Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

GARA-GARA AKTA 355 - MUNGKINKAH BN AKAN BERPECAH?


Yang sudah mengesahkan menolak Akta 355 ialah PPB dan MCA sementara yang lain mungkin akan menyatakan pendirian hari ini...akan  memberikan kesan dan ujian getir buat Barisan Nasional  mungkin sehingga PRU14 nanti.”

Apa akan berlaku kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya parti komponen seperti MCA, Gerakan, MIC, Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PPB) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menentang Rang Undang-Undang Ahli Persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355)?

Apakah ia berdepan dengan penentangan dalaman dan luaran yang sengit terhadap usaha gabungan UMNO dan PAS ini?

Yang sudah mengesahkan menolak Akta 355 sejauh ini ialah PPB dan MCA sementara yang lain mungkin akan menyatakan pendirian hari ini.

Kedudukan ini membimbangkan bukan sahaja dari segi sokongan kepada usaha UMNO dan PAS berkenaan tetapi akan memberikan kesan dan ujian getir buat Barisan Nasional  (BN) kini dan akan datang.

Apakah bantahan terhadap Akta 355 akan memberikan kesan kepada kerjasama parti-parti politik dalam BN menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti?

Jika membawa kesan buruk, maka jelaslah PAS mencipta sejarah untuk dirinya, UMNO dan BN dan begitulah sebaliknya.

Bolehkah UMNO hanya bergantung harap kepada PAS sekiranya parti lain kekal menolak BN gara-gara Akta 355 ini pada PRU14 nanti?

Walaupun semalam dilaporkan ahli Parlimen yang hadir taklimat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan ‘memahami dan menyokong’ Akta 355, namun sokongan sebenar masih samar.

Apakah hari ini, jika usul dibentangkan di Dewan Rakyat ia akan mendapat sokongan majoriti mudah  ahli Parlimen, khususnya yang beragama Islam?

Untuk Akta 355 diluluskan, ia hanya memerlukan majoriti mudah daripada 222 ahli Dewan Rakyat berbanding pindaan Perlembagaan diluluskan pula, 148 ahli Parlimen mesti mengundi menyokongnya.

Ketika ini UMNO mempunyai 86 kerusi selepas Ahli Parlimen Pagoh dan Semporna dipecat daripada UMNO , MCA 7, MIC 4, dan Gerakan (1).

Pembangkang pula mempunyai jumlah kerusi berikut – PKR 29, AMANAH (7), DAP (38), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS 1), Parti Sosialis Malaysia (1) Bebas dan lain-lain (1), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM 1) dan PAS 14.

Di Sarawak pula, selain DAP (5) dan PKR, parti lain ialah PPB (14), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP 1), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP 4), dan Parti Rakyat Sarawak (PRS 6).

Di Sabah,  selain UMNO parti lain ialah Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO 6), Parti Bersatu Sabah (PBS 4), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS 1) dan Parti Warisan Sabah ( Warisan (2).

Jika UMNO digabungkan dengan PAS, mereka akan memiliki sebanyak 100 kerusi berbanding Pakatan Harapan yang menggabungkan DAP-PKR-AMANAH dan PPBM dan mungkin Bebas ialah 75.

Malah, jika ahli Parlimen BN Sarawak benar-benar menolak Akta 355 dengan jumlah itu akan bertambah lagi 25 kerusi menjadikan 100 kerusi. Malah, jika benar MCA menolaknya, ia akan menjadikan 107.

Yang tinggal lagi ialah pendirian parti lain sekitar 20 kerusi lebih yang terdiri daripada MIC, Gerakan dan parti lain di Sarawak dan Sabah.


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dlaporkan sudah mengarahkan semua ahli parlimen BN  negeri itu menentang Akta 355.

Akhbar mStar yang memetik Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian berkata parti komponen BN Sarawak telah diarahkan supaya tidak menyokong rang undang-undang yang akan dibacakan kali kedua di Parlimen hari ini.

