Tuesday, May 4, 2010

KENAPA DOKTOR KITA GEMAR KE SINGAPURA?

Ini berkaitan dengan sikap dan pendirian doktor kita.

Pertama, kenapa mereka berminat kerja di Singapura;

Kedua, ternyata doktor yang dikeluarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkelayakan tinggi, jika tidak Singapura tidak akan mempelawa mereka;

Ketiga, berapa lama lagi universiti di Malaysia, khususnya UKM akan menjadi ‘kilang’ kepada Singapura; dan,

Keempat, apa langkah kerajaan bagi ‘menyekat’ pengaliran keluar doktor kita ke negara jiran?

Saya tertarik dengan sebuah entri dalam blog melayukini dengan tajuk “Isu Ramai Doktor Muda Hijrah ke Luar Negara” yang melaporkan seperti berikut:

“Isteri aku merupakan seorang doktor. Sekarang ni dia tengah bekerja di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebagai seorang doktor pelatih. Isteri aku ni mendapat ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Ireland. Aku kahwin dengan dia selepas dia berjaya menamatkan pengajian dia. Dia sudah dapat tempat pun untuk bekerja di Ireland tapi aku kata baik balik Malaysia. Boleh berkhidmat dengan kerajaan. Pastu aku cerita la, kerja kat Malaysia dah tak macam dahulu. Akhirnya dia pun akur pulang ke Malaysia dan bekerja di Malaysia. Lepas tu, barulah aku sedar yang aku telah berlaku zalim kepada isteri aku. Sebabnya? Pekerjaan dia sebagai doktor pelatih di Malaysia tak ubah seperti HAMBA ABDI!”

Penulis melalui blog ini menyebut: “Alangkah baiknya, kalau dia bekerja di Ireland, gaji aku dan gaji dia sekarang ni kalau dibandingkan dengan gaji dia di Ireland umpama langit dan bumi. Kerja kat sana pun aku tak cakap sebagai rilek tapi sangat profesional. Maka aku pun tak teragak-agak mencanangkan kepada ramai kawan-kawan aku di luar negara dalam bidang doktor ni supaya tak payah balik Malaysia la. Kerja sana lagi bagus. Dan aku juga cadangkan supaya mereka kerja di Singapura at least. Lagi bagus. Ini bukan faktor gaji. Sebabnya kan ada pepatah melayu mengatakan, “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik hujan batu“. Tapi ini isu kerja yang macam HAMBA ABDI. Kalau kerajaan Malaysia hendakkan ramai doktor-doktor di Malaysia. Ubahla sistem HAMBA ABDI doktor ya. Di Singapura contohnya, depa melayan doktor pelatih sebagai manusia.”

Berkaitan ini, semalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan semakin ramai siswazah perubatannya ditawarkan kerajaan Singapura untuk berkhidmat di hospital negara itu.

Apakah kita kilang melahirkan doktor dan negara jiran mendapat untung kerana gaji doktor kita murah?

UKM melaporkan, tahun ini sahaja seramai 20 orang telah berbuat demikian.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, dijangkakan seramai 80 lagi akan mengikuti jejak kumpulan itu.

Tidakkah kedudukan ini akan merugikan negara yang mengeluarkan peruntukan besar membiayai universiti awam.

Selain itu wang rakyat untuk membiayai pelajar berkenaan dan universiti yang sepatutnya dimanfaatkan oleh negara akan ‘membazir’ begitu sahaja?

Naib Canselor UKM meminta siswazah perubatan UKM mengutamakan semangat nasionalis dengan berbakti kepada rakyat negara ini dan bukannya mengejar tawaran gaji lumayan di negara asing.

Semangat nasionalis? Tidakkah di mana ada gula di situ ada semut? Kenapa pekerja buruh Malaysia lebih gemar bekerja di Singapura berbanding Malaysia?

Tepuk kepala tanyalah otak!

“Setakat ini 20 daripada 209 siswazah perubatan UKM yang tamat pengajian pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran dari kerajaan Singapura dan menjangkakan seramai 80 lagi akan turut berkhidmat di negara itu.

“Sebagai doktor pelatih di Singapura, mereka ditawarkan gaji pokok $2,690 dolar Singapura (RM6,187) manakala doktor pelatih di negara ini dibayar gaji RM3,665 dengan purata elaun antara RM500 dengan RM1,000 sebulan.

“Walaupun ganjaran agak rendah berbanding Singapura, mereka perlu bangga berkhidmat di negara sendiri,” katanya.

Sebelum ini Berita Harian Online pada 30 April lalu melaporkan, pakar perubatan Prof Datuk Dr Lokman Saim meminta kerajaan menghalang graduan perubatan baru, terutama penerima biasiswa, daripada bekerja di luar negara dan ‘melepaskan diri’ daripada melaksanakan khidmat wajib doktor pelatih atau pegawai perubatan selama tiga tahun di Malaysia.

