Thursday, September 8, 2011

SUDAHLAH AZEEZ, KAU MEMANG GILA PUBLISITI...

Kalau tidak mahu publisiti pergilah senyap-senyap. Kalau dah satu Malaya tahu misi ini melalui publisiti awal, amat jelas AZEEZ yang memang gila publisiti mahukan publisiti. Apakah kalau AZEEZ keluar negara, media antarabangsa akan membuat liputan untuk beliau? Hanya kerana ada wartawan kita mati, ada liputan. Ia kerana ada kematian bukan kerana AZEEZ.

Membaca temubual Ketua Kelab Putera 1Malaysia Datuk AZEEZ Abdul Rahim seperti disiarkan Agenda Daily mengejut, MENYAMPAH dan menaikkan darah!

Bukan kerana cerita AZEEZ mengenai misinya itu tetapi kenyataannya mengatakan “Wartawan kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa, itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah. Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan...

Malah lebih jauh AZEEZ berkata: “Untung siapa? Rakyat Malaysia yang 28 juta jiwa ini, ke mana sahaja pergi, orang kata you Malaysian, you came and help in Gaza, in Pakistan, you go to Somali, bukan Azeez dapat nama, semua rakyat Malaysia dapat manafaat. Apa yang selalu kita minta dari rakyat Malaysia? Berulang kali kita minta, tolong doakan pemergian kami, tanpa kira agama, fahaman, kaum, semua kita ketepikan atas nama semangat 1Malaysia...

Waktu saya menjadi wartawan dan Pengarang Meja Luar Negara Berita Harian antara 1983 -1994, seingat saya ketika itu tidak ada misi seperti dianjurkan NGO seperti Kelab Putera 1Malaysia ini.
Ketika itu, wartawan yang dihantar meliputi misi di luar negara bukan dipilih oleh NGO tetapi oleh Ketua Pengarang atau Pengarang Berita.

Pemergian kami secara senyap-senyap dan dipilih oleh akhbar tempat kami dan begitu juga rakan-rakan lain. Cuma misi ke Bosnia-Herzegovina yang ditaja kerajaan sahaja, kumpulan wartawan dibawa secara berkumpulan.

Tidak pernah ada insurans ketika itu sama ada berkelompok atau persendirian seperti diperkatakan oleh AZEEZ. Kami pergi tanpa ada sebarang perlindungan. Kalau mati, mati kataklah kami!.

Seingat saya, saudara Ahmad Puad Onah ke Kuwait selepas penaklukan Sadam Hussein tanpa sebarang insurans, Roslan Abdul Hamid ke Afrika Selatan meliputi pilihan raya, Shaharuddin Latiff ke Tripoli selepas sahaja Libya dikenakan sekatan dan saya juga ke Libya ketika sekatan Amerika Syarikat serta ke kem pelarian Rohingya di sempadan Burma – Bangladesh pun tidak ada insurans.

Saya terpaksa membayar harga yang tinggi menggunakan dolar Amerika mengupah beberapa pihak di Cox’s Bazaar untuk melindungi saya ketika dalam kem pelarian Rohingya bimbang tentera Burma yang menyamar mengganggu tugas saya membuat liputan untuk Berita Harian.

Niat kami sama sekali bukan untuk menjual akhbar atau mendapat untung untuk syarikat kami bekerja.

Persoalannya apakah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia, Jumaat lepas itu bekerja untuk akhbar? Bernama mana ada akhbar. Ia agensi berita yang mengharapkan akhbar menggunakan beritanya. Begitu juga ntv7.

Bagi saya kenyataan AZEEZ itu benar-benar mengguris hati dan kalaulah saya berada di tempat wartawan yang mengikuti AZEEZ itu, saya akan marah!

Saya perturunkan sekali lagi apa komen AZEEZ: “Wartawan kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa, itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah. Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan...

Soal Malaysia terkenal di mata dunia bukan sekarang. AZEEZ lupa bahawa diplomasi Malaysia sudah bermula sejak awal tahun 1980an hinggalah akhir 1990an.

