Monday, November 29, 2010

SELEPAS AZIZAH, NIK AZIZ PULA ANGGAP ANWAR INSAN TERPILIH

''Masya-Allah, anugerah Tuhan maksudnya manusia yang istimewa dan menjadi contoh serta teladan.”

Demikian pandangan Tan Sri Muhyiddin, anak kepada seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor.

Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai manusia terpilih.
“Jika beliau insan biasa seperti kita, (Anwar) sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlaku,” kata Wan Azizah.

Semalam, Musyridul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengatakan perkara yang sama.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan perkara itu di Gua Musang, turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat PKR itu sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat.

"Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup," kata Nik Aziz.

Dengan kata lain, Anwar adalah ‘insan hebat’ yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.

Apapun itulah kata-kata paling indah diucapkan seorang isteri untuk memuji seorang suami.

Isteri berkenaan - Wan Azizah Wan Ismail – memuji suaminya Anwar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin yang menggambarkan betapa dalam pasangan itu ‘benar-benar gila untuk ke Putrajaya’.

Kata Muhyiddin: ''Saya nak tanya Wan Azizah, mahukah dia rakyat Malaysia termasuk generasi muda mencontohi teladan, perwatakan dan amalan dalam PKR pimpinan Anwar yang nampaknya cakap tidak serupa bikin."

Beliau berkata, dalam soal kepemimpinan dan politik, umum sudah tahu tentang sifat, perlakuan dan amalan Anwar yang sebenarnya.

''Saya tidak perlu sebut semua ini kerana masyarakat sudah tahu kes yang berlegar di sekitar Anwar. Saya tidak mahu mendahului mahkamah. Jadi, apakah ini anugerah Tuhan, bagi saya ia adalah takdir," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, Wan Azizah harus bersifat lebih realistik dalam memberikan pujian dan tidak harus melakukannya semata-mata kerana Anwar ialah suami yang disayanginya.

''Ucapannya ketika kongres berkenaan seharusnya melibatkan isu yang lebih daripada soal rumah tangga dan peribadi iaitu memberikan tumpuan kepada soal kepimpinan dan politik," katanya.

Setahu saya, hanya bangsa Yahudi sahaja yang merasakan mereka umat terpilih di muka bumi ini. Yang lain yang pernah mengatakan mereka istimewa ialah kalangan Firaun.

Tidak tahulah kini ada pula manusia istimewa yang menjadi pilihan atau dianugerah Allah untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Cuma anehnya tidak pula Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'manusia terpilih' kerana berjaya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan berjaya menukar Malaysia daripada negara membangun yang kerdil kepada sebuah negara yang sedang menuju tahap negara maju.

1 comment:

  1. Memang benar Sdr.Anuar adalh insan terpilih.dipilih oleh Rakyat Ptg.Pauh dengan mojoriti besar didalam Pilihanraya yang lalu.Ada sesiapa yang nak bangkang memang bangang dan tolol.Disisi Allah beliau telah diuji dengan berbagai ujian....
    i.Kekayaan dan Kuasa pernah menjadi TPM dan memangku PM.Serta menteri kewangan yang bebas berbelanja.
    ii.Keluarga yang bahagia dan ceria dengan anak dan isteri yang berakhlak berbanding dengan anak=anak dan isteri menteri lain.
    iii.Kesengsaraan dan penghinaan dituduh dengan fitnah yang berbagai,dipukul,disumbat kepenjara serta berbagai pengawalan dan pemantauan,tetapi yang anehnya beliau masih menjadi ikon istemewa dikalangan rakyat Malaysia dan Internasional.Ada bekas pimpinan UMNO BN yang besara sapa pun tak kisah macam Datok Abu Hassan Umar yang dipekong dari kerusi MB Selangor dulu.INIlah salah satu keistemewaan Dato Sri Anuar.Ada sapa-sapanak nafikan hal ini.

    ReplyDelete