Showing posts with label Nalla. Show all posts
Showing posts with label Nalla. Show all posts

Friday, March 30, 2012

ANWAR MAKIN NAIK ANGIN, KES DENGAN SHAMSIDAR MAKIN TERSELAK!!!

Persidangan Dewan Rakyat minggu ini berterusan memperlihatkan bagaimana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering 'naik angin'.

Apa tidak naik anginnya, kini kes biseksualnya tertumpu kepada isu yang lebih menjurus iaitu sama ada beliau mempunyai hubungan dengan isteri orang.


Malah pada sidang media kelmarin, Datuk S. Nallakaruppan turut timbulkan isu hubungan sulit Anwar dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali iaitu SHAMSIDAR TAHARIN. Kes berkenaan yang selama ini banyak diperkatakan di blog kini terselak dan mungkin diperkatakan di mahkamah!

Ini kata-kata Nallakaruppan pada sidang media itu:


Mungkin kerana tertekan atau bimbang isu moralnya diperbincangkan di Dewan Rakyat, Anwar mendesak jawapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila mengatakan "Guna dewan ini, dituduh saya berzina dan liwat, apa sikap Tan Sri..."
 
Anwar lebih tertekan lagi apabila ada pula ulama yang mengatakan pemimpin biseksual perlu ditolak dan tidak layak jadi Perdana Menteri.

Kini isu moral Anwar mula dibangkit di Dewan Rakyat dan tempiasnya hingga kepada Pandikar Amin apabila Anwar menuduh beliau tidak tegas apabila membenarkan dakwaan Nallakaruppan mengenai biseksual cuba dibincang dalam dewan.

Pandikar Amin menegaskan yang beliau tidak pernah berpihak kepada mana-mana ahli Parlimen dan menyifatkan tuduhan Anwar itu sebagai ‘sesuatu yang melampau’.

Semuanya bermula apabila N. Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai) cuba membangkitkan peraturan mesyuarat bagi membahaskan dakwaan Nallakaruppan sebagaimana yang dilaporkan media.

Di luar Dewan Rakyat pula, Ketua Pembangkang itu Dicabar supaya menyaman saksi utama kes liwatnya pada 1998, Ummi Hafilda Ali selepas bertindak demikian terhadap Nallakaruppan.

Anwar sebelum ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad kerana mendakwa telah memfitnahnya melalui akhbar itu pada 20 Mac lalu. Saman tersebut berhubung artikel disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla'.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah ketika mencabar Anwar berbuat demikian berkata, sudah sampai masa tindakan saman diambil terhadap Ummi Hafilda jika Ketua Pembangkang itu yakin dirinya difitnah.

"Saya tertunggu-tunggu bilakah dia hendak kemukakan saman kepada Ummi (Hafilda), adakah dia berani?," ujarnya sinis.

Umi Hafilda sering membangkitkan hubungan Anwar dengan Shamsidar malah ke peringkat apa yang disebut sebagai ‘HASIL’ oleh Nallakaruppan yang difahami sebagi anak hasil ‘perhubungan sulit’ itu.

Jangan BUAT SEBARANG SPEKULASI daripada apa yang disebutkan oleh Nallakaruppan itu.

Cuma diharapkan jika boleh saman Anwar terhadap Nallakaruppan ini dibicarakan secepat mungkin untuk menentukan apakah benar dakwaan bahawa Anwar TIDAK LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI!!!

Wednesday, March 21, 2012

SAMAN SAJALAH, TAK PAYAH NAK HINA UTUSAN MALAYSIA...

Naib Presiden PKR N Surendran ini memang KURANG AJAR dan BERLAGAK TAHU ilmu kewartawanan apabila menuduh Utusan Malaysia mengamalkan ‘kewartawanan yang menjijikkan’.

Saya tidak boleh menerima penghinaan seperti ini walaupun saya bukan kerja atau warga Utusan Malaysia.

