SUAMI', KINI MOHON CERAI!

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!” itulah ungkapan wanita berstatus isteri, 28 tahun, yang dihebohkan berkhalwat dengan pemimpin tinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin Bahron semalam.

 Malah beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah, Rompin pada jam 9 pagi semalam untuk proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.


Pada ketika beliau menuntut cerai dan mengatakan tujuan bertemu Badrolamin untuk ‘melarikan diri’, Badrolamin pula tidak membuat laporan polis mengenai ada’orang memukulnya’.

Sejauh ini polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrolamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu. Kenapa ya?

Sementara itu kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

 “Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal. Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ini bermakna wanita ini mahukan perceraian dan ketika ditangkap, beliau sudah nekad untuk meninggalkan suaminya. “Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam. 

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini. Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. Beliau menafikan berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin).

Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya,”.

Beliau kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami (beliau dan Badrolamin) peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

 Malah beliau kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu. “Wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.

Entahlah mungkin selepas ini suaminya pula akan buat kenyataan?

Monday, February 27, 2012

BADROLAMIN, PKR DAN PEMBANGKANG AKAN SAMAN, LAPOR BPR TERHADAP UMNO, JAIP?

 Badrolamin ketika menikahi isteri keduanya...apakah beliau akan beristeri lagi selepas kes tangkapan khalwat ini?

Ini semua kerja UMNO….UMNO memang jahat.

Terserlah sangat jahatnya.Sengaja guna dan upah orang untuk memerangkap Badrolamin Bahron (Ustaz). Malah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pun mungkin dipaksa dan dibayar supaya meletupkan ‘perbuatan khalwat Ustaz PKR itu.

Malah Kelab Penyokong Badrolamin melalui Facebook meletakkan tajuk 'Fakta Auta' dalam kes tangkapan ini.Auta?


Bagi PKR dan sekutunya, mereka mengesyaki pemimpin UMNO Pahang mesti ada yang terbabit mengupah suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrolamin’.

Dan suami ‘isteri yang melarikan diri bertemu Badrolamin’ itu pastinya diapi-apikan, disuap dan diminta untuk membawa kawan-kawannya (ala-gangster mengikut Badrul Amin) yang juga diupah oleh UMNO untuk membelasah

Ustaz PKR itu. Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim percaya isu kahlwat Badrul Amin ini akan dapat diselesaikan dalam masa sebulan.

Beliau mahu Badrolamin membersihkan namanya. Kenapa? Kotor sangatkah nama Badrolamin hanya kerana berdua-dua dan itupun kerana mahu membantu seorang isteri yang bermasalah dengan suaminhya (suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrul Amin’).

Mungkin Badrolamin akan bayar lebih besar daripada UMNO untuk ‘membeli” suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrul Amin’ sambil membayar segala ubat-ubatan dan kesakitan yang ditanggung Badrolamin (lebih kurang tuntutan Ahmad Nisfu dalam Pendekar Bujang Lapor).

Cuma kalau tidak lapor polis, susah juga mahu dibuat tuntutan terhadap suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrolamin’ kerana tiada laporan sah mengenai Badrolamin dipukul. Jadi bertampal plasterlah muka Badrolamin sekarang?

Badrolamin, PKR dan PAS pastinya marah dan tidak puas hati apabila Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menafikan dakwaan penangkapan Ustaz PKR itu sengaja dirancang penguatkuasanya. Timbalan Pengarahnya,

Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai. “Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.

Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan. Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut. Dan jika penjelasan dan keterangan Badrolamin tidak diterima bahawa ada komplot memerangkapnya, apakaah aka ada demo seperti membantah Lynas. Apakah Pemuda MCA Indera Mahkota dan Kuantan akan ikut serta?

Juga jika keterangan oleh Badrol dan wanita yang ditangkap bersamanya, enggan atau tidak diterima, apakah PKR dan PAS akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dakwaan bahawa UMNO dan Barisan Nasional membayar atau merasuah si suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrolamin’?

Juga apakah tidak mungkin akan menyaman juga Mohd Ghazali kerana bersekongkol dalam kes tangkapan khalwat pemimpin tinggi PKR ini? Kenapa tidak, ka nada tuduhan bahawa tangkapan itu dibuat kerana adanya ‘komplot untuk memerangkap Badrolamin’?

Soal adanya berita mengatakan pemimpin PKR berusaha untuk merasuah pihak-pihak tertentu untuk kes ditutup tidak timbul. UMNO memang jahat. Rasuah hanya dilakukan oleh pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang tidak akan melakukan rasuah, apalagi seorang Ustaz seperti Badrolamin.

Belek punya belek dan luncur demi luncur (bukan lacur) dalam blog rakan-rakan, persoalan yang ditimbulkan House Pk dan Rbf, elok kita teliti sebagai hujah menjawab penafian Badrolamin bahawa dia berkhalwat.

Bukan PKR atau Menteri Besar Selangor sahaja yang mahukan proses pendakwaan dilakukan secara profesional dan telus, malah kita orang ramai juga mahu proses ini dijalankan dengan sebaik-baiknya. Biarlah mahkamah, JAIP dan yang terbabit menjalankan kerja mereka.

Persoalan yang kita akan ketahui ialah kenapa bersungguh-sungguh Badrolamin mahu melayani permintaan wanita berkenaan dan kenapa jam 2 pagi seolah-olah masalah yang berbangkit ‘ BESAR SANGAT’?

Juga kita akan dengar cerita wanita itu, apa sebenarnya hubungan antara dia dan Badrolamin. 

Paling menarik, kenapa suami kepada ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrolamin’ boleh tahu isterinya akan bertemu Ustaz PKR itu?

Apakah ini kali pertama mereka berjumpa?

LYNAS - APABILA PEMUDA MCA INDERA MAHKOTA, KUANTAN TURUT MENGUGUT KERAJAAN

Kita tidak hairan jika pembangkang tunjuk perasaan menentang projek Lynas. Mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk menarik sokongan dan mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan.

Tetapi jika Pemuda MCA Indera Mahkota dan Kuantan turut ikut berdemo, ini menimbulkan pertanyaan.

Apa lagi apabila Pemuda MCA Indera Mahkota  meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh ‘bermimpi’ untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13"?

Sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengatakan fakta saintifik menunjukkan projek Lynas selamat?

Apakah Pemuda MCA Indera Mahkota sangsi dengan penjelasan yang dibuat Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN?

Di Sekincan hari ini, Najib menjelaskan kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekincan hari ini.

Malah kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat,” katanya.

Jadi apa motif sebenar Pemuda MCA berkenaan dalam isu ini?

Ketua Pemuda MCA Kuantan, David Choi berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan. Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua,” katanya.

Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat."

Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan hari ini dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan menghentikan projek berkenaan.
 
Di sebalik sokongan Pemuda MCA Indera Mahkota dan Kuantan, kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar. Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Soalnya apakah jika kerajaan menarik balik kelulusan itu pembantah yang jelas menyokong pembangkang akan menyokong BN?
 
Tidak sekali-kali. Selain itu apakah MCA Pusat atau MCA Negeri tidak dimaklumkan terlebih dahulu apabila Pemuda MCA Indera Mahkota dan Kuantan turun menyertai bantahan itu?

Dan akhirnya dengan membelakangkan keputusan kerajaan BN, amat nyata Pemuda MCA cuba ‘bermain api’ dalam BN sendiri.

Mereka seperti pembangkang turut mengugut kerajaan BN boleh tumbang kerana kelulusan kepada projek Lynas ini!