Dr Sim dilaporkan bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Tan Sri James Masing, bertemu dengan Adenan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam.

Masing adalah juga Presiden PRS manakala Abang Johari dan Uggah adalah masing-masing timbalan presiden dan naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

SUPP sebelum ini turut menyatakan pendiriannya menentang Rang Undang-undang ini kerana ia bukan dalam semangat apa yang asalnya kita tandatangani dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Pendirian ketua menteri bersama-sama dengan BN Sarawak mengenai hudud masih terpakai. SUPP telah mengarahkan semua ahli parlimennya untuk menolak rang undang-undang itu jika ia dibawa kepada pengundian.

"Semua parti komponen BN negeri sepakat dalam perkara ini," kata Dr Sim yang dipetik The Star selepas mesyuarat itu.

Amat nyata jika usul jadi dibentangkan, kita akan  dapat melihat benarkah mereka mementang dan siapa pula yang akan menyokong?

Jika semua pemimpin BN Sarawak menolak usul bermakna akan membabitkan 25 kerusi diwakili BN manakala lima dari DAP dan satu dari PKR.

Sejauh ini DAP dan PKR jelas tidak menyokong usul berkenaan.

Bagaimana dengan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet dari PPB, khususnya yang beragama Islam, apakah mereka juga akan menentang?

Hadi sudah menjelaskan Akta 355 itu hanya tertakluk kepada penganut Islam yang beriman dan budiman, tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan dalam masyarakat dan tugasnya.


Dr Ahmad Zahid pula,  menyifatkan penerangan beliau semalam sebagai hari ini dalam sejarahahli-ahli parlimen beragama Islam daripada pelbagai parti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang berkumpul bersama untuk berbicara secara terbuka dan ikhlas mengenai cadangan pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah yang menjadi bahan polemik dalam masyarakat kini.

"Yang penting pimpinan parti-parti siasah bersepakat bahawa usaha memartabatkan Islam mesti menjadi agenda bersama. Kita boleh berbeza pandangan tetapi dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan Islam dan ummah, mesti bermuafakat dan bekerjasama, “katanya dalam satu kenyataan.

Apakah ahli Parlimen Sarawak akan mengikut kata Adenan atau Putrajaya dalam isu ini?

Bagaimana jika mereka tetap menentang?

MCA semakin jelas dalam isu ini apabila semalam

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam menegaskan beliau akan meletak jawatan sebagai menteri jika Hadi Akta 355 dan ia diluluskan di Dewan Rakyat.

"Pendirian saya adalah sama, dan yang lebih penting, saya masih menegaskan bahawa RUU itu tidak seharusnya dibentangkan oleh Hadi. RUU Hadi itu tidak seharusnya disokong kerana jika terdapat RUU yang hendak diluluskan di Parlimen, ia perlu dibentangkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.


Beliau menjelaskan bahawa RUU yang akan dibentangkan Hadi diibaratkan sebagai satu jalan untuk Mahkamah Syariah  melaksanakan hukuman hudud di seluruh negara.

Sebelum ini, pada 13 Nov 2016, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu akan menolak rang undang-undang persendirian dibawa presiden PAS yang mahu meningkatkan tahap hukuman mahkamah syariah.

Ikrar itu dibuat di depan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-63 MCA di Kuala Lumpur.

DAP yang melihat kedudukan BN seakan terumbang-ambing gara-gara isu ini semalam menyarankan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP disarankan keluar dari BN.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP menentang undang-undang seperti hudud ini kerana ia bercanggah sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mengingatkan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP bahawa mereka layak untuk menerima kutukan kerana mengkhianati prinsip dan janji untuk menegakkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, jika bekerjasama dengan  UMNO meluluskan usul berkenaan.

Malah menurutnya, janganb kerana kepentingan politik, mereka terus menipu rakyat dengan menyokong Umno yang sanggup bekerjasama dengan PAS untuk memintas Persekutuan Perlembagaan bagi membolehkan undang-undang ini berkuat kuasa.