Saya tidak tahu warga Utusan Malaysia sama ada mereka boleh menelan kata-kata pedih dan pahit ini. Ia suatu penghinaan bukan sahaja kepada profesyen kewartawanan tetapi juga peribadi akhbar itu sendiri.

'Kewartawanan yang menjijikan' bukan tuduhan tetapi suatu kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin tinggi PKR ini sangat  MENGHINA dan MENJIJIKKAN (pinjam kata-kata Surendran).

Apapun, Surendran dan Datuk Seri Anwar Ibrahim jangan nak pusing, auta atau ‘belit’! Yang penting jawab tuduhan senator Datuk S Nallakarupan itu.


Walau ‘belit’ sepanjang atau sebesar mana pun, yang penting rakyat Malaysia nak tahu benarkah tuduhan terhadap Anwar oleh bekas rakan Anwar selama 30 tahun itu.

Cara Surendran, pengamal undang-undang bercakap memang menggambarkan beliau seorang yang cetek mengenai dunia kewartawanan.

Selain itu perangai pemimpin PKR ini jelas bersifat ‘cauvinis terhadap akhbar Melayu ini’!

OKlah, Anwar memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

Tetapi kenapa mahu kaitkan Utusan Malaysia?

Lebih buruk tuduhan Surendran ialah mengatakan ‘akhbar milik Umno’ itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Dalam kenyataannya semalam, Surendran berkata, laporan itu sekali gus menzahirkan wajah sebenar Umno dan melekehkan retorik perdana menteri terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. "Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN," katanya.

Sedangkan laporan atau pemberitaan oleh Utusan Malaysia adalah straight forward reporting apabila memetik kata-kata Nalla pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Saya ulangi, pada sidang media, bukan pungut berita daripada cakap-cakap atau spin giler seperti yang sering dilakukan oleh pemimpin PKR.

Atau Surendran hanya mengiktiraf laporan oleh Wall Street Journal atau Jerusalem Post sahaja? Akhbar Melayu di Malaysia ini semuanya tidak betul?

Utusan Malaysia tidak memutar ‘belit’ pun kenyataan Nalla yang secara terbuka mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Malah, Utusan Malaysia memetik apa yang diucapkan oleh Nalla (bukan komentar, ulasan, analisis atau sebagainya sama ada dalam bentuk rencana atau analisis. Tidak salah dan tidak melanggar etika kewartawanan pun.

Malah apabila Nalla mengatakan kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan mendakwa “beliau sendiri pernah melihat Ketua Pembangkang itu melakukan aksi seks sama ada bersama lelaki atau wanita” ia bukan sengaja diada-adakan oleh Utusan Malaysia.'

Ini semua cakap Nalla…malah Nalla secara sinis meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengeluarkan fatwa membenarkan individu biseksual menjadi Ketua Pembangkang.

Kata Nalla lagi : "Dahulu pekerja Magnum (Corporation) yang lelaki Anwar ada simpan dan Anwar juga pernah bawa isteri orang. Saya bersedia untuk mendedahkan kesemua nama mereka di mahkamah.

Pendedahan kelmarin merupakan siri kritikan terbaru terhadap Anwar yang pernah menjadi rakan permainan tenis beliau.

Dalam notis yang dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu. "Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran.

Kepentingan awam?

Habis yang diminta oleh Nalla itu apa? Bukan kepentingan awam? Anwar perlu jawab secara jujur…jangan tuntut orang supaya adil dan jujur sedangkan kita sendiri apakah kita jujur dan mahu menjawab secara terbuka tuduhan Nalla itu?

Tak guna berbahas panjang. Saya cadangkan Utusan Malaysia siarkan sepenuhnya transkrip sidang media Nalla itu.

Tujuannya ia bukan direka-reka untuk ‘belit’. Selain itu agar pemimpin PKR yang BAHLOL  boleh membacanya dan bukan Utusan Malaysia sengaja mahu mem’belit-belit’ berita itu!

Tuesday, March 20, 2012

NALLA 'KAFIR HARBI', FASIK MENUDUH ANWAR PENGAMAL BISEKSUAL?

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu ...Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual..., " "Orang ramai menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah...Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah) . “Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual...Saya panggil dia (Anwar) angkat saya pergi mahkamah, saya cerita, siapa punya bini dia angkat pergi (kondominium) Tivoli Villa, saya boleh kasi tahu itu nama keluar...," demikian kata Senator Datuk KS Nallakaruppan bekas kawan Anwar selama 30 tahun semalam.

Apakah Nalla boleh anggap sebagai KAFIR HARBI dan FASIK, pembawa berita yang tidak benar dan wajar dihukum?

Fasik berasal dari kata dasar al-fisq, yang berarti "keluar" (khuruj). Para ulama mendefinisikan fasik sebagai "orang yang derhaka kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintah-Nya atau melanggar ketentuannya."

Orang fasik adalah orang yang melakukan dosa besar dan sering melakukan dosa kecil. Di dalam Al-Qur'an, kata fasik muncul dalam berbagai konteks. Kategori fasik boleh terjadi akibat dosa besar atau dosa kecil.

Adapun kategori kafir hanya terjadi akibat tidak beriman atau dosa besar yang memang dapat mengeluarkan pelakunya dari Islam, seperti syirik akbar, meyakini bolehnya meninggalkan shalat fardhu lima waktu dan dosa-dosa lain yang memenuhi syarat untuk menjadikan pelakunya kafir.

Jadi, orang fasik belum tentu kafir, tetapi orang kafir sudah tentu adalah fasik. Sebahagian ulama mazhab Syafi'i menyatakan bahawa seseorang dapAt dikatakan tidak fasik (adil) apabila kebaikannya lebih banyak dari kejahatannya dan tidak terbukti bahawa ia sering berdusta.

Allah SWT telah berfirman, yang artinya: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Q. S. Al-Hujuraat: 6)

Nalla mungkin dianggap fasik oleh pemimpin dan penyokong PAS, apa lagi dia bukan Islam. Tanya Ustaz Badrolamin di atas kategori mana Nalla ini berada.


Selain itu dalam kategori kafir mana pula Nalla ini? Kafir Harbi atau Kafir Zimmi.

Namun jika mengikut ayat di atas ‘Periksalah dengan Teliti (Tabayyun) itu, bukankah Allah meminta kita menyiasat, bukan terus menolak atau menepis hanya kerana dia kawan kita, dia berjemaah dengan kita atau kerana dia yang kita agung-agungkan untuk dijadikan Perdana Menteri?

Nalla, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) turut mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Malah, Nallakarupan mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang. "Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)? " tanya Nalla.

Yang pasti, Anwar tidak berani saman Nalla kerana bimbang Nalla mendedahkan lebih banyak perkara mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

Ditanya apakah sebabnya beliau 'muncul' semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar 'pusing' Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

Dengan pendedahan terbaru ini Anwar menjadi ‘pusing’ dan pemimpin PAS khususnya Hadi dan Musyridul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akan menjadi ‘pusing’.

Untuk pemimpin PAS lain yang berfahaman Anuarisma pastinya mereka akan ‘pusing’ satu Malaysia untuk mengatakan Nalla PEMBOHONG.


Tetapi selidiklah dan jika benar  undurlah daripada bersepakat dengan Anwar.

Kuasa dan kedudukan melalui cara yang salah bukan segala-galanya dalam perjuangan kerana jika Anwar memang benar seperti disebut oleh Nalla, dia TIDAK LAYAK dan TIDAK AKAN DIRESTUI ALLAH untuk jadi Perdana Menteri!

Dan kita sebagai orang yang menyokong bermati-matian sanggupkan terbabit dengan perkara-perkara MUNGKAR walau sekecil mana pun?