Saya ingat dengan jelas perkembangan dasar luar Malaysia sejak ketika Ghazali Shafie, Tengku Ahmad Rithaudeen, Rais Yatim, Abu Hassan Omar dan Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri Luar. Dan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamadlah dasar luar Malaysia berkembang pesat!

Kita dikenali kerana misi kemanusiaan, menyokong perjuangan pembebasan dan banyak lagi seperti mana peranan kita dalam kemerdekaan Afrika Selatan, Bosnia-Herzegovina, isu Antartika, G-15, Apec dan banyak lagi yang ketika itu AZEEZ mungkin sibuk dengan halnya sendiri.

Persoalannya apakah tujuan AZEEZ ajak wartawan ke Somalia?

Malah AZEEZ mengatakan yang tidak mahu ikut beliau tidak marah. Kenapa pula dia nak marah?

Lagipun kalau tidak mahu publisiti pergilah senyap-senyap. Kalau dah satu Malaya tahu misi ini melalui publisiti awal, amat jelas AZEEZ yang memang gila publisiti mahukan publisiti.

Apakah kalau AZEEZ keluar negara, media antarabangsa akan membuat liputan untuk beliau? Hanya kerana ada wartawan kita mati, ada liputan. Ia kerana ada kematian bukan kerana AZEEZ.

AZEEZ mengemukakan kenyataan bodoh apabila mengatakan ‘kami tidak dapat apa...” Apakah wartawan sekarang pelahap ke luar negeri pada pandangan AZEEZ?

Sudahlah AZEEZ, kalau pun mahu pertahankan tindakan, jangan katakan anda tidak mahu publisiti.

Semua orang tahu anda seorang yang gila publisiti!

10 comments:

  1. Salam Blogger Hambali,
    MR setuju sangat dengan saudara.
    Azeez meletak kita wartawan seperti kutu ular ayaq yang lapar dengan berita murahan.

    See my link to your article.

    Ikhlas,
    MR

    ReplyDelete
  2. Saudara,
    saya memang tak gemar sangat dengan si Azeez ni..semenjak mula2 dulu...memang publicity hungry!!!

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Sangat2 setuju!

    http://yuseriyusoff.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. al fatihah utk sahabat gua..
    allahyarham faizul..

    bro..
    biarkan dia terjun dengan labu labunya...

    sendiri makan pengat..
    sendiri mau hengat!!!

    ReplyDelete
  5. Huih! Wartawan ikut boleh jual surat khabar......ngok betul, yang dapat duit tu wartawan ke? Cakap jelah Azeez yang awak buat ni nak tunjuk kat boss-boss awak dalam UMNO, harap-harap boleh dapat jadi calon...senator....menteri......

    ReplyDelete
  6. ikhlas tu nampak kt muka ke? kalau muka hitam legam kira tak ikhlas la ye. muka bini anwar yg putih kemerah-merahan tu ikhlas sgt la ye. apa barang la korang blogger ni. yg patut ko tibai ialah yg menentang bantuan ke somalia ni, tp ko tibai org yg pegi pulak. mummy rokiah, uma dll, korang ada hal apa dgn azeez? korang tak bebulu ke dgn papagomo? menda2 tah!!!

    ReplyDelete
  7. Mohon Link Tuan,
    http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. aku memang dari dulu lagi..menyampah dengan wartawan-wartawan yang tak boleh kena tegur ni...siap boleh ugut lagi,"Azeez seharusnya pandai menjaga dan sayang mulutnya supaya keceluparannya tidak di hukum wartawan kelak. Sebelum nasi menjadi bubur." hebat sangat ke wartawan nak hukum2 orang ni..tak kisah la azeez tu carpub (cari publisiti) ke apa, korang wartawan ada inisiatif nak buat misi macam ni?hampas...

    ReplyDelete
  9. Aku amat setuju dengan komen hang Hambali..seratus peratus!!!

    ReplyDelete