"DAP mengingatkan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP bahawa untuk AKTA 355 diluluskan, ia hanya memerlukan majoriti mudah dan bukan 112 daripada 222 ahli Parlimen manakala bagi pindaan Perlembagaan diluluskan pula, 148 ahli Parlimen mesti mengundi menyokongnya, “ katanya.

Justeru, keengganan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP untuk meninggalkan BN kini dilihat sebagai satu bentuk 'kelulusan tersirat' dalam menyokong tindakan PAS itu untuk menambah hukuman undang-undang syariah agar lebih dekat dengan undang-undang seperti hudud, tambah Lim.

Bagi DAP, walaupun menghormati hak-hak orang Islam untuk menentukan hal-ehwal agama mereka, ia mesti dilakukan dengan betul dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.

"Cadangan tambahan hukuman akan semakin mendekatkan Akta 355 dengan undang-undang seperti hudud dan atas sebab inilah, ia perlu dilakukan melalui pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dan bukan menerusi undang-undang biasa," jelasnya dalam kenyataan.

Apa yang mungkin menyelamatkan BN ialah parti komponen hanya menolak untuk mengundi Akta 355 sahaja tetapi terus bekerjasama untuk berdepan pembangkang bagi PRU-14.

Jika ini berlaku, suasana ‘akrab UMNO dan PAS’ akan terus dicabar oleh faktor dalaman di samping PAS sendiri semakin tidak selesa jika parti komponen lain khususnya yang bukan Islam memandang serong kepada mereka.

Kerana itu, Akta 355 adalah ujian kepada BN dan juga ujian kepada kerjasama UMNO-PAS untuk bidang-bidang lain yang kemungkinan akan lahir selepas ini.

Kita hanya mengharapkan sejarah dicipta bagi tujuan kebaikan bukan membawa kemusnahan tetapi jika sebaliknya, UMNO perlu menerima hakikat bahawa 'ia menghulurkan lehernya untuk dijerut'.

Memanglah jika kejadian ini menjadi kenyataan maka 'sejarah sudah dicipta'!

Friday, May 27, 2016

POLITIK BN APA INI - UMNO LEBIH SAYANGKAN PAS DARIPADA MCA, GERAKAN...???


Main bontot biar setakat pemimpin pembangkang sudah lah...

UMNO tidak wajar berkelakuan sedemikian.

Kalaupun nak bersekongkol dengan PAS demi dua kerusi Parlimen, jangan lukai hati dan menyentuh sentimen parti komponen bukan Islam yang lain.

Apakah dengan menyokong PAS dalam isu Hudud ini ahli PAS akan mengundi UMNO dan dilihat lebih Islamik?

Bukankah Islam mengajar kita supaya tidak membuat keputusan tergesa-gesa dan jangan menyakiti hati saudara-saudara  kita yang bukan Islam?

Kalaupun dua kerusi parlimen iaitu Sabak Bernam dan Kuala Kangsar jatuh kepada pembangkang, ia tidak mendatangkan kesan besar kepada kerajaan.

Tidak tahulah kalau-kalau pemimpin UMNO kini semakin desperado dalam banyak perkara!!

Tetapi fikirkan sokongan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Bagaimana dengan sokongan orang bukan Islam dari MCA, Gerakan, MIC dan parti lain seperti SUPP kepada Barisan Nasional (BN) yang sudahpun menjauhkan diri sejak Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Presiden MCA Liow Tiong Lai menyerang UMNO secara terbuka dalam isu pembentangan Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai hudud. Beliau menuduh UMNO bersekongkol dengan PAS dan mengkhianati semangat BN.


Malah dalam kenyataan bersama beberapa parti, mereka kecewa dengan keputusan itu. (baca kenyataan bersama di bawah yang dipetik daripada FB Liow Tiong Lai):

Usul berkenaan bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Liow sebagai berkata anggota komponen BN tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu dan menyalahkan UMNO kerana mewujudkan krisis perlembagaan.

