Juga apakah beliau sedang melakukan dosa besar kepada
UMNO, Barisan Nasional (BN) kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak?
Apakah kerana pertanyaan dan kebimbangannya mengenai
1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2017 di
Dewan Rakyat.
Ahmad Husni bukan bercakap mengenai 1MDB di ceramah atau
pentas politik.
Dia bercakap di Dewan Rakyat, iaitu medan yang amat
sesuai untuk dia mengemukakan soalan dan bertanya sesuatu yang masih terbuku di
hatinya.
Beliau timbulkan beberapa persoalan seperti berikut:
1.
Untuk apa 1MDB ditubuhkan?
2.
Bagaimana masalah kewangan dan skandal
1MDB akan memberi kesan kepada survival Malaysia.
3.
Mahu kerajaan mempertimbangkan beberapa
kesan negatif akibat kontroversi 1MDB.
4. Apa kesan dan persepsi dunia terhadap saman Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat?
4. Apa kesan dan persepsi dunia terhadap saman Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat?
5. Apa nasib AS$4 bilion yang disalurkan
kepada Aabar (BVI) tetapi hilang. Apakah tindakan yang diambil terhadap
pengurusan 1MDB kerana melabur wang bukan di tempat sepatutnya?
6. Bagaimana persepsi ke atas Malaysia jika International Petroleum Investment Co (IPIC) menang di mahkamah timbangtara antarabangsa bagi mendapatkan semula AS$ 6.5 bilion?; dan
6. Bagaimana persepsi ke atas Malaysia jika International Petroleum Investment Co (IPIC) menang di mahkamah timbangtara antarabangsa bagi mendapatkan semula AS$ 6.5 bilion?; dan
7.
Memberi amaran, 1MDB akan menjejaskan
peluang BN dalam pilihan raya akan datang dan kalaupun menang, bagaimana
keadaan selepas itu?
Boleh media prokerajaan dan UMNO beritahu medan apa lagi
yang lebih baik dan mulia selain Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
Lagipun, Ahli Parlimen (MP) dibenarkan berucap dan mengemukakan pandangannya. Speaker membenarkannya, dan tidak perlu meminta izin daripada media prokerajaan atau UMNO.
Kalau media berkenaan yang melulus atau membenarkan
seseorang Ahli Parlimen (MP), kita boleh fahamlah.
Dia berucap bukan menentang atau mengherdik media
prokerajaan dan UMNO.
Salahkah atau menjadi dosa besar jika ingin tahu tujuan
sebenar 1MDB ditubuhkan selepas beliau gagal mencari jawapan ketika berada
dalam kerajaan dan selepas berhenti daripada Kabinet?
Baguslah ramai menteri dan pemimpin UMNO, termasuk Ketua
Penerangannya Tan Sri Annuar Musa mengetahui dengan jelas kenapa 1MDB
ditubuhkan.
Tetapi Ahmad Husni tidak jelas, malah tertanya-tanya
kenapa 1MDB ditubuhkan yang sepatutnya tidak menanggung berbagai beban,
termasuk hutang sehingga RM52 bilion, selain apa yang disebutkan di atas.
Ahmad Husni turut bertanyakan apa jadi dengan unit pelaburan bernilai AS$1 bilion (RM4.17 bilion), yang sepatutnya matang tahun lepas.
Ahmad Husni turut bertanyakan apa jadi dengan unit pelaburan bernilai AS$1 bilion (RM4.17 bilion), yang sepatutnya matang tahun lepas.
Sepatutnya semua menghormati bahawa Ahmad Husni yang
menjadi wakil rakyat berucap sebagai suara rakyat, setidak-tidaknya untuk
kawasan parlimennya. Salahkah berbuat demikian?
Beliau bercakap secara terbuka dan bukan mengatakan belakang.
Apakah setiap ucapan mesti disajikan dengan hanya puji-pujian?
Kenapa mesti media prokerajaan – cetak, elektronik serta media
baru UMNO – menghukum beliau sedemikian selepas meninggalkan Kabinet?
Apakah dosa Ahmad Husni dengan pengamal media prokerajaan
sehingga diperlakukan sedemikian. Untuk dan demi apa?
Kenapa sampai mahu mengorek isu peribadi dan isu
keluarganya hingga sedemikian rupa?
Kenapa sebelum ini tiada cerita buruk mengenai Ahmad
Husni tetapi kini timbul cerita seks dan kontrak dan sebagainya.
Berpandukan kepada apa yang berlaku terhadap Husni ini
tidak pelik jika dikatakan ada di kalagan mereka dalam Kabinet yang takut
memberi pandangan atau bertindak ‘keras’ sedikit kerana turut mempunyai skandal
seks, rasuah dan sebagainya.
Kalau tidak ada apa-apa kenapa takut? Ahmad Husni sudah
tahu dia akan di ‘blackmail’ tetapi sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat,
apa yang dilakukannya ini adalah dugaan yang terpaksa ditempuhinya.
