Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti
politik baru.
Jawatan-jawatan kami adalah sementara. Apabila parti
sudah tertubuh, perwakilan akan pilih pemimpin.
Sementara menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan,
izinkan kami jelaskan kenapa parti ini ditubuh sekarang.
Banyaklah negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia
sebagai negara contoh.
Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana
kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.
Tetapi sekarang kita terkenal sebagai sebuah negara dimana
rasuah amat tinggi dengan Menteri Kewangan yang terburuk sekali.
Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang
disiasat kerana besar kemungkinan terlibat dengan money laundering (pembersihan
duit haram) berbilion dollar Amerika Syarikat.
Syarikat 1MDB kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang
sama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib mempunyai RM2.6 bilion
dalam akaun peribadinya.
Hutang negara meningkat berbilion ringgit. Walaupun
belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi
dan agensi kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.
Sementara itu kos sara hidup meningkat tinggi kerana
cukai GST, kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik
status bebas cukai Langkawi dan Labuan.
Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah
tidak ada lagi.
Pegawai ditukar dan diganti dengan pegawai yang setia
kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara yang salah apabila diarah.
Jenayah dalam kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah
disoal, ditangkap, dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah.
Sesungguhnya keadaan dalam negara dan imej di luar negara
amatlah buruk.
Di luar negara rakyat malu mengaku sebagai orang
Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih
keadaan.
Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai
presiden parti dan perdana menteri. Dan banyaklah lagi keburukan yang dibawa
oleh Najib kepada negara tercinta ini.
Kami pengasas parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk
rakyat menyelamatkan negara ini.
Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur
dan kita dan anak cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.
Parti yang kami tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada
rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini.
Hasrat kami ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat
dan negara.
Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan
kami kembalikan.
Segala kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin
yang dipilih akan dihapuskan.
Pengurusan kewangan akan tertakluk kepada undang-undang
dan aturan-peraturan baru supaya Perdana Menteri atau menteri-menteri tidak
boleh sembunyi sebarang perbelanjaan.
Ketelusan dalam semua urusan akan diamalkan.
Didikan dan latihan secara besar-besaran akan diberi
kepada semua rakyat dari semua kaum supaya mereka dapat bekerja dengan
pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja mereka.
Yang termiskin dan kurang upaya akan dibantu dengan
mencukupi.
Biasiswa untuk pelajaran sehingga ke peringkat yng
tertinggi akan diadakan bagi semua mengikut keperluan mereka.
Kami percaya kami berpengalaman dan memiliki banyak idea
untuk pemulihan ekonomi dan politik negara yang kami akan jelaskan dari masa ke
semasa.
Oleh itu sertailah parti kami demi kesejahteraan
kehidupan kita semua.
Kenyataan ini daripada tujuh orang pengasas Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU):
parti bersatu akan hapuskan gst tak
ReplyDeletemcm salesman nk jual brg..
ReplyDeletemase sblm kite beli semua benda cantik elok blaka..
lps bayar je.. tahu lah..
so nk slamat belilah brand yg diketahui track recordnya..
usah dibodohkan oleh penglipurlara yg tamak sampai ke liang kubur!
setuju dgn pribumi , lawan jangan tak lawan ,ramai sokong. depa dah kecut ....q
ReplyDeletesetuju dgn pribumi , lawan jangan tak lawan ,ramai sokong. depa dah kecut ....q
ReplyDeleteChakap banyak. .promo banyak2 tak guna..tunggu PRU 14 tengok siapa yg menang seperti ditulis di Lauh Mahfudz
ReplyDelete