Jangan pandang sebelah
mata kemampuan Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU).
Ini kerana kepimpinan parti itu dikepalai
pemimpin-pemimpin berpengaruh dan berpengalaman.
Jangan perkecil kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad pada
ketika beliau masih mempunyai pengaruh dan namanya tetap disanjung.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, bukan calang-calang pemimpin.
Beliau berpengalaman dan pernah mengalami turun
naik dalam parti.
Kesemua pemimpin BERSATU, termasuk Datuk Mukhriz Mahathir
serta yang bersimpati dengan gerakan Deklarasii Rakyat dan Kempen Anti-Najib,
memang mempunyai pengaruh tersendiri.
Jangan termakan ‘racun’ yang diletakkan oleh pemimpin UMNO
sendiri yang semata-mata mahu ‘mengampu’ Perdana Menteri dan Presiden UMNO
dengan mengatakan BERSATU tidak akan ke mana-mana.
Presiden dan Naib-Naib Presiden UMNO jangan terjerat
dengan ‘kata-kata pujian’ dan ‘angkat bakul’ di kalangan sesetengah pemimpin UMNO
yang hanya mahu menarik perhatian pemimpin atasan mereka.
Sedangkan
hakikatnya, UMNO sendiripun kini sukar untuk membaca sikap ahli-ahlinya sendiri terhadap
BERSATU ketika ini.
Jangan berpandu kepada ramainya yang hadir pada mesyuarat
Bahagian UMNO atau sambutan terhadap pemimpin tertentu kerana semua tahu
‘kenapa’ dan ‘bagaimana’ kehadiran orang ramai ke perhimpunan-perhimpuan tajaan
UMNO di negeri atau bahagian-bahagian di serata pelusuk negara.
Pada ketika kebanyakan
pemimpin UMNO memperlekehkan kemungkinan kesan yang akan ditimbulkan oleh
beberapa pemimpin veteran UMNO dalam BERSATU, Tengku Razaleigh jelas berpendapat
sebaliknya.
Ketua UMNO Gua Musang itu mengingatkan pemimpin UMNO
supaya tidak memandang rendah dan mengambil mudah selain memperlekehkan
penubuhan BERSATU.
“Ini amaran kepada semua parti terutamanya UMNO. Jangan
ambil mudah kerana parti ini (BERSATU) boleh jadi gagah.
Ini semua adalah lawan yang mahu mencabar kedudukan UMNO.
Namun, gagah atau tidak, kita tengoklah nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutup
Kem Kecemerlangan Perdana di Sekolah Menengah (SM) Sains Gua Musang, 25 Ogos
lalu.
Tengku Razaleigh membuat pendirian ini pada ketika BERSATU menerima kecaman pelbagai pihak
apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat
bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak, Tengku Razaleigh melihat
sebaliknya.
Bagi pemimpin dan penyokong BERSATU, mereka
mempertahankan parti itu dengan berkata imej sedemikian penting untuknya
berdepan dengan UMNO di kubu majoriti Melayu.
Hakikatnya pandangan Tengku Razaleigh ini sudah berubah
daripada pendapatnya sebelum ini, iaitu
pada 11 Ogos lalu di mana beliau menjangkakan BERSATU akan berdepan kesukaran untuk bertapak kukuh di negara ini.
Ini kerana menurut beliau, keahlian parti tersebut yang hanya terbuka kepada golongan bumiputera sementara golongan bukan bumiputera hanya boleh mendaftar sebagai ahli bersekutu.
Ini kerana menurut beliau, keahlian parti tersebut yang hanya terbuka kepada golongan bumiputera sementara golongan bukan bumiputera hanya boleh mendaftar sebagai ahli bersekutu.
"Lebih-lebih lagi golongan muda sekarang yang lebih terdedah selain berilmu, berpendidikan dan lebih terbuka daripada pemikiran cara lama.
"Jadi bila ahli bersekutu tidak boleh menentu arah tuju parti, nampak susah untuk tarik mereka bersama," katanya selepas melancarkan Pameran Warisan Budaya Artifak Melayu dan China di Muzium Kesenian Asia, Universiti Malaya.
Hari ini, Ketua UMNO Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pula mengingat supaya UMNO tidak
harus memandang ringan terhadap penubuhan BERSATU, sebaliknya perlu mempersiapkan jentera bagi
menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Menurutnya, dalam menghadapi perang PRU, parti ditunjangi
orang Melayu itu perlu sedar bahawa parti baharu itu diwujudkan dengan matlamat
mahu melihat kekalahan UMNO dan BN.
"Kita juga tidak boleh terlalu yakin terhadap
kemenangan kerana perkara ini akan menyebabkan kita kalah," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Bagaimanapun, Shahrir, yang juga Pengerusi Majlis Ahli
Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, berdasarkan pengamatan beliau dan
ucapan yang didengarnya, parti baharu itu bukan membawa perjuangan rakyat atau
falsafah alternatif.
"Kita (UMNO dan BN) mahu kuasa dan kita yakin kita
boleh majukan rakyat tetapi matlamat BERSATU bukan itu. BERSATU kata kalau
tidak menang pun tidak mengapa, maknanya, parti itu tidak ada perancangan.
"Jadi, bagaimana BERSATU hendak majukan rakyat dan
negara dan ini jelas matlamat parti itu hanya hendak lihat UMNO kalah
sahaja," katanya.
Sebelum ini, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul
Rahman Dahlan berkata UMNO mampu menangani sebarang cabaran kerana ia adalah
parti yang matang dan berpengalaman luas dalam kepimpinan negara.
Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata tindakan itu jelas menunjukkan parti pembangkang cuba main buyuk (tipu dalam bahasa tempatan Sabah) untuk menjatuhkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apabila tidak dapat jatuhkan presiden, mereka main buyuk dengan melemparkan pelbagai fitnah, tohmahan dan tuduhan. Tidak cukup itu, mereka cari pihak luar untuk mengganggu-gugat kestabilan politik negara kita," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sandakan Ahad lepas.
Di sebalik pandangan ‘orang muda’ itu, Tengku Razaleigh memberi peringatan kepada kepimpinan BN dan UMNO agar tidak mengambil mudah dengan penubuhan parti BERSATU.
Menurut beliau, parti naungan bekas Perdana Menteri
itu tidak boleh dipandang rendah kerana BERSATU dilihat mampu menjadi pencabar UMNO
pada PRU14 nanti.
Berikutan itu, ‘bekas musuh ketat politik’ Dr Mahathir
itu mengingatkan semua pihak, khususnya UMNO, mereka perlu memandang serius
penubuhan parti baru itu kerana ia dianggotai mereka yang berpengaruh serta
pernah berada dalam UMNO.
Dr Mahathir dan Muhyiddin yang mengasas parti berkenaan
masih berpengaruh, berpengalaman dan kita tidak boleh memandang rendah terhadap
mereka," kata Tengku Razaleigh baru-baru ini.
Ahli parlimen Gua Musang bagaimanapun tidak pasti sama
ada parti baru itu akan mendapat sokongan rakyat.
"Saya sendiri tidak dapat membuat penilaian mengenai
perkara itu kerana ia parti baru tapi yang pasti UMNO perlu memberi perhatian
serius," katanya kepada pemberita selepas perasmian penutup Kem Kecemerlangan
Perdana Parlimen Gua Musang.
Muhyiddin pada 9 Ogos lalu mendaftarkan BERSATU yang
menyasarkan untuk bertanding melawan UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
bangsa johor x selera nak join pribumi daaaa.....
ReplyDeletekecuali seorg tu jer lah ....
stock dedak dah abis?
Delete