Tuesday, February 28, 2012

JUMPA BADROLAMIN UNTUK 'LARI DARI SUAMI', KINI MOHON CERAI!

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!” itulah ungkapan wanita berstatus isteri, 28 tahun, yang dihebohkan berkhalwat dengan pemimpin tinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin Bahron semalam.

 Malah beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah, Rompin pada jam 9 pagi semalam untuk proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.


Pada ketika beliau menuntut cerai dan mengatakan tujuan bertemu Badrolamin untuk ‘melarikan diri’, Badrolamin pula tidak membuat laporan polis mengenai ada’orang memukulnya’.

Sejauh ini polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrolamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu. Kenapa ya?

Sementara itu kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

 “Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal. Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ini bermakna wanita ini mahukan perceraian dan ketika ditangkap, beliau sudah nekad untuk meninggalkan suaminya. “Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam. 

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini. Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. Beliau menafikan berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin).

Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya,”.

Beliau kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami (beliau dan Badrolamin) peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

 Malah beliau kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu. “Wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.

Entahlah mungkin selepas ini suaminya pula akan buat kenyataan?

No comments:

Post a Comment