Persoalannya, apakah pemimpin UMNO lain yang masih dan
sudah tidak berkhidmat dengan kerajaan semuanya suci daripada dosa dan kini
bersih ibarat kain putih?
Hakikat mengenai 1MDB ini semuanya rakyat semakin tahu
dan peka. Media prokerajaan tidak adil jika bermain api dengan menghentam Ahmad
Husni tetapi tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh beliau.
Sejak meletakkan jawatan dalam Kabinet, Ahmad Husni sudah
mengatakan beliau ‘tidak boleh tidur malam’ dengan isu 1MDB. Malah beliau
persoalkan kenapa masalah yang dilakukan oleh orang lain, beliau terpaksa
menyelesaikannya.
Setidak-tidaknya media prokerajaan kalaupun mahu
menyokong sesiapa juga atau menurut perintah untuk menyerang Ahmad Husni,
biarlah bijak menepis hujah beliau.
Rakyat sedang menilai siapa pemimpin yang baik dan siapa
pula kaki bodek dan mengharapkan jawatan menteri atau sebagainya untuk
menyambung nyawa.
Ahmad Husni bukan menteri teruk yang bercakap tanpa
substance atau ikut sedap mulut, tidak pakai otak.
Dia adalah menteri yang menunjukkan KPI (indeks prestasi
utama yang terbaik di kalangan menteri-menteri dengan melebihi 100 peratus.
Kenapa orang sebegini diserang begitu teruk malah, dua hari selepas beliau berhenti, media sosial
prokerajaan menyerang beliau tanpa
sebarang sebab.
"Saya tahu siapa 'A', 'B' dan 'C" yang
menyerang saya. Mengapa bermain-main? Marilah cintakan rakyat. Kita bekerja
untuk rakyat," demikian kata Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen
Tambun.
Ahmad Husni dihormati bukan sahaja selepas menjadi
menteri tetapi sejak menjalankan tugasnya dengan Majlis Ahli Parlimen Barisan
Nasional (ketika itu dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan - BBC) lagi.
Sebagai pemimpin yang setia dan profesional, Ahmad Husni
tidak banyak bercakap mengenai orang lain yang dalam UMNO dan BN.
Kenapa ada pertikai niat beliau mahu mendalami ilmu agama
dan menegakkan keadilan demi rakyat melalui isu 1MDB ini?
Malah beliau turut mengemukakan pertanyaan lain yang
sepatutnya di jawap oleh Perdana Menteri atau menteri yang berkaitan dengan
soalannya.
Media prokerajaan dan proUMNO tidak wajar menjawab
persoalan yang dibangkirkan Ahmad Husni secara mengutuk, menghina dan cuba
mengaibkan beliau dengan isu-isu yang cuba dialih daripada menjawab perkara
sebenar.
Beginikah peranan media prokerajaan dan UMNO yang mahu
mempengaruhi rakyat untuk memenangkan BN dan UMNO dalam pilihan raya umum akan
datang?
Jika Ahmad Husni seorang professional dan antara menteri
terbaik, apakah media prokerajaan dan UMNO memainkan peranannya sebagai media
terbaik untuk setanding (at par) dengan Ahmad Husni?
Apakah pengamal media prokerajaan setanding Ahmad Husni
dalam pemikiran dan analisis sesuatu perkara?
Jelas, Ahmad Husni tidak ‘membuka rahsia’ apabilla
berucap, sekadar mengemukakan persoalan yang mungkin sedikit luar biasa tetapi
masih tidak melampaui batas.
Dia mungkin ada banyak rahsia tetapi sifatnya yang tidak
suka mengatakan soal peribadi orang lain membolehkannya fokus kepada isu
semata-mata.
Dengan sifatnya seperti itu kenapa media sosial
prokerajaan dan UMNO bertindak di luar batasan dengan berbagai cara untuk
menghina Ahmad Husni dan keluarganya?
BEKAS MENTERI KEWANGAN II.. ITU YG PELIK... KSLAU BEKAS MDN KE.. TAK PE LAH JUGAK.
ReplyDeleteBEKAS MENTERI KEWANGAN II.. ITU YG PELIK... KSLAU BEKAS MDN KE.. TAK PE LAH JUGAK.
ReplyDeleteMasanilah sekarang nak angkat Husni sebab kononnya berani...... tolongah wahai rakyat Malaysia..... tak pelik ker tanya soalan yang jawaoannya dia yg dulu berikan... simple jer..... adalah elok kalau dia berani berkata begini...." sekarang saya nak ranya soalan2 ini kepada Tuan PM.... sebab dulu jawapan yang saya bagi adalah skrip semata2..... dan kebanyakannya saya reka2. Kalau tak nanti saya tak dapat terus jadi menteri kewangan 2"..... amacam....barulah kita boleh nilai dia ni acaner..... puiiiiii
ReplyDelete