Ahli Parlimen DAP (Seremban), Anthony Loke menegaskan, ia adalah kali pertama RUU persendirian itu dipercepatkan dibawah Kertas Perintah untuk perbahasan.

"Ia hanya dibahaskan pada pagi tadi oleh Hadi (Presiden PAS) dan dipercepatkan ke item No.15 dibawah Kertas Perintah untuk perbahasan.

"Adakah langkah pada saat akhir ini satu muslihat politik?," katanya.

Menghairankan juga ialah bagaimana Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan mudah untuk bersetuju atau  membenarkan usul itu yang disenaraikan sebagai nombor '15' atau perkara terakhir dalam Kertas Perintah Parlimen dibentangkan?

Jika rang undang-undang hudud itu diluluskan, ini akan merintis jalan untuk pelaksanaannya di Kelantan.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang untuk melaksanakan hudud tahun lalu dengan semua 44 ADUN mengundi menyokongnya.

Takut sangatkah kepada pembangkang, atau lebih tepat pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga rela ‘main bontot’ MCA?

Jangan jadi parti ‘talam dua muka’. Jangan ikut cara PAS yang tamak dan tidak reti ‘berkawan’ dengan kawan-kawannya dalam pakatan pembangkang.

Memang mengejutkan tiba-tiba sahaja pihak erajaan semalam memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Pindaan itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.


Rang Undang-undang peribadi untuk meminda Akta 355 bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau memohon perkara itu bawah Seksyen 15(5) Peraturan Tetap Dewan Rakyat.

Hadi bagaimanapun memohon perbahasan itu ditangguhkan ke sesi akan datang, yang akan berlangsung pada 17 Oktober. (Melalui  Peraturan Mesyuarat 15 (5). Peraturan Mesyuarat 15 (5) memperuntukkan usul seseorang yang bukan ahli kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli kerajaan.)

Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Speaker Dewan Speaker Pandikar Amin Mulia membenarkan penangguhan usul itu selepas undi suara dibuat.

UMNO mungkin bangga kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentangkan di parlimen semalam.

"Terima kasih pada kerajaan kerana membenarkan usul ini. (Beri) peluang masa pada ahli-ahli (parlimen). Hari ini hari terakhir (bersidang)," katanya ringkas. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.

Ketua Pemuda PAS,  Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang masih berhingus dalam politik menyifatkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian itu tidak akan menjejaskan undi bukan Islam dalam pilihan raya kecil akan datang.

"Presiden parti berbincang dengan kami minggu lepas. Kami konsisten berhubung pembentangan RUU persendirian dan InsyaAllah, ia akan diluluskan. Jika tidak, kami akan cuba lagi," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Pada ketika ahli PAS telah dimaklumkan mengenai pembentangan Rang Undang-undang itu sejak lebih seminggu yang lalu kepada ahli, bagaimana dengan BN dan UMNO?

Semalam Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata rang undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana intipati Akta 355 adalah garis pemisah antara syariah dan undang-undang sivil.

"Nenek moyang kita mempunyai kebijaksanaan yang hebat dengan mengabadikan peraturan itu dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan dan maksud supaya masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup dengan aman.

"Jika pindaan kepada akta ini dibenarkan, ia akan membuka kotak Pandora yang akan membawa kepada pencerobohan kepada sistem undang-undang sekarang, yang mana Perlembagaan Persekutuan berada di kedudukan tertinggi," katanya dalam satu kenyataan media.

Pada ketika MCA berang, DAP percaya PAS telah berputus asa bagi memikat sokongan bukan Melayu pada pilihan raya berkembar akan datang berhubung keputusannya untuk membentangkan semula rang undang-undang (RUU) persendirian itu.

"Mereka (PAS) percaya bahawa mereka boleh menang pilihan raya kecil ini dengan hanya undi Melayu," kata Anthony Loke.