Dr Lokman, yang juga Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata jumlah graduan perubatan berhasrat bekerja di Singapura tahun ini semakin ramai dan ia berlaku sejak lima tahun lepas apabila Majlis Perubatan Singapura mengiktiraf ijazah perubatan UKM dan Universiti Malaya.

“Kerajaan patut hanya membenarkan doktor-doktor yang dilatih di fakulti perubatan kerajaan, bekerja di luar negara setelah berkhidmat tiga tahun yang diwajibkan di Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya seramai 20 daripada 209 graduan perubatan UKM yang lulus pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran sebagai doktor pelatih di Singapura dan ramai lagi graduan Fakulti Perubatan UM sedang mencari rezeki di republik itu. Dijangkakan seramai 80 graduan akan meninggalkan negara ini untuk bekerja di hospital-hospital Singapura, kata Dr Lokman.

Beliau berkata para doktor muda itu sepatutnya membalas jasa di atas peluang yang diberikan kepada mereka untuk dilatih menjadi doktor berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukannya menjadikan “UKM dan UM seolah-olah tempat latihan untuk Kementerian Kesihatan Singapura”.

“Adalah perlu bagi kerajaan menyekat doktor-doktor baru dilatih daripada lari melaksanakan kewajiban terhadap negara,” kata Dr Lokman.

Doktor pelatih di Singapura ditawarkan gaji bulanan S$2,690 (RM6,187) manakala di Malaysia, mereka menerima RM3,665 dengan purata elaun “on-call” antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.

“Nampaknya mereka walaupun dilatih untuk menjadi seorang doktor yang berhati mulia dengan berkhidmat kepada pesakit dan masyarakat seperti yang diajar di dalam kurikulum perubatan kita, perbezaan RM1,000 hingga RM2,000 boleh menyebabkan profesional muda meninggalkan tanggungjawab mereka kepada negara untuk berkhidmat di negara jiran,” kata Dr Lokman.

9 comments:

  1. Mlaysia kdekut, org mlayu ske dngki. Mmg la graduan lari. Aparaa.

    ReplyDelete
  2. sy sebagai pelajar medic ukm pn masih risau dgn masa dpn sy T_T

    ReplyDelete
  3. -Sebabnya kan ada pepatah melayu mengatakan, “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik hujan batu“. Tapi ini isu kerja yang macam HAMBA ABDI. Kalau kerajaan Malaysia hendakkan ramai doktor-doktor di Malaysia. Ubahla sistem HAMBA ABDI doktor ya.- sya sngt setuju dengan kata2 2, patutnya selepas belajar separuh mati dan bagi khdmat kpda komuniti, doktor pttnya d beri masa yg cukup untk jalani kehidupn mcm org lain,dan bkn d beri tkanan kerja, klau kerja sbgai doktor dkurngkan tekanannya,sya rasa gaji bukan la isu yg besar untk truskn khidmt d hospital awam.

    ReplyDelete
  4. hmhm...saya juga seorang pelajar medik luar negara.saya khuatir dgn masalah yg sedemikian..Memang kami diajar untuk ikhlas dalam segala perbuatan, dan kesihatan adalah HUMAN's right.tp, apabila kita fikir menggunakan logik akal, bidang kedokteran adalah sebuah bidang professional. inisiatif yg kurang boleh menyebabkan ramai graduan2 akan lari keluar dari n=malaysia untuk bekerja di luar negara~

    ReplyDelete
  5. masalah gaji bukanlah perkara utama student medic malaysia bekerja kat luar negara, tapi layanan yg kitorang dapat masa housemanship...
    ada org kata houseman ni macam hamba abdi lar, kerja spanjang hari, xcukup tidur n makan lar...
    dah lar kena belajar macam separuh mati untuk dapat degree, n then masa housemanship, hidup pun merana jugak... kitorang manusia, bukan robot...

    ReplyDelete
  6. Everybody have family.. Friends.. Time to enjoy.. Time to work and adequate rest... Doctors are human too..

    ReplyDelete
  7. Doktor: Satu kerjaya sumpahan.....disumpah utk berbakti dgn segala kebijaksanaan ilmu...berkhidmat dgn penuh dedikasi...tak boleh komplen...tak makan tak minum pon takpe...pesakit didahulukan....bak kata bahasa lainnya....SAPE SUH KORANG GATAL NAK JADI DOKTOR / SAPE SUH IKUT CKP MAK BAPAK KORANG JADI DOKTOR....kan dah susah...menyesal pon tak guna

    ReplyDelete
  8. Keje kilang pon leh dapat lg tingi

    ReplyDelete
  9. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete