"Apakah pada perbicaraan kelak akan mendedahkan banyak 'rahsia dan jawapan' membabitkan kerja ‘haram’ mengenai pengubahan wang, transaksi serta juga pemalsuan dokumen tertentu yang mungkin ‘meresahkan pihak tertentu’."
Memang ketika ini tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Atau masih tersembunyi dan menjadi rahsia sebelum didedahkan di Mahkamah Singapura.
Namun tindakan Polis
Singapura hari ini mendakwa dua lagi bekas pegawai kanan bank swasta
Switzerland (BSI) memberikan
gambaran bagaimana seriusnya kerajaan republik itu melihat kes berkaitan
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perbicaraan dijangka mulai 31 Oktober hingga 11 November depan dijangka akan mendedahkan banyak perkara.
Persoalannya apakah dengan perbicaraan mereka kelak akan
mendedahkan banyak 'rahsia dan jawapan' yang mungkin ‘meresahkan pihak tertentu’?
Ini kerana pegawai-pegawai ini dituduh terbabit dalam kerja-kerja
‘haram’ membabitkan pengubahan wang, transaksi serta juga pemalsuan dokumen
tertentu melibatkan 1MDB.
Mei lalu, bank pusat Singapura mengarahkan penutupan
operasi BSI di bandar raya itu, manakala Switzerland pula memulakan prosiding
jenayah terhadap bank swasta itu.
Ia adalah antara tindakan keras antarabangsa yang
terbesar dilakukan terhadap entiti kewangan yang berurusan dengan 1MDB.
Pendakwaan terhadap dua lagi bekas kakitangan BSI ini
dilihat penting, pada ketika siasatan berterusan membawa kepada penutupan cawangan bank swasta Switzerland di republik itu,
Mei lalu.
Dua pegawai bank terbabit peranannya dalam mengendalikan hubungan bank itu dengan 1MDB yang
dilanda masalah.
Pegawai berkenaan ialah Yak Yew Chee, 57 ialah naib
presiden kanan di BSI Singapura didakwa melakukan pemalsuan dan kegagalan
mendedahkan transaksi mencurigakan.
Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura turut
memfailkan dakwaan sama terhadap Yvonne Seah Yew Foong, 45, bekas pengarah BSI.
Mei lalu, bank pusat
Singapura merujuk enam kakitangan dan
pegawai kanan pengurusan BSI, termasuk Yak dan Seah kepada pendakwa raya untuk
menilai jika mereka melakukan kesalahan.
Laporan Straits Times Singapura hari ini menyebut,
kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan S$35,000 setipa orang dan
menyerahkan passport antarabangsa mereka.
Pendakwaan dua pegawai ini kini menjadikan empat semuanya dibawa ke
muka pengadilan kerana terbabit dengan isu 1MDB yang kini turut disiasat oleh
pihak nerkuasa Amerika Syarikat dan Switzerland selain Singapura.
Siasatan memusatkan kepada bagaimana dana AS$3.5 billion
yang diwujudkan bagi tujuan pembangunan di Malaysia disalahgunakan.
Sementara itu, pendakwaan terhadap seorang lagi pegawai
bank, Yeo Jiawei, yang dituduh memainkan peranan penting dalam operasi pemindahan
wang haram membabitkan empat pertuduhan daripada 11 yang dikenakan terhadap
beliau bermula 31 Oktober depan dan dijangka berlanjutan sehingga 11 November.
Yeo akan berdepan empat pertuduhan termasuk dua
pertuduhan baru yang dikaitkan dengan mengganggu saksi selain dua pertuduhan
iaitu memutarbelitkan keadilan dalam perbicaraan akan datang.
Yeo, juga menghadapi tuduhan lain, termasuk pemalsuan dan
pengubahan wang haram, tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Tinggi
Singapura pada bulan Mei lalu.
Yeo adalah antara lima bekas kakitangan BSI yang dirujuk
oleh bank pusat Singapura kepada pendakwa raya untuk kemungkinan dikenakan
tuduhan jenayah.
Sebelum ini, seorang lagi warga Singapura, Kelvin Ang Wee
Keng, yang didakwa pada 20 April dengan dakwaan transaksi rasuah, dibebaskan
dengan ikat jamin sebanyak S$100,000.
Ang sebelum ini dipercayai remiser dengan Maybank Kim Eng
Securities, didakwa membayar penganalisis Lee Chee Waiy sebanyak S$3,000 bagi
mempercepatkan penilaian yang memihak kepada 1MDB mengenai asetnya di Kepulauan
Cayman.
“Penyiasatan mengenai dana berkaitan 1MDB melalui
Singapura sedang berjalan,” demikian tegas pejabat Peguam Negara.
Individu lain termasuk pekerja BSI Singapura yang
dinamakan oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dalam kes ini sedang
berdepan siasatan, kata pejabat berkenaan.
No comments:
Post a Comment