"Orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup
bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang...Apa dapat kita
saksikan kini orang Yahudi membina penempatan haram selepas menghalau
penduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis.
Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis,” - Prof Dr Mahmood
Zuhdi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang sah pakar spin agama Islam untuk kepentingan pihak tertentu dan semakin pecahbelahlah umat Islam di negara ini.
Kenyataan terbarunya mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi sangat tidak kena dengan suasana semasa dan dibimbangi akan memecah belah umat Islam.
Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, tindakan Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat.
Pandangan Hadi itu semata-mata bermotifkan politik dan untuk kepentingan pakatan pembangkang semata-mata.
Mahmood Zuhdi menganggap Hadi kini tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam.
Beliau hairan bagaimana Hadi yang selama ini tegas sanggup tunduk dan sokong musuh Islam, katanya.
Berikutan itu Hadi perlu memperjelaskan perkara sebenar dan tidak gentar kenyataan pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi atau Zionis.
Sebagai ulama, Hadi perlu bercakap benar walaupun ia pahit dan tidak gentar sokongan politik untuk pilihan raya akan datang semata-mata demi perjuangan agama.

Menurut Nik Aziz, adapun yang ditentang oleh Pas ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.
Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.
Selanjutnya Nik Aziz berkata: “Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel,”
Mahmood Zuhdi semalam berhujah, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, Ahli Parlimen Marang itu mengeluarkan kenyataan sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.
“Apa dapat kita saksikan kini orang Yahudi membina penempatan haram selepas menghalau penduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis. Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis,” tegas Mahmood Zuhdi.
Apapun, kita lihatlah bagaimana selepas ini bijak pandai Islam berhujah dalam konteks kepentingan politik dan kepentingan kuasa mengenai Yahudi dan berdagang dengan negara berkenaan.
Yang diharapkan, di celah-celah pendapat yang memening dan bercelaru itu ada hujah yang benar-benar berlandaskan kepentingan Islam semasa.
No comments:
Post a Comment