Hadi Awang menuduh  DAP sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan dengan umat Islam.

Tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam bagi Presiden PAS itu menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.

Bagaimana dengan MCA, iaitu sekutu UMNO dalam BN yang turut menyuarakan bantahan mereka?

Apa bezanya MCA, Gerakan, MIC dan SUPP berbanding DAP?

JOINT PRESS STATEMENT
27 May 2016
Keep the 3-6-5 Safeguards within Act 355
Introduction
We are saddened by the current events where the PAS MP for Marang YB Dato’ Seri Hadi Awang’s Private Member’s Bill was permitted to be tabled for debate by elevating it above government’s matters.
We are also disappointed by the fact that this matter was not discussed within the Cabinet or the Barisan Nasional Supreme Council.
The Private Member’s Bill seeks to primarily remove safeguards which we refer to as the “3-6-5 Safeguards” from the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, otherwise known as Act 355. The “3-6-5 Safeguards” provide that any offence punishable under the Syariah Courts is limited to a term of imprisonment not exceeding 3 years, or whipping of not more than 6 strokes, or fine of not more than RM5,000. This is in the interest of the consistency and uniformity with our laws.
What Hadi’s Private Member’s Bill is attempting to do right now is to dismantle all of these, and the Bill in its current form if passed is against the spirit of the Federal Constitution.
Article 8 of the Federal Constitution – Equality Before the Law
Article 8(1) of the Federal Constitution provides that “all persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.” A cornerstone of unity and harmony amongst the various ethnic groups and creeds for a country such as Malaysia must be anchored on fairness, equality, consistency and uniformity of laws and this must extend to the enforcement of such laws and the form of punishment. The punishment and sentencing must also be equal and consistent for all affected persons in Malaysia. The “3-6-5 Safeguards” is consistent with this equality and consistency and is expressed in the case of Act 355 as placing limits to ensure that all forms of punishment are consistent and uniform i.e. that punishments will not exceed imprisonment of a term of 3 years, whipping of 6 strokes or a fine of RM5,000.
If Hadi is successful in removing this “3-6-5 Safeguards”, the authorities will be able to enact any form of punishment except the death penalty. Whilst Hadi has told us that he will not impose the death penalty, he has NOT told us what he will impose. From what we know, these are the forms of punishments under hudud – public whipping/ flogging, amputation and possibly long term imprisonment. Hadi needs to come clean and be forthright to all Malaysians and fully disclose how he wants to punish Malaysian Muslims. Our parties cannot support any Bill which is vague, uncertain, open-ended and which can lend itself to great inconsistency, injustice and inequality in its application to Malaysians of any community.
We are of the opinion that this is an attempt to circumvent settled constitutional and legal principles by conferring unlimited sentencing powers to the Syariah criminal courts to facilitate the introduction of Islamic criminal law. This will lead to the duplicity of laws as there will be two sets of laws for the same offences in the country in contravention of Article 8 of the Federal Constitution.
It has also been greatly publicised that this Private Member’s Bill will only affect Muslims in Kelantan and will not be imposed on Muslims elsewhere in Malaysia. Any Bill which seeks to impose an open-ended form of punishment on a select group of Malaysians (in this case, Kelantanese Malaysian Muslims) will be imposing a law unequally to the detriment of Kelantanese Malay Muslims This is in contravention of Article 8 of the Federal Constitution which provides that punishment and sentencing must embody some form of equality and consistency (as is now the case with the “3-6-5 Safeguards”), Hadi’s attempt to remove the “3-6-5 Safeguards” is against Article 8 of the Federal Constitution and is thus unconstitutional.

Dato’ Sri Liow Tiong Lai
MCA President
Minister of Transport
Datuk Seri Dr. S Subramaniam
MIC President
Minister of Health
Datuk Seri Mah Siew Keong
Gerakan National President
Minister in the Prime Minister’s Department
Dato’ Sri Richard Riot
SUPP Deputy President
Minister of Human Resources