Sunday, August 12, 2012
HADI BERBOHONG, DUSTA UNTUK LEPASKAN LEHER SENDIRI!
Selepas lebih satu dekad peluk pemimpin DAPvLim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih tidak mampu memujuk dua pemimpin parti itu menerima Hudud dan Perlembagaan Islam. Tiba-tiba Hadi mengatakan DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.
Kata Hadi dengan sinis: “… penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh Pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam…Umno yang hampir kesemua ahlinya beragama Islam, pun juga sudah lama menolak hudud."
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, Hadi membuat pendustaan besar dengan mengatakan UMNO menolak Hudud.
Menyokong kenyataannya, “Umno menentang hudud dalam keadaan dia (Umno) ada kuasa (membenarkan atau tidak hudud dilaksanakan). DAP tidak ada kuasa dan yang ada kuasa adalah Barisan Nasional (BN). (Dengan kuasa yang ada padanya) Kerajaan Pusat pernah hantar surat kepada Kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksanakan hudud, Kerajaan Pusat akan bertindak.
” Hadi marahkan media kerana gembar-gemburkan isu penolakan hudud oleh DAP selain kesal kerana gembar-gembur seperti ini sekali gus memberikan gambaran buruk terhadap Islam sendiri. Kenyataannya ialah UMNO tidak menolak hudud sebagai sesuatu yang dituntut Islam tetapi UMNO bercakap dalam konteks pelaksanaannya.
Malah, PAS sendiri pun terkapai-kapai dalam mencari cara sesuai melaksanakannya. Meluluskan undang-undang tidak sama dengan pelaksanannnya. Maksudnya ialah mesti ada tata cara dan kesesuaian kepada umat Islam dan bukan Islam dalam pelaksanakannya.
Kita akui bukan DAP sahaja yang bimbang, malah beberapa pemimpin MCA juga bimbang. Namun bagi UMNO, cara pelaksanaan hokum dan peraturan Islam tidak boleh dipaksa dengan kasar. PAS, khususnya Hadi dan pemimpin lain seperti tidak mahu terima hakikat bahawa sejak diperkenalkan Penerapan Islam, kedudukan agama Islam dan institusi Islam di negara ini begitu kukuh.
Kita ambil tiga institusi yang diterima baik oleh bukan Islam dan tiada penentangan pun daripada kafir harbi atau kafir zimin di Malaysia terhadap Universiti Islam Antarabangsa, dasar kewangan Islam, termasuk Bank Islam serta juga takaful Islam.
Tetapi PAS pernah memperkecil dan mempersenda Bank Islam! Begitu juga dengan perkara Islam lain, termasuk kepenggunaan Islam, penekanan kepada produk makanan halal, persatuan pengguna Islam, pertubuhan peguam Islam, mahkamah syariah dan sebagainya.
Malah kita lihat sahaja bagaimana sistem zakat dan pentadbirannya dipertingkatkan selain Tabung Haji dan beberapa institusi lain turut diperkembangkangkan. Apakah itu sumbangan PAS.
Apakah semua itu produk PAS? Berikan satu contoh hasil usaha PAS Kelantan, PAS Terengganu atau PAS Kedah dalam konteks undang-undang Islam dan institusi Islam peringkat negeri yang mereka laksanakan. Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu? Ia produk yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat, iaitu kerajaan Barisan Nasional, bukan kerajaan PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20 tahun atau kerajaan Terengganu pimpinan Hadi sendiri di Terengganu antara 1999 dan 2004.
Berbanding apa yang dilakukan oleh PAS mengenai Hudud kononnya cuba menerangkan kepada bukanIslam, kejayaan BN untuk memperkenalkan produk Islam serta penerimaan mereka terhadap Dasar Penerapan Islam oleh MCA serta komponen lain dalam BN adalah ‘jauh langit daripada bumi’ berbanding apa yang dilakukan oleh PAS. Kesederhanaan BN dalam memperjuangkan Islam amat nyata lebih berkesan berbanding PAS walaupun Hadi mengatakan “Orang bukan Islam, dia tidak tahu, jadi tanggungjawab kita untuk terang pada dia.
" Hadi ternyata berbohong apabila mengatakan ‘sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Islam menerangkan kepada bukan Islam mengenai hudud dan aspek keadilan sosial dalam agama suci itu namun kerajaan yang ditunjangi Umno sebaliknya tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat ALLAH.’
Apakah kerajaan BN tidak menunjukkan Islam adil kepada semua orang? Apakah Umno tidak menunjukkan contoh yang baik dan sering memberikan gambaran buruk mengenai Islam dalam menyatakan penolakannya terhadap perjuangan Pas.
Dengan menuding jari kepada UMNO dan BN, Hadi cuba menyorok kelemahan beliau dan pemimpin PAS lain yang ternyata gagal memujuk DAP menerima Hudud dan Perlembagaan Islam. Jika benar PAS istiqamah kenapakah membiarkan Buku Jingga tidak memasukkan Hudud?
UMNO dan BN tidak berpura-pura dan istiqamah dalam memperjuangkan Islam kerana ramai pemimpin dan penyokong PAS mendapat pendidikan Islam hasil jasa kerajaan BN yang bukan sahaja menyediakan kemudahan mempelajari Islam di negara ini tetapi juga menghantar pelajar ke luar negara.
Dasar berbaik-baik dan kerjasama melalui Pertubuhan Islam (OIC) membolehkan Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara Islam terkemuka dunia dan ini membuka peluang seluas-luasnya untuk pelajar kita belajar di universiti Islam terkemuka dunia selepas negara-negera berkenaan menerima UIA kita. Apakah ini bukan sesuatu yang wajar diiktiraf sebagai salah satu jasa dan kejayaan UMNO dan BN dalam memperkembangkan syiar Islam di seluruh dunia? Bercakap dan melaksanakan syiar Islam dua perkara yang jauh berbeza. PAS dan Hadi hanya mampu bercakap tetapi UMNO dan BN kurang bercakap tetapi melaksanakannya.
Jadi bohonglah Hadi jika menuduh UMNO dan BN tidak melaksanakan Islam hanya kerana tidak melaksanakan Hudud, sedangkan PAS tidak melaksanakan apa-apa dan isu Hudud pun tidak mampu diselesaikan melalui pujukan atau rundingan dengan DAP. Jangan kegagalan sendiri diletakkan di bahu orang lain dan lebih buruk menuduh dan mencerca orang lain kononnya tidak melaksanakan Islam sedangkan ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu, PAS tidak memperkenalkan satu pun dasar Islam walau hanya di peringkat negeri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment