Friday, March 2, 2012

KEMELUT DI KEDAH MAKIN PARAH...MAT SABU SERAH KEPADA HADI

Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hampir empat jam malam semalam gagal mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang melanda pentadbiran PAS Kedah.

Kali ini PAS tidak boleh menuding jari kepada sesiapa!

Jika pada krisis PAS Kelantan antara 1975 hingga 1978 itu, Musyridul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sering menuding jari kepada UMNO yang menurutnya menjadi ‘tok dalang’ kepada Menteri Besar PAS Kelantan ketika itu – Datuk Mohamad Nasir - kemelut di Kedah kini adalah ‘hal rumah tangga PAS sendiri’.

UMNO tidak campur tangan malah tidak pun menganggap ia suatu faktor untuk sokongan rakyat kepada BN.

Hanya rakyat yang memerhatikan kemelut ini melihat bahawa PAS sebagai sebuah parti yang dikatakan ‘Islam’ gagal mengatasi kemelut secara yang sebaik-baiknya dengan meminta mereka yang bertelagah duduk semeja.
 
Juga ternyata dalam PAS yang mengatakan ia parti Islam, tidak terlepas daripada perbuatan sabotaj, pertelingkahan dan 'kepentingan diri dan puak', malah lebih buruk daripada negeri-negeri yang diperintah UMNO dan BN.

Sejauh ini, pihak yang menentang Menteri Besar Kedah dilihat tegas dengan pendirian dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula terpaksa mempertahankan pendiriannya demi menjamin kerajaan PAS yang ada sekarang tidak digugat.

Pada krisis PAS Kelantan, UMNO djadikan ‘kambing hitam’ yang akhirnya menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional selepas sama-sama bertanding pada pilihan raya umum 1974.

Malah peristiwa ini menjadi dendam yang tidak dapat dilupakan oleh beberapa pemimpin PAS, termasuk Musyridul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hingga kini.

Satu sebab beliau menolak kerjasama dengan UMNO kerana ‘dendamnya’ yang menyebabkan PAS ‘ditendang keluar’ dari BN dan pada pilihan raya 1978, PAS hanya menang dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan.

Banyak pihak mempersendakan PAS ketika itu kononnya PAS bagaikan “batu nesan” dan salah satu kerusi itu dimenangi oleh Nik Aziz sendiri.

Apa yang pasti, dalam ‘krisis rumah tangga PAS ini’ nak pinjam formula Badrolamin Bahron pun sukar kerana krisis ini tidak melibatkan orang ketiga!

Cuma seperti juga cara Badrolamin menyelesaikan masalah, iaitu pada waktu malam - PAS yang mengadakan mesyuarat malam semalam pun gagal mencapai kata sepakat.

Mungkin yang kena ‘penumbuk angin’ ialah Mohd Sabu selepas gagal mencari formula untuk mengatasi kemelut berkenaan.

Yang pasti tidak ada gangster dan yang ‘memberontak’ tidak dipanggil pada mesyuarat semalam.

Sehubungan itu satu lagi mesyuarat khas yang akan dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal diadakan di Alor Setar pada esok (Sabtu).

Nampak gayanya, Presiden juga yang diharap menyelesaikan masalah in. Harapkan Mohamad Sabu? Dia pun mengharapkan pertemuan khas yang akan diadakan nanti mampu mencapai keputusan muktamad bagi menyelesaikan semua pertikaian yang timbul.

"Kami mengambil berat apa yang berlaku. PAS Pusat akan turun ke Kedah, berdialog dan bermesra dengan semua kepimpinan negeri termasuk Adun, Dewan Ulama Negeri dan Pemuda.

"InsyaAllah penyelesaian yang baik sedang diatur oleh kami. Kami yakin penyelesaian akan tercapai sebaik mungkin," katanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kepimpinan tertinggi PAS akan bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagi menyelesaikan kemelut yang semakin berlarutan itu.

"Kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar dan Datuk Phahrolrazi untuk kita selesaikan masalah ini.

"Kita bersetuju supaya apa pun perkara yang perlu diselesaikan, insyaAllah kita akan bincangkan pada hari Sabtu nnati," katanya di Ibu Pejabat PAS malam semalam.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Kemelut politik pentadbiran Kerajaan PAS Kedah bermula apabila dua exco, Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula ke jawatan berkenaan.

Phahrolrazi yang mengakui hubungan dengan Azizan berada pada tahap kritikal telah meletakkan syarat jika Menteri Besar Kedah itu berhasrat melantik beliau semula.

Malah tekanan terus diberikan kepada Azizan apabila PAS Kawasan Kuala Kedah mendesak Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Datuk Amiruddin Hamzah yang baru dilantik semula pada Selasa lalu supaya melepaskan jawatan exco sebagai sokongan kepada Phahrolrazi sebagai Yang Dipertua PAS kawasan itu.

Amiruddin adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah.

No comments:

Post a Comment