Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts
Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

KHALID SAMAD PATUT MINTA PENJELASAN ATAU PENAFIAN ANWAR TERLEBIH DAHULU


 “Saya bukan menuduh cuma saya mahu penjelasan dan penafian supaya rakyat Selangor tahu kerana selain daripada dua syarikat besar itu mungkin ada lagi kontraktor-kontraktor lain yang membiayai Hasan...Orang yang membiayainya pastilah orang yang mendapat faedah keuntungan daripada tajaan itu,” - Khalid Abdul Samad

Kenapa begitu teruk dendam Khalid Abdul Samad terhadap Dr Hassan Ali sehingga mahu tahu siapa taja Jalur Tiga (Jati)? 

Malah sanggup pula secara sinis berkata, mungkin Hasan menggadai rumah dan menjual keretanya sebagai pengorbanan bagi membiayai perjuangan politiknya.

Khalid menuntut jawapan sama ada penjelasan atau penafian daripada tiga pihak – Dr Hasan, syarikat dan kontraktor – yang disebutnya kemungkinan menaja bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu.




Menurutnya, ketiga-tiga pihak itu perlu menafikan dakwaan mengatakan mereka mendapat keuntungan sekiranya PR tidak lagi memerintah negeri ini. Nampak sangat Khalid dah mula takut dan bimbang dengan bayang-bayang sendiri selain pengaruh Dr Hasan yang begitu kuat di Selangor.

“Kalau betul mereka akan dapat untung sekiranya PR jatuh nanti, maka andaian rakyat dan percakapan di kedai kopi mengenai syarikat-syarikat itu sedang membiayai Hasan itu berasas…”

Sekiranya PR jatuh, sekiranya PR tidak lagi memerintah, kata Khalid. Kenapa Khalid menyebut ayat-ayat ini?

Tergambarkah di kepala Khalid bahawa kerajaan sekarang akan tumpas dalam pilihan raya nanti?

Dan kenapa Khalid mempersoalkan syarikat atau kontraktor, apakah satu kesalahan jika benar dan apabila Khalid begitu yakin syarikat atau kontraktor akan mendapat untung?

Hakikatnya, Khalid hanya melemparkan andaian semata-mata. Sebenarnya Khalid gerund an bimbang dengan penjelasan Jati selain pengaruh Dr Hasan di Selangor.

Hakikatnya, siapa pun nak taja suka hati penajalah, bukan duit daripada kocek Khalid atau PKR.

Cuma mungkin kalau syarikat Yahudi atau dari negara Israel mahu taja, mungkin Dr Hasan menolaknya bulat-bulat.

Kan berbeza tu dengan apa yang dilakukan pakatan pembangkang, malah sekutu PAS sendiri iaitu PKR!

Bukan sekadar ‘berperang’ ketika Dr Hasan dalam kerajaan Selangor tetapi Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu bagaikan menyimpan dendam yang begitu dalam terhadap Dr Hasan.

Jika mengikut susunan atau hiraki parti sebelum ini, Dr Hasan ialah bos kepada Khalid tetapi Khalid ini jenis ‘melawan bos’ dan bagaikan ada perasaan amarah yang amat sangat sehingga ‘menyerang’ Dr Hasan berterusan.

Dengan meminta bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga bekas bosnya dalam parti menjelaskan sama ada benar dakwaan beliau bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkannya, Jati ditaja oleh dua syarikat besar dan kontraktor Khalid menunjukkan rasa tidak puas hatinya secara berterusan.

Apa agenda Khalid sebenarnya?

Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menafikan beliau membuat tuduhan itu, sebaliknya cuma mahukan penjelasan Hasan sama ada benar dakwaan yang dikatakan merupakan "cakap-cakap kedai kopi." Kalau dah cakap kedai kopi tak payah nak tanya-tanyalah.

Lagipun penajaan untuk Dr Hasan itu jika benar ada, tidak ada kena mengena dengan pemimpin PAS atau PKR di Selangor sama ada yang hidup atau yang mati. Cuma yang peliknya, dalam mengatakan ia ‘cakap-cakap kedai kopi’, Khlaid mengatakan kemungkinan dakwaan tersebut benar .

Bukan itu sahaja, Khalid pergi lebih jauh dengan mengatakan syarikat-syarikat yang mungkin menaja Dr Hasan itu akan mendapat faedah sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Aiii? Bunyi semacam je...Apakah andaian itu sama dengan andaian bahawa Yahudi menaja PKR dan pembangkang supaya mengalahkan Barisan Nasional dan apabila menang pilihan raya kelak Yahudi akan menuntut macam-macam….Benar begitu?

Khalid seterusnya menambah, bukan dua syarikat itu sahaja, malah dipercayai banyak lagi kontraktor yang akan mendapat faedah tersebut kerana di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak berpeluang mendapat keuntungan seperti dahulu.

 “Saya bukan menuduh cuma saya mahu penjelasan dan penafian supaya rakyat Selangor tahu kerana selain daripada dua syarikat besar itu mungkin ada lagi kontraktor-kontraktor lain yang membiayai Hasan.

 “Orang yang membiayainya pastilah orang yang mendapat faedah keuntungan daripada tajaan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Khalid juga mahu tahu dari mana sumber kewangan diperoleh Hasan bagi menampung siri jelajah ceramahnya itu, termasuk pelancaran Jati yang didakwanya sekurang-kurangnya memerlukan perbelanjaan RM30,000 untuk sewa dewan sahaja.

Khalid sepatutnya jawab dari mana PAS dapat tabung apabila pemimpin PAS sendiri boleh ke sana sini menjalankan ceramah dan perhimpunan PAS yang besar.

Malah, kalau mahu lebih jauh, siapa pula taja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang asyik keluar negara?

Tanya juga PKR siapa taja Anwar ke Amerika Syarikat dan dengan siapa Anwar berurusan di luar negara?

Atau dengan berurusan dan menyokong perjuangan Yahudi menegakkan negaranya yang merdeka, berapa untung yang PKR dan PAS sendiri dapat?

Khalid boleh jelaskan ini dahulu dan kemudian tanya siapa taja Dr Hasan.

 Itulah yang sebaik-baiknya!

Monday, July 12, 2010

ZULKIFLI PEMBOHONG, PARASIT & GILA TALAK

"Dirinya tidak pernah berperanan di mahkamah atau berucap di hadapan hakim untuk membela Datuk Seri Anwar, tetapi hanya menumpang popularitinya (Anwar) untuk hidup...Ini bolehlah diibaratkan seperti parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu... dan sebagai parasit, menggigit kembali (orang) yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa," - Khalid Samad

Bukan Saya kata...Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Abdul Samad kata.

Menurut mStar Online, Khalid menyifatkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai seorang pembohong, parasit dan gila talak apabila baru-baru ini mengakui menghadiri beberapa program ceramah dan forum anjuran PAS.

Menurut Khalid, tindakan bekas Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menerus mengaitkan dirinya dengan PAS bertujuan mendapatkan 'talian hidup' demi survival politiknya.

"Sekarang ini terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafikannya, bertambah kronik kes ini kerana beliau bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak.

"Kononnya banyak program bersama PAS, tapi bak kata pepatah, sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya," katanya di sini pada Ahad.

Menulis dalam entri terbaru blognya, www.khalidsamad.com beliau mendakwa, sikap tidak konsisten Zulkifli dalam prinsip perjuangannya jelas demi kepentingan politik
nya.
"Beliau berpindah parti, dari parti Islam (PAS) ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS.


"Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihatnya," katanya.

Sebelum ini Zulkifli melalui blognya berkata beliau telah menghadiri beberapa program anjuran PAS walaupun kini menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Kenyataannya itu dibuat bagi menafikan dakwaan bahawa beliau dan seorang lagi wakil rakyat Bebas iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya mereka akan terlibat dalam program jelajah Umno Selangor untuk mendedahkan sandiwara pakatan pembangkang di negeri itu.

Selain itu Khalid yang juga Pesuruhjaya PAS Shah Alam berkata, Zulkifli juga seringkali menumpang populariti Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peguam sewaktu beliau masih bersama parti itu.

"Dirinya tidak pernah berperanan di mahkamah atau berucap di hadapan hakim untuk membela Datuk Seri Anwar, tetapi hanya menumpang popularitinya (Anwar) untuk hidup.

"Ini bolehlah diibaratkan seperti parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu... dan sebagai parasit, menggigit kembali (orang) yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa," katanya.

Dalam pada itu tegas Khalid, PAS dan PKR tidak akan menerima Zulkifli untuk kembali bersama mereka sebaliknya hanya mahu melihat masa depannya selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak iaitu PAS tidak mahukannya, PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah).

"Umno pula tidak teringin untuk menerimanya... oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan ke mana beliau bersama empat lagi (ahli Parlimen Bebas) yang sekapal dengannya membawa diri," katanya.

Khalid dan Zulkifli sebelum ini pernah berperang mulut dengan masing-masing mencabar agar keluar parti ekoran polemik penggunaan kalimah Allah awal Januari lalu.


Kita tenguklah apa reaksi Zulkifli